The Mines The Mines…The CV

IMG_7485

rumah kedua kami

akan tak lama lagi bertukar tangan

berbulan tunggu process huiii….insyallah sket je hari lagi

IMG_7500

our 3 years tenant telah pun keluar officially so the house is already empty. untuk dihandover kepada tuan yang baru

tak sempat pun aku duduk sini, memang beli for investments, dulu je beli cadang nak duduk tapi penyudahnya VA jugak, malas sayang betul nak tinggalkan rumah atas langit tuh…

lepas tu kan

kita pi berpusing2 sana sini, for something ler…

aku ni le yang pikir, laki aku steady je. tenang je dia takde le nak kekocoh but mak being mak.

dapat pulak mak yang possessive kan.

penutup kisah Saturday nite kita ialah ke Mines Shopping Mall.

IMG_7503

asyik aku je lah beria yang amik gambar

yang belakang dua orang tu nak kena siku gamaknya

 

IMG_7519

masa kita sampai ni pun nak datang for dinner je lah, takde pun motif apa, maybe nak naik boat depa. pun tak le eager sangat pun, jalan2 tengok and makan2 sket.

semua pau ice cream McD

IMG_7582

 

alah mak encik

rileks ler

takde masalah takleh bincang

apak ko senang je heh timbang kati tau

IMG_7546

ini budak kan

punya pandai auta tau! dia geram aku tak nak bagi kuor dari celah abang bapaknya, kasi apit budak nih.

so dia tarik muka bapaknya.

dia cium2 bapaknya!!!

IMG_7547

hah ko tengok ke main dia sayang kiss kiss love bapaknya

bila aku mintak dia kiss aku, loudly dia jawab NO!

hahahahah kurang asam

bapak ko racun ko ler nih bukan main lagi tak nak kiss mak, yelah dah mak tak nak bagi kuor, so dia protest dia bakar line cium bapaknya, tau maknya sure sentap tak dpt kiss dia.

grrrr…..gomol ko dik!

IMG_7551

 

malam tu merasa le jugak aku makan Sushi. aku je pencinta sushi, lelain sume macam payah bonar nak makan but bila dah introduced on ranges of Sushi, baru le ooo sedap sedap. Yang atas ni my fav, dari maki line (betul namanya MAKI). dari salmon. sedap sangat!!!!! aku kalau pi Sushi, ini je yang aku tembakkan.

Plate merah so RM5.

kalau makan sorang 2 plates dah cukup, kalau nak haloba, 3 plateslah. cubalah try hangpa.

IMG_7595

IMG_7600

IMG_7605

siksa nak amik gambar 3 beradik! si bongsu tak boleh nak senyap.

dia diam bila dalam pram jer, bila dia bebas, memang ko pun dah jadi cam lipas kudung

IMG_7610

hah one family!

IMG_7611

hey kooooooooooo dok diam kejap boleh tak!

IMG_7618

 

sebenarnya ramai betul orang dok tengok kita bergambar nih padahal aku suruh je depa jalan, but depa tak nak gak naik tangga tu selagi kita tak habis bergambar. udahlah aku ngah struggle ngan si kecik yang dok nak terbang merata nih

 

IMG_7622

 

yelah yelah give up lah mak ko

pergilah bebaskan dirimuuuuu

dik ko tau tak, bila time posing, ko kena redha, begitulah resmi abang kakak ko dah arif sangat.

takpe ko new joiner, so dimaafkan, sok sok dah beso sket, sila harap  maklumlah ye

IMG_7642

kerja si bapak le kan mengejar

seriau aku tengok dia berlari kat tangga nih…kang terjunam jatuh sagat pala, meraung ya rabbi ko kang…

IMG_7679

mari tengok binatang

walaupun dari luar jer….

dia kalau kat tv ke ipad gadgets

nampak je binatang

eh dog

eh cat

eh dog

eh hos (horse)

eh eh eh

bunyik eh tu mahal ok!

