PETRONAS grants winners