Story riuh lagi di Paris…

IMG_8496

ahah! lepas amik gambo, balik hotel, sirman upload gambar. dia godam2 and edit2 pastuh dia perasan…

banyaknya gambar you yang memberak?

ha???

cissss! gambar aku yang sibuk ngamikkan gambar dia tuh, tersengguk nak terduduk dia kutuk pulak…

jap aku carik modal yek..

IMG_8553

iklan plak…… wanita pemakai merah…

IMG_8547

dan lelaki yang atas bawah pun merah, bininya pun pakai coat merah…ingat aku je pencinta merah….

oh yek, aritu aku cakap aku balingkan handbag aku tu kan, memang tak pakai sudah, at last pakai shopping bag tlc, bagus betullah shopping bag yang Thelilcaliph bagik aku nih, dah merata tempat aku pergi baik local or luar negara, memang aku angkut sentiasa! tu aku buat letak air botol, and apa2 ntah barangnya lagik lam tuh. takde yang berharga pun, passport bagai segala kat backpack Sirman. dalam poket suor aku pun ada 50 euro jer, pakcik tu bagi buat kes kalau tersesat, ha naik teksi buat stand by balik hotel.

sabar je lah kan….

IMG_8620

pastuh lalu kat LV, mak datuk panjangnya beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrr! haritu pun aku tengok kat LV La Fayette pun sket nya ramai orang beratur. tapi ini lagi dasyat. masa lepak2 kat seberang jalan, ada sorang abang nih, singaporean dia pun beli gak LV sini, dia cakap dia beratur for 30min before dapat masuk.

sure local people bengang je yek tengok foreigners punyalah ramaiiiiiiiiiiiiii soping LV. aku peratikan orang from negara China sana nun, and Japan ramai yang beratur kat nih sumer. mat saleh kurang sangat. iskk..

sanggup depa yek.

IMG_8623

ha tu yek beratur panjang…baik tua muda apa bangsa dari negara mana pun sanggup beratur nak masuk LV tuh. iskk siksanya hai. berapa ratus ribulah sale depa kat Paris nih. kentang betul ramai orangnya!

IMG_8629

nak Alma merah tu lah Sirman….

kem salamlah nak suruh ai beratur, moh jalan…

eii laki aku nih…

IMG_2733

aahah nih sambung citer isu berak tu hah…kita beria amik gambar dia, pandai lak dia taji kata aku yek…kita carik gambar dia yang ada ala2 terbe yek…

IMG_8661

Red, ai sebut jump u jump….

ok dah jump

alahai, tinggilah sket jumping tu…angkat kaki tu lagi lelebar

IMG_8663

alo Sirman, tak nak jump lagilah, tu hah police France ada sebelah nih…

IMG_8668

hah aku jumpa gambo Sirman memberak…heheheheheh…dia kata aku yek.

IMG_8671

pandai gak aku tekan punat camera tu yek. aku suh dia jump..jadi jugak jumping gambar ni aku amik. huhuuuuuu….ok jumpa satu je lah gambo dia terbe…so bolehlah tu kira revenge!

IMG_2709

ditutup ngan gambar RM and Sirman @ RD di depan arch mana tah. malaslah aku nak bukak map and itinerary kitorg. jadiklah… nak suh tourists lain amikkan gambar tak de mood wor….but tell u the truth, dok kat Paris nih memang betul2 rasa honeymoon sungguhlah. kitorg rindu gak kat anak2, depa pun rindu gak kat makpaknya, tapi hari2 kita webcam and YM ngan diorg.

tips pasal jalan2 and susah speaking coz french kononnya x pandai speakinglah kan, tak betul. dulu ye lah, skang tak kot. usually sirman baca map, but asking direction verbally tuh aku yang buat, but kalo orang tu nak explain jalan, aku tarik balik Sirman suh dengo coz aku tak paham pe mende jalan/metro yang dia nak suh kitorg pergi tuh. oh btw, saya jumpa 2 couple malaysian gak, ada couple tu makcik pakcik sesat kat dalam metro, so aku borak2 je ngan makcik tuh, Sirman pi tolong rescue pakcik tuh baca map to get to their direction, the metro.

i think anak makcik tu baca blog aku lah…sapa dik yang dok Sweden ke kot, yang mak ayahnya dok kedah, datang melawat ko belajar kat sana and pi holiday kat Rome and Paris? ha…aku suspect je lah.