IMG_7671

dan ini jelah yang mampu diamik untuk 5 beranak. korang ni nak kena ikat baru geti  nak amik gambar memolek hishhh! Paling senang is kakak lah, she s so easy going nak amik gambar, ke ko malas nak dengo mak ko memurai.

Anyway anak2 aku takde facebook  tapi ramai kawan2 memasing dok racun depa nih suh buat fb account. the answer is still no. sebab skang pun aku tengok abang punya WA and WeChat, sakan meleka….ni berpantau. kalau tak pantau, lagi ribut pala mak ko!

Keluar dari Mines, punya ler jemmmmmmmmmmmmm heboh sangat.

Budak2 nak merasa naik boats kat Mines tu tapi aku malas. dah malam sangat. rimas heh. Lain kali le anak2 yeak…..korang pantang je nampak, semua nak jer.

This weekend abang kakak are away, pi camping. Sunyi lah heh adik korang tu nanti takde gang nak buli.

Comment: 5

Thank you Paris…

gotta get home

pun malamnya tidur2 ayam, sekejapan jer dah mata terang.

IMG_6717

Our 2 big and 2 small luggage, tak termasuk 1 bagpack and my new red sling Giant Balenciaga

IMG_6723

tak sampai 5min bagitau hotel nakkan cab, sampai depan pintu hotel lagik. laju ko yek

laki aku bertahan jugak ngan sweater tapi aku bertabah je lah ngan baju nipis nih but 3 quarter sleeve (love this baju from my IG sponsors).  Jacket segala semua aku dah packedkan, malas heh nak menyarung…

IMG_6742

jangan perasan le naik biz, sayang duit wor hahahaha, leh dapat 6 bijik bags aku kalau bayo kat biz jer semata….kita checked in 3 luggage, berbalance lagi berapa korang tau

ada lagi 15kilog lagi!!

huh hebatlah

IMG_6760

aku kalau long flight tu memang takkan pakai contact lens, semedang je ngan spek heh

but nak buat baru yang lain ler, bosan le pakai nih

IMG_6770

siap semua segala hal, baru ler kita breakfast. hah ko dah lepas 2–3 jam jugak baru dapat lapik perut nih

IMG_6766

hot choc, cappuccino and segelas juice for both of us. roti sedap sume dah habis,  so makan je roti nih buat lapik perut, tapi pastu about an bape minit, depa letak balik roti sesedap ayooooo, kesal betul.

IMG_6781

so masa yang ada tu kita jalan2 dalam duty free, tengok2 apa yang ada…

IMG_6786

tengok jugak apa yang berkenan

dan aku berkenan kan satu lagi Rayban

IMG_6795

best betullah bawak sling bag merah tuh! i love Balenciaga!!

this is not in my wishlist but masa tengok try kat butik depa, terus jatuh hati! Bungkus satu please….eh dua actually with the Velo.

IMG_6798

hah see kalau pandai amik gambar, macam lengang je airport nih, takde orang kat belakang tu sangatkan….btw aku balik tu pakai leather pants but teramik size salah, should be taking 1 size smaller

IMG_6802
luggage oren tu kan, ringan sesangat, 5kg tak sampai!

IMG_6866

our flight dah ada pun, no delay, best best!

IMG_6867

makcik yang duduk terkangkang depan tuh, betul buat drama le masa kat police checking scanning barang badan tuh. dia boleh keluarkan barang2 dia and susun macam letak kat pasaraya punyala sopan santun punya le berhias gila, Penyudah kelembapan dia, 2 guys behind her, terus potong, coz gila ko sapa nak tunggu dia punya gemalai.

Lepas 2 guys potong, aku pun potong sama. Pastu dia shouted kat 2 guys tu hey i m not finished!

