Search Results for: tetiba

Mesjid Raya, Istana Maimoon dan Matahari Medan

IMG_6513

sian kan budak ni. kecik lagi. dia mintak sedekah. jangan kata kita tak bagi pulak. ada kala kalau kita kat dalam macet, kita ulur je dr tingkap. memang bersepah2 peminta sedekah di Indonesia, bukan ajer di Medan, Bandung Jakarta and daerah lain pun sama. diorg nih dah kaya melampo kayaaa, kalo miskin sian teruk kemiskinan depa. takpe takper…rezeki masing2. yang ada lebih rezeki dipanjangkan pada yang kurang berdaya, sebab hak mereka ada dalam rezeki kita jugak.

IMG_6512

Ini Mesjid Raya. eh diorg spell it macam tu yek. berjamak2 dalam nih… besau giler. ko masuk jer ada je orang yang amikkan kasut ko simpankan, bagi kan no, pastuh tak geti2 bila nak amik kasut sipar ko balik bagi dia tips sket…kan aku dah cakap di indonesia segala jenis cabang pekerjaan depa gunakan untuk mencari rezeki.

IMG_6537

ini lak kat emm….alah simpang 4 membujur lalu ke main macet kat sini. ada diorg buat gerai2 kat situ tau, ngan motorlah, pastu depa bukak meja lipat kosi lipat. selamba jer budak umur baya2 abang tolak motor susun molek2. bang ko tengok bang, budak2 kat sini sume dah kental buat keje2 orang tua. ko bang pakai belt pun carik bapak ko mintak pasangkan….lemak ko bang.

IMG_6576

waaaaaaaaa tetiba dah sampai kat Istana Maimoon. dah tutup pun so kita amik gambo kat depan Istana Maimoon ajer. berdiri kat sini tak leh lelama, dah rebassssss….semua mencari van nak menyelamatkan badan dari kena hujan. ini gambar kami ber10, pakai self timer.

kat sini jugak when we were about to leave, satu jip keter tokey kain langsir datang…bawak langsir2 aku yang udah siap. coz kita dah roger2 kita tak balik hotel that soon tu yang depa chase je ke mana perginya mak merah pergi. Medan ni kecik jer, lagipun dari Mesjid Raya ke Istana Maimoon sepelaung jerrrr….

ko ada tanya abah aji aku nampak garang??

memang garang pun weiiiiiiiiiii!! kat SAS dulu orang sume takut ngan abah aku. dahlah garang, baran wor. surat2 cinta anaknya sampai umah, ko ingat aku dapat, bapak aku baca bukak dulu. n ko ingat dia bagi kat anak dia? jangan harapppppppp! dia kunci simpan lam peti. nan adonya aku dapat baca tu yang kalo berangan nak bercinta, ha surat kena anto kat umah member2 aku yang dok BTR.

hahahahha kenangan betul.

IMG_6603

weiii kita dah lari ke Carrefour, kat Matahari the own Matahari punya building gak. situ Carrefour carik toys budak2 jer…

IMG_6609

duduklah rehat anak beranak kat sini coz menunggu gegirl memilih toy nya. abang cepat je dah dapat…. takde mende lah beli kat sini. kalo takat carrefour nih kat kl pun bersidai…tapi aku rasakan harga depa kat sini wpun dah convert to RM, macam mahal gak barang2nya compared than kita kat msia nih.

IMG_6622

ha ko seket punya besau Matahari nih…ingat kita nak berjalan setiap tingkat? ko lupa aku ada bawak orang2 tua makpak n mertua aku sekali dalam nih. tak ke pitam kang diorg ngan bertongkat nak jalan ke setiap tingkat.

IMG_6628

eh eh gambar ni Gegirl snapkan…

IMG_6631

pun gak Gegirl snapkan, nak tunjuk ada satu kedai makan nama MAMAK di belakang Sirman tu yek…

IMG_6694

kembali kita dinner di Es Teler sekali lagi. coz malam sblmnya kan mak pak aku tak merasa makan kat sini, so kita pun datang lah lagi sekali. lgpun dah alang2 dalam mall besau gini tak larat dah nak pi restaurant yang kat luar2 nun…so masing2 pilih nasi goreng sedap nya, n bakso. sedap lah…mmg sedap. dia punya mee bakso tu abang gegirl n mak ajah aku ke main menghirup. ngan aku2 sekali menumpang kasih.

