Rambutnya panjang woi…

Hello akak red!Dah lama duk menyendeng baca blog akak nie,minat cite-cite misteri jela..Maklumler saya nie laki,nak baca cite pasal barang makeup semua cam pelik pulak yer dak??

Crita nie memang fresh-fresh baru jer kena kat saya semalam..Dalam pukul 1am camtu la…Ceritanya berbunyi begini…

Hari rabu malam haritu,balik dari kerja rasa boring sebab takde aktiviti.Biasanya lepas kerja balik rumah member-member ada ajak kuar makan ke pegi uptown shah alam ke..

Saya keje kat KL,stay kat shah alam..Besenye kalau aktiviti2 malam nie member2 saya yang ajak….Tapi tak tau kenapa malam tu terasa boring sangat,sibuk la calling2 member,so bincang2 kitorang stuju la nak pergi karaoke kat salah sebuah hotel kat shah alam..Kalau yang biasa pergi,taula kat mana hotel yang ada karaoke kat shah alam nie…

So sampai kat sana,kitorang berkarok lah..Dapat pulak room yang memang sangat sangatlah sejuk,nak slow kan aircond tapi takde suisnya…So terpaksa la ulang alik ke toilet 2 3 kali….

Nak dijadikan cerita,tiba2 rasa nak terkencing lagi..Consider kali ke 4 lah…So pergi la ke toilet…Macam yang saya cite tadi,sapa pernah pergi taula keadaannya macamana…Termasuklah toiletnya yang old skool (kira cam toilet ni dah lama la)….

Masuk jer,belah kiri saya ada ruangan untuk kencing berdiri (toilet laki kan…),depan ada 3 toilet yang salah satunya dah takde pintu,dan sebelah kanan ruangan sinki untuk basuh tangan,ada cermin panjang…

As i mentioned kat atas tadi,toilet old skool,korang bayangkanla macamna..Tapi takdelah buruk,cuma lama jer…Belah kiri tadi tempat ruangan kencing berdiri tu,dia punya siling ada la yang part2 yang berlubang (siling yang xdipasang lagi)..So i straight jerla lepaskan hajat kat toilet yang depan saya yang takde pintu tu…Dah setel semua,saya basuh tangan kat sinki..

Tengah basuh tangan tu,saya terdengar bunyi orang tengah tekan-tekan jari..Dapat imagine tak?Korang tekan jari korang and bunyi ‘tapp’ camtu..Tau kan?Bunyi la 4 5 kali macam biasa yang kita buat tu…

Sebab saya kencing tadi kat toilet yang berdepan dengan pintu masuk,tambah lagi dengan toilet yang saya kencing tu takde pintu,memang saya dapat konpemkan takde orang yang masuk…Dan after basuh tangan tadi,saya nak pusing untuk menuju ke pintu,saya TERPERASAN macam ada orang mengeluarkan kepalanya dari siling yang berlubang tadi dengan rambutnya panjang sambil kepalanya kebawah…Memang muka semua ditutupi rambut lah kan….Saya pandang kali kedua memang la dah takde,tapi kat leher rasa macam ada angin sejuk yang membuatkan bulu roma meremang..Memang meremang seremang remangnya…Apa lagi,keluar tak pandang belakang la……Terus masuk join member2 tadi…

But i decided untuk diam jer,tak cite kat dorang…Kang dorang tak pergi toilet pulak….Dahla minum ais,bilik pon sejuk macam ais..So maybe lepas nie kalau pergi sana,nak masuk toilet tu baca doa dulu la kot..Takkan nak berteman..Segan la….

Tu jer lah pengalaman baru saya kak red…FYI saya nie memang suka cerita berkaitan mistik nie,n kat blog saya pun ada saya wat research gak pasal menda2 nie…Tapi tak sangka plak kena dalam masa terdekat nie…

Ok la kak,all da best,bye!

Sender:  hafiz

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx

Comment: 24

Saya Cute, Ko Tak!

