Gegirl’s room…

ni dinding bilik gegirl, one side sudah dikosongkan, satu side lagi ala2 kapal tongkang pecah ye…x sanggup aku nak ngamik gambo. mood rajin aku blom mari lagi…. soon ye soon akan kukerjakan. sebab tu memang kerja aku, dok berempat tapi sendiri mau ingat lah kan…yang lain akan jadi tukang sibuk dan tukang nengok.

wall bilik gegirl ni kaler merah menyala, tak tau napa kuor kaler pink purple lah pulak…

oh ni antara barang ikea yang aku bawak balik…. cuba ko belek telek amende tu? sapa betul, sila ambil adiah di ikea ye sayang….

partner in crime for the above photo akan sampai ari sabtu 🙂

Comment: 4

Super Fifin!!!

u dont flay flay ye…my fifin is so lah mak badang! pintu dapur dia bukak ngan tenaga wanita keringnya itu. salute tol aku ngan dia…

dia angkat sorang2 lemari putih tu anto ke yard, pastu dia tanya aku pintu ni buat nyemak jer.

sememangnya pintu tu mmg nak dibukak, mmg sirman akan bukak tp tunggulah dia balik kerja ke hapa kan. sekali aku masuk bilik aku dengo dia jerit ‘kakak merahhhhhhhhhhhhhhhh…tolong fifin kejappp

berlari lah aku ke dapur, masyaallah dia ngah screwkan engsel pintu ni. my god. keje aku ialah memegang pintu tu supaya senang dia bukak. dia x leh nak tunggu pak sirmannya, dia rela buat sendiri dr tunggu sirman balik lambat and kang keje dia lambat nak siap.

so buat sementara pintu ni dok kat yard dulu, coz nanti bila abang ipar aku bawak lori leh antau ke umah mak abah aku yang kat bangi, yang disewakan kat orang. ada pintu yang dah kepak dibuat dek tenant. makan jus fatimah bape kilo lah si fifin ni, kuat tollah dia. sangat bertenaga. dia ckp kat sini kerja2 yg dia buat senang jer, kalo balik indon lagi siksa hazab kerja yang dia penah buat.

wah dah siap tpt simpan barang kering aku 🙂

tang2 atas tu fifin panjat letak aku tlg passkan…yang bebawah tu aku lah yang susun. dah sah2 ni umah aku kan, ikut selera aku lah ye. nak mencapai pun tangan aku gak…

tapi tangan fifin memang ajaib. 🙂

Comment: 6

My good helper…

tu dia kan balik dr ikea, x rehat tak hapa aku terus bertukang singsing lengan lam bilik gegirl. rak buku aku tu dah hampir hilang nyawa. papan plywood kat belakang dia tu x kuat. patutnya amik drill, zerrrreettt belakang tu, haruslah kuat. but u know, orang ni x serajin tu nak buat all those things lah. aku nak buat, mau meloncat ke belakang, benda2 yang ketuk ketak ni bukan tangan aku lah ye. pelempang lalat aku bolehlah.

n sib baik lah fifin pun sampai tepat on time…apa lagik kan keje lain aku suh dia tinggalkan meh sini tlg mak merah buat keje2 yang makan habuk ni

abang ni aku suh pi tidur mana leh mata dia dok diam kan, so keje dia menyusun buku yang bersepah simpan lu lam bakul lam kotak sementara the new one will come in. time dia rajin, kena bagi motivation, kang kalo dia malas, air kotak pun boleh sepah kat dining hall ye.

sian ko…

pastu tetiba aku dengo kong kalikong kat dapur. ya allah fifin ni mmg tangan dia power tollah. aku x bising pun pasal papan tu, biarkan je lah tp dia mana leh tahan, dia ngamiknya hammer sirman, ditukulnya the papan yang dah renggang dr tempat asalnya..

assistant dia pun keje sama ngan dia, tlg carikkan paku..

banyak senanglah sirman kan..semua keje dah dilangsaikan dek fifin

abang amik tenaga ye bang…sebab right after that dia pulak semangat rombak bilik dia. cuti2 ni mmg molek sangat buat segala toknek kerja, tu bilik gegirl tu masih lagi bertongkang pecah, aku x bagi fifin buat, aku ngah nak amik mood rajin aku nak settlekan. mari mari mood marii…mana kau mood rajinku…

ni project kami bertiga di petang kamis, hiks.. gegirl saja aku x nak ngamik lu kang dia banyak songeh banyak kacau nak tu nak ni. sirman lak masih keje, late nite baru pulang. project tak abih lagi…ada lagi yang buat aku terkejut, dikejekan dek fifin. camne lah aku x sayang ngan dia, benda yang aku x suruh yang sepatutnya lelaki yang buat, dia buat.

bonus ckp taun ni utk fifin kena bagi extra lah..she s so deserved it!