IMG_6703

dan masanya untuk pulang yuk……….

IMG_6718

ini gambar candid betul…aku nak menahan geram ke nak marah ke sengih ke ngan pangai si abang. orang lain sume dah naik dulu, aku sirman and abang menunggu trolley datang bawakkan our curtains yang sekotak besau nak naik ke bilik. kalau ada pak sulis aku tinggalkan jer langsir aku lam van dia, tapi supir aku yang kat Medan nih kan semacam annoyingnya so idok le kuasa teman nak tinggalkan kotak langsir aku tu weiiiii!

So far so good kan korang entry Medan?

eh tak good pun, click je Good hahahahaha

sorrylah takde Like button, kita tak pentingkan all the accessories at all, sumer tu akan melambatttttttttttttkan loading RM, kata nak suh dengo korang nya review on RM kan. so LIKE sendiri kat komen nih by commenting ‘AI LIKE’

Comment: 28

Nasi Sunda ke Pasar Ikan, Medan

IMG_6252

heyyoooo! hai korang

jemu idok ngan citer Medan. sket je lagik yek. kalo jemu pi buat entry contest RM tuh. ada lagi sket hari untuk korang submit. aku ingat nak suh Nuffnang judge kan hahahaha matiklah kena marah kang. mengadao ko RM, penat diorg nak study sorang22 nya entry pulok.

berjaya gak dapat tangkap abang untuk posing gambar bersama2….makan timeeeeeee! dah penat kering tekak lapau masa untuk makan kali ni kat restaurant makanan Sunda. mana yang hilang mak abah kan, hilang adik, so makangg! dalam gambar tak nampak macam rebas ek, it is ok!

IMG_6266

dapat jugak duduk bersila, rezeki betul. kalo idak kena duduk atas kerusi, so tak happening, makan ramai2 kalau bersila, ngan tangan pulak tuh, isk isk….memang cun! menu makan kat sini senang. ko bukak menu, ko tick tick kat kertas menu apa yang ko nak makan. as usual, sebagai ketua dan pembantu ketua rombongan, aku rasa aku ketua hahahah, sirman yang jadi pembantu, so aku gak yang  pilih2 lauk, together with sirman.

kita amik gulai bawal

ada sayur ada ikan ada ayam ada macam2

gambar setiap satu lauk ada tapi well u know me, aku bukan rajin nak letak sume gambar banyak2 gitu, aku jenis sekali rappppppp punya gambar suka letak. hahaha pemalas, sian korang nak scroll lah. kalau takdak entry soon nanti baru aku letak sume gambar2 yang berkenaan ek.

IMG_6313

yadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! dah tetiba ngah makan…mak aku ngah mengunyah sirman suh pandang pun mak ajah malas. sapa2 yang malas bangun basuh tangan, sila makan pakai sudu garpu. yang rajin adalah makan menggunakan tangan sahaja. sedapnyaaaaaaaaa! tapi tu lah gulai bawal dia manghaik, berdesup pedas koooooo!

n ada 2 lauk pauk dia jenis manis, mak aku mmg tak leh telan lauk manis2 nih…hah bawak mak aku makan mmg remeh, she s an ex chef and also masih lagi tukang masak untuk kawasan kerijanan punya majlis.

sapa budak dari sekolah SMSS kl?? korang tak kenal mak ajah aku???????? yang korang belajar kat boarding school tuh, sapo jadi tukang masaknya??

IMG_6327

abih makan dah kenyang moh jalan lagik….eh jap group photo. apa kehal nya sirman tak pasang flash nih. ni staff Sunda restaurant yang tolong snapkan. nak gatherkan sume orang bergambo bukan senang yoep! ko tengok muka orang sume ok jer kan, si gegirl muka macam nak roboh!

IMG_6325

budak sentap, abih je makan terus merajukkkkkkkkkk! dok balik tiang, mengenang nasib diri. malas aku nak citekan kesentapan dia tuh…sampai hujung2 masuk van pun tak nak baik ngan aku gak tuh. majuk ngan mak nya. si khayr cuba memujuk kakaknya tapi tak diendah. Daddynya pujuk jer baru dia jalan…itupun masih lagi tak nak settled sama gua.

