JJ

Back to school…

CAmna anak2 hangpa masuk sekolah, musim tahun baru nih? kalau yang darjah 1 or pres tu or even tadika baru, memang ada ler yang amik cuti bagai kan. Specially yang nak kena bertangga kat sekolah, primary standard 1 mostly. My zaman for tu semua dah berlalu….first year jer bertangga kat sekolah depa, about 3,4 hari gak lah. Eh for abang aku lepak lama, lebih seminggu gak kot coz yelah anak sulong.

For Zeeshan, ada lagi 1 year to go, pastuh tak nak ler sampai bertangga sangat, biasalah package anak dah no 3 tu tak sama ngan masa abangnya anak sulong :)

 

IMG_4022

Year end, pun kami cam makpak lain ler, carik baju sekolah bebudak nih. One thing, kita dah bertahun2 beli baju kat kedai di BTR nun, but taun nih laki aku saja gateiiii sangat nak pi AEON. Duh…aku memang ler tak kuasa nak ke sana but dia dok jom lah jom lah. Hish…so sebab dah kena sindir2 jadi aku pun bersiap ler sama ikut pi Jusco nih.

Sesmpai, manusiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa omanghaih. Ko tak tengok wajtu beratur tu lagik, siksa. Dan seperti dijangka, banyak stock takde, ai means size untuk anak2 aku 2 orang tu le. Depa 2 dah ada taste sendiri, nak jenis kain licin ler,  nak yang body hugging ler, tu abang ler tu. Hish…

Elok ler tak banyak sizes pun, stock takdak. Coz selai kain licin kakak tu pun dah RM50 kau, walaupun ada sales katanya. So dapatlah selai kat sini for kain licin kakak, tudung pun selai, baju tarak, anak2 baju ada ler. Baju seluar abang pun tarak coz yang dah cantik size ngan dia, dia tak berkenan, eiii ai tell you. Rasa nak cecubit jer abang nih, banyak demand betul.

IMG_4027

bag sekolah buruk ni (for me), dia nak…memang idok le mak ko berkenan. Udahlah mahal berdenting. So dia amik merah lain. Merah takper, asal bukan this one lah.

IMG_4030

yang sorang ni pulak memang sangat magnet ngan aku. Itu dia bisik, dok nyanyikan aku lagu happy birthday mummy. Hehari heh birthday aku….dah tu dia bosan coz dok melapau (yet dah makan pun petang tu, but biasalah boring kan, so mencarik alasanlah). Bapaknya pi lari ler kejap beli McD pun baru dia senyap kejap.

Waktu kita beratur, bumped ngan our jiran lama di VA. Actually our eldest dulu bff, depa pun sesama sekolah cino gak before my fren’s son ni pindah kuor masa Year 4.  Seronok abang dapat jumpa kawan lama dia.

IMG_4040

Pastuh my 3 kiddos pergi naik atas, games section. Terserempak lagi ngan depa kat sini, borak lagi….yang menungu beratur, tak rasa lama coz dok borak manjang. Well technically yang beratur pun laki aku.

IMG_4042

itu barang dalam trolly tu, asalnya aku nak beli fruits jer…laki aku ler yang nak pergi belinya waktu the kids kat games kan. Tapi dah aku mengekor, gila kau nak amik fruits jer, harus aku kaup kaup kaup sumbat lam trolley tuh, sudahnya dari 1-2 barang jer, jadik penuh :)

Zeeshan tu pulak taktiknya, masa kita beratur, dah abis makan McD tu kan, dia dok merengek lagi kata lapar lapar. Eii perut ko ni dik. So habis beratur tu lah kita tanya korang nak games ke nak makan? Laju je si kecik lapar tadi tu dok cakap nak games!! Hah ko tengok, pandai temberang dia, tadi ke mai lapar.

dah abis shopping sini, habis main (anak 3 bapaknya bagi sorang RM10 untuk spend kat sini ler), terus balik. Pun tak balik gak, gi dinner bagai, late dinner yang supper. Oh meng aku dah longlai2 hah….turning 40s ni memang tak rajin ler nak menyinggah lelepak luar tu lelama, ai m so not that old redmummy before.