IMG00299-20110417-0030

Nama saya Kel. Nama penuh saya Kelabu.

Saya seekor anak kucing, mungkin betina :).

Ibu saya Paris, Abah saya Mozel and Nenek saya Reddy. Atuk saya Kemek tapi sudah pindah. Pakcik dan makcik saya London and Amsterdam juga sudah pindah. Saya paling bongsu dan paling cantik.

Sebab saya cantik, warna bulu saya sangat sparkling silver, saya ikut bulu Abah saya. Mak saya hitam, bulunya ada di tapak kaki saya, hitam2 youuuu….

Umur saya hari ini sudah lebih 2 bulan. Saya garang.

image

Saya tak suka dipegang, saya tak suka dibelai, Kalau saya tidur, jangan usap bulu saya, jangan kacau saya. saya gigit. Saya suka tengok and teman Mak Merah kerja ketak ketuk di computer. Kadang2 saya tekan kibod tapi cepat je Mak Merah jegil. Mak Merah pun garang.

Saya makan Iams, untuk umur saya tapi saya suka curik makanan Mak, Abah dan Nenek saya, Iams depa  lagi sedaplah. Kenapa makanan budak kecik macam saya tak sesedap makanan orang tua. Tak adil.

Saya adalah Kel.

Ye, saya cute. saya cute macam tuan saya yang garang warna merah itu.

hahahahhaha!

 

Comment: 25

Nak SemakGula Tak?

48hrs sponsored post 😉

Sebagai mak yang bz kedaung, bila ada time melekat depan TV, melekatttt! Terleka pulak dengan satu iklan, and ada stated satu site, aku pun check on that site  semakgula.com.my

Nak check on gula plak?

Well anak2 aku dah besau, depa skang kurang minum susu. Kurang tak bermakna tak minum susu  ye. Susu tu kan kalsium. Tapi namanya pun mak, dah tentu apa saja untuk anak aku akan check on it.

So di semakgula.com.my aku relate kan ngan entry lama aku pasal gula jugak. Kali ni masih sama bagaimana gula yang kita beri pada anak-anak kita. Kita jarang nak check on it betul tak? Specially dalam tahap susu depa. Ada korang check?

Ok follow these steps:

1. Kita dah tau ada 2 jenis gula kan? Yakni dari buah-buahan yang naturally memang ada gula. And satu lagi pulak dari cooking or producing of food, ada tambahan gula asal yer.

2. Kemudian ada added sugars jugak seperti dalam makanan dan minuman yang kita masak atau kita beli di luar. Ada gula tambahan dalam setiap makanan minuman yang kita beri pada anak kita macam glucose syrup.

3. Kalau dalam susu tu kita tak nampak gula/sugar, mungkin dah dimasukkan dalam level carbohydrate and the higher carbohydrate, the higher added sugar level itu juga

4. That s when korang kena ada sugar calculator boleh dapat di mana2 supermarket atau terus ke semakgula.com.my

My job now is to make you understand, tell me kalau korang jumpa mana2 product susu yang ada NO added sugars at all? Ada? Aku tau satu je product susu anak2 kita yang TIADA ADDED SUGARS langsung. But how bout you?

Sebab apa kita tak nak ada added sugar tu dalam susu anak kita coz antaranya akan buat anak kita hyperactive, due kerna gula berlebihan. Susu tu dah manis dan tak perlu added sugar, so tak ke kita rasa tertipu bila ada dalam susu anak kita lebihan lagi gula tambahan?

I encourage you all tolong check your growing up susu powder anak2 korang. Just check, do me a favour pls 🙂 Then korang tengok sendiri yang selama ni korang dah ‘terberi’ susu yang berlebihan gula dalam makanan minuman depa. Aisay…

Takpe takpe… you just need to google and search pasal susu yang tiada gula tambahan/no added sugar. Tengok apa penghasilannya.

I ll come back to you on that later on.

But for now, check out semakgula.com.my and the susu powder of yours too!