IMG_6377

habis makan..alah sian tak nampak tshirt baru sirman yang dari Medan Mall jugak. hah abih makan, kita pi pulak Pasar/Pajak Ikan plak…situ mau jalan2 shopping lagik.

IMG_6403

kita dok dalam kedai nih sebab mak mertua aku nak mintak belikan baju niece sirman. quality haprak sungguh, but no choice kan, nak gak merasa beli selai, so bantai je lah. n same time gak belakang tuh mak abah aku ngah beli kopiah. lama gilerrrrrrr! padanlah asik senang hilang. yang adik aku plak tak sabar2 nak pi meronda. tapi aku tak bagi gerak asing2, kita kena be in a group. tempat sini bukan in 1 building, merata2 kedainya kang sorang ke darat sorang ke barat ha mana nak ko carikkan?

jalan pulak sehala, lagi satu hal nak suh driver carik jumpa kat na. so stay together2 je dok diam2.

kita masuk kat banyakkkkkkkkkkkk kedai…masyallah. ada few groups lelaki dok jual2 apa tah dok mengekor kitorg dari hulu ke hilir. mulut aku ni ko jangan main2, kalo aku stress, kalo aku rasa nak marah, aku tak de simpan2. aku membagi jer.

eii janganlah ikut!

enggak ibu, mau ditolong ayahmu ibu

tak yahlah, kita ada, awak nak ikut kenapa nih?

ya belian ibu, belian…

rimas betul aku!

IMG_6429

hah lawo dak? sumpah cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…baru ni je yang ko tengok. belum ko kat sana lagik. tapi kat jkt and bandung pun ada gak kain2 gini…kitorg melepak kat kedai ni ke main lama coz nana lah dok borong kain ela kat sini. aku macam dah rimas kat sini coz tempatnya satu sempit pastuh baru lepas renyai. pastuh aku pun baru settled ngan gegirl. pastuh orang2 dok mengekor kerumun pun merimaskan…

sudahnya nak distract depa dari kaco aku satu family yang agak ngah memasam muka, sirman amik gambo diorg. suka giler diorg kay! mmg happyyyyyyyyyyyy sangat.

diorg pun takut nak kaco2 aku lagi dah dek kerna aku memang eii tak tau lah, rasa macam nak melompat je kuor dr tempat tuh…sempit koooooooo, so jadi benak pala.

IMG_6439

budak sentap yang majuk ngan mak nya…oh pasan tak abang takdak, abang dok membongkang tidur koo dalam van. together with khayr and adik ipar lelaki aku tuh. tetiga bongkang dalam van tak nak kuor. mau tak nya abang kol 5 pagi dah kena kejut dek neneknya…tu yang lalok terus tertidur dalam van. mana ngan macet kat Medan. kompem lena.

so Gegirl nih dia majuk lagi ngan aku so masa turun je van aku terus sound dia sedepak, haaa baru kitorg settled. itu adalah tugas seorang ibu yang meniupkan angin mulut untuk anaknya yang kepanasan kat tempat gini. tempat ni sesak yeoppp….

belakang tuh penuh kain ela, dah tak tau nak pilih. aku tak de le beli gaya2 gini, bukan aku nak kawin weih…sarat sangat pesennya.

IMG_6453

dapat je keluar dari tempat sesak tuh, langsung terus kita jalannnnnnnnnnn lalu kedai yang tepi2 tenang sket. van pun tunggu kat ujung jalan so sambil menapak tuh aku ada nampak satu kain baju tidur merah. eii tanpa perlu menawar terus amik selai.plastik pun aku tak nak coz nak gunakan baju yang dalam plastik tuh buat kipas gegirl.

kepanasan dia ko…

mak panas takper, jangan anak nya rimas.

IMG_6459

beli lagi kain ela. dari adik aku yang beli, ngan aku pun terjebak sama…

IMG_6462

boli tawar boli tawarrr!