 

IMG_4529

esok lusanya, depa berulang lagi pi sambung carik baju sekolah, kat kedai biasa kami di BTR. hah murah pun murah. Stock pun ada. Cuma untuk kakak ni kita beli 3 pairs lu lah cos aku masih lagi tunggu rayuan dari Kementerian for kakak’s boarding school or even MAIWP, if by end Jan takde gak, kita akan beli lagi sepasang 2 lah. Coz sekolah baru skang pun, banyak hal gak, ada hari kena pakai kain songket ada hari baju sukan ada hari baju sekolah. Huh. Btw she got 3 offers but kita amik yang sekolah skang ni lah. Tu nanti kena sambung sembang lagi untuk cerita sekolah kakak lah.

For abang, dah beli memolek, kena pulak pergi hantar tailor untuk kecikkan baju nih. Aku tak paham betullah. Dia cakap nak kena nampak sado,  nak nampak macam ko tengok lam gambar ni lah. So all baju pi hantar tailor kecikkan bawah, lengan tangan tu semua costnya dah RM32. Ikut aku memang tak bagi ler, but apaknya bawak jer ikutkan rentak anak.  Kalau ikut nenek ko dulu, mak kau nak mintak hapa bagai pun jangan harap ler heh!

Oh for Zeeshan, orang ramai cuti coz hantar anak pi sekolah kan, tapi aku kena cuti coz jaga Zeeshan kat rumah hiks…dia nya skul starts on 5th Jan so 2 hari tu aku cuti ler. Memang jadik housewife ler, anak2 pun balik sekolah, penat je muka memasing, specially kakak lah. Her school tu consider jauh sket kot, and dari pagi sampai petang pulak tuh, penat jer. Longlai jer bila balik rumah.

Abang pulak, he dapat masuk Science Stream but he s the only Malay student in the science stream pulak tu (ada 4 classes of  science stream), and 8 lagi classes biasa. Budak ni suka science maths bagai, he scored those subjects dari kecik, so all the best anak2.

Anak2 korang pun, all the best gak :)

Comment: Comments Off

To guess and to win something :)

 

IMG_8316

berpaut itu penting ye…tak kira le akak haku ready ke tidak…

IMG_8312

this was our mission. Carik kipas lagik. Huh banyak betul kipas kat rumah aku heh, bilik abang kakak je kena sorang 2 kipas (stand and ceiling wajib). Bilik aku pun ada 5 bijik kipas and satu aircond. Makan banyak kipas betul dok umah atas tanah ni. Dulu kat VA secipot je hahahaha…tapi sana aircond memang sorang satu pun. Untuk Red House bilik depa memang belum ada aircond lagik, bapaknya nak biarkan anak2 bersusah sikit takde sesejuk. Asal nak sejuk je depa lari bilik kami. Satu lagi aircond kat bawah tu jarang on kan.

IMG_8313

Lawa kau ni. Merah menyala but harga kau amboih! tak padan yang kecik. So tak jadi le amik kau, dahlah aku nak amik 2 bijik, so amik sebelahnya.

Kisahnya kita ada panggil contractor tetambah lagi plug suis kat rumah tu, abis dia hack 1-2 walls yang dah cecantik painted (nak kena repaint balik adoih), coz ketidakcukupan plug (masa buat rumah ingatkan dah berlambak rupanya masih lagi tak cukup. So pertambahan tu menunjukkan kena lagi tambah 2 fans.

IMG_8318

budak ni, ada sekali hilang kejap. Apaknya suruh abang kakak eyes on adik, tau la Zeeshan tengah meligat. So depa bawak dia masuk kat MPH. Aku ngan laki aku kat fans station. Tup tup, Zeeshan datang to us, huk aloh. Aku terus tepon abang, tanya  mana adiknya. He dengan kompidennya jawab ‘oh ada kat sini’

ada kat mana?

ada near by us

where?

alamak, takde la mami, jap abang carik

adiknya masa tu dah tentulah depan mata aku. Meaning adiknya keluar dari MPH and jalan to our stations kat bahagian kipas tuh, eh kira jauh gak lah kalau ikut kira umur budak nih. Hem kena sound le abang kakaknya….depa tak tentu arah keluar carik adiknya.

IMG_8320

Itupun dia keluar dari MPH tu bawak satu toy (a small truck), takde la pulak bunyik tret tret kat pintu MPH tuh, kalau tidak memang gelemer lagi le Red Family hari tuh. So dia dah bawak keluar tu, aku suh abang pi hantar balik toy tu ke MPH semula. haih anak oh anak, makpak kau nak beli barang, subcon jaga adik pun meleka. Yelah dah dapat kedai buku, mata memasing galid kat buku ler, takde le depa nak ingatkan kat adik.

