Playground and Market…

ai tak tido petang langsung on monday..huhuuu..mau taknya, gegirl tu dok berkepit ngan aku suh tu suh ini macam Red Satu entry yg aku ckp tu lah. lgpun sirman x berapa sihat sket lah. dada dia sakit sket. so bila anak2 nak pi swim petangnya, terus la aku cakap x boleh. once a wk or sekali 2 minggu pi swim takpelah gak ni 2 kali seminggu, mau aku nak bagi white flag. jadi dema mintak pi playground.

memandangkan aku pun dah bapak la berbulan x mengekor depa ke playground, aku pun ikutlah gak. actually aku pun ngah x sihat, musim2 ‘kecederaan’ so paham2 lah kan. sapa yang x paham tu sudah.

bapak dan mak anak2

at one time plak, si gegirl sudah sentap sama makpaknya…halohaiii! nak je aku pelempang tp depan dia aku sengih jer ye. sirman pujuk pun x jalan. yet dia dok nak abang dia yg pujuk dia. abang yang memanjat x hengat pun turunlah, pujuk adik dia, bawak adik dia ke mana ikut adik dia nak poi. adiknya nak main boyan plak…so abangnya pun bawaklah.

makpak depa pun pegang tangan gak tapi jalan belakang depa lah. mcm poyoyooo. ada abang yang rajin nak memujuk ko boleh la si gegirl ni makan saman. kalo time abang dia x de mood, pandai ko lah sentap nak pujuk diri sendiri. koser tau budak ni, sesikit nak merajuk.

nak main boyan ni lak kena lah amik q, n dah tentu lah aku yang kena q kan kalo depa q, jangan araplah dpt, budak lain dah dpt dulu boyan tu. oh baju ai pakai besar pasal aku rembat baju sirman. ai x kuasa lah mendiva2 kat playground ni. cam ngandung je aku pakai baju sirman ni. dulikk!

ni playground depan umah aku, Taman Tasik Permaisuri. antara playground terbesar di KL or kat msia I guess. boleh je jalan kaki pi playground ni tp sbb malas kan, naik gak lah keter…

3 anak ngan makpak..penyokong kuat RED DIVA gitu! hehehehehe…ai x kenal pun depa.

pastu kan masa main boyan, gegirl sentap lagi coz dia ckp aku ayun boyan dia x laju. dia nak cam daddy ayun boyan abang yang laju. masalahnya abang ko tu dah besau, laju2 pun leh control kaki, yg ko tu lak cinonit, dah tentulah mak engkau x berani nak hayun kekuat. so sirman took over hayun boyan punyalah laju. jangankan gegirl, ngan sirman aku jeling, suka2 je dia hayun boyan anak punya laju.

n he said: mak korang ni asal ikut kita datang playground jer, tu x leh ni x leh!

ehwah ewahhhh…

lagi satu datang playground sini kalo x melantak x sah lah. asal dbkl blah jer, bonet keter penjual sume terbukak tp bila dbkl terjah sume katup bonet. yang jual aiskrim terus cabut pi dok luor tasik. aku pun x pahamlah, biarlah depa meniaga kat sini. apalah nak issue sgt …

korang kenal sengkuang tak? ini sengkuang masa aku umur kecik2 dulu, mmg almost everyday kena makan lah. aku dulu dok Quarters kerajaan, so jiran2 ramai jual. zaman aku dulu x lah besar godang cam sengkuang yg singgit ni, dulu 10sen je harganya, pastu half size of this one lah. sirman makan 2,3 gigit jer, ai habiskan sumer. x ckp ngan tu, kitorg bedal 4 hinggit keropok, aiskrim sorang satu, tp abang extra 2, n jeruk mangga 2 packets for sirman. kenyang seii…aku tak dinner dah pastu.