IMG_6481

dah habis beli, kita naik van. si supir pi salah jalan, lalu balik kedai yang sama, apa lagik aku melompat nak turun balik coz nak beli lagi selai kain ela and dang adik aku pun sama terjebakkkkkkk! hahahah tak senonoh sungguh! kamu percaya tak selain daripada kain songket merah menyala, kain ela lain ada selai je kaler merah. lain sumer tiada yang merahhhhhhhhhhh…..

terer kan gua.

i m avoiding red colour coz terlampau banyak sangat baju kurung kaler merah sampaikan orang ingat aku ni tetiap tahun pakai baju yang sama yet lain corak lain pattern. lagipun again kain baju merah susah  nak match ngan handbag merahhhhhhh!

huh dah habis shopping kan sumer? mai kita pi emm…

pi jalan2 lagi…

jalan2 tengok apa lagi ada di Medan. eh shopping2 kat atas ni sume namanya Pasar/Pajak Ikan yer…tempatnya godanggggggg! berderet ngan kedai kain ela tuh jugak kedai kain langsir yang aku tempah.

Comment: 12

Shoes entry but MEN MUST READ!!

IMG03010-20101006-1344

hi korang

kita break jap hari ni from Medan story yek…coz ada adv lagi satu aku nak korang rehat2 sket lah from stories panjang lebar tuh. apa taknya, aku yg benornya nak rehat. tak larat acik nak ngabihkan…so kita rehat jap kita pi lompak kat citer kasut….

abang2 sayang janganlah lari bila ai bukak citer kasut, you nih macam takde gf or bini or adik or mak pulakkan…baca je lah sama cite kasut nih so leh jadi pedoman dan panduan. mai kita tengok kasut kat Isetan yek….aku ni Isetan expert tapi aku jarang survey kasut kat Isetan. dalam 2,3 minggu ni ada lah pergi 2,3 kali coz menemankan teman yang nak beli kasut pastuh aku pulak yang terjebak sama beli sepasang red heels.

well kita pergi lagi…apa susah.

kojo kat klcc kan, turun bawah je lah carik kasut.

IMG03008-20101006-1342

a pair of wedges for my gf. punyalah susah dia nak decide yang mana, dah naik letih aku ngan gf sorang lg tu mencucuk dia. last2 dia beli gak kaler hitam tuh. coz kan bila tengok gambar brown memang cantik than black. but bila pasang kat kaki, black tu lagi IN IN IN lah kat kakinya. harga is around RM99.

good purchase Ms Lemb!

IMG03011-20101006-1351

then tengok kasut aku pakai kat gambar 1st top, itu kasut Nine West. ai tell uuuuuuuuuuuu, the shoes is very comfy giler! aku kureng happy skang wt Eclipse punya shoes performance, manjang2 macam kasut mencucuk langit. even dia carry for office wear pun, ada something missing. so masa tu lah aku tukar ke Nine West. i have 2 pairs yang masyallah sedapnya kasut Nine West nihhhhhhhhhhhh!!

a pair of mine tu, kaler beige is around RM375. memang mahal tapi sedap gila pakai. menapak dari KLCC to Convention Center pun tak rasa nak menceceh. sedap sedap…

so tengok apa yang ada kat Nine West KLCC…

the brown and the dark black brown, harga pun around RM375 eh ke RM345 gitu.

IMG03014-20101006-1352

ha lawo gak, tapi velvet. susah nak jaga. kalo bagi free aku amik, kalo suh beli, kena pangkah!

IMG03017-20101006-1353

sama macam atas tu gak, tp ni bukan velvet. harga sama je sumer lahh

IMG03013-20101006-1351

waaaa ini aku minat. aku suka yang off white beige tuh. eiii sedap ko bila pakai. harga pun RM345 ke RM375. yang grey tu tak yah coz i already hv few pairs of greys bought from Ams. yang dari Eclipse pun ada gak…tapi yang belah kanan tu eii cantik. ni sume Nine West yer.

IMG03016-20101006-1352

tapi tetibaaaaaaaaaaaaa! nampak pulak kasut nih from Enzo Angiloni. memang kalern ya patent tapi dia punya cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! ada merah maroon, ada green ada ala2 bronze gitu. yang bronze tu aku berkenannnn wpun patent. eiii sukanyaaaaaaaaaaaaaaaa…

Oh well, kalau sedang2 the price ok lah, but this one  is like almost RM500. oh sedih….