Tu le pasalnya, adik beradik jaga adik beradik memang tak sama makpak jaga anak2…korang nihh

IMG_8331

kat sini memang takde le orang yang melayan, kebetulan budak2 yang jaga fans ni ngah break kot. So laki aku le yang angkut kipas yang dia berkenan bagai test try buat sendiri bagai. Itu yang water cooler biru tu, aku penah ada, but dah bagi kat rumah mak mertua aku. Pastuh last year kot, panasnya rumah mak mertua aku, lot tepi, mau tak panas berdentum, jam2 tu gak aku pi kedai ngan laki aku belikan 3 bijik kipas stand untuk mak mertua aku. Umah besau tak cukup kipas yang ada paneh anak cucu. Super lega le pastuh…

IMG_8338

Ni kakak yang jaga adiknya, habis segala ceruk dia masuk terpaksa kakak mengekor. Semua kakaknya amik gambar nak tunjuk bukti ‘nakal’ si adik kat mak nya hah

IMG_8342

member dok nak carik yang 4/5 bilah, so dia berkenan ngan dedua nih, dok pilih nak amik satu jer for the stand one

so we picked yang facing him tuh, better gak dah over 2 weeks gak kami pakai. ada le remote segala, yang kecik satu lagi tu for our bathroom, itu dah bape kali tukar ler. Setiap kali beli ingatkan better, tapi tak kuat ler, bising ler, memacam lah…so far yang baru tu memang the best for him lah.

IMG_8350

Dah datang sini mestilah main bebenda dalam nih, inipun depa bertiga jer asalnya pi main, aku pi amik barang lain. Tapi hati aku tak leh lama coz tadi tu kan adiknya dah ilang kejap, jadi aku pun joined the club. Ngekor depa dengan trolley bagai. Laki aku masih lagi carik barang lain…

IMG_8351

Zeeshan ni macam ada gaya melonjong ikut abangnya….

IMG_8357

seluar panjang aku yang dah berpassing batton to kakak

IMG_8358

betul2 tetiga beradik ni menari atas benda nih, idok le aku nak join the club

IMG_8377

asalnya kitor berempat naik motor nih tapi pastu abang ngan aku kena sound ngan riders 2 orang tuh kata berat le bagai segala, so kami pun bawak diri hehehhee….keje hakak jaga trolley balik le kan.

IMG_8379

donno le since when coz kami pun dah lama tak datang AEON Maluri ni, so kat games section ni untuk tokens tu dah pakai card. Ke dah bertaun kot ada pakai card untuk setiap games yang anak2 ni main. Sebelum ni kan token yang coins tu…aku bagi RM30 untuk depa 3 orang pakai main, aku rasa adiknya bape kerat je kot main pastu sekali main yang macam boat kita naik nih, boat kot, RM3 kau, punya le sekejap.

IMG_8389

we had our dinner kat Nandos. Outlet depat kat Maluri ni ada sorang staff dia sangatlah nak kena makan penampau sangat. Cut the story short, aku nak kena ban ler Nandos Maluri tu, satu family aku hangin btol hari tu. Malas nak citer ler. Aku biasa dengan Nandos KLCC, service situ memang tip top, staff pun sangat-sangat frenly walau macamna junior or senior pun depa, ada bahasa ada susila. Anak2 yang suka sangat Nandos nih so kena le pasrah ikut gak tapi pasnih maybe aku akan timbang kati, tak nak dah kot makan kat Nandos Maluri. Serik.

But kalau delivery, hantar ke rumah, ordered online tu, datang dari Nandos Maluri ni jugaklah…tu boleh pejam mata, tak jumpa orangnya, order pun pakai online jer.

IMG_8636

Come back on cite kipas tuh, a week later aku datang balik Maluri’s AEON (just a few days ago), coz aku nak kena beli lagi satu stand fan yang serupa dengan yang kami beli previously. Kekdahnya bapaknya buat ketuk-ketuk kat bilik anak2, so depa sudah tukar position katil meja study bagai and agak jauh dari the ceiling fan. Kakak ada stand fan but not abang, jadi kena ler belikan satu lagik.

Moralnya aku pi Jusco ni sorang2 pun coz nak kena beli tu juice blender aku. Dulu aku ada promote yang aku beli online shake mende tah brand tuh, murah memang le ye tapi cepat jahanam. 2 kali laki aku pi antau service kat apek rumah aku tu sampai sudah di akhir hayatnya naik berasap2 waktu laki aku ngah blend the juices.