IMG_2078

Fresh orange antara minuman yang mempunyai gula dari buah oren itu sendiri kemudian ditambah dengan gula untuk menambah manis. Ooopsss!!

Cerita ni tak habis lagik yer, meantime go check out the semakgula.com.my 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Semak Gula is brought by Redmummy.com

Comment: 16

Soft Launching of World Bloggers Summit and Social Media 2011!

 

IMG_2158

sibuk nau ada yang tanya bila Nuffnang twitpic my photo ‘apesal takde kaler merah?’

sebab handbag hakak merahhhhhhhhhhhhhh!

n kenapa kak red looks so official one at the soft launching of World Bloggers and Social Media Summit?

Coz i just finished work liao!

IMG_2145

We do have bloggers from #gplusmy of Nuffnang too, they are super famous ordy, ko pusing kiri nampak depa, pi sana sini nya event pun depa mesti ada 🙂

The soft launching was held at the Luna Bar,with models, medias, bloggers, VIPS, corporate people, speakers and everybody dalam satu Luna Bar. Finally launched and there were games too, which i tak participate, bagi chance kat orang lain ler masuk. btw, for the #gplusmy bloggers, semua orang boleh participate yer, you kena rajin je lah adap Nuffnang’s blog and twitter to check apa yang korang boleh join. The more active you dalam events, dapatlah slot sama :).

N again, pls dont ask me bout the #gplusmy, you kena tanya Nuffnang 🙂

IMG_2179

Amber Chia was there too, she s superhot and camne le dia baru pas beranak boleh kurus gini yek. kurus sekurusnya. yang sebelahnya tu pun kurus gak…perut dah naik tu bang.

IMG_2153

An interview session with TV3, for Redmummy and Beautifulnara. Dah appeared in the Buletin Pagi TV3 on Thurs 27th but i missed the show, as usual between 7 – 8am tu memang waktu aku ngah sibuk bangat bersiap ngan Gegirl, mana ngan nak anto dia ke sekolah lagik. so memang takpek ler nak nengok. kalau lambat sah Gegirl jeling2…she doesnt like to be late at school.

IMG_2178

World Bloggers and Social Media Summit 2011 will be held on 15th and 16th June, RM and Beautifulnara together with Kennysia will be the speakers too as well, among the invited speakers of coslah Tun M, and the speakers are from all over the world. For the Agenda of the program, boleh tengok kat sini yer, from the World Bloggers and Social Media Summit’s website.

IMG_2172

 

but pls pls pls….dont ask me for complimentary seats, i dont have the access for that yeah. Nuffnang is also one of the media partners for the event. Without Nuffnang i wont be sitting and standing there. Interested to register, ada early birds. Follow the World Bloggers and Social Media Summit 2011 ‘s twitter @wbloggersummit and the Facebook as well.

IMG_2131

Three of us will be talking about the Lifestyle Blog – Imagine If There Is No Facebook or Twitter or Travel & Fashion Blogging?

Korang nak sama2 share apa yang korang nak ‘jeritkan’ if you dont have all the FB, Twitter and Travel/Fashion Blog?

Sila….. 🙂

 

Comment: 26

Sampai terkencing2…

salam. kak red, cita ni xla seram sangat, biasa2 je, tapi ini yg saya dgn  kawan lalui masa sekolah menengah dulu.

 

Salam semua. Cerita ni bermula semasa aku berada di tingkatan 2 tahun 2002. Aku bersekolah di salah sebuah sekolah yang terkenal di Melaka. Dari tingkatan 1 lagi, aku telah disajikan dengan bermacam-macam cerita seram daripada senior. Bagi aku pula, semua cerita ni masuk akal dan memang kedudukan sekolah aku adalah di atas tapak perkuburan lama china. Tempat berbukit-bukau dan masih ada lagi beberapa kubur china yang belum dipindahkan. Bangunan hostel memang betul-betul di atas tapak kubur. Sepanjang tingkatan 1, banyak cerita dan pengalaman dikacau hantu dan makhluk halus yang di alami oleh kawan-kawan aku.

