Cyberview Resort & Spa

Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort & Spa!

.

.

 IMG_7288

Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort and Spa untuk tahun ni special sket sebab sempena meraikan Iftar yang ke 20! So sempena itu, Cyberview Resort and Spa menawarkan sehingga 40% diskaun kepada kita semua supaya dapat menikmati santapan berbuka puasa yang lazat dari 26 stalls mereka yang menghidangkan masakan dari pelbagai budaya seperti Chinese, Japanese, Korean, Italian, Spanish, Mexican dan sudah semestinya masakan tempatan 🙂

IMG_7289

Kambing golek sudah semestinya ada. Memang idaman Akak makan dengan nasi arab dia yang sangatlah sedap rasanya. And korang mesti cuba kombinasi nasi arab+kambing golek dia ni, kalo korang tak repeat memang sajer jer 🙂

 

IMG_7258

Kalau dari BBQ stall pulak, siap tersedia smoked marinated chicken wings, minute steak and lamb shoulder, sausages, fresh salmon cutlets, saba fish dan juga terubuk bakar. Dengan sos yang disediakan pulak perbagai pilihan iaitu BBQ sos, mushroom sos, peri-peri dan sudah semestinya black pepper sos.

Since Akak dalam diet plan, memang bakar-bakar ni la jadi pujaanku 🙂

 

IMG_7286

Asam pedas dan masak tempoyak boleh pilih dari bermacam-macam ikan segar seperti patin, tilapia, salmon, lampam jawa, ikan susu, pari, tenggiri, tongkol, kembung dan ikan merah.

RD sangatlah suka dengan patin masak tempoyak dia, dia kata memang terbaik, tak payah pergi Temerloh jauh-jauh nun. Sini pun sama sedap dia 🙂

IMG_7281

Kepada peminat-peminat sup, sebut jer apa sup nak. Semua ada, sup tulang rawan, sup kaki kambing, sup ayam, sup tulang merah, sup keting lembu. Roti pun ada sama boleh untuk cicah.

IMG_7278

IMG_7274

Seafood stall pun mengancam selera jugak. Mussel, prawn, squid fish fillet semua boleh rasa. Korang order depa bakar dan-dan tu jugak.

IMG_7263

Butter prawn

 

IMG_7264

Chili crab

IMG_7261

Laksa dari semua negeri ada hiks – Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan Curry Laksa

IMG_7269

Untuk peminat makanan Jepun memang tak dilupakan. Even Korean dishes pun ada sama ya.

IMG_7284

Jemput-jemput, pisang goreng untuk kudapan senaman perut lepas dah santak makan semua kat atas tadi hehehhee

IMG_7267

IMG_7266

Untuk anak-anak, memang menjadi idaman diorang lah Kidz Corner ni – Chocolate fountain ada, ice cream ada, jellies and candies ada, pop corn ada, cup cake and muffins pun ada.

Banyak lagi menu yang disediakan, tak larat Akak nak taip semua. Mau 4-5 pages dengan menu jer. So korang kena la check out sendiri.

All in all, Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort and Spa memang caters untuk semua lapisan masyarakat, tak kira tua dan muda, janji kuat makan hiks 🙂 dan dijamin berbaloi.

By the way, lupa nak cakap pasal 40% diskaun tadi. Ok actually normal price untuk buffet ramadhan ni ialah Dewasa RM149 dan Kanak-kanak RM75.

Tapi kalau kita cepat-cepat booking which is early bird kita akan dapat harga lebih murah iaitu Dewasa RM120 dan Kanak-kanak RM60 sahaja, kemudian on top of that kalau bayar menggunakan credit cards akan dapat lagi 20% diskaun. Applicable untuk semua banks credit card ya. Dah jimat di situ 🙂

Untuk tempahan bolehlah hubungi Tel: 603-8312 7042/ 7041 and its full address untuk those yang tak tau kat mana pulak Cyberview Resort and Spa ni.

Comment: 8

Cyberview Resort & Spa Buffet Ramadhan!!

Setiap kali ramadhan, ramai antara kita suka berbuka di luar, specially di hotel2 besar. Aku pun sama gak lah, but not lah everyday, once or twice a week is fine jugaklah, jadi untuk review Ramadhan buffet taun nih, akak accepted from tempat baru pulak, Cyberview Resort and Spa. Kind of new to me, very the 2minutes to my husband’s office hahahaa, itu paling bestnyalah kan.

IMG_2250

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah tak lama lagi nak masuk bulan puasa! Ha korang hutang puasa dah bayar ke belum tu?

IMG_2276

Dah kalau bulan puasa memang tak sah lah kalau takde Buffet Ramadhan kan. So baru-baru ni aku sempat pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa Buffet Ramadhan @ Cyberview Resort & Spa.

IMG_2301

Don’t know la about you all kan, but this is the very first time Akak nampak menu Buffet Ramadhan yang menyediakan fresh live prawn and fish stall! Korang boleh tangkap sendiri (which i tak buatlah, i suh Chef ler tangkapkan hahahahaha) dan suruh the chef masak ikut menu yang disediakan. Memang hebat betul sajian kat sini. Akak bagi 5 bintang untuk stall ni 🙂

IMG_2274

Spread menu yang bermacam-macam dan panjang, dari hujung ke pangkal. Dari A to Z semua ada kat sini, korang cakap lah nak apa, for sure ada.