2 hari gak lah aku takde juices while odw to work. itu dah rutin, biasanya dulu oranges jer, pastu upgrade tambah green apples pastu tambah lagi banana. Pasnih nak tetukar lagi tambah kurma ke prunes ke, apa saja ler, itu yang lama biasanya belum Jalan Tun Razak aku dah abis minum (sambil make up plak tuh) but yang Cornell baru nih, power wooo…so far ler. Dahlah leh dapat banyak ml laju pun ye gak, sampai dah naik opis pun masih gak tak habis2. So kita tengok berapa lama pulak nak jahanamnya tapi takper ler ada warranty.

For me ada benda bagus for online ada yang buat ko sakit hati jer. Kalau  heavy user, jangan le pakai yang brand shake shake tu, baru masuk epal dia dah kiok. Keras bonar gamaknya. Anw, aku prefer juices blender yang on the go, flip and chow. macam tu punya jenis, takde yang nak kena transfer bagai kalau macam tu aku ada lagi 2 blenders at home like that, lambat heh nak kena tetukar bekas segala.

by the way aku nak buat give away, siapa yang dapat teka berapa jumlah kipas yang kami ada di Red House (tidak perlu add up ceiling fans – ini kita ada 11 ketul), so hanya untuk stand fans / small fans etcs sahaja. Ada berapa jumlahnya?  Hadiahnya adalah sehelai baju baru :)

Tolong jot down your email address at this comment entry, takde email address susah le hakak nak contact the winner. Just give the numbers untuk the fans, and name / email address. Closing date till the new entry is up after this entry :) .

 

Comment: 41

The beauty of ayam…

hakak nak clean up dulu daily entries, walaupun dah basi.

Today’s project pulak, a visit to Jusco or nama skang AEON Maluri. Untuk makan Nandos. Diorang tengok mak nya makan Nandos selang sehari, so depa pun nak pau sama ler gak merasa.

IMG_1245

kakak was super bengang bila adiknya tak nak selfie with her but dengan mak, bersungguh senyum…

IMG_1250

jadi takkan nak tunggu Nandos tu gitu jer, so biar apak adik korang tunggu, hangpa 2 meh ikut ammi pi carik barang. Ada ke laki aku tanya, korang nak gi mana?

eh uu, ni jusco tau? memacam barang boleh nyopping sini, apa ler soalan…

IMG_1251

kita carik towels…aku pegang tu is red colour, tp bukanlah merah darah. aku angkut. janganlah tertipu dengan harga yang murah wpun 100% cotton, coz banyak yang murah tu pun tak telap air.

 

IMG_1255

kita amik 4 lai, 2 laki aku 2 aku nya. tapi pastu yang pakai 2 jer, lagi 2 tak telap, bagi anak2 pun depa tak kenan hahahaa, so hah tu lah, jangan amik yg memurah tu. Sib baik yang mahal 2 tu elok. Mahal pun tak le mahal melampau, yang harga RM40 kalau tak silap

IMG_1269

hah ni sapa ke aritu tanya yg macam akak punya kaler biru tu. Jusco pun ado hah, but a bit pricey kot…

IMG_1263

anak2 kalau dapat hp mak nya…camni ler

IMG_1270

dan dia ada jugak for 3 tingkat. ok gak nih, ni lam seratus lebih, lupa ler berapa lebihnya tu, korang zoom lah

IMG_1271

kita selesai shopping tapi sebenarnya  nak membeli lagik. But dah dapat panggilan dari apaknya kata ayam dah sampai. Ini sah ler hari Sabtu coz no plastic days but aku kan mak doraemon, akan tetap bawak paper bag/plastic bag sendiri…

IMG_1276

fun fun makan sini, sedap le nandos ni

IMG_1280

abang kakak dok cakap padanlah mummy asyik makan Nandos ni je kat KLCC, memang sedap ayamnyooo. Tiada promotion given by Nandos pun yek. aku ikhlas hati promote ni

IMG_1294

licin pinggan memasing

IMG_1311

dan of cos, sambung lagi menyopping sikit

IMG_1318

sejuk hati kakaknya bila adiknya sudi nak selfie, knowing him kan..

