Toys hunting…

IMG_4940

budak ni kan, aku dah ajak tidur petang, dia dah baring sama ngan aku pastu dia turun katil suruh bukak pintu balik, tak nak gak tidur. hah kan…so dia main main main. maknya tidur tidur tidur.

bila dah nak kuor rumah, dia terlena

masuk kereta pun dia melena lagilah kan

tapi bila transfer dia ke stroller, pujuk2 dia bangun gak, terang mata akhirnya, wpun yg benornya dia tidur tak sampai setengah jam je pun.

IMG_4943

aku patutnya dah set lam calendar nak bawak depa pergi OU, jauh sket. nak try for Zeeshan main kat indoor playground sana tapi dah mak tidur petang terlajak majak jadi ke Aeon umah je lah kita. dekat pun yer….

kasi depa tea first, makan petang le kononnya…

Abang nak KFC, malas mak nak beratur ke main panjang, so McD je lah. Asyik ayam je lah korang, rumah lauk kari ayam, pastu sini nak ayam KFC lagi, tak lemau ke tekak tuh.

IMG_4961

n kemudian joined by my little sister’s family….molek le sangat heh boleh gak meriah sikit.

IMG_4971

hah main le….dari jauh dia dah berbunyik2 mulut tengok tempat nih…

wah wah wahhhhhhhhhhhhhh

for Zeeshan tak yah pakai token pun, dia naik jer, tak sampai 2,3 min dia pi naik rides lain, habis semua ler dia naik. ni bayangkan ler kalau pakai tokens.

Abang Kakak dapat sorang RM10 each tokens.

 

IMG_4974

main ye dik main ….

Kalau orang tanya dia mana Daddy

dia buat le gaya tangan terbang ‘Daddy fly….’

rindu dia ngan apak dia, sian, ada satu malam dia bangun tidur mengigau turun katil kuor bilik cari bapaknya sambil berbunyik Daddy daddyyyy….

bagi baju bapaknya peluk tak nak pulak dia heh….nak bapaknya jugak.

IMG_4979

gaya perlu lebih ye dik

aku dah bagitau dok, aku ngah jadi #maktunggul skang nih, dah 2 weeks dahlah. Biasa jer ler. takdenya nak merindu2 ngan laki aku, dia pun tak rindu pun kat aku except tidur malam tak leh kepit bini le kan hahaahha opss…

RD lagi rindu ngan si kecik nih.

Abang Kakak biasa ler…depa dah dibesarkan ngan bapak yang sokmo jarang di mata, but bila ada di KL bapaknya ler the best. but balik dari JJ ni abang bunyik sket ler, rindu le kat Dad.

wah ko bang, kalau mak takde sure ko tak rindu kan, sure ko ya dunia….bebas bebas! hahahahah

IMG_4986

The cousins pun sama naik hah

seronok sungguh depa melenjan main dalam nih, in between dok berlayan laki le kat WA, masa hari yang kami kat Jusco ni laki aku pi Prague pulak. Lawa lah tempat tu, jeles betul kat laki aku heh…siap dia pi Paris Street lagi, masuk Dior tayang gambar Lady Dior kat aku hahahha, bila suruh beli dia cakap malas…mahal bla bla bla. Kat Prage memang ada nama Paris Street, boleh google sendiri :) .

cis laki aku, saje je masuk dalam tu buat aku makan hati tengok Lady Dior hoii

IMG_4993

kakak memang suka attend jaga Zara si manis kecik tu yelah dia kan dulu berharap adik perempuan. Ingat camne gynae aku terpaksa explain to her on RB yang masa tu dalam perut…

tapi main slide ni aku yang jadi player for Zara tuh gak, coz dia x pandai lagi nak bantai.

Lepas tu aku pulak main ngan Abang, kalah teruk mak dibuatnya, 12-6!!! Terer betul anak bujang aku heh, dia punya bantai sap sap sap dah tetiba masuk goal.