So far oklah kat Paris, local people are nice, ada waktu kat flea market, orang yang jual tuh tak tau speaking, so macam itik ayam lah aku ngan dia bercakap. last2 ada sorang buyer lain datang tolong translatekan apa yang aku cakap kat seller and gitulah, jadi translator pulak mamat tuh. 3,4 kali gak lah jadi kat flea market tuh.  tapi tak banyak pun kejadian nih, ramai orang Paris dah pandai speaking. not a biggy, kalau macam kita tak tau jalan, aku takkan pronounce cakap coz kita nya sebutan lain, depa lain, so biasanya kita tunjukkan peta and they will understand apa kita tanya and tolong kita.

Ha nak citer Paris lagik ke? tak busankah?

Comment: 24

Ngeng di Paris…

IMG_8458

ini cerita agak ngeng sketlah….tak pernah jadi kat aku selama nak 35 taun idup nih, but terjadik pulak kat Paris. sket lagik nak nangis…. alkisah aku masuk kedai nih, biasalah yoep jalan2 window shop tengok2 amik gambar segala bagailah. so orang kedai ni memang baik, aku macam teringin nak beli satu mug nih, bukan utk deco but memang untuk pakai sendiri. mug beso2 alam nih best, kalo buat satu mug beso tu leh share minum berdua ngan sirman.if at home lah.

so baik punya aku amik, pastu jalan2 tengok lagi lam kedai tuh.

IMG_8459

eh iklan jap ni ha bas hop on off merah kat paris tu yek…yang aku naik citer sblm nih hok kaler ijau kan…so dah tau gomannya ek..ok leh sambung citer ngeng…

IMG_8460

so pastuh aku peganglah satu mug nih, baru aku pegang amik sesaat jer, tetiba dai jatuh bersepai ko! waaa nak nangis, terkesima jap aku kat situ. harga mug tuh Euro 5, aku teruslah cebik2 cakap ‘ok ok i ll pay for it’ tapi tokey tu cakap tak yah, no need. masa tuh kan Sirman dah geleng pala nak jegil kat aku lah…waa lagilah gua nak cebik. tokey kedai tak marah tapi laki gua nak marah gua…

betul ko dia tak bagi aku bayar. aku serious cakaplah aku baru je pegang holder dia apehalnya dia tetiba pecah, so abih pastuh aku dah tak pegang apa langsung pun barang dalam kedai dia yang jenis2 berkaca.  aku suspect mug tuh punya holder memang tak kuatlah, dia nya holder bukan jenis kaca tau, macam spring ala2 besi ke hapa, so mbe tak kuat ketat ngan mug kaca tuh, so sapa2 pegang mmg bersepailah. i donno.

IMG_8470

pastu aku gatal, pi amik benda tutup telinga nih, dari kedai tu gak. memanglah orang pakai waktu winter, tapi aku dah teringin nak pakai benda nih sejak dulu lagik. dulu carik utk pi masa kat HK tak jumpa, so bila jumpa nih,wah bestnya. terus sebat, selling at euro4. geleng pala Sirman tengok bininya yang ngeng! dahlah pecahkan mug kedai orang….

baik hati tokey kedai tuh tak bagi aku bayar mug yang pecah tu….tapi aku beli gak lah mug yang aku amik tuh, and the earband tuh, tapi boleh tetiba mulutku terbacul…can get discount ?