So gitulah citer kasut saya, kawan dpt a pair of wedges but mine, dok terkenang2 ngan Enzo itu….nak lah nak lahhh! aku paksa korang yang lelaki baca gak entry kasut coz kalau pompuan pakai kasut2 comei canti lawa, nampak sexy di kaki gitu and korang pun tambah sayang duit abang melayang lah sikit…!

btw!!

Esok is Azwan Ali Raya Open House, aku kena pi cover. So stand by untuk gambar2 artists celebrities yang hadhir to his Astana Azwana yek. Sahih banyak gambar meletup2 kuor nanti. Esok jugak tarikh akhir untuk submit your permalink of entry contest meletop top top kay.

alo…laju tak RM lately nih? ko tak pasan banyak widget and merapu2 dalam RM ni kita dah buang. accessories yang buat berat pun sume dah kong! entries dalam first page nih pun dah aku minimisekan jugak, sebab nak bagi korang puas cepat loading!

Comment: 24

The Sogo Mall in Medan…

IMG_6071

heyoooo!! kembali sambungan membebel citer Medan daaa…bila nak habis nih? tak jemu ke korang?? aku nak speed up kaw2 nih, coz selain RM jadi platform korang nak buat reference, ni pun aku punya reference gak. eh ingat aku tak refer ke kat blog aku nih. aku sendiri pun nak buat apa2 carik search button or labelling dalam RM ni tau…!

anw, now we are at nite of Friday di Medan.

kita berada di shopping mall Sogo…

IMG_6065

mall ni besauuuuuuuuuuuuu! bertingkat2 and ke main lebar plak tuh. ada tempat untuk kanak2 main like playground. macam yang kat Midvalley nun. so budak2 dah berzikir mintak masuk dihantar dalam nih…cun lah! aku hantar dedua masuk…harganya lam satu jam sorang RM10 kot gitu. ke lesser lagi lah….

sianlah budak2, satu hari suntuk carik toys tak jumpa. pilihan toys diorg macam tak gah. dahlah Gegirl tu very the fussy, abangnya senang jer, nampak scan sekali terus zasss. but gegirl idok ye, dia akan scann kaw kaw….pusing 3,4 rounds then only baru dia make up her mind.

IMG_6079

tengok macam kecik je playgate nih, actually 4,5 tingkat nih! tapi collection anak dari tingkat bawah lah…so sedap je diorg main. waktu diorg melepak sejam dalam nih, me and the rest jalan2 pusing mall….carik apa yang boleh dicarik.

IMG_6054

kodai hapo nih….kedai baju budak2 kot. dah pusing penat jalan, kita dinner. cadang nak balik hotel amik mak ajah aku so bolehlah kita dinner sesama, tapi sirman cakap biar kita dinner je lah dulu later kita bawak mak kuor coz depa sure bersadai tidur rehat baring lagi kat hotel….

IMG_6089

inilah kita makan kat depan budak2 tu main dalam playmate tu lah…ahahha makan kat sini jer, nama dia Es Teler rasanya, sebelum makanan sampai, tiga kali tuko tempat. mula2 nak dok tempat nih tapi full. so aku menebeng kat satu meja nih, sekali dah dok sedap, nana ajak pindah belakang, lagi luas dapat sofa. ok ler…sekali nana cakap ujung tepi tu pulak kosong, jom pindah lagi…..

hemm sok banyak laki aku, tau lah sapa nya pasal kan 🙂

IMG_6096

ini makanan main set2 jer, datang with teh botol. famous betullah teh botol kat indon ek….diorg sume makan nasi goreng lah, bakso lah, aku kongsi2 je ngan mak mertua aku. sebab portion nasi gorengnya banyak bonar! sambil makan later sirman amik budak2 dari playmate and sambung lagi makan.

diorg ckp ko kalo nak makan sambal indon, hati2 yek, dia punya pedas berdesuppppppp2! boleh putus selera weihh. so anw, pas dah kenyang makan, pusing2 jalan, kita balik hotel. bila balik hotel tu plak, tanya makpak aku nak makan apa, depa tak nak turun ko….

lorhai. so kita kuor tapaukan balik.

dah agak2 aku laki bini nak kuor baru mak aku nak ikut. lagipun hujan malam tuh. kita dok dalam van jer. buat letih mak aku ikut jer. kita tapaukan nasi goreng 2 bungkus for mak abah and teh tarik. masyallah teh tarik dia ke main manisssssssssss, aku siap split jadikan 2 cawan coz nak tambah ayor! sumpah manis.

