Berlawan dengan jin

 

salam kak red.. saya nak cerita sikit pengalaman saya tapi bukan pasal hantu tapi jin.

sebenarnya ayah saya terlibat dengan perubatan islam dan memang ada tolong ubatkan orang di rumah. kebanyakan yang datang berubat dengan ayah saya selalunya berkaitan dengan jin. tapi saya jarang tengok ayah ubatkan orang sebab saya tinggal di kolej. tapi, minggu lepas, kebetulan masa saya balik bercuti di rumah, ada sorang lelaki datang nak mintak ayah saya ubatkan. lelaki tu muda lagi, dalam 28 tahun. mak saya cakap, sebelum ni dia dah datang 2 kali, jadi malam yang saya ada tu adalah malam ke3 dia datang. ayah saya buat rawatan di rumah tamu dan saya tengok tv di ruang tengah. antara tu ada langsir, jadi saya tak nampak macam mana keadaan lelaki tu masa ayah saya ubatkan.

tapi, tiba2, saya dengar suara yang masyaallah, tak pernah saya dengar sebelum ni bertempik. memang kuat sangat. saya masa tu memang terkejut. terus tutup tv. adik lelaki saya terpaksa tutup tingkap rumah takut jiran2 dengar. lepas tu, memang saya dengar sebijik2 apa yang jin tu cakap. mula2, ayah saya tanya apa nama dia dan dia islam ke tak. nama dia memang pelik sangat dan sangat panjang. yang saya ingat azazil something. lepas tu dia gelak yang adui..memang rasa nak terkincit bila dengar suara dia gelak. dia jin islam tapi dia kata dia tak beriman. bila ayah saya tanya kenapa dia masuk dalam badan lelaki tu, dia cakap nenek moyang lelaki tu dah buat perjanjian dengan dia untuk jaga keturunan mereka selama 7 keturunan dan dia cakap lelaki tu adalah keturunan terakhir. umur dia dah mencecah 1 juta tahun. tapi, suara dia memang tua sangat dan dia bernafas sangat kuat. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi suara dia bernafas dan gelak…ayah saya baca ayat2 al quran, tapi yang pelinya, dia pun ikut baca sekali. jin tu cakap dia dah buat banyak persediaan untuk menghadapi manusia. dia macam ‘kebal’ sikit dengan ayat2 quran yang ayah saya baca untuk halau jin keluar dari badan. masa ayah saya suruh adik saya pasang cd ayat2 ruqyah (ayat2 pembakar jin), dia siap cakap lagi, xpayah la pasang cd semua, sebab dia takkan mengaku kalah dan takkan keluar dari badan lelaki tu.

dia cakap, dia takkan keluar sebab dia perlukan darah sebagai makanan dia daripada lelaki tu. saya kat dapur masa tu, memang dah menggigil, kaki dah sejuk, jantung memang laju sangat. tapi, masa sampai part azan dalam ayat2 ruqyah tu, tiba2 dia menjerit panas2… dan masa tu dia memang marah dengan ayah saya. ayah saya terus baca ayat2 quran, dan bila ayah saya baca surah al furqan ayat ke 23 kalau tak silap saya, dia bertempik panas yang memang dahsyat suara dia. lepas tu lama jugak dia diam mungkin sebab sakit. tapi tiba2 dia cakap dekat ayah saya: bersiap sedialah kau, tepat jam 12 malam ni, kita akan bersemuka di alam nyata!. masa tu, saya memang nak terkencing, tapi tahan sbb takut nak masuk toilet. bila ayah saya datang ke dapur nak ambik limau nipis, ayah saya pesan dekat kami jangan takut dan baca ayat kursi banyak2.

memang lama jugak ayah saya ‘berlawan’ dengan jin tu, dekat 1 jam setengah, tapi dia memang degil sbb tak nak keluar. lepas ayah saya azan banyak kali, jin tu macam dah tak tahan. dia diam lama tapi lepas tu ayah saya tanya lagi samada dia nak keluar ataupun tak. dan dia setuju nak keluar. ayah saya suruh dia bersumpah dengan nama allah dan rasul.memang dia bersumpah, tapi satu kita kena ingat tentang sifat jin, cakap diorang memang susah nak percaya. memang dia keluar tapi saya yakin dia akan masuk balik badan lelaki tu sebab dia adalah saka yang memang perlukan tuan. lepas jin tu keluar badan lelaki memang lembik. ayah saya terpaksa papah dia sebab dia macam nak rebah. abang dia pun datang sekali tapi masa rawatan tu,abang dia tunggu di luar rumah sebab x berani nak tengok. tapi, saya memang kesian sangat dengan dia.