 

Ceritanya bermula bila aku dan beberapa orang kawanku sedang duduk berborak di dalam dorm sambil menunggu mata tuk mengantuk. Sedang kami berborak, pelajar senior masuk ke dalam dorm kami. Mereka suruh kami diam dan jangan terlalu bising. Tidak lama kemudian, kami terdengar suara dari tingkat 2 hostel. suara abang senior tengah melaungkan azan. Kami juga terdengar bunyi orang berlari-lari di balkoni tingkat 2. Terus meremang bulu roma kami semua. Aku dan kawan-kawan yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain.

 

Tiba-tiba pintu dorm kami digegarkan dengan satu gegaran yang kuat. Padahal pintu to xberkunci pun. Gaya yang gegarkannya seakan pintu itu berkunci. Selepas pintu bergegar dalam masa 1minit, kami semua yang masih berjaga di dalam dorm ternampak kelibat baying-bayang yang sangat besar melalui tingkap. Senior yang ada di dalam dorm kami terus membuka pintu dan dengan mudahnya pintu ito dibuka, padahal tadi macam nak runtuh pintu to digegar. Selepas pintu terbuka, senior tadi terus berlari. Kami tidak berani tuk keluar dari dorm dan hanya duduk berkumpul di atas sebuah katil. Dan kami tiba-tiba terbau sesuatu yang sangat busuk.

 

Kami dengar lagi orang berlari-lari di tingkat atas. Sejurus kemudian senior yang mulanya tadi ada di dalam dorm kami masuk semula ke dalam dorm. Die memberitahu bahawa senior-senior yang ada ilmu tentang makhluk halus ini sedang mengejar satu lembaga. Lembaga ini tadilah yang cuba membuka pintu dorm kami. Habis satu hostel pusing masih tak dapat cari kelibat lembaga itu lagi. Rupanya lembaga ito telah menyorok di sebelah atas dorm kami. Lembaga ito menyorok di sebelah katil kawan kami. Kawan kami menceritakan yang bila dia buka mata tuk pergi ke tandas, die ternampak satu lembaga besar yang sedang membongkok di sebelahnya. Lembaga ito sangat busuk dan badannya seperti orang tua bongkok. Rambutnya panjang dan mengerbang.

 

Kawan kami yang tersedar tuk terkencing ito terus terkencing di atas katil selepas melihat lembaga itu betul-betul di sebelahnya. Bila die menceritakan kepada kami, barulah kami tau yang lembaga yang di kejar oleh senior ito telah menyorok di sebelah beliau. Kami yang berada di dorm bawah juga ada terbau bau busuk bila pintu dorm kami bergegar. Mungkin disebabkan lembaga ito betul-betul di atas bilik kami.

 

Baru-baru ini, kami dapat berita yang kawan kami to telah eksiden motor dan kali ini juga melibatkan lembaga. Die tiba-tiba terjatuh dan langgar pokok. Lepas sedar, doctor menunjukkan ada dua batang gigi (xtau gigi sapa) berwarna hijau di dalam buku lalinya. Mengikut cerita beliau, abg yang menolong beliau berada betul-betul dibelakang beliau semasa beliau jatuh motor. Abg ito memberitahu yang abg to sendiri melihat yang kawan kami ni telah melanggar satu lembaga hitam yang besar dan terus terjatuh. Dari sekolah sampai sekarang, kawan kami sering dihantui dengan lembaga. Xtahulah dari mana datangnya.

 

Selepas keluar hospital, ada seorang bomoh ni (di kg beliau) menasihati beliau supaya tidak melalui jalan ito lagi. Isi buku lalinya memang telah di makan oleh lembaga yang beliau langgar.Kami berharap agar semua pembaca dapat mendoakan keselamatan kawan kami. Ini adalah cerita benar dan kami melaluinya bersama. Cerita ini memang xseram, tapi kami yang laluinya merasakan inilah yang paling seram pernah kami lalui.

Sender: ismibond

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 14