 

IMG_1327

pendek betul mak kau

takpelah, aku pendek yang memang mengaku, jangan pendek 151 tapi mengaku 160 tu, hah tu membongak namanya

cute2 pendek hakak pun, ai produced anak2 pepanjang alhamdulillah. kahkahkah….

IMG_3978

penutupnya ngan gambo ayam nandos ni ler, this week  pun aku rasa ada satu hari kena pi makan sini gak.

eh yg smlm akak tanya wallpaper tu, suh korang recommend companynya. korang DIY tampal sendiri ke or engage depa suh buatkan? I know kalau depa buat mahal ler kan, servicenya lagik. kalau kita buat sendiri murah le but tangan kena macam tangan laki aku le yang buat, tangan aku pengkau sure senget benget.

ni cuti sek aritu, wui hari2 berjalan kuor masuk rumah, hari2 kuor duit. tapi takper. hehujung taun kan..bukan bawak pi Europe pun.

Comment: 7

One before the long break…

orang dok sibuk bercuti panjang

ko sibuk le nak update blog

ok ni last

aku pun nak pi short trip, dekat jer, lam Malaysia jugak. tak pi pun jejauh. Dek kerna blogging job yang satu tu patut aku ke ehem, so tak boleh nak booking ke mana. takpe, tunggu jer tarikhnya.

IMG_1098

korang dah beli baju sekolah bebudak? aku dah beli few weeks ago. tapi ada singlet and baju dalam depa takde jual kat kedai baju sekolah depa. so since kita nak kuor sekejap jer sebelum malam tu abang bertolak ke Langkawi, ke Jusco/AEON it is.

Barang sekolah dari baju ke bag maknek kekecik alam sumer tu, for 2 of them close to RM800.

IMG_1104

Dan kalau dah sampai Jusco ni kalau tak menderma dalam nih memang bukan anak redmummy ler!

itupun depa bertiga spent kat sini, aku ngan maid pi carik benda lain.

IMG_1110

curly hair boy!

IMG_0482

kadang2 kita jumpa le kat memana lam Jusco tuh, banyak betul benda yang aku dok tujukan heh

 

IMG_0508

special casenya coz si bapaknya bayo for everythinggggggggggg hari tuh. so meraban le aku amik amik amik dan amik!

IMG_0588

dan sah dah tentu kena borong toys for him jugak. Macam biasa, aku amik few sets, ada lego ada clay ada macam2 ler….tapi selang 2,3 hari akan bukak each of the sets tuh, dan main le depa bertiga berempat. No tv tv for Zeeshan tu pun, tv memang menyala but citer orang tua citer kakak abangnya. Citer dia tak dapat dia tengok, kartun2 dia hanya bape minit je menyala pun itupun bila maknya balik dia mintak bukakkan. Ngan abang kakaknya tak dapat heh dia  nak tengok tv.

 

IMG_0636

ini macam gaya, kasut dah size bapak ko. Badan ko ni boleh beat tinggi bapak ko heh!

IMG_0650

nak apo dik lagi ko?

 

IMG_0694

siap beli barang, semua dihantar ke kereta, the boys le buat. pastuh hang out lagi kejap dalam nih. Kakak ngan abang tu skang stage yang tak boleh nak amik gambar berpeluk2 dah. Tak nak dah depa, nak kena jegil2 mata baru le depa ngan terpaksanya amik gambar berpeluk.

Sama je le aku dulu ngan adik badik aku pung masa kekecik tuh.

IMG_0710

we had our late lunch/tea kat sini. Steaks for them.

nak jadikan cerita….

aku duduk ngan maid aku kongsi meja ngan 2 lelaki muda. Umur dalam early 20s ke macam tuh. Coz dah takde meja kosong lain. So aku, maid and Zeeshan yang tidur dalam stroller. Depa 3 pergi amik food. So meja tu untuk 5 orang, aku duduk paling jauh dari the guys tuh, maid aku duduk sebelah sorang guy nih. Dia tak nak makan (yet pinggan makan lauk sume depan dia). Katanya tunggu ibu makan sama.

Aku suruh je lah dia makan, lagipun tak pernah2 pun ko nak tunggu aku makan selama nih, kok sebab ada jantan sebelah depan mata ko, terus ko nak maintain cung?

Pastuh dia tak makan gak, bebuat shy gitu. grrr. aku tak amik port. Dan tup2 meja depan bangun, meja tu lagi besau. Leh accommodate kita yang 6 orang nih. So aku terus tolak pram and plate aku pindah letak meja depan.