Kastam police Paris siap jeling2 lagi kat pompuan nih, sampai laki aku pun potong dia jugak. Teruk betullah heh ko nih, agak2 le tak yah le nak bersusun bagai, ko tau tak aircraft ko naik tu A380 berapa ratus orang kat belakang tu ngah tunggu nak scan barang…mana ngan upper lower deck nya.

clip_image001

dan kami pun bersedia untuk pulang….but malangnya sekali lagi aku tak dapat tidur, ada le sejam lebih je tidur out of 13 hours nih. Laki aku punya sedap tidur, bangun tengok movies, makan, sambung tidur, bangun movies lagi cari makan tidur balik huh lena sungguh.

orang kanan aku kekdahnya dia langsung tak tidur so dia banyak drama, dia asyik bergerak ke tepi ke kanan macam resah gelisah betul sesungguh so aku yang baru nak lelap terus tak boleh nak lena dek dia punya movement. Tu tak kira lagi bape banyak dia asyik kuor masuk kuor masuk…

kalau gini baik letak dia kat aisle seat ler

IMG_6933

Sampai KLIA, dapat luggage, scan kat Kastam is a must to do and terus amik cab! the electric blue is my new baby from the Paris Airport, Rayban. Kira murah ler kalau hok ni kat KL memang lemau le mahal hoh! You ve gotta change colours, walaupun pencinta merah, aku takde le sumerr nak menyarung merah semata.

IMG_6913

The 3 dok tunggu makpaknya…

Adik was the first person sampai di pintu bila ayahmaknya bagi salam, berpeluk cium segala. Followed by abang kakak, rindu sangat dek bertiga nih. Most of the time 4 hari tu aku sokmo je skype ngan depa, sampaikan Zeeshan tu mengadap lama je kat skype walaupun dia belum pandai bercakap lagi tapi dia ngan bahasanya lah, bercerita kat maknya sesungguh. Nampak sangat dia rindukan mak apaknya.

but sebenarnya dia lebih rindukan bapaknya, coz most of the nites dia akan carik ketiak bapaknya, peluk bapaknya yelah apaknya kan sokmo takde, tu yang dia rindu lebih kat RD.

Kitorg sampai pagi tu, terus mandi makan and terus masuk tidur. Sungguh mata aku memang dari sampai Paris sampai dah balik KL betul2 kena qada tidur. So dapat ler tidur lam 2-3 jam, siap RB pun sama join makpaknya tidur. But malamnya jam 7,8 malam dah kembali balik sleepy so at 9.30pm aku dah tutup lampu and tidur! Esoknya kerja, baru ler pala aku tune up balik, baru le pagi esok yang aku bangun tu pala aku back to normal. Finally.

Thanks Paris for having me and RD, dapatlah kami berpeluk2 honeymoon lakibinimoon sajemoonmoon di Paris. Alhamdulillah diberikan lebihan rezeki untuk menjejak kasih di bumi Paghis.

Comment: 5

Value for money…

photo 1

begitulah dengan kelam kabutnya ngan baju kerjanya dok godam dapur. mencari punca kerosakan dapur masak. Maid aku satu hal pangai dia, bukan geti nak cakap awal2.

lampu bilik air mati, bila dah malam kita balik baru dia cakap.

ko ingat kedai hardware lampu tu Pak encik ko punya ker. Pastu maid aku jenis mulut komplen jer, jenis murai, Menceceh2 je mulutnya siang malam. Takde lampu dari siang, tak dibilangnya kat aku pastu malam dah gelap bilik air tu dia punya menceceh. hamboih! Ibu gelaplah ibu, ibu bila mau dipasang lampunya?

mulut jenis tak hormat majikan macam tu ler, asyik membising komplen jer. First day kerja aku belikan ko 10 pasang baju baru, terima kasih pun tak geti nak cakap. Komplen baju takde ko pandai!

anw! tu kita balik before 8pm, sempat le laki aku lari mencicit cari jugak kat merata kedai yang mana masih lagi bukak. last kopek jumpa kat Hero and the last lampu bulb yang ada untuk jenis lampu bilik air aku tu lah.