wahahhhaaa…lagi laki aku jegil mata, and aku pun terbahak2 gelak. ko dah pecahkan mug orang ko nak mintak discounts pulak hek! hiks…itulah citer ngeng yang jadik kat saya di bumi Paris. lagi satu jangan ko golak baju oren yang aku pakai tu yerk, itu sebenornya jacket abang, aku beli kat flea market depan hotel aku. 2 euro jer, gila murahkan. tapi mengenangkan murah, and maknya pun kesejukan asik pakai jacket biru jer, so pinjam yek bang…mak leh pakai, nanti ko pakai balik.

so the ngengnya – aku pi pecahkan mug kedai, aku pi beli ear band yang orang biasa pakai masa winter and selamba kodok je pakai jenjalan dalam paris, memanglah sejuk tapi takde le sampai nak pakai tuh, but i just dont care, aku tourist, local people pedulik hapa ngan aku, and aku terpaksa pinjam jacket abang, dek kerna baju maknya alahai, bawak ngam2 seng je…..

Comment: 18

Andai RM terbang bersama AirAsia ke Australia…


Dahulu saya dijanjikan untuk terbang ke Australia. Tetapi hingga kini project Australia belum nampak bayangnya. Itu biasa sahaja dalam project blogging saya, terkadang impian kita tinggal tak kecapaian. Hari ini kita cerita virtually kenapa saya teringin untuk ke Australia.

Saya tidak kenal siapa Dr Ling, tetapi bila beliau menjadi johan untuk Extraordinary Taxi ride contest award by Western Australia’s Tourism Minister Elizabeth Constable  kemudian travelling bersama his brother Sahun dengan merantau ke Western Australia .  Oh bertuahnya badan kamu hai Dr Ling. Uniknya, they were driven around by taxi driver Dough Slater yang mendapat votes tertinggi di dalam online campaign untuk driver yang Most ExtraordinaryTaxi Ride.Tahniah Dr Ling! Find out bout his journey via these 2 links:

http://www.bethepassenger.com/blog.php

http://www.extraordinarytaxiride.com.au/journey-blog.php

So kalau Dr Ling pergi mencapai impiannya, aku pun naklah jugak pergi, but orang kata, sebelum kita dapat melangkah ke sana, mehlah berangan dulu apa yang bestnya di Australia hingga bikin saya melonjak mahu ke sana.

image

Shoppinggggggggggggggggggggggggggg!!!! Ini memang always be in my list lah. Aku kalo pi memana tengok tempat tu kalo shopping dia best gilak, memang laju je meloncat. Tak kiralah kalau takdak duit pun dapat pergi tengok amik bau pun and feeling bergambar kat tempat yang heaven for shopping ni yek. Dengan lebih 900 specialty shops yang dibuka selama 7 hari seminggu, fashion lovers macam aku memang akan laju maju ke King Street, rumah yang penuh dengan Gucci and LV. Perth juga adalah dunia jeweleries, dari pure gold, silver  and platinum.

image

Pun gitu aku pun suka dengan melawat keindahan negara orang. Tak indah pun, aku pergi jugak wpun budaya hujan batu di negeri kita lebih cool, but there s nothing wrong to study bout other ppl’s life and culture. I love to travel. Hai sedihlah, bila buat entry ni rasa macam nak terbang je ke Australia. Andailah rezeki dipanggil ke Australia ada, maka adalah ia. Kings Park & Botanic Gardens di Perth Western Australia adalah the largest innercity parks in the world, dengan showcasing some of the world’s unique flora dan fauna. Perth juga satu2nya city di Australia yang aku boleh pilih untuk explore by picnic di tepi ocean sambil menikmati sunset. Romantiknya 🙂 . Kalau dah berangan nak ke Perth macam ni, harus gayak bawak RedDaddy nih. Kemudian visit ke Rottnest Islands boasts dengan beaches dan bays nya yang bersepah untuk kita lihat binatang2 dan kehidupan laut, sambil naik ferry. Oh feelingnya……to the world famous quokka, satu lagi unique marsupial yang hanya boleh didapati di Western Australia.