IMG_6103

malam tu kita balik, lain2 sume kebobom….aku macam yg dikenali takkan terus tidur, tidur kepit laki pun bukan boleh al al al jimak hahahahah! dah katanya mak mertua aku tidur sebilik sama gakkan. hahahahah…so blogging ler weih apa lagik. entry2 medan mana yang dan aku sempat buatkan dari kat medan lagik. coz aku tau aku kena type banyakkkkkkkkkkk entries. lagipun cite tv kat hotel kurenglah. ada satu je channel penuh ngan citer movie itupun dah pas kol 10mlm kot baru ada. lain sume cite indon lah berita indon lah, game2 indon lah….

aku laki bini nak pi melepak kat Merdeka Walk pun tak leh coz hujan rebas…

IMG_6107

ya masa untuk tidurrrrrrrrrrrr!! khayr tu nyebuk je datang, tengok kakaknya susun pillows makpak nya sumer. she tak tidur pun ngan neneknya, tidur gak kat katil makpaknya, dah lena baru sirman angkat tidurkan dia kat sebelah neneknya. pastuh org ngah tidur tetiba dia ada kat kelangkang makpaknya, pastu neneknya angkat dia balik kat katil nenek.

abang best, dia selamba jer konker tengok tv kat bilik nek atuknya, pastuh dia selamba gak kuor masuk kuor masuk tetiga bilik hotel nih. jap2 spot check.

besok pagi kol 6 pagi waktu indonesia dia dah kejutkan sume orang. ni bahananya jadi recruit neneknya hahahaha! oihai abang….

IMG_6098

tutup entry ni ngan gambo ai laki bini lah yek…

baju sirman dari medan mall very the chippo, baju mak merah dari bandung dulu lagi lah very the chippo gak haahhhah. suor jeans laki bini masing2 from london, hbag pun dari tod’s london. wah  nak kena sebut gakkkkkkkkkk??

hbag tu banyak berjasa weii…travel je pakai hbag tuh, travel je pakai hbag tuh. sampai dah nak koyak kain dalaman tod’s tu kay.

kalo koyak aku tak jual dahlah kat korang, aku buat pakai lagi sampai uzur.

Comment: 15

RM’s Red Raya Open House…

IMG_4575

altersebutlah kisah di dalam twitter, sudah pun diannounced yang ada open house di rumah kecil merahku….kita tak jemput openly, sumer main DM, main BBM, sms sahaja. sapa yang ko nampak datang tu kebanyakkannya hadhir sebab mendapat invite a nite before the open house.

betullll nih. yang tertentu je dapat invite awal. as i said, rumah kecil tiang tak sampai seribu. rumahku kat atas langit….kalo terlebih dari kapasiti, siap lah berlaga bahu berlaga cik von. korang nak ke bersempit macam tuh? cakap memanglah senang, tak kisah, nanti belakang mesti kata eii tak selesalah pi open house kak red tuh, ramai nau orangnya yang datang…sempit betul nak makan pun tak selesa.

bayangkanlah, aku tolak sume furniture aku ke tahap maksima yang boleh…kita nak selapang-lapangnya. meja sume ke tepi, sofa pun boleh kira, sofa lain sumer dok balkoni. kucing2 aku sume dok terperap satu hari dalam cage, sian depa, tak leh keluar langsung.

IMG_4554

ai catered the food. orang kata, bayo jer. takyah nak risau berjaga awal dari pagi nak masak itu ini. sumbu gas dapur aku tu dahlah satu je boleh pakai, lagi 2 dah cik mamp….yang aku buat, aka bantuan maid aku, tu hah nasi impit jer ngan air minuman. fruits dah tentulah kita kupas sendiri.

masyallah penatnya toksah cakap lah. satu hari suntuk punya open house ko! cadangnya sampai kol 8 malam jer…tapi sirman sudah panggil sama kawan-kawannya for the night shift di VA, terbaiklah….guests terakhir pulang only at almost 1am.

wahhhahahahahah capek-capek!