malam tu, memang saya tak boleh tidor sebab teringat apa yang jin tu cakap. saya baring di ruang tamu dengan mak saya tapi x boleh lelap. ayah saya pasang ayat2 ruqyah bila nak dekat pukul 12 malam dan renjis satu rumah dengan air yang dia dah jampi. tapi, saya still tak boleh tidor. walaupun dah balik ke kolej, tapi, saya masih susah nak tidor sebab setiap kali saya baring, mesti terngiang-ngiang suara jin tu. ayah saya pesan suruh baca fatihah, ayat kursi, surah al-jin ayat 1-9, dan 3 qul sebelum tidor sebagai ayat pendinding diri.

saya rasa pengalaman ni lah yang paling seram saya pernah rasa walaupun tak nampak rupa jin tu, tapi suara dia dah boleh buat saya tak tidor malam.

Sender: cipanna

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 21

Red iPAD Shoulder/Sling Bag!

IMG_2540

IMG_2542

Finally the shoulder/sling iPAD bag, specially in Red menyala jumpa gak in Bangkok!

Sirman tu kan up and down, tapi dia tuh jenis pi sesatu tempat beli satu 2 bijik benda jer. kalo hakuuuuuuuu, mau bershopping bags aku beli! He bought it at RM80, sounds mahal? hemm, kat KL nih pun aku carik bercinta, banyak yang sumenya untuk holder sahaja, takdak pun untuk sling or for shoulder purposes. Bolehlah nih….

Comment: 15

Mom’s Day!

camne mother’s day korang? oh me ahhahaa….!

pagi sunday tuh akhirnya dapat gak mengada2 breakfast on the bed, McD lagik! pastuh sirman sambung balik tidur, ater dah kuor pagi beli McD kan… wa melengkar buat kerja ngan budak2, cukup time suh Gegirl zikir kat telinga bapaknya suh bangun and chow kita pergi Kelana Jaya. Restaurant nih Sirman dah penah makan ngan team dia, so dia dok puji sakanlah ajak lunch kat sini.

Chinese Muslim Restaurant Dong Yi Shun nih diorang makan sodap. tapi tekak haku kuranglah.

IMG_2480

Gegirl napa?

Gegirl mabuk car lah mummy

hahahaha…mana le dpt word mabuk tuh.

Dengar abang cakap, peninglah pala Gegirl naik kereta tadi…

denyut2 le maknya picit palonya, katanya mabuk darat kan 🙂

Menu kita amik, siakap steam, udang masak butter and ayam masak cili kering. takdak kuah kor…tau le kan chinese style masok kuah takde so mbe pasal tu lah yang aku kureng sket. tak berapa kick to my tekak but depa 3 makan ngap ngap jer.

IMG_2460

a nite before, budak2 dah siap bagi hadiah awal. sungguh2 betul diorg nih. ok ada citernya. masa bapaknya kat Bangkok, aku tinggalkan webcam and depa borak2 ngan bapak depa, aku buat keje kat dapur. rupanya masa tuh Gegirl mintak 5 inggit dari bapaknya, nak beli card and bunga untuk maknya mother’s day.

so bapaknya kata boleh amik daru duit tabung dia. ooo ada plan belakang depa nih.

The next day, on Friday Gegirl pi sekolah agama beli 2 bunga plastik tuh, ada le makcik kat sek agama anak aku tu jual kad ngan bunga. tapi dia tak cukup duit, dia beli bunga 2 coz satu for abangnya, on behalflah kan. Depa dah pakat 2 beradik, abangnya tak pat nak beli coz ada xtra class kat NK, so adiknya tolong belikan.

ok settled tuh, kad takde pulak. The Sabtunya, abang tak sihat, so depa skipped tuition class and Sirman bawak Gegirl pi Jusco, beli groceries stuff. I dok umah jadi Queen teman abang.

N kat situlah dia beli cards, for her and for her abangnya gak….bayau dek bapaknyalah 🙂

IMG_2467

n Burberry perfume + lotion set, of coslah bapak depa bayaukan. depa sorok ni kat satu port, aku terjumpalah pulak, hahaha betullah mak mak kan, manjang je tau kat mana anak2 nak sorok gini. so that nite kita hugs and kiss and tu pun Gegirl nak jugak beli lagi kad mom’s day kat sek agamanya. Aku cakap tak yah ler, cukup ler dedua kad ni hah, tak yah kad pun tak n gaper tapi diorg nih dah dari tadika dari kekecik diajar mother’s day kat sekolahnya kan, bapaknya pun ngajar gak so tu yg tak yah disuruh2 diorg nak jugak belikan….

she beli jugak card tuh on Monday but simpan so can be used for her mom’s bday pulak katanya kan….

gegirl gegirl…

IMG_2477

Red Family on Mother’s Day….

oh on the card, Gegirl panggil herself as Kakak 🙂

Comment: 37

RM is looking HOT and GOOD in 14days!