Maid aku tak nak bangun. Lantas laungannya padaku – ‘Aku makan di sini aje ibu’

Hukaloh!! Gedik betul maid aku heh!

Kem salam le aku nak bagi ko makan bertigaan ngan boys tuh, so ngan muka muncung angkat plate dia dok le sebelah aku. Terus makan hokey! Tadi bukan main lagi nak tunggu ibu, mementang sebelah the guys ko malu pulak nak makan kan tadi.

Aku pusing belakang, budak2 lelaki tu senyum gelak2 je ngan aku, hah tu lah, gedik! Dia nak menggatal ngan korang le nih.

Betul pusing kepala heh….maid aku punya pangai.

Ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi drama dia. but nanti2 lah. sume nak cite kat sini. Memang takde maknanya.

IMG_0474

17 years gap

as our closing entry.

Happy Holiday, a very long break for all of us.

Comment: 7

Toys hunting…

IMG_4940

budak ni kan, aku dah ajak tidur petang, dia dah baring sama ngan aku pastu dia turun katil suruh bukak pintu balik, tak nak gak tidur. hah kan…so dia main main main. maknya tidur tidur tidur.

bila dah nak kuor rumah, dia terlena

masuk kereta pun dia melena lagilah kan

tapi bila transfer dia ke stroller, pujuk2 dia bangun gak, terang mata akhirnya, wpun yg benornya dia tidur tak sampai setengah jam je pun.

IMG_4943

aku patutnya dah set lam calendar nak bawak depa pergi OU, jauh sket. nak try for Zeeshan main kat indoor playground sana tapi dah mak tidur petang terlajak majak jadi ke Aeon umah je lah kita. dekat pun yer….

kasi depa tea first, makan petang le kononnya…

Abang nak KFC, malas mak nak beratur ke main panjang, so McD je lah. Asyik ayam je lah korang, rumah lauk kari ayam, pastu sini nak ayam KFC lagi, tak lemau ke tekak tuh.

IMG_4961

n kemudian joined by my little sister’s family….molek le sangat heh boleh gak meriah sikit.

IMG_4971

hah main le….dari jauh dia dah berbunyik2 mulut tengok tempat nih…

wah wah wahhhhhhhhhhhhhh

for Zeeshan tak yah pakai token pun, dia naik jer, tak sampai 2,3 min dia pi naik rides lain, habis semua ler dia naik. ni bayangkan ler kalau pakai tokens.

Abang Kakak dapat sorang RM10 each tokens.

 

IMG_4974

main ye dik main ….

Kalau orang tanya dia mana Daddy

dia buat le gaya tangan terbang ‘Daddy fly….’

rindu dia ngan apak dia, sian, ada satu malam dia bangun tidur mengigau turun katil kuor bilik cari bapaknya sambil berbunyik Daddy daddyyyy….

bagi baju bapaknya peluk tak nak pulak dia heh….nak bapaknya jugak.

IMG_4979

gaya perlu lebih ye dik

aku dah bagitau dok, aku ngah jadi #maktunggul skang nih, dah 2 weeks dahlah. Biasa jer ler. takdenya nak merindu2 ngan laki aku, dia pun tak rindu pun kat aku except tidur malam tak leh kepit bini le kan hahaahha opss…

RD lagi rindu ngan si kecik nih.

Abang Kakak biasa ler…depa dah dibesarkan ngan bapak yang sokmo jarang di mata, but bila ada di KL bapaknya ler the best. but balik dari JJ ni abang bunyik sket ler, rindu le kat Dad.

wah ko bang, kalau mak takde sure ko tak rindu kan, sure ko ya dunia….bebas bebas! hahahahah

IMG_4986

The cousins pun sama naik hah

seronok sungguh depa melenjan main dalam nih, in between dok berlayan laki le kat WA, masa hari yang kami kat Jusco ni laki aku pi Prague pulak. Lawa lah tempat tu, jeles betul kat laki aku heh…siap dia pi Paris Street lagi, masuk Dior tayang gambar Lady Dior kat aku hahahha, bila suruh beli dia cakap malas…mahal bla bla bla. Kat Prage memang ada nama Paris Street, boleh google sendiri :) .

cis laki aku, saje je masuk dalam tu buat aku makan hati tengok Lady Dior hoii

IMG_4993

kakak memang suka attend jaga Zara si manis kecik tu yelah dia kan dulu berharap adik perempuan. Ingat camne gynae aku terpaksa explain to her on RB yang masa tu dalam perut…

tapi main slide ni aku yang jadi player for Zara tuh gak, coz dia x pandai lagi nak bantai.