Terbang berangan dengan RM, kenalah berangan dulu baru dapat pergi, join me the experience to Perth versi berangan 🙂

Lepas dah feeling pi Perth, terbang pula ke Western Australia terutama dari June hingga August cos waktu itu kita boleh beli fresh truffles atau terus enjoy dari WA’s fine restaurants, sedapnya.The South West region of Western Australia juga telah dinampakan sebagai the world’s top 10 regions in Lonely Planet’s Best in Travel 2010 and famous dengan beaches dan forestsnya. Berjalan pula ke The Valley of the Giants Tree Top Walk, dengan 600 mtrs jauhnya untuk minimise the impact on the forest, terbayang sya berjalan di forest yang tinggi pohon2nya with breathtaking experience.

image

Mungkin kemudian pergi ke The Coral Coast untuk berenang melihat ikan2 terbesar di dalam lautan (oh saya tidak pernah mendapat advertorial untuk aksi lautan lagi kan?) kemudia melihat whale shark yang panjang. Ini kita saksikan di Ningaloo Reef. Bukan tu jer, boleh selami lautan yang dalam melihat coral reef yang easily accessible from the shore. I dont have sinus problem now so i can be a diver 🙂

Pun begitu, boleh juga kita ke Monkey Mia yang amazingnyadengan 40tahun wildliferitual, ke Shark Bay World Heritage Area untuk melihat 16 sites worldwide yang penuh dengan 4 natural criteria dari natural beauty, biological diversity, ecological process and link untuk ke sejarah bumi.  All in all, Western Australia adalah tempat yang wajib aku lawati bila diterbangkan ke Australia nanti, dengan lebih 12ribu species of wildflowers, dan merupakan antara state yang terbesar di dunia, landscape yang memberi inspirasi pada saya yang hanyalah seorang blogger, tetapi dari perjalanan mata ku akan membuat tulisan saya di RM lebih cantik. Itu semua ilham yang boleh saya olah di Australia.

Juga saya membayangkan untuk berada di dalam unique rock formations yang ada di sana, bersama rakaman lensa di waterfalls terindah, dengan climate yang sangat varied, memegang ikan paus dan dicium dia wahhhh….yang hanya bisa saya rasai setiap bulan June hingga December, dan akhir sekali beriadah di tepi pantai indah Western Australia sambil memakai bikini merah. Wah bikini ko, jangankan ko pitam, aku pun macam terpengsan pun sama pakai bikini 😛 .

image

Mungkinkah perjalanan saya ke Australia nanti bisa diterbangkan oleh AirAsia yang mempunyai tambang berpatutan dan very reasonable. Saya perlu menambah lagi pengalaman terbang ke negara orang, dan saya juga perlu memenuhkan koleksi pengalaman terbang dengan AirAsia kerna selama ini, pengalaman ke Hong Kong pergi dan pulang melalui AirAsia masih tidak mencukupi.

Saya harap kemungkinan itu akan jadi nyata. Saya mungkin pasti dan tidak ke Australia untuk singgah ke Perth dan Western Australia, hanya melalui penerbangan yang dianggap berpatutan only via AirAsia.