IMG_5001

ini le satu ride yang aku nak try naik ngan Zeeshan, 2 tokens kena pakai tapi orang tak geti naik motor kan, maid aku siap ajarkan lagi camne nak tekan clutch kanan tuh, ke gear heh. bawak kereta aku tau le, bawak motor mana aku geti. Padan ler RB tak seronok je naik ngan aku, lambat benau maknya nak start engine heh

IMG_5012

in between aku lari pi beli 2,3 barang and ni ha selambak toys! bukan bagi RB serentak, aku bagi bit by bit. Hari ni seketul kereta, yang macam kekecik kereta tu aku bagi 2 ketul, lagi 3,4 hari aku bagi lagi 2 ketul. Almost 2 years punya toys collection dia dah bagi orang, but macam kereta ke trains tu sume his fav aku dah simpan separuh. Only pakai separuh jer, sok sok lagi 3,4 bulan baru bukak balik kasi main. Itu memang resmi petua aku pakai sejak beranakkan Abang pun.

Bebudakkan cepat bosan. Beli kat Jusco ni murah sket toys gini, kalau kat ehem euhuk alahai, seketul je 60 la, yang over 100 la….

Masa aku beratur nak bayar, ada abang nih, chinese man lah dok borak ngan aku, wahhh your toys, for gift?

oh no, for my son.

wahliau, banyaknyaaaaaaaa

so aku cite le kat dia, aku beli ni untuk maybe for few days/weeks punya give away. Dia dok ingatkan aku ni bukak kindergarten kahkahkah….sebenarnya RB tu asal aku balik kerja hari2, dia dok check if anything for him, kalau tangan mak kosong je bawak handbag memang takde le apa2 untuk dia. Yang kelakarnya aku nya delivery kan almost dapat setiap hari (from online shopping and ads sponsor) so dia le jugak yang pass over kotak2 tu kat aku mintak bukak cepat. Kononnya toys dia dalam tuh. Ye aku bukak, tapi bukan le toys dia, but aku akan trickkan ada toys dia dalam tuh konon keluar dari kotak tuh.

Dia asal ada seketul truck ke kereta kecik pun dia dah sonok ya amat dapat, yang baru ler. Kiranya toys celah bedah aku ler, yang aku sorokkan. Bukan duit je ada sorok celah bedah tau.

anw, habis di Jusco semua balik rumah, ngan family adik aku pun. Had dinner at my house, melayan bola hujung ke pangkal, Zeeshan yang dok berkepit ngan aku taknak tinggal langsung. Member nak ajak tidur lam bilik, he mana boleh tidur tak bertepuk berpeluk, kena ada by his side.

well…gituler, anak-anak.

*********************************************************************************************************************

Makin lama insurans/takaful makin bagus coverage yg dioffernya. Dulu mana ada cover klinik outpatient. Sekarang ni dengan Prudential, pegi klinik boleh tunjuk kad medical jer, cashless  gitu. Tak perlu risau kalau tak de cash in hand. Sekarang ni juga dengan medical card jika korang warded la katakan, akan cover jika berlaku komplikasi kehamilan contohnya Ectopic pregnancy, Eclampsia dan lain-lain.

Sebagai wanita, personally aku sarankan kita kena siapkan diri sendri dan kalau boleh keluarga sekali dengan perlindungan insurans. Tak tahu bila akan guna insurance ni tapi bila terkena musibah sebab sakit ataupun apa saja, mintak la simpang kannnn, kita akan rasa lapang dada sebab adanya insurans coverage ni.

So sediakanlah payung sebelum hujan, agent insurance aku yang komited Double N – Nizam dan Naf boleh terang pakej mengikut kemampuan masing-masing. Nak call/sms/whatsapp kat nombor ni 017-3413043. Kalau nak email tanya apa-apa info ataupun permasalahan insuran boleh email kat nafisahamran@gmail.com ataupun binhalimresources@gmail.com

*********************************************************************************************************************

Comment: 5