Ha. tu dah berbulan berkali2 tegur, bila ada macam nih, bagitau awal2. Langsung tak endah. Letih aku heh nak remind dia banyak kali. grrr.

photo 5

Pastuh esoknya. hah baru semalamnya aku cakap napa le tak remind tak tepon bagitau pasal lampu dah kojol.  hari ni pulak. laki aku balik lu dia tak cakap, pastu laki aku kuor ngan Abang pun dia tak cakap. Bila aku balik malam tu jam 9.30pm gitu ngan abang ngan RD, baru dia nak cakap ibu dapur masak sudah rosak. 

grrrr!! ko ni napa le tak tepon awal2, bolehlah aku uruskan mintak orang gas datang checkkan dapur masak tuh.

so tepon orang gas, sib baik dia free, cepat dia naik atas and check. it s confirmed the dapur masak aku rosak. dah kojol. dah boleh baling lanting lombong.

dah 8 tahun pun umur dia. Tak tau lah berapa lama jangkahayat yang paling afdal untuk dapur masak hidup lama.

photo 4

so jam dah 9.45 malam.

memecut laju laki aku amik tali ukur dapur masak lama and amik gambar lelaju, terus turun and pecut to the kedai letrik near by rumah. Ada a few. 1 ke 2 dah tutup. Ada yang dah tutup separuh pintu. dah nak 10malam kan. Ada yang takde stock, ada yang last tuh, nasib baik ler ada!

Udahlah ada stock, ada pulak lebih kurang punya size yang dapur masak lama (sebenarnya lagi beso) but syukur boleh muat. RM450. beli tanpa isteri, pilihan si suami sendiri. last minute punya choice, asal gila takde dapur masak camne nak makannya budak2 sekolahnya masih lagi sekolah heh.

Betul2 lagi 5min sebelum kedai tutup dia dapat beli.

Masa kemas2 dapur nih, aku bebel lagi kat maid. Tolonglah tepon bila ada urusan macam ni boleh kita lepas kerja berkejaran terus carik barang tuh. Janganlah ingat semua kedai macam 7Eleven 24 jam membukak.

Mulut pandai menjawab menceceh iya ibu iya ibu buatnya tidak jugak. Entah apa lagi ler dia nak tunggu benda dah habis/jahanam/rosak baru dia nak bilang bila kita dah sampai (not that she doesnt know cara nak pakai tepon but she just being mulut banyak cakap, action hampehs). gitunya dia nih.

photo 3

begitulah Elba baru. Seperti biasa kalau tak rosak, memang ko takkan bertukar baru.  Sukalah jugak dengan kedai letrik nih, hari tu kita beli the stand fan yang macam cooler tuh, for one area rumah aku yang agak tak berapa berangin, dekat this A kedai  ngan B kedai mahal betul. Kat kedai yang nih , bagus. harganya reasonable. padahal product yang sama.

Esok lain bulannya, kita beli yang tv bracket or tv mounting kat dinding tuh. Selama ni mana der kita pakai bracket tv kat dinding tuh, selesa je letak kat tv, bukan 50inchi punya tv pung. Tapi tulah Zeeshan kalau tengok tv bukan main depan2 tv lagi matanya. so risau aku ngan matanya kang rosak ke sakit ke, hah pakailah stand tu, hook pepagi Sabtu, orang depa datang buatkan. Pun sib baiklah laki aku pi carik kat  kedai nih, termurah dari 2 kedai letrik kat BSP tuh.

Pastuh Elba dapur masak ni gak, pun termurah dari kedai yang 2 lagi satu tuh. Perbandingan harga adalah penting untuk kedai2 yang sering kita menjadi pelanggannya. Tapi tu lah, nak suruh aku sebut nenama kedai 2 ngan kedai murah ni publicly susah sket ler, quitely boleh le aku bilangkan….