Comment: 6

Patahlah riok…

opssss!!!

Comment: 7

Ikea Ikea…

4 jam aku dok lam ikea ngan abang…wah lama seii. tapi abang mintak anto dia kat kids department yang budak2 main kat bawah tu. kami sampai pun around 12ish n tutup sementara lak sbb penuh. so abang lapar, beli makan hotdog sahajalah. dia ckp dia malas nak ngekor aku pusing2 lam tu baik dia dok diam2 main kat situ.

ngam2 1230 dah bukak, abang pun selamat lah main. aku pun mencanak shopping barang sorang2. sebenarnya barang yang aku nak ngamik tu sudah disurvey ngan sirman, kira apa yang aku beli tu mmg atas persetujuan suami isteri. semua sirman dah approved. sirman x leh join pasal sirmannya kerja, aku kan cuti 🙂

2 kali aku pusing nunggu si abang tak nak keluar. jerit pun dia buat dek x dengar…last2 assistant tu terpaksa lah panggil abang sendiri…

aku sorong trolley, yang abang duduk, and dia sorong trolley keciknya itu.

3 kali ok aku berpusing patah balik, banyak hallah. dia kata benda tu letak kat market hall, sampai aku dah terlajak kat collection dept pun x de menda nya, patah pusing balik. mau x penat abang dibuatnya. dah lah aku x bwk sekali air suam dia, left in the car.

ko..kat sini je kitorg nunggu ber minit2 sampai abang landing atas kotak tu…aku dah naik hangin tollah bila bendanya takde, tp suh beria ngamik kat sini. last2 depa anto customer service, name Peter to guide me back to the display room. bapak jauh…masuk ni kali ke 3 aku patah balik. ok aku x nak cerita details lah, aku kan cerewet, tapi make it short Peter tu ngamik ati aku sampai tolakkan trolley aku tu ke cashier. aku x kisah kalau aku sorang2 jer, tp ni aku bawak anak, dia nak suh aku ulang sampai 3 kali ikea tu dahlah besau. ngan kaki aku yang injured terus jadi robot bila aku jalan laju.

my ssjengka frens, korang ada number hp normi tak? aku terserempak ngan dia 2,3 kali kat ikea tp x leh nak bercakap coz masa ni aku dok mengekor si org2 ikea tu ikut short cut sana sini. alahai, bila aku bagi no aku sepantas kilat kat zack, mesti x hapallah tu…aku tunggu dia kat luar, x kuor2 plak…korang kalo ada number dia, tlg bagi boleh tak, korang ada no aku kan, korang ada contact red aku kan…mekasih ye.

ni je yang aku bawak balik…specially for makcik yang suka menyonteng, mengaler dan sebagainya.

nak jadikan cerita, aku x ckp duit nak bayar. ai x de credit card, sapa tu yang ckp dia ada credit card je kan, ha akak ko ni mmg takde credit card. i live in cash only. collect points card aku banyaklah. ai have exceeded the wtdrawal limit for today, duit aku ngam2 je utk tinggal bayar for upah pemasangan n transport. sian abang amik memacam tp terpaksa aku tolak tepi. lain kali lah ye bang kita pergi lagi. mom mmg x ckp duit lam tangan. nak cucuk pun dah kena warning ngan atm machine tu.

habis aku korek2 lam wallet siap budak cashier tu buat manual calculation first sebelum dia punch. elok gak x ckp duit kalo idak abang horey sakan lah bilik dema 2 penuh ngan barang.

barang2 lain tu, depa antau on Saturday..

tu pasal 4 jam aku kat sini, aku rasa kalau ngan sirman sampai 4 jam mau dia naik angin… ngan abang pun dah mula muncung lama gila.

Comment: 8