lepas tu kitorg pi terjah umah mak aku lak. anto baju2 kasut sekolah abang, jenguk mak aku yang masih berkaca mata itam…sokseksok and pi plak market Pak Aji. amik prawns (gegirl dok bising nak udang haghi2 kat telinga aku tau), kembung 6 ekor, sayur 2 jenis, ayam 8 ketol..ckp le utk 4 ari nye masak.

abang ngan gegirl yang jakun!

balik umah dema mandi makan siap tidur. gegirl dok berkepit lak ngan apaknya…aku bersilat kat dapur lah…aku cukup benci tol hiris bawang merah tau. dulu kat jj maluri ada siap bawang merah yang dah bersiang, tp kalo nak pi sana tetiap minggu mmg gua x larat lah weii..nak msk situ je dah sesak ngan parking lagi. nangis2 nitik airmata aku hiris bawang merah. sirman jdi tukang sorak gelak ngekeh2…

Tuesday is back, means kena kerja lor kan. bih tu x geti2 tido awal ler kan…

Comment: 17

Red Satu itu…

  • 1 minit yang lalu, ape ada buat? – bergolek atas katil wt gegirl


  • 1 jam yang lalu, ape anda buat? – buat sustagen for gegirl


  • 1 hari yang lalu, apa anda buat? – thari kat ttdi wt family and 2 bloggers, madredo1, balik berado membuto and headed to sirman’s hometown sampai midnite.


  • 1 jam lagi, apa anda akan buat? – lam kepala nak membuto lah


  • 1 hari lagi, ape anda akan buat? – kerja back to work, usual routine lah. pagi masak, anto abang to sek agama, pi keje, balik keje, layan anak2 sirman gitu lah. insyallah.


  • 1 orang yang terakhir sms kamu? – my reader


  • 1 orang yang terakhir menelefon kamu? – sirman from ttdi, boring nunggu abang tuition, member takde geng hikss


  • 1 mkanan yang baru dibeli? – 100plus


  • 1 barang yang baru hilang? – my bodyshop bodymist yang letak lam kereta boleh hilang. ni mesti service ppl of the sparkle grey yang amik. aku letak lam dashboard keter on jemaat mlm, pagi sabtu sirman anto service, balik dah takde. haprak lah!!! sib baik tak letak dedua botol, satu je yg aku letak. satu lg masih ada di tangan gegirl. hangin tollah.


  • 1 cerita yang baru ditonton? – Ultraman wt gegirl


  • 1 hal yang terakhir digosipkan? – pasal artis2 msia wt my ipar duai kat umah mertua huhuuuu


  • 1 kata yang ingin diluahkan…? – KENAPA ko asik merajuk je gegirl?


  • 1 buku yang sudah dibaca? – buku cerita tak tau tajuk hapa


  • 1 penyakit yang sering datang? – tidur bila cuti!

tag ni aku buat atas dasar suka2, byk tag aku x buat, aku cuma buat bila tag tu agak2 senang and light2. x yah pikir harder. I was tagged by Lea Laurelle, blogger yang menaikkan nama aku waktu Bloggers Idol dulu, he was the organizer. till now wpun dah 3 years berlalu, we still frens..

i dont tag ppl. so sapa2 mau buat, silakan.

Comment: 9

2 Brothers…

ni makmertua aku ngah landing lepas kenduri gitu…belakang mak mertua aku ni lah the 2 brothers of sirman yang masih single. the left is 24 years old pemalu gila, yg bongsu is 22 yrs old lagi sorang pemalu ha yamat. sbb tu lah sampai skang lom ada gf, nak cakap ngan pompuan pun takut…

depa tengok je aku snap gambar, dedua mencicit bangun lari..astaga susah tol aku nak snap la, dahlah aku x bawak normal camera, arapkan camera fon je

nengok lam gelap, dema lari nyorok. Pak Piz is 24 yrs old. umur macam ni pun x geti lagi carik makwe. keje dah established, dah leh bg makan anak orang tp sbbkan malu sgt, sampai sudah dok menyingle.

dia tak tau aku ngah snap ni aku ckp aku doksnap gambar tembikai yang dah nak abih tu hehehehehe..the bongsu in the family 22 years old, akak ipar merah dia gila katanya nak letak muka dia lam blog. aku akak ipar kan, so ko lagi la kena dengo ckp aku ahahhahaha… kuasa veto tol aku

lu mau kenalan sama adik adik lelaki gua? lu kenal gua sapa?

lalalallalaaa………… nak kenalan amik the 2 boys tu ye, yang baju oren ni tak laku dah, expired already!