Comment: 6

A day without Kakak…

IMG_7018

ai is so suka with my new electric blue rayban. the one aku borong last minute kopek kat Paris Airport

IMG_7035

ini adalah hari yang kitaorg semua paksa diri pi jalan kuor rumah jugak demi si kecil. dan demi maid aku. dia tu pantang weekend jer, asal weekend je sibuk dok berzikir mau jalan mana kita ibu?

asyik nak berjalan je lah ko kan…

weekends ada 2 hari, satu hari kuor bolehlah. satu  hari lagi aku lagi suka dok kat rumah. leisure2 seharian mandi lelambat sampai laki jeling.

alah nak leluwek, berapa ramai dalam nih yang kalau kat rumah tu, kalau tak tengahari, tak petang baru geti nak mandi. ada tu kalau laki dah nak balik dari  kerja ha lelaju masuk bilik air.

IMG_7055

our package tak cukup, this trip was without kakak

aman betul kitorang bila Zeeshan duduk dalam pram nih. but bila dia dah mula mintak keluar, kita pun keluarkan lah…..

tapi tapi…

bukan job aku le kan nak mengejar

itu job the bapak and the abang

IMG_7065

apa dik?

bapak ko keje kat tempat yang ada drive tru Starbucks, tapi kat sini boleh dia sibuk ‘cravingkan lagi cappucino s/bucks’

derrrrrr

bungkus ler

kuasa mak ko dok dalam tuh

IMG_7087

donno why kita kena makan fast food ginih

mungkin hari terakhir makan nih coz kepantangan food pesen gini dek apak ko.

korang tau camne laki aku punya pantang makan minum skang nih demikan 6 packs dia lagipun kitorang tengah project #rdrm5kgs

ciszzzzz

IMG_7096

loving my new silver grey sling shoulder Chanel.

patah hati takde 1 of my wishlists di Paris.

selamba ler posing sini, tunggu the boys pi salinkan diapers si kecik tuh hah

IMG_7110

bapak ko ajak anak bergusti kat sini

kan stand board yang Zeeshan sandar tuh? nampak nampak?

yang ada Stadium Putra Kuala Lumpur

dia gusti sampai terbalik tonggang ke belakang ok stand tuh!!

grrrr apak ko kan

IMG_7116

dah cakap

hal2 kena kejar nih

korang le yang buat

dulu masa zaman abang ke kakak kecik2 memang mak nya sama kejar but now no no no nooooo

IMG_7126

banyak le persinggahan

tak jumpa le apa menda yang aku carik kat sini

gelap mata betul napa le tak jumpa

udahlah OU ni besau!

IMG_7141

jadi sebab tak jumpa baiklah mak ko buat shopping kain baju

versi balik pulang dari Paghis….

IMG_7176

aku suka betullah shopping kat Nichii nih

dari zaman duluuuuuuuuuuuuuuuuuu sebelum jadi blogger lagi aku suka shopping Nichii

korang tak suka? cannot help lah….

IMG_7152

cakkkkkkkkk!!

IMG_7177

bapaknya suh aku beli kasut nih, pakai nih for the long haul jalan2 wt family, light travelling ke. kisahnya sib baik takde size. kalau ada size aku pun pikir betul ke aku nak pakai ni lelama heh….

macam tidak jer.

but belum lagi carik kat klcc nun. kot le ada size

warna merah dah menyala

IMG_7184

so RD je beli kasut Converse baru, dia yang beria nak coz nak sedondon ngan semua anak-anaknya. macam tu pun boleh, tu  yang dia ajak aku join the group but ai tak kuasa hahahhaa

kita habis tuh jalan beli groceries sudahnya. maid aku tu asal nampak je kedai or nak kena kuor mulalah bagi long list. yang order beli dari Tesco online tu lain, tu once a month or once in 3 weeks lah kan, but yang ada je barang habis nih lain jugak…

itupun dah beli setrolly pun bila balik ada jugakkkkkkk yang takde lupa nak dicapai.

aku anak ye tiga

tapi yang kat rumah aku ramai….

IMG_7199

so habis beli groceries ingat nak baliklah…

hantar barang je kat kereta, turun balik. sambung minum petang le pulak yeah. Hot English Tea RM10. perkhhh! sib baik le seteko kecik tu sodap.

dan laki aku sabar je aku nak habiskan roti tu, kita kongsi dedua, buat tea je pung.