Lepas tu aku pulak main ngan Abang, kalah teruk mak dibuatnya, 12-6!!! Terer betul anak bujang aku heh, dia punya bantai sap sap sap dah tetiba masuk goal.

IMG_5001

ini le satu ride yang aku nak try naik ngan Zeeshan, 2 tokens kena pakai tapi orang tak geti naik motor kan, maid aku siap ajarkan lagi camne nak tekan clutch kanan tuh, ke gear heh. bawak kereta aku tau le, bawak motor mana aku geti. Padan ler RB tak seronok je naik ngan aku, lambat benau maknya nak start engine heh

IMG_5012

in between aku lari pi beli 2,3 barang and ni ha selambak toys! bukan bagi RB serentak, aku bagi bit by bit. Hari ni seketul kereta, yang macam kekecik kereta tu aku bagi 2 ketul, lagi 3,4 hari aku bagi lagi 2 ketul. Almost 2 years punya toys collection dia dah bagi orang, but macam kereta ke trains tu sume his fav aku dah simpan separuh. Only pakai separuh jer, sok sok lagi 3,4 bulan baru bukak balik kasi main. Itu memang resmi petua aku pakai sejak beranakkan Abang pun.

Bebudakkan cepat bosan. Beli kat Jusco ni murah sket toys gini, kalau kat ehem euhuk alahai, seketul je 60 la, yang over 100 la….

Masa aku beratur nak bayar, ada abang nih, chinese man lah dok borak ngan aku, wahhh your toys, for gift?

oh no, for my son.

wahliau, banyaknyaaaaaaaa

so aku cite le kat dia, aku beli ni untuk maybe for few days/weeks punya give away. Dia dok ingatkan aku ni bukak kindergarten kahkahkah….sebenarnya RB tu asal aku balik kerja hari2, dia dok check if anything for him, kalau tangan mak kosong je bawak handbag memang takde le apa2 untuk dia. Yang kelakarnya aku nya delivery kan almost dapat setiap hari (from online shopping and ads sponsor) so dia le jugak yang pass over kotak2 tu kat aku mintak bukak cepat. Kononnya toys dia dalam tuh. Ye aku bukak, tapi bukan le toys dia, but aku akan trickkan ada toys dia dalam tuh konon keluar dari kotak tuh.

Dia asal ada seketul truck ke kereta kecik pun dia dah sonok ya amat dapat, yang baru ler. Kiranya toys celah bedah aku ler, yang aku sorokkan. Bukan duit je ada sorok celah bedah tau.

anw, habis di Jusco semua balik rumah, ngan family adik aku pun. Had dinner at my house, melayan bola hujung ke pangkal, Zeeshan yang dok berkepit ngan aku taknak tinggal langsung. Member nak ajak tidur lam bilik, he mana boleh tidur tak bertepuk berpeluk, kena ada by his side.

well…gituler, anak-anak.

*********************************************************************************************************************

Makin lama insurans/takaful makin bagus coverage yg dioffernya. Dulu mana ada cover klinik outpatient. Sekarang ni dengan Prudential, pegi klinik boleh tunjuk kad medical jer, cashless  gitu. Tak perlu risau kalau tak de cash in hand. Sekarang ni juga dengan medical card jika korang warded la katakan, akan cover jika berlaku komplikasi kehamilan contohnya Ectopic pregnancy, Eclampsia dan lain-lain.

Sebagai wanita, personally aku sarankan kita kena siapkan diri sendri dan kalau boleh keluarga sekali dengan perlindungan insurans. Tak tahu bila akan guna insurance ni tapi bila terkena musibah sebab sakit ataupun apa saja, mintak la simpang kannnn, kita akan rasa lapang dada sebab adanya insurans coverage ni.

So sediakanlah payung sebelum hujan, agent insurance aku yang komited Double N – Nizam dan Naf boleh terang pakej mengikut kemampuan masing-masing. Nak call/sms/whatsapp kat nombor ni 017-3413043. Kalau nak email tanya apa-apa info ataupun permasalahan insuran boleh email kat nafisahamran@gmail.com ataupun binhalimresources@gmail.com

*********************************************************************************************************************

Comment: 5