IMG_2252

 

Salah satu spread menunya sudah tentu the authenthic Malaysian food. Rusa masak hitam, telur itik masak lemak cili padi, ikan keli masak lemak tempoyak, paru berlada, daging masak kurma, perut masak lemak cili padi dan rebung, pajeri nenas dan banyak lagiiiiii. Akak menaip ni pun telan air liur membayangkan all these dishes! Memang masakan melayu sedap dan lazat. Habis diet aku! Taper lepas raya kita diet balik 🙂

eh apa diet tuh? hahahhaa alah rileks lah, i m being paid to get fat, of cos i m being paid to get slim back kan. hiks..

Gulai ayamnya tu, wallahhhhhhhhhh, akak repeat 2 plates hoih!

IMG_2255

IMG_2258

Spread deserts dia pulak pun pelbagai Malay kuih muih, segala jenis kek, sweet delicacies, macam-macamp udings even segala jenis bubur pun ada dihidangkan. My favourite of cos bubur pulut hitam dan pengat pisang. Yummehhhh. Aku memang pantang le bubur oi, sangat le my dunia bubur2 nih.

IMG_2259

Teh tarik of cos la ada! Berserta minuman panas dan sejuk lain antaranya hot chocolate, kopi, nescafe tarik, bandung, tebu, barli, cincau, soya bean, teh bunga dan longan.

IMG_2261

Lagi satu yang bestnya, ada Kid’s Corner kat sini. I’m sure your kids gonna love this section!

IMG_6103IMG_2264

IMG_2280

IMG_2281

Dari chocolate fountain, ice cream, jellies, candies, pop corn, cupcakes, muffin dan cookies semua ada kat sini. Our kids will go crazy here 🙂

IMG_6104

Tapi the most important thing, also this is first time Akak nampak, Cyberview Resort & Spa ada meyediakan kids room! Memang understanding betul depa ni 🙂

So parents semua boleh makan dengan aman tanpa gangguan anak-anak dan dapat menikmati semua hidangan yang sememangnya lazat kat sini yey! Biar anak-anak main kat sini 🙂 . Akak dah bayangkan ler nanti pasnih kita bukak puasa sini, Zeeshan akan pusing satu dunia, instead kita letak dia dalam kids room ni jer, sebelah je pun ngan buffet ramadhan, makpak nak monitor anak pun senang.

Surau, restrooms pun dekat, ample parking too. Apa lagik mau ada for this kind of place, very the family oriented untuk kita berbuka. Not to mention, kalau tak de family pun hasil yang sama gak hehehe…come come jemputlah berbuka sama di sini.

IMG_2277

IMG_2279

Tidak dilupa buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

IMG_6091

Tapi ada lagi yang paling best di Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa ni, iaitu the Live Station Counter di mana kesemua lauk-lauk ni akan dimasak dan dan tu jugak. Atas tu bermacam gulai kawah

IMG_2289

Salah satunya kambing golek berserta nasi arab yang sangatlah sedap haiii…

you know akak tried nasi arab tu, lemaknya macam penuh sangat, macam nasi tu berlemak, but actually it s not. Rupanya rahsianya ialah cara masak nasi tu, hah, i know already, i korek from the Chef.

IMG_2295

Dim sum yang panas-panas

IMG_2298

Ni yang Akak cakap atas tadi, fresh live fish and prawn stall! Memang segar dan mengiurkan

IMG_2340

Setelah kenyang perut, Akak pun suka hati. Sebagai penutup layan bubur yang manis dan enak untuk pencuci mulut 🙂

Personally memang puas hati berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa ni. Menu yang jarang kita jumpa dapat kita rasai di sini. Hidangannya pula fresh dan rasanya pula memanglah sedap dan ikut selera kita. Ambient ataupun suasananya juga selesa dan tenang, begitu jugs susun atur kerusi meja makan pun quite selesa dan a bit loose. All in all memang berbaloi.

Untuk tempahan bolehlah hubungi Tel: (603) 8312 7000 also full address.

Buffet Ramadhan 2016 di Cyberview Resort & Spa ni berharga RM138 nett untuk orang dewasa. Dan kanak-kanak pula berharga RM69nett (age 4 – 12yo).

Tapi kalau tempah awal-awal sebelum akhir bulan May nih, boleh dapat harga lagi murah iaitu RM95nett dan applicable during 1st and 4th week of Ramadhan and RM108 nett for the whole month of Ramadhan.. So tu kalau untuk early bird voucherslah yek. They have more than 200 menu buffet yang dari western to local, dari Kokdiang to JB.

Ada jugak diadakan cabutan bertuah setiap minggu di mana 2 pemenang akan dapat menaiki Hot Air Balloon.  Jadi sambil makan,  ada untung nama naik, dapat ler naik balloon 🙂

Comment: 4