 

IMG_7259

 

abang yang pantang kalau makan kat luar, memang makan heavy memanjang! bila kat rumah automatic jadi tak lapar boleh buat gaduh untuk suruh makan.

IMG_7045

our small little family for the getaway tah hapa2 ler carik tempat lelompat loncat Zeeshan tak jumpa. We rushed back home to fetch kakak, semestinya kakak takde dalam ini cerita coz she was on her school trip – Balik Kampung Theme. Depa pi Sekinchan, at one of the kampungs there.

Bahagia ko kakak, 6 pagi pergi, 7.30 malam baru balik heh!

A week before tuh depa 2 beradik under pelajar2 Islam di sekolah cina depa buat lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia, tu pun dari pagi buta sampai jam 3,4 petang habisnya. Molek gaklah ada initiative by cikgu2 melayu/ustaz di sekolah cina tu nak buat and HM pun encouraged jugak.

Sekarang tengah cuti sekolah kan…

selain dari holiday2 overseas (insyallah, but tak janji. HK masih lagi timbang kati), local  pun not sure jugak. Aku dok carik tempat yang macam Datuk Dr Fadzilah Kamsah tuh…yang kem 2,3 malam tuh. For their self motivation, Inspire Camp macam tu lah. Pusing2 macam yang 2,3 malam nih tak banyaklah. Yang aku nampak hanyalah Inspire Camp and KICK Camp pun by DFK.

Takde ke lain lagi yang boleh hangpa kongsikan? At least 2 malam 3 hari or 3 malam 4 hari stays punya program ler.

Ada? boleh do the sharing is caring please….

Update: ini entry buat dari last week dar….ok actually we ve got the location already. 3 nites 4 days. thanks all.

Comment: 16

Last tour…hah finally!

dok sekejap je kat Paris, senang ler nak buat entry tak yah pepanjang tak yah nak lelama sampai sebulan pun.  dah sampai satu entry aku lepas pun takde captions langsung kahkahkah….

sian aku. kudrat penat nak cite padahal tahlah tak tau nak citekan apa coz benda repeat kan. wpun aku tau hangpa ada yang tak pergi lagi and tak baca entry Paris lama few years ago punya tuh but still aku anggap benda tu macam tak penting nak citer memandangkan yg dulu tu dah all out aku storykan.

so jadi photoblog je lah untuk entry Paris arituh kan…

but this one aku cuba ler potpet a bit.

IMG_6515

laki awok, perlukah kita turun di sini?

Perlu coz awak kena posing depan mangga2 nih

IMG_6501

#rdrm vs #neno

hahaaaaa sapa tak tau cerita mangga neno segala

lupakan saja… LOL

btw, kami tak bawak pun padlock 🙂

IMG_6518

semata2 nakkan hot choc yang sedap terdunia dulu, meredah balik Musse De Lurve

actually cold is nice but too cold and bila dah berhari2 macam ni dah tak nice seronoknya pun….bila too windy ngan angin sampai nak kena tutup hidung mulut telinga, adalah perit.

IMG_6525

aku ni memang takde le nak melompat2 segala but kalau mood mengantuk datang aku cuba le jugak buat so takde le loklak kan. so aku pun naik le batu kerusi tuh. Bila turun, laki aku nak snap le gambo jump but then mak merah jatuh berderai menyembah bumi, siap berguling lagi.

itulah gambar sebelum jatuh.

but sebab pastuh aku gelak sakan so orang keliling yang tengok aku jatuh pun gelak le sama. Laki aku pun dah habis gelak baru dia tolong tarik bangunkan aku, hampeh btol. He said ok ler jugak dia dah habis gelak baru tolong, dari dia tolong amik gambar yang tergolek2 jatuh guling tu hah lagi le kesian…

 

IMG_6534

jatuh pun, jatuh di Paris 🙂

IMG_6544

arghhhh langsung aku takde mood nak posing sini heh hahahahaha

jatuh punya pasal. ni kalau abang kakak tau sedap membahan

IMG_6559

IMG_6560

panorama view for the Musee du Louvre

IMG_6684

jadi jadi kita sudah pun berlarian duduk di Le Cafe  Mariy ni yeh, just inside of the Musee du Louvre tuh. Dulu kita kan minum hot choc nya punyalah sedappppppppppppppppppppppppp. Sampai aku buat remarks ko ler hot choc paling sedap heh. Semata2 nak minum tu balik aku sanggup  le redah sejuk Paris untuk datang ke sini semula wpun actually malas je asalnya heh.