Comment: 7

Kenduri…

hello redmummy.com ‘s readers! ni baru suku from sirman’s family..adik beradik dia je 9 orang ye kira lah menantu cucu bagai dah bape org. majority of them are my blog readers, so depa dah tau sgt kalo ada camera tu mmg nak tempek lam blog lah kan..

kakak sulong sirman the black shirt and my biras..

umah mertua aku ada buat kenduri kecilan sket, kenduri pi umrah. ai tolong light2 jer….angkat2 letak2

some of the menu, ada nasi impit, mee kari, pulut kuning, satay etcs..

the cousins … suka gegirl dapat main macam2 kat sini. abang dah ilang ke mana ngan the boys. psp lah, game lah, kejap2 je dia dtg kat maknya carik nasi impit

kenduri doa selamat ni hanya invited for ladies je, tu pasal takde lelaki. hanya jiran2 terdekat sahaja yang dijemput.

the boys adik beradik menantu dok dapur

lepas abih kenduri, our family lak jamu makan..selambak lah semua makan kat main area. meriah sgt masa ni. aku tak tahan gelak tol bila ada cerita sensasi keluar

mak ngan anak…merah

kan aku cakap anak bujang aku si abang tu manjang je ilang. panggil makan pun liat nak datang budak tu, dah dpt main game kan

this is my mom in law, she s going to umrah next week wt sirman’s second sister. akak ipar aku idak le ada lak lam gambar

budak ni kan umur dia baru nak masuk 18 taun, cucu pertama lam family sirman. kaki dia panjangggggg ya hamat, tingginya lonjonggggg sesangat, ini pun dia rendahkan panjang dia bg senang masuk lam gambo. dia yg over tinggi bukan aku yg over rendah ye. hiks…

oh aritu korang nak tengok sirman’s 2 brothers yang single tu kan, ha nanti ye ai post kat sini. tapi bapak la susah nak amik gambar diaorg sebab malu sgt la nak kuor lam blog. cisss

aku sampai VA dah kat kol 1 pagi, letih gila. ai kena kendong gegirl, sirman kendong abang ngan beg baju. in the afternoon, sirman and abang pi ttdi for abang’s tuition and aku memblog lah, gegirl dok melukis. arini cuti msia camni, bestnya tidurlah kan…late petang aku nak pi carik rencah dapur tu byk dah habis. nak buat masak2 la for next week’s slot.

ni aku tanya apa contest yang korang nak suh aku buat selain dr mybloglog 150members tu, ha pikiak la weiii…ai will short list and take yr idea, insyallah.

Comment: 6

Red Late Sunday…

wah macam hari raya gitu kan. petang smlm balik dr tuition rehat bagai terus kami bersiap utk balik umah mertua aku la. monthly visit pun ye, ada kenduri pun ye. sbb nak sampai sana pun dah late petang aku suh je budak2 siap2 pakai baju kurung/melayu bagai.

dah tentu lah masuk keter je dedua terus bongkang..penat gitu kan.

alah sian gegirl ngan kerudung itam silau mentari pun kena kat muka dia…

ai pun pakai baju kurung merah ye..pastu aku buang tebiat pakai lipstick yang beli dulu tu, sekalik dah patah matah la pulak. tanya gegirl..dia senyum sumbing, sah lah dia kerojer kan masa aku pi spore dulu. mem takde, dia main make up aku lah …

sambung jap gi…

Comment: 9