IMG_4560

majlis bermula dari jam 10pagi, itupun ada timing kita dah buat sesiap. 10am to 12pm, frens sahaja. 12pm to 4pm, family Sirman sahaja. 4pm onwards, family RM, 8pm onwards pulak, kawan2 Sirman n sket kawan aku…tapi bila pikir2 balik, hish, kalo abih kol 8 malam memang tak boleh nak buat open house reramai gini. kena buat 3 hari 3 malam lah jugak baru boleh jemput semua orang…

but gilo hapo nak buat 3 hari 3 malam.

kedaung kaki! satu hari ni pun +  esoknya kaki aku capek dan juga hilang suara!

IMG_4556

menu macam tahun2 yang dulu jugak, nasi tomato

eh aku tak buat open house tetiap tahun kay, dah 5 tahun dok VA, ni kali ke 2 buat. alcadang nak buat kat CV, rumah beso bertanah, tapi heheheeheh….orang lain dah sewa umah aku tu lah. so kita dok je lah buat kat rumah atas langit.

IMG_4589

berlawan dengan ayam masak merah

IMG_4590

rendang daging pun ado

IMG_4591

kari daging ni pengganti dalca, coz aku tak suka dalcaaaaa

IMG_4592

lemang yang Sirman ‘bakar’ malam sebelumnya kat Cheras ehehheheee

IMG_4593

beehoon goreng pun ado

IMG_4594

nasi impit kalo takda masa jamuan open house raya, apa barang kan kan kan?

IMG_4596

aku tak herankan isi lauk tuh ahahhaha, tapi aku nak pulang paku buah keras kat Sirman, dulu dia cakap membazir je beli set nih, ke main aku nak jugak set nih angkut dari Langkawi ok. tapi dia tetap gak cakap membazir, but aku pedulik hapa…nak jugak! ha ko tengok Sirman…bila orang puji set2 sudu senduk yang cantik2 ni sapo yang dapat namo? bukan nama awak ke Sirman?

eii patut beli 15 sets terus!

IMG_4597

air oren gulp gulp….sedap je budak2 minum ulang alik yek, pastuh batuk berlawan2 masing2. satu lagi bekas pun ado gak air oren, tp dah thari aku tukarkan ke air teh o. tak boleh jadi ni sume main air sejuk je, nak monitor anak2 aku pun payah….

IMG_4598

ada tembikai merah and tembikai kuning, ada gak epal and lai. pilihan buah dibuat oleh Sirman. asal aku nampak je dia bawak 2 bijik buah tembikai…wui u ni sirman, buah yang senang batuk nih u bawak balik napa…mahaplah. aku ni mak2, apa yang makan minum tu sume aku pikir kat anak2 aku and anak2 orang. tapi ada jugak mak2 yang tak kisah anak2nya minum air batu yek…

IMG_4632

kuih raya pung ado. sapa rasa kuih ‘passed away’ yang anak2 aku buat tuh? sedap tak???????? unik namanya kuih passed away tuh….rugi lah sapa tak makan! n the cuppies for the guests. oh cuppies sampai lewat **sentap**!

IMG_4788

u think just bcoz ko ada maid, sume ko nak campak kat maid ko ker? well ai tak tau lah majikan lain, tapi aku ada rasa kesian kat Fifin. bayangkan dari kol 6 pagi dia buat kerja sampai midnite, dia duduk pun kejap ajer masa mak aku panggil ajak tengok tv sesama nonton itu gambar2 raya masa kat Melaka….masa tu je lah tak sampai 5min pun. lain sumer dia berdiri, penat ok. aku at least boleh gak lari2 pi layan guests.

huh laki aku lagi lah….aku cakap baru dia nak tolong angkat cawan gelas segala. wuii pakcik nih, cubalah rajin sket, dahlah guests non stop datang nih. suh amik gambar pun light2 jer….dia bz berasap, bz berborak, dapat pulak gang2 yang ramai nau sekepala ngan dia….ha kan kan.