Khidmat pesanan masyarakat AirAsia is brought by Redmummy.com

Comment: 25

Paris L’Open Tour…Hop On Hop Off Bus!

image

dimulakan pagi bila nih iskkk..dengan gambo aku tak make up tapi baru nak pi breakfast, kuor hotel sebab nak test try weather, sejuk idak. itu chief of the hotel, dia punya giant haiiiiiiiiiiiiiiiii, ko tengok. ok cakap pasal weather nihkan, ada 4,5 orang dok cakap ngan aku yang Paris ni panas. pakai baju macam kat msia jer, tak yah nak tebal2. hamik ko!

apa jadik. memanglah ngah summer, dah baper hari aku kat Paris, siot tollah, sejuk kematuuu, taklah sejuk macam ngah winter tapi memang sejuklah, lebih sejuk dari sejuk Genting ko! local people pun pakai baju sejuk yang nipis ala2 warm sket.  aku mana ada bawak baju yang tetebal. jacket yang ada pun pakai ulang2 hari2 coz sejuk yaribba.

makanya kau ngan dress tu lah wa menentang arus angin sejuk, eii sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! ciss!

image

Atuk yang ngah buat morning walking. ha hotel aku duduk tu kira kat town jugak, kat Zon A of Paris. and sila janganlah gelakkan ngan stokin Sirman yang terpaksa aku pakai tu yek. aku bawak stokin tak banyak, semua ulang2 basuh pakai, basuh sendiri yerk. travel light gitu. and kasut pun bawak satu tu je lah. dah sampai sini kan baru tau sejuk giler. iskk, redha je lah. buat selamba ala2 Ringo masa kat HK musim2 winter pi pakai suor pendek.

citer hotel tu lain karung yek….but highly recommended gak lah hotel aku nih. basic thing ada, internet pun ada lam package, itu wajib dalam aku nya carian bilik hotel.

image

mari kita nyanyi lagu Negaraku di Paris 🙂 . our trip for that day is to take the hop on hop off bus untuk 1 day triplah. For this, we paid for 29Euro X 2 . so bantailah ko sehari suntuk pusing2 Paris ada 79 tempat boleh pergi. ini pun i tell u, 79 tpt tak cukupnya untuk 1 hari, kena amik package 2 hari which is 32Euro each. kids from 4 – 11yrs old is 15 Euro ye utk 1-2 hari sama je harga.

trip nih senang as kita tourist, aku pun bukannya nak pergi masuk kat sumer tempat. i m not a sight seeing person, but bcoz we dont come here to shop so much (camne nak shopping, ko kiralah conversion berapa…wpun now Euro tengah murah, still selai baju 10euro, darab busuk2 duit kita 4.5 dah 45hinggit. selai baju tuh. satu kopi 5 euro, darab lagi 4.5. ha aku nya kertas currency converter  pun dah naik hancur kulu kilir pakai.

that s y, my trip to paris is not talking bout shopping but bout my dream and desire to go and visit Paris 🙂

image

macam biasa gaklah Sirman baca map. entah apa map yang dia nak tengok pun aku tak taulah, coz kita ngah tunggu bas utk Tour nih. fyi, bus hop on off ni ada 2, satu kaler merah, satu lagi kaler hijau. yang aku naik kaler hijau sebab bus tuh bebetul kat depan hotel aku. kalo kaler merah nya bus kena pusing jauh sket ngamik. n bus merah lain harga, murah but tak banyak tempat pergi. boleh je amik merah, but again, kitorg tak nak hassle pi jalan jejauh batu utk dptkan yang murah yet depan mata tu ha beza ngan yang merah pun 2,3 euro jer.

macam aku cakap, pagi matahari naik around 6am, malam gelap pulak at 10pm, makanya siang sangat panjangggggggg…. again wpun ngah summer, iskk janganlah korang caya datang ngan baju macam kita dok kat msia tu yek. tshirt nipis pun molek. kononnya. aku punya issue sejuk ya rabbi ni toksah cakaplah. pakai jacket pun sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk!

mak nak nangis tahan sejuk dia.

image

dalam bus L Open Tour hijau aku naik tuh, setiap sorang akan dapat earphone, pastuh ko cucuk kat tepi bus tuh untuk dengo the auto tourist guide tuh citer tempat2 yang kita lalu. takde nya nak berenti kat sume tempat, aku rasa kitorg berenti kat 3 tempat jer. 1 utk tukar bus for the next 20 destinations, 2 lagik kat the famous places yang harus turun berenti amik gambolah. earphone hijau tuh, pastuh ko bawak le balik, depa tak mintak pun. buat souvenior. leh aku pakai kat lappy umah hahahahha….

