So the update…

Gegirl is surviving…abang too. hari pertama jer Gegirl nangis2 tak tahan nak bukak puasa wpun lagi 10min je nak azan, tapi hari ke dua and so on, memang dia cemerlang sungguh. Petang2 dia tolong helper aku masak, abang pun masa hari ke dua dah macam2 ucapan

abang  dah nak pengsan ni mummy….tolonglah bagi air mummy

mummy, thirsty nya abang, mummy tak sian ke kat abang

wah banyak lagi dugaan ayat2 kesian dia bagi tapi aku buat pekak telinga jer. hati kena kental…dok pujuklah sakan…eloklah dia pi sek agama kalo idak lagi dia meracau kat rumah tak leh tahan…bestnya aku bagi dia 4 inggit untuk dia beli kuih pilih sendiri or apa ajelah yang dia nak beli bila singgah param with atuknya…

IMG01775-20100812-1555

tapi hari 3 ramadhan, dia tak bawak pun duit yang aku kasi coz tekak dia mau makan maggi worr! huh tekak ko tak agak2 nya menu ko mintak. yang mak ko tak suka ko makan tu lah yang korang nak. so diorg makan lah maggi, berulang2 supper pun maggi gak. but sahur memang aku wajib kan diorg makan nasi, air suam kena togok banyak2, kasi tekak tu basah. minum berbuka pun aku amalkan diorg minum milo panas dulu baru boleh minum air sejuk.

aku memang tak minum air sejuk, pantang tekak aku lah, and pantang gak badan aku yang sedang berurut. makan pun aku tak de nya nak jamah kuih ke hapa dulu, perut memang buncit but i cant take too much food at one time. aku hanya akan makan nasi n lauk semata. one thing yang aku suka makan bila bulan puasa ialah bubur pulut hitam. wui ini kalau dapat, sah masa supper lah aku makan.

Pagi ni sekali lagi berurut, aku ingat nak buat once a week nya urutan badan, best betul. i lost 1kg after 2 days of urut, or tak tau lah mbe dek kerna puasa gak kot. those yang tanya numbers makcik urut tuh, mintak maaf ye hemm..i cant simply give lah, number phone orang takkan aku nak bagi merata kat orang. lagipun privacy gak nih..so sorry yek, i wont reveal number makcik urut aku tuh.  lagipun too many things yang aku dah shared dalam nih, apa number maklumat info yang korang mintak mesti aku bagi, but ada jugak yang aku kena tapis2 lah seperti number phone makcik urut…..

Sabtu Ahad, hari budak2 nak pi beli juadah ngan bapaknya…sure sonok tu dapat pilih macam2… cuma sejak puasa nih pala aku pening2 ler mbe tak cukup air dalam badan lah ni kot. hari jemaat pas isya’ aku dah kong, menahan sakit pala, kol 2 pagi terjaga jap tengok sirman dok layan dvd, aku temankan dia pastuh terus buat sahur. so by 4am kita sume dah siap makan sahur….settled. mlm ni mbe diorg dapat pi tarawikh, coz hari bekerja budak2 kena tidur awal.

aku nak masak 2 lauk je lah hari nih…sah kat param tu macam2 yang diorg beli. oh yes, my fav makcik yang setiap tahun buatkan rendang daging ayam aku telah kembali sihat berniaga, sirman bought kari ayam from her and punyalah sayangkan aku dia siap kirim nasi lemak kay…oh best! i shall blog bout makcik rendang soon. ha makcik ni memang tetiap taun aku promote sampai ramai readers aku pun beli dari dia jugak kay!

Comment: 23

Kain sari merah RM!

IMG_0927

i want to post out entry Berbuka Puasa Bersama Nuffnang tapi gambar aku lupa nak transfered to WLW. ingatkan dah buat, rupanya belum…ngeh. dok leka buat menda lain, tukar gambar profile FB and Twitter. mood Ramadhan dengan baju kurung sket.

korang, akak nak pakai baju kurung lah pi event Nuffnang, korang rasa orang pitam tak tengok?

kak, orang tak pitam kot, tapi mesti cantik, cuma akak jelah kot yang pitam sendiri sebab akak sendiri jarang pakai  baju kurung muahahahhaha!

hampehsss dot my dot com selenger!

IMG_0929

so sebagai penutup Jumaat dan Salam Ramadhan…saya yang berbaju kurung merah wiwitttttttt! itu kain sari merah tuh, dari Mumbai all the way, member aku yang base kat India belikan, teringat lagi masa dia belikan, sebab nak make sure tak nak dapat kain yang senang tetas, maklumlah kain sari pastu aku tambah lining, ha ko satu2 kedai dia emailed aku live lagi, suh aku make up decision cecepat. ni aku dah pakai baju nih raya taun lepas, pastuh dah lupa, bila selongkar gobok, eh eh, ada pun baju kurung yeyyyyyyyy!