At this restaurant, kalau nak makan minum boleh duduk dalam tapi kalau nak duduk luar pun depa sediakan warmer and blanket merah. Kat atas pala aku tu ada warmer memang bertuah le sangat memang perlukan sangat pun.

IMG_6573

but i was sad ler, this time punya hot choc tak sesedap delicious yang dulu. Ini lah yang sedih parahnya bila kita high expectation on something and so looking forward but it turned out to be so blue mooonnnnnn. manis cekadak btol hot choc nya, tu takde gula tuh, dah kacau siap aku taruk air suam lagi lam tuh pun tak kick. Tak habis pun, minum sesuku jer… dan ayuh pulang. janji dapat warmkan badan sket pun dah sedap…

IMG_6585

agak lam sejam 2 kot kita kat sini aku dah kematu tak leh tahan ngan angin ngan pala berdentum sakit lagi dok nyoet nyoet nak suh tidur, tak habis lagi jet lag ok! dah 3 hari tuh kat Paris. so kita jalan slowly, kalau ada cab, kita naik cab kalau takde cab if nampak metro first, kita naik le metro….

wa no hal…

masa ni no hal ler, semalamnya banyak hal….kena balik gak naik cab.

IMG_6589

mat peta did his routine.

aku malam2 yang balik berjalan tuh, terus tidur. tapi pastu 3,4 pagi waktu Paris aku berjaga. degil betul le mata aku ni nak tidur. pasnih kena bawak ubat batuk le, paksa mata lelap.

IMG_6598

we did souvenirs shopping. hah ni le baru hangpa tengok aku mengeshop kan, sepanjang berjalan kat Paris mana ada pegang  apa2, tak de hurung shopping bags pun kan…

beli sini near by with our hotel, cheaper satu hal, dapat diskauns lagi satu hal, dekat satu  hal senang laki aku membawak…

IMG_6627

the morning in Paris, just near by our hotel

close to Gallery La Fayette

IMG_6634

jauh aku ditinggalkan dek sang suami…

IMG_6639

in the metro, too tired too sleepy and need my bed…

IMG_6644

8 kali laki aku suh berdiri sini dia nak gak dapatkan simboliknya apa tah aku tak tau le but aku annoyed le coz aku dah tak tahan nak balik hotel hahahaha….ai is so cannot open my eyes

IMG_6647

hah depan cafe hot choc yang dah tak sodap tuh….

ada member aku pi sini, dia tak jumpa. dia cakap napa cafe tu panjang beraturnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hoi, cafe ni tak yah beratur, but please wait to be seated jer lah. yang beratur panjang tu nak masuk musim pyramid tu hahhhhhhhh

IMG_6649

morning version

IMG_6674

afternoon version

membuta je laaaaaaaaaa ko

IMG_6679

nite version, tengok ceiling yang berkayu-kayan….aku tidur je balik tuh wpun masih awal malam lagi, laki aku layan movie, pastu dia pergi beli dinner, di ajak makan luar aku memang tak sanggup le nak bangun dr tidur apatah lagi bersarung2 bagai 2,3 lapis ngan boot segala so dia tapaukan jer. sedap wor…kambing dia beginiiiiiiiiiiiiiiiiiii nyap! Kedai kebab halal tu yang sodap hoh. but jangan makan their rice, tak sedap, bebeso.

there u go

habis

my Paris tour yang pendek je heh….

soknya nak balik KL sudah…

balik sepackage sama suamiku.

Comment: 5