ha untuk dengo auto tourist guide tu cakap, ko boleh pilih bahasa apa yang ko nak. cino japan france dutch segala bahasa, bahasa melayu tarak ek. kem salam. so kita amik no 1 utk Britishnya bendera. dengo speaking lagi paham..

but bukan dengo sangatpun aku nih sebab benda2 memorial and arch or gallery or sejarah yang mat salleh tu menceceh, haram aku tak minat dengo. seket2 tu dengolah gak, but takdelah nak excited nau.  nih aku tak minat. aku ikut jer janji berjalan ke Paris. saya kan ada suami yang pencinta tempat2 gini, so mestilah kalau tak aku yang tak gemor pun, laki aku mmg idaman dia pi sight seeing. molek sangatlah.

image

orang sibuk nak amik gambar dia, dia sibuk amik gambo pemandangan keliling. ada lebih 1000 keping gambo Paris utk setiap satu hari kami di Paris. cuba ko cakap camne aku nak campakkan gambar tuh kalo tak kat RM. i guess i will have to force Sirman to update his blog, coz aku kureng suker sket letak gambo2 pemandangan lam RM. satu,2 lam each entries bolehlah, tapi bantai sampai 50photos lam satu entry utk pemandangan jer, haisay…tu bukan RM tuh.

takpun aku suh Sirman pilihlah and letak lam nih…dia nya blog tu dah makan ulat tak berupdate…

kalo nak letak lam RM gak, mau sebulan tak abih cite paris ni kang.

image

ha gini gomannya bus L Open Tour tuh yek…ada2 tingkat bawah ada atas. tu ha Sirman ngah borak ngan driver bus nak memaham sket konsep hop on off nya. kang silap kang. kitorg duduk kat tingkat atas jer, wpun sejuk giler, tapi Sirman nak amik gambar scenery so agak rugi kalo dok bawah. bawah tu tinted plak tuh. jadi doklah atas.

but bila dah nak balik petangnya kami dok bawah, koser dah aku nak dok atas. atas tu sejukkkkkkkk windy sangat, bawah sedap sket.

image

gini ye pemandangan di atas bus. tinggi. takleh berdiri waktu bus berjalan, kang break mengejut, terlompat pulak hangpa jatuh ke bawah. tapi ada DBKL France lupa nak potong dahan pokok, terkena pulak kat kitorg yang dalam bas tingkat atas nih. kiri kanan pada aku pemandangan sama jer, takde bangunan tinggi kat Paris nih. macam hotel pun sama gaklah…kita kat msia, lobby hotel je leh buat main bowling kan (teringat Sunway Hotel), tp hotel kat Paris alahai….kecik and berapa tingkat ajelah. 5,6 tingkat pun tk sampai. bilik hotel aku pun kat tingkat 1 jer.

but dia nya seni bangunan tu memang sedaplah tengok mata memandang, kira menakjubkan….yelah tempat orang, bukan tanah air kita so lainlah budaya and sejarah bangunan depa ngan sejarah kita.

image

bila dah berdua, nak amik gambar berdua pun payah. kita tak bawak tripod, so kenalah mintak tolong orang2 yang ada keliling amikkan gambar. oh tips satu lagi, Paris terkenal dengan mereka yang banyak buat keje pick pocket, curik2 and segala jenis penipuan. berapa ramai kawan aku dah terkena kat Paris nih. aku boleh kata paris antara tempat king of everything. so kita tak bercakap and not even smiling or to have an eye contact with strangers. but we speak to those yang macam tourists or kalau orang tu pompuan and orang tua sahaja. kalau orang lelaki yang ko leh agak takleh nak trusted tuh, janganlah.