Match with handbag Gucci GG Twins brown colour and kasut Nine West light brown colour gak.

baju kurung ni recycle gak tahun nih pakai boleh dok? mana ke kain kaftan aku kata orang nak bagi tak dapat2 nih…dan baju kurung nih jugak akan dok jadi profile twitter n fb for the rest of the month. kalau ada event pakai kurung lain, aku tukar lagik yek…..

eh gegirl pun ada gak kain sari merah nih, sebab kain sari kan 5 meter so dapatlah jugak buat baju kurung Gegirl. taun nih gegirl samo je ngan maknya, nan ado baju kurung laik….oh sedihhhh!

image

Comment: 29

Jangan ko usik tangan kiriku!

IMG01773-20100812-0808

so kan mak ajah aku anto makcik ngurut untuk urutkan badan aku kan….ha kisahnya gini. i hv been having pain on my left side, memula tangan yang kena. serius tangan kiri aku tak leh pakai sangat. nak tutup suis lampu sakit, nak  bukak dashboard keter pun sakit, nak pegang mangkuk lauk pakai tangan kiri pun sakit. tak kuat langsung. so kalau tidur jangan haraplah dapat pakai tangan kiri buat lapik pala…memang sakitt bangat. kira2 adalah jugak hampir sebulan aku dah sakit tangan kiri nih.

pastuh 3 malam lepas, effect kat kaki pulak. argh…serious berdenyut2, so i stop pakai heels, pakai wedges jer pi keje. masuk hari kedua, bantai baik punya terus demam. aku jalan pun berdengkot2 ok! tu pasal aku moody jer 1 Ramadhan tuh, ngan demamnya ngan sakit2 badannya, Sirman lah kena pasak, apa lagik!

masa demam tu lah yang doctor cakap my fever was bcoz of the muscle pain yang aku dapat nih. Doctor pun recommend gak suh urut, ubat yang dia bagi hanya for relief the pain jer.  sebelum pi clinic tu pun sirman dah suh mak aku carikkan orang urut.

so since i m on mc, pagi2 lagi tukang urut dah datang mengurut.

IMG01774-20100812-0855

i tell u lah, dia tengok je urat aku dia dah tau aku nya darah tak jalan. macam yang doctor cakap jugak, urat aku tersimpul2 dah ko belah kiri nih. antara sebabnya pasal dok tidur more ke kiri. so bila banyak sangat belah kiri maka urat tu tersimpul gitu and darah tak jalan. bila darah tangan kiri tak jalan, effect pulak kat kaki kiri. tu yang naik domam!

tu pasal aku pun tekejut ngan demam aku nih…pasal urat salah ko.

ini tukang urut memang handallah. last aku ngurut memanglah minggu lepas itupun utk reflexology jer, bukan buat utk satu badan. bukan buat macam urut orang dalam pantang. ada jugak pergi dulu tapi pun bukan satu badan. kira selepas beranakkan Gegirl kat 6 tahun, hamik ni lah kot baru panggil orang ngurut.

wah, sedappppp tapi terjerit2 aku dibuatnya. rahim kita tuh pun dia urut gak (mak2 bini orang paham2 lah yer)…sakit gak wor, sampai terlari2 badan aku menahan sakit. makcik urut cakap ada customer dia punya tak tahan, asik lah badan bergerak bila ngurut sampai masuk bawah katil, pastu dia tarik balik, masuk balik bawah katil hahahaha!

sib baiklah aku tak leh masuk bawah katil aku sendiri! esok pas subuh, makcik akan datang lagi and sabtu pagi gak, nak completekan 3 hari. sib baik gak mak aku tak ada sama masa sessi urut nih, coz kalo tidakk lagi sakit telinga aku dibuatnya..  now aku ngah pantang aircond, pas urut pun tak boleh pasang kipas or mandi for 2 hours.

anw cara aku tidur ni lain sket, aku takleh tidur mengadap orang tak kiralah laki or anak (wpun dah dikata jangan membelakangkan suami waktu tidur, berdosa, aterr…automatic kak oi!) tapi aku memang tak leh, nanti automatic badan aku bergerak ke kiri. itu if sirman or anak di belah kanan. kalau diorg belah kiri aku plak, aku sendiri akan automatic bergerak ke kanan coz aku nya tidur mesti takde orang kat sebelah. eh peliklah…but it s happening, tak sedor pun dia jadi gitu gak. so la ni semua orang kena tidur belah kiri supaya aku boleh mengadap kanan, kasi balance balik badan yang sakit nih. ater belah kiri dah takleh pakai la ni…ngah sakit lagi kan.

now, sapa tepuk tangan kiri aku, memang saja nak makan penampar ramadhan lah tu namanya. so kekdahnya tu pasal aku demam, doctor pun cakap dari sebab muscle pain lah aku jadik demam and makcik urut pun memang nampak darah aku tak jalan tang kiri nih. huii sib baiklah cepat urut. kalo idak……………..

kalo idak badan kiri leh mati sebelah tau!

Comment: 30

Crosswords Puzzle Contest in RM!

image

Down:
1. malam tak lena
entry tak siap
triplets bertiga
pun jadi sangap

hint: the after effect

2. dayang2 ker? pengiring ker?

3. even the 6 year old in the house dah ada.. ko hado?

4. the ‘shareholder’, the ‘board of director

5. Gambarnya paling kurang di Redmummy.com

Across:
1. RM is also known as…

2. The first cat in red family

3. RM has a deep passion in ________.

4. jinak2 merpati. you can see. you can compliment. but you can’t touch.

5. a dream come true vacation.

Weih huruf2 di luar kotak hanyalah sebagai gangguan hiasan yer, tiada kena mengena dengan jawapan atau huruf di dalam kotak 🙂

*************************************************************

Senang tak? ke susah? alah senang jer nih, camne citer RM camtulah ada dalam c/puzzle nih. Anw, hanya satu penyertaan sahaja boleh submit yek, jangan ko pi spam CR aku ngan 199 emails ko pulak dek nak menangnya pasal. Submit your answers via Contact Red.  Closing date is on Friday 13th at 5pm.

Comment: 53

Demam puasa…

i m down with fever!!

jangankan korang, aku lagilah macam tak sangka, eh aku demam?? masa on the way pi keje pagi 1 Ramadhan aku tak rasa sedap badan, sampai2 opis tetiba badan naik panas but mbe aku ingatkan coz temperature aircond opis yang kuat. siap aku selubung ngan shawl. ask my frens yang lain diorg kata sama je temperature macam hari lain….

n tekak aku pun perit, memang badan rasa panas ya rabbi. during lunch break aku lari jap pi clinic and it was 39! memang high fever….actually masa jalan nak pi clinic pun rasa dizzy jer, so i got 2 days mc. balik je umah terus terbongkang atas katil sampai tak sedor dunia…

IMG01772-20100811-1321

tengok2 anak2 aku dok tidur bertempiaran, abang sebelah hujung kaki kiri, gegirl pulak kat atas karpet ngah nangis2 menahan lapar. alahai sian dia. budak tu puasa ko!

abang shame2 tak puasa separuh hari coz dia tak sihat lagi, dia tepon dari sekolah suh amik dia bawak balik tekak nak minum milo ais mamak yek, tapi takde lah lemah mana pun budak niiii….! Gegirl pulak memang puasa, bertawakal dia menahan sampai nangis, sib baik aku yang ngah demam ni ada bantuan fifin. So nak bagi semangat kat Gegirl, aku suh dia tengok tv pun tak jalan, aku ajak dia pi dapur isi2 lauk nasi bagai, pun dia lemah.

paling kesian bila dia dok kat meja makan, meleleh2 air mata dia siap tekan2 perut sakit…alahai.

so lagi 10min nak azan, dia bukak puasa….

ok ler tu dari abangnya yang puasa separuh hari je. ok abangnya kes nih sebab dia tak sihat, so acceptable. but Gegirl she s not even 6 years old, hujung2 terpaksa gak bukak, 10min je lagik. takpe takper….tetap dapat 2 ringgit coz dah kira penuh gak tuh.  bapaknya janji satu hari puasa 2 inggit, so dia suh bagi masa raya additional ngan duit raya. ewahh!

n me, aku memang collapsedlah….pas je bukak puasa aku teman abang buat homework dalam bilik dia. coz aku lari dari bilik aku sendiri sebab ada aircond. badan aku tak larat ngan sejuk2 aircond, sedor2 ha ko pagi ni sahur baru terjaga….! sirman cakap dia kejut aku tapi aku dah tidur mati, mau taknya penangan ubat batuk yang drowsy tuh…

at least demam kali ni taklah kejang sangat, boleh waras lagi update blog wpun sehari aku kong, ni aku buat entry nih pas sahur sementara nak tunggu kejutkan diorg for pi keje and school. mak mc lagi you…leh lah aku bedal baring kaw2….panas dah kurang tapi dizzy tu ke main lagi berpinar2. tekak ni lagilah toksah dikata peritnya.

lagipun bila ada anak2 nih, sakit makit tak kira, kena gak berjaga pretend tak sihat…

ya udah, aku nak sambung bongkang, hari ni mak ajah aku anto tukang urut nak ngurut badan anaknya ni ha yang dah kertu. terbaiklah mak! ngah2 puasa, ngan demam, datang pulak makcik urut badan…huh! siap la aku menjerit2 ni kang!

oi ni aku demam bukan pasal puasa lah…ni demam emm memang demam tekejut tak sihat lah tuu!

Comment: 20