Jan 28 2009 Wednesday, 11:30 am
Asian Cafe, KLIA
aku adalah sangat menggigil badan untuk membuat entry, aku masih lagi dalam keadakan terkejut dengan entry Dendam mereka. bukan sebab aku capek, tp aku hilang nafsu mood untuk memblog cuti2 di jakarta. kenangan di jakarta itu indah dan manis, pahitnya bila aku ‘disambut’ mereka di KLIA đ
tapi kita teruskan jugaklah ngan entry yang dah kujanjikan, kes dendam tu akan ada follow up, percayalah. someone out there is doing something bout it. aku tak galad membayar RM600 kalau betul aku tahu puncanya tapi clearly dia kata ‘kalau kami tak buat kerja nanti keluar blog pulak’ <—-statement ni yang buat kami terhiris sesangat, kami diketuk kerana blog dan dendam!
this was on saturday noon. flight kami MH721 berlepas jam 155pm, so kami telah dijemput oleh Asian Cafe untuk bertemu empat mata dan berbincang serta menjamu selera. kamu ingat lagi Asian Cafe? aku tau tulisanku memang kadangkala sangat pedas, tapi semuanya berfakta. kalaupun aku tulis ringan2 tp aku cakap apa yang aku alami. Mr Team tak boleh terima, makanya mereka berdendam dan mengenakan aku.
Tidak pada Asian Cafe. mereka menganalisa tulisanku, membuat investigation dan clearly fakta aku seiring dengan perbuatan yang dicemari dek staff mereka. makanya sebagai membalas budi top level mereka menjemput ku, dan aku jugak mahu mendamaikan keadaan. we help each other coz we do need each other too.
Puan Zarida turun padang, kami berbual dan mendengar kata memasing. aku taknaklah mengeruhkan kedaaan, aku nak ada good relationship with pihak2 yang lebih kepada customer service gini. tujuan entry ni jugak mahu menunjukkan bahawa tidak ada masalah dendam antara kami redmummy.com dan asian cafe.
Asian Cafe adalah milik Dewina Host, ada banyak jugak cafe milik mereka, dan aku listkan jugak di sini apa yang patut kamu tahu. sekiranya ada aduan, panggil ketemu sahaja pada management Dewina Host.
Main Terminal, KLIA
– Asian Cafe, Level 5, Departure Hall
– Cafe Marche, Level 5, International Departure Hall
– Food Paradise, Level 4
– Burger King, Level 3, International Arrival
Domestic Departure, Contact Pier
– Asian Station
– Burger King
Satellite Building
– Burger King
– Sbarro Italian Restaurant
– Cheers
LCCT
– Asian Kitchen
– Cafe Espresso
tamat cerita Asian Cafe.
sudah tidak ada issue lagi dah aku ngan depa. kes lama telah lama selesai ditutup. cuma sbb aku baru ada peluang ke klia utk ke jakarta, waktu itulah kami berurusan. jangan korang nak ingat plak entry dendam previously related ngan Asian Cafe. it s not them lah yang aku cakapkan. itu gang lain.
gang asian cafe ngan aku dah takde masalah, so korang boleh kembali santap di situ kalau kerana tulisan ku on Asian Cafe yang lalu telah menyebabkan kamu was2. Service mereka sudah kembali pulih.
Settle satu kes.
Tapi kes 8 bulan masih belum usai….
RM Recent Comments