satu lagi tip sediakan decoy nya purse. letak duit2 msia/spore/indon or apa saja duit yang ko rasa leh buat derma jariah. pastuh letak gak kad2 yang tak berpakai. itu boleh letak dalam poket, so kalau apa2 ada orang nak cuba nak rompak or pick pocket kita, bagi je yang decoy tuh. jam pun Sirman pakai cap ayam nya jam jer….janji jarum jam tu jalan. janji boleh tengok waktu. datang paris bukan nak bergaya, tu pasal aku terpaksa pakai sirman punya stokin hikss….eii beso ko socks dia, berlipat 4 tuh!

ni tips2 nih dari gabungan hundreds of tips yang aku baca.

kalau kat tpt banyak tempat tourists tuh lagi korang kena jaga2. coz local people akan cuba nak menipu ngan macam2 cara.

image

salah satu pemandangan yang kita lalu….sewaktu dalam bas. tak turun pun masa nih.

image

our first point untuk turun dari bas setelah melalui lebih 23 tempat via bus hijau hop on off nih, is Musee du Louvre. nama lainnya yang aku paham, Love Museum. nama melayunya Muzim Cinta. berenti kat sini memang wajib, ramai oranggggggggggggggggggggggggggggg! ramai giler. soldiers and police pun bersepah ngan machine gun, tempat ni kan famous.

boleh je masuk dalam tuh and engage tourist guide, tapi kitorg tak masuk.

our concept is to visit everywhere but takkan masuk to tempat yang ada entrance fees. not important to Sirman apatah lagiiiiiii aku. aku tak gemor hikss….datang turun amik gambo udah. acik rela dok tafakur amik gambo kat luar dari buang duit pi bayo kat entrance fees. kan dah cakap our trip nih untuk makan angin jer, bukan nak belanja mewah2 ke nak jadi pretty woman in the house or what.

image

btw, entry ni ada sambungannya lagik yek. tempat2 menarik memang banyak and gambo pun cecantik jer, sebab apa tau cantik, coz aku punya baju merah menyala tu, sebatu leh kenal! dahlah tuh, pakai skirt yang berangan tak sejuk padahal nak nangis rasa nak patah balik hotel je pakai suor panjang. nak carik suor beli kat kedai2 sini pun sayang duit. ye ko….kalau suor tu 50 euro ha darablah 4.5! kalau nak feeling kaya, jangan pikirkan conversion, but aku sayang duit tak nak heh bazir2 kat situ.

we are not coming to Paris to spend on all the benda2 yang tak penting tuh, so sejuk2 pun tahan gak lah….

image

ni ada abang mat salleh tolong amikkan gambar. ha satu lagi nak suh orang amikkan gambo pun, Sirman berkira gak. dia tak bagi aku sewenangnya suh orang, tengok orang tu tourist takpe, cam samalah tips yang kat atas aku bagi tu kan. pastuh nak bagi camera pun, kena bagi camera canon kecik aku. hok beso DSLR sirman tak bagi orang amikkan gambor, itu mmg dia pegang peluk kat leher dia tuh.

ya gitulah al kisah sket gambar yang aku leh citer dari ribuan photos yang Sirman dan aku amik. setiap kali kuor jalan2, kita akan pulang ke hotel sebelum malam gelap. so aku tak pernah lagi berada dari luar bilik hotel selepas jam 10malam. selain dari sejuk, dah berapa hari kat Paris pun aku masih lagi jetlag. bayangkan kol 8 malam waktu paris, yakni 2 pagi waktu KL, aku dah kemengantukan ya hamat. siangnya wpun naik bas, ada matahari mencanak pun sejuk giler aku dah ngantuk2 gak. iskk letihlah. so to come to paris, janganlah lupa naik hop on off bus nih yek.

