Wedding and The ICs….

IMG_8260

carik bus ye dik?

IMG_8261

masih lagi dalam minggu yang abang kakak tiada, 4 hari camping. Kita bawak Zeeshan (but of coslah ada yang menyibuk je nak ikut) tak pernah senang le aku family nak berjalan heh!

IMG_8264

di tangannya tak tinggal his fav truck. Tido pun ngan truck, bus segala.

IMG_8267

one

two

three little steps….

 

IMG_8350

 langsung tak nak turun, tapi lapar dia nak makan nasi putih jer pun….budak lain ramai nak dekat ngan dia coz dia ada truck!

IMG_8299

either nak duduk ngan aku or ngan RD jer, but ada one time tuh dia tak nak langsung duduk ngan aku, nak dok ngan bapaknya je heh…

IMG_8318

sebab dia tak nak turun, nak berkepit jer. sah takut budak2 dok amik his trucks. tu lah ko pi wedding pi bawak trucks, jadi satu hal orang nakkan truck ko

IMG_8332

terima kasih pengantin menjemput kami walaupun gambar pengantin pun takde,  nun jauh atas stage. Laki aku amik gambar dari jauh jer pung….

oh baru perasan betapa ada jugak element merah memasing yer….

habis wedding terus kami ke Puduraya atau nama barunya Pudu Sentral

IMG_8382

pertamanya  nak amik IC abang and IC RD. IC abang of cos ler cos buat baru, laki aku pulak pasal dia perbaharui IC yang latest design tuh. Dah siap seminggu but well biasa ler, pergi buat aritu pun on weekend, apatah lagi nak ngutip pun hari Sabtu Ahad le jugak. Bestnya buat kat sini semua ada, govt office bukak sampai malam, baik Sabtu dan Ahad. till 10pm kalau tak silap aku heh.

kat sini si kecil buat lasak dia. berpenjuru aku laki bini berjaga.

jangan percaya dengan gambar yang duduk statik je tu heh.

IMG_8370

laki aku dah amik IC abang and his pun turn aku tak sampai lagi.

eh dah alang2 aku ikut sama pergi kan, mestilah aku nak jugak upgrade IC baru aku, yang 2 gambarnya. Bayo RM10 jer. dentang dentung tak sampai pun 45min kita kat sini. Collect IC lagi cepat but nak buat masa tu agak ramai, aku pun tunggu after 15 orang baru dapat turn, amik gambar kat situ gak. boleh adjust nak retake lagik. Abang tu sangat timbangrasa gak.

IMG_8391

Siap jer kat IC, ikat tocang rambut.

siap untuk bertukaran baju.

At first nak balik, hantar maid aku kan tapi nak pusing jauhnya pulak heh, yet kita nak pergi The Curve pastuh, so angkut le jugak.

IC tu, nanti soknya siap. Tapi aku tak pun gak amik esoknya, the weekend after laki aku pi ngamikkan. Kalau on behalf collection, suami isteri anak beranak dibenarkan, but sedara ke cousins ke tak bolehlah collectkan.

Yey all 3 of us dah ada new IC, alhamdulillah. dengar berita, govt suh pi tukar IC tu kan korang, so sapa belum buat, pergilah kat KL punya di Pudu Sentral tuh, weekend pun bukak till malam, sangat menyenangkan kerja kita.

Comment: 8

The Hunger Games ending….

IMG_8120

silaunya ko dik

asal masuk kereta je ko tidur. suh tidur dari awal2 tak mau. Sejam tau aku dok pujuk dia tidur. bapaknya dah pi hantar abang kakak pi camp, dah balik kuor pergi pasar pun dia dok main jer. Aku dah naik longlai mata sama nak tidur siang tuh pun dia berjaga. Bila dia dah nak melena, bapaknya pulak masuk bilik, udah dia segar balik mata hah…

so apa lagi, dah payah benau, jom kita bersiap. Mak nak kejarkan satu kedai yang nak tutup at 6pm!

dia dengo kita bersiap nak kuor, bukan main laju lagi dia carik shoes, padahal baju tak siap tukar lagi tuh.

IMG_8112

so dalam kereta sebelum tidur tu mulut dia bukan main heh lagi murainya…

cam biasa, tengok luar je carik bus, trucks ler, lorry. keter semua nak disebut dan dilambaikan…

IMG_8128

selesai kerja, nak tunggu Zeeshan bangun apa ke kita nak buat. tempat aku pergi nih bukannya boleh shopping sangat pun heh. so kita sapadek ler. tea cums early dinner.

nak makan pun cam serba salah.

laki dok pantang makan.

dia punya pantang, for the sixpacks. puiiii.

 

IMG_8150

selfie sendiri, laki busy ngan ipongnya baca dunia semasa…

tapi bila dia tengok aku meratah kangkung belacan tu tanpa sedar diri, terus dia benti and mintak secupak.

IMG_8138

kitorg makan ni ngan mee kari. takde nasi. tapi mee kari tu pun x makan habis, aku rasa makan suku je kot.

but ini kangkung belacan adalah sangat nyummyyyyy!

IMG_8167

waitress ni amik gambar, sian dia pangkah RB yang mentido

IMG_8178

memandangkan takde gaya si kecil nak bangun

jomlah kita balik.

kat sini laki aku dah beli online tix, kalau TGV aku tunjuk je Top Gun, unfortunately RD nak pi tengok kat Leisure Mall (close by to our house) so GSC it is.  kena le bayar.

Kalau TGV, aku memang tak pernah bayo sesen pun, alhamdulillah.

so hantar Zeeshan balik, relaks lepak jap and chow to Leisure Mall.

IMG_8202

dalam gelap amik gamabr ada flash buruk gomannya, so pakai torchlight and bagi lighting sket da….sesuai. Our fav spot, kalau GSC Leisure Mall mesti the couple seats. belakang sekali, dok kekembar rapat gitu.

ok speaking bout The Hunger Games – Catching Fire nih.

A day before nih aku dah pergi tengok ngan gang. tapi sebab waktu lunch break, so ada lagi setengah jam cite tu aku tak habislah tengok, nak kena naik kerja.  Jadi untuk malamni pulak, aku terpaksa ler jugak tengok dari awal ke akhir, temankan RD.

Endingnya, alamak, potong stim betullah. Kompem le akan ada The Hunger Games 3 pulak heh…but reading from akak google, dari buku adaption, si Snow surely mati tapi adiknya si Katniss Everdeen, Prim pun mati jugak. Takkanlah depa nak buat movie yang lari jauh ending dari buku kan..

ok tak paham citer nih? hah pi tengok cite lain heh.

The other nites lagi, setelah berbulan tak pergi Nuffnang’s Premiere Screening, coz school break and tak busy sangat, dapat ler pi join the Homefront, bertemankan RD. Malangnya, sejam duduk dalam jam sudahnya aku WA depa, abaikanlah attendance aku, gila punya jem kat lepas BSP/BTR to Fed Highway hoii. but kita pi tengok gak lain hari.

malam kita habis tengok The Hunger Games, ada couple nih dok bergaduh laki bini gamaknya. si bini ajak laki balik, aku suspect lakinya dia dok kat club malam or layan karoke or apa2 tah so bininya dok jerit2 suh balik loh kong loh kong tak pahamlah in mandarin. Pastu lakinya tinggalkan bininya masa gaduh tu, ko tau bininya buat apa. bininya lambung campak badan sendiri ke lantai, dah macam budak2 meraung melolong tak dapat aiskrim je aku tengok. Super drama habis, malangnya aku tak dpt nak tengok kesudahannya, laki aku dah pecut keter….

Comment: 7