48hours sponsored post

image

Semua orang pun tau, my schedule quite pack, sana sini ada appointments, kulu kilir ada events. Memang penat satu badan. Rutin seharian pun dah tunggang-langgang. At one time I don’t feel good at all. So I said to myself that I need to do something or do some challenges to push myself out.

Tapi nak buat something or nak buat some challenge biar la berbaloi, at least at the end kena la nampak hasil atau impactnya, right? And of cos la hasil yang bagus dan mantap. So oleh sebab itu I’ve decided to take up the NESTLÉ® BLISS® 14-day challenge! Kenapa ya saya nak masuk challenge ni? Salah satu sebabnya memang saya sangat sukakan BLISS® ni, saya ada blogkan pasal BLISS® ni 2 years back 🙂

Lagi satu sebabnya ialah minuman yogurt  BLISS®  ini dapat memperbaiki sistem pencernaan (digestive system) kita dan kita akan dapat merasakan perbezaannya. Tapi kena la maintain cara pengambilannya. Cabarannya ialah di mana saya akan mengambil 2 botol kecil BLISS® setiap hari mulai hari ni so saya akan rasa healthy, selesa dan ceria hanya dalam 14 days! We’ll see okay 🙂

image

Rasanya memang sedap! Sebelum try BLISS® ni aku tak pernah tahu minuman yogurt mempunyai rasa macam ni punya sedap dan pulak tu BLISS® ni ada bermacam-macam flavors. Flavor yang paling saya suka ialah perisa Strawberry. Sampai kadang-kadang tak puas minum satu dua botol kecil. Kalau boleh nak berbotol-botol heheehh. Tapi bukan sahaja saya sorang yang suka, semua Red Family pun suka terutama Abang. Dia suka flavor Orange.

Korang pulak macam mana? Apa flavor favorite korang ya? Boleh share-share experience korang minum BLISS® ni, ade nampak apa-apa perubahan tak?

image

Ohh btw, BLISS® ini dihasilkan dari jus buah-buahan asli, mengandungi inulin (hanya  BLISS® minuman yogurt di Malaysia yang mengandungi Inulin), and kultur hidup. Inulin ialah sejenis serat makanan di mana ianya juga berfungsi sebagai prebiotik. Ia menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus besar kita dan akan menyebabkan kesihatan usus bertambah baik. Terdapat 2 jenis minuman yogurt BLISS iaitu rendah lemak dan 0% lemak dan kedua-dua jenis pun tidak ada pewarna tiruan.

Memang betul, kesihatan yang baik bermula dari dalaman. Bila dalaman sihat, luaran kita akan menjadi lebih ceria. Agree? Jadi adakah korang bersedia dengan Cabaran 14 Hari NESTLÉ® BLISS® ini? I’m on 🙂

Selepas 14 hari minum BLISS® I ll show you the result hokeyyyy, specially saya yang sedang hamil 🙂

Khidmat pesanan masyarakat BLISS® is brought by Redmummy.com

Comment: 37

Abang shyshy..

IMG_0894

meh tengok chronology gambar2 mak ngan anak lelakinya. nak cium pipi dahi anaknya…

IMG_0895

dapatlah cium, dia memang dah bengang dah coz kat public tuh…

IMG_0896

pastu start ngelak2…..lagi aku tarik lagi dia ngelakkkkkkkkkk

IMG_0897

lagi tarik lagiiiiiiiiiii dia jauhkan muka, ni gambar last dah macam aku bagi penampau jer! ahahhahaha….abang oh abang! eh tak bagi penampau pung…kitorg ni ngah tunggu q beli aiskrim, amik mood bebudak, abih satu session photoshoot, kena upah sket lah…diorg tu letih ok dok bawah panas ngan maknya bergambar jadi model sat…

wt abang, susah betullah nak beramah mesra skang in public, jalan pegang tangan pun dah kurang, malu katanya. abang dah big. Pernah lagi sampai muka aku dah naik2 merah baru dia nak datang, kiss. ni kalau kat publiclah….memang kedekut tol budak nih. If Gegirl best! oh she s my gf yang paling sporting 🙂

Comment: 26