aku dulu berangan nak engage sorang driver je bawak kitorg jalan2 kat Paris, pastuh member aku cakap ko gila ke kak red, ko ingat paris tu nya driver macam kat msia nih or pak sulis kat jakarta ko tuh. ahhahaha….so kita rombak balik 3,4 bulan sebleum terbang ke Paris. and jadilah kami independent couple yang buat task sendiri and gunakan apa pengangkutan public yang ada.

trust me, if you buat sendiri (macam aku renew permin fifin gak) sume budget sendiri, insyallah jimat. wpun nampak macam remeh, but to cut the 10k cost to 3k cost, lagi molek. unless korang sangat tak kisah bayo riban2 kan. i kisah you…. 🙂 . buat planning dari awal, bayar awal2 to gain the cheaper rate, is better. aku dapat sumer harga yang paling murah, specially on hotel and trains/trams/bus sebab kita tak nak bayar mahal, lagi lambat ko book, lagi naik harganya.

Au Revoir from Redmummy in Paris.

Comment: 21

Short update from Paris…

IMG_2164

since i told you ini project 6,7 bulan, Sirman and I dah buat study on our Europe trip nih kaw2 giler. segala maknek bagai dari sebesor2 alam ke sekecik2 points sumer kitorg buat sendiri. we dont get any sponsor kay, it s all from our pocket money. we work so hard for this.

ada banyak tips aku leh share but not right now, itu aku kena bukak long entry when i m back to malaysia, bilo? mbe hujung bulan 🙂 kaw2 lama giler nya holiday.

so one of Sirman’s job is to understand the map and the technical part. we brought the navigator tapi hancur takleh pakai, dah pakai tuko to france pun dia bawak kitorg sesat barat on our first day. so pakai map je senang.

IMG_2171

sirman memang master lah pasal map2 nih, dia lagi lah independent traveller than me, aku ikut je bontot dia. kalau salah jalan dia, salahlah jugak jalan aku, di Paris lebih banyak do the walking instead of naik taxi tu mmg sekali pun kita tak naik. gambar atas bila kita nak naik metro. itu main transport kulu kilir. pun sirman yang expert.

so sapa nak pi paris, leh engage sirman muahahahhaha.

IMG_7363

dalam metro…train dia takde le gempak mana, lawa lagi train LRT STAR kat kl kita tuh. aku baling sume hbag aku, jalan lenggang kangkung pegang our itinerary booklet sahaja, coz bawak bag, bahu badan aku sakit. at the end of the day kaki tu dah kena seret bawak balik ke hotel.

talking bout hotel, pun aku bayar semuanya 2 months before our departure, train,tram, segala maknek semua kita bayar 2 bulan lepas coz nak kejarkan the cheap rate.

IMG_2175

stop at infront of this shop coz kedainya sumer jual memerah. pastu ada lah pulak minah belakang tu pakai baju merah gak. ha very the sinonim! details on our jalan2 tuh pun kena tunggu aku balik kl lah kot. skang ni aku leh citer basic2 jer yek.

tips and apa2 info pun korang nak boleh dpt kat RM nih, i will give you kaw2.

IMG_2177

at the end of the day, sirman sampai kena heret badan aku jalan lembab cam kekura. mak sakit kaki dik! betis aku kejang giler. metro station dia bukannya jenis masuk je dah sampai ke pintu, ada pusing2 jalan lagi, manghaik letih. tu tak campur ngan kitorg nya sesat. ada satu part tuh muka aku dah mencuka giler mana ngan hbag berat lagik.  ha tu kalo tunjuk hahahaha …

ok think this is enough lah yek. btw siang sini at 6am, matahari terbenam pulak at 10pm, so giler panjang waktu siangnya, tu yang tak geti2 nak balik hotel tengok matahari ada lagik…nanti i sambung lagi. Bonjour from Paris from Sirman and RM 🙂

yelah kot, ni our honeymoon 🙂

Comment: 26