VA, the inside problem…

kiri kanan tangan aku dah penuh barang, bahu aku pun kiri kanan penuh bag depa bagai, banyak baranglah, so dedua kena bawak barang memasing

kasut sekolah agama abang 2 ari terperuk kat umah mak, so kena angkut gak utk dibasuh wpun x sekolah NK kan…

last2 dia penat nak kendong, diheretnya je beg sekolah dia

itupun dia dah nak mula menyentap, si kecik tu kalau boleh nak lenggang kangkung berjalan, umah ko atas langit nak bukan atas tanah…so barang2 kena angkut sesama ye. nanti umah baru kita satu lagi siap taun 2010, bolehlah ko nak berlagak sket x yah nak ngangkut sangat kan.

Sejarahnya kami dulu kawin Sirman sewakan aku rumah kat Bayu Tasik Condo, same area jugak lah. sebab sirman dulu kan keje dok menetap kat Spore, so aku x nak lah dok jejauh dr makpak aku. so bila kami mencari2 rumah utk dibeli, aku terpandang VA ni nye iklan, x perasan sungguh padahal setiap ari lalu tpt yang sama berulang dr umah mak ke Bayu. yang buat aku berkenan ialah ada 4 bilik di rumah VA ni. ai like….

Jadi kami belilah rumah di VA ni itupun dah banyak sold out, nak amik yang bebawah dah x de unit, ada pun unit tengah, aku nak yang tepi2 gitu…ms tu kami mmang mencari umah utk dibeli, so arini pandang iklan, esoknya terus kami letak deposit, mmg dah nak sgt umah ni.

moved in on Dec 2005, x sampai setaun, rumahku kena pecah masuk hahahahahaa…bukanlah  kami unit pertama yang kena, aku dikira unit ke 9  umah kena pecah dalam masa 11 bulan kami menetap di VA, dan itu menjadikan kami penduduk VA sangat marah dengan management.

Pertama kali aku turun ke penduduk’s mtg wt management, aku meroyan tahap cipan siap naik tinggi suara. mmg aku marah sesangat. sapa yang tak marah umah dimasuki pencuri, dahlah management fees VA ni antara yang termahallllll kat area BTR/Bdr Sri Permaisuri.

Eh banyak nau lak citer management nih, make it short, apa2 urusan dengan management VA ni sejak umah aku kena pecah, handle by sirman, dia je deal ngan depa kot nak pi bayau hapa2. Kami persatuan penduduk agak kuat gak lah, tu pasal aku x heran bila ada Ustazah yang kena tangkap berkhalwat, mata2 di sini sangat tajam. jadi yang buat onar tak kira umah sendiri mahupun menyewa…kamu itu hati2, mata2 di sini sedang memerhati sentiasa.

aku pun punya hubungan yang sangat baik dengan presiden dan ajk persatuan. tapi tiap kali meeting election aku x kan hadhir, mau gak depa campak keje AJK tu kat ai, ai kan ‘kuat bising’ hiks…malas aa. mana nak jaga blog bang, kang saya kena jaga VA jer…saya jaga VA via Blog sahaja udah ye.

Comment: 9