itupun my maid baik ya allah, siap suh aku berenti basuh pinggan coz dia suh aku melayan je kat luar tuh. aku berenti layan guests dok dapur ni pasal family je kat luar tuh, diorg punya borak, aku boleh nyampuk dari dapur jer…sinki kena clear cepatlah. kita tak pakai pinggan plastik, sume pinggan kaca. pinggan plastik aku buat display je kat umah tuh. pastuh aku fussy, tak nak pinggan nih, tak nak pinggan tuh, nak pakai pinggan jenis gini gitu.

so kita basuh jam2 tu gak, bila orang dah habis makan. sambil tu lauk pauk pun kena dipanaskan, takkan nak bagi orang makan dari pagi punya laukkan. so 4,5 kali kita angkat jerang dalam periuk and kuali. makcik caterer aku siap stand by kot lah ada kurang lauk pauknya.

tapi aku nak tau sapa yang antara guests yang datang, pi dapur bawak cawan see through ke maid aku n cakap kat maid aku yang cawan tu retak? sapo sapo?

cawan tu design nya memang jenis gitu, ko nampak je retak tapi nan ado. dahlah tak complaint kat aku, pi komplen cakap kat maid aku. abis maid aku angkut semua set cawan tuh, tarik semula dari hidangan, but bila dia tunjuk kat aku, dah sah2 itu design cawan tuh. hah sapa yang pi ngadu kat maid aku tuh? mai sini aku nak tau sapa??

hah, aku nak audit lah kalo gini…tak baiklah ko claimed cawan aku retak, itu designnya weii! sapa tak nak ngaku, aku tunjuk gambar2 open house kat helper aku nanti yek, biar dia pin point sapa orangnya…ha baik ngaku cepat!

IMG_4564

pagi2 budak2 dah siap berbaju hari raya….complete set! serba merah, sket lagi tak kenal antara abang ngan sofa and carpet tuh hahahahah….diorg aku kasi makan dulu, tapi in between diorg lapo pi amik sendiri jugak…petang sket diaorang tukar baju. gegirl pulak sampai 3,4 kali aku mandikan. asik berlengas peluh jer dok lari sana sini…

IMG_4694

gambar kitaorg berdua mmg takde lah, ini pun aku dok rehat jap waktu orang ramai2  datang tuh and tetiba je si tua bangka tu dok kat peha aku. ke main senak peha eden menahan berat dia yek….muka masa ni memanglah hot gebus. tunggu pas maghrib apa jadik. …

IMG_5053

gini jadiknya di malam hari  …. sampai suara serak hilang 3,4 hari blom jugak berbaik..

btw baju kurung hitam merah yang aku pakai tuh memang baru tak pernah berpakai, was supposedly to wear during my bro’s wedding, berpuluh meter aku beli dari Jakarta utk mak, anak menantu cucu pompuan masa kat jakarta. yang lelaki dapat kain melayu warna merah. so sebab adik aku tak jadi kawin awal tahun arituh, semua anak menantu cucu pakai buat raya. termasuklah aku!  so pasnih bila 2 lagi adik aku tu nak kahwin, kem salam lah aku nak beli lagi bermeter2 gini….sendirian berhad sajer pi carik kain memasing yek. tak yah tema2…

eh eh ni cite open house RM kan…so gitulah yek.

sebelum ada yang hati terguris

sebelum ada yang sakit hati menyampah kerna tidak mendapat jemputan

sebelum ada yang rasa nak terlolong2 coz akak merah pilih kasih coz tak jemput korang

sebelum ada yang nak bakar eh tak bakar, merajuk zimbabwe ngan Red Family coz again tak dapat jemputan.

ya mohon maaf kami hulurkan. maaf sangat2…

satu sebabnya..kalo rumah aku besau, memang aku jemput hangpa sumer. tapi rumah aku nih kecik. lagi kemampuan kami takat di sini sajer. unless aku exclude family members aku, memang aku boleh accommodate korang sumer. malang apakan daya…..

jangan kang, alah kak napa ko jemput dia, tak jemput aku. aduhs…setiap satu kejadian tu ada sebabnya. korang ni bukan boleh caya, kang cepat jer merajuknya bila kang nampak muka orang nih, tapi jemputan utk ko tak dapat. sorry tau tau tau!

btw sampai 4 hari jugak suara aku tak gak baik2, serak seribu, garau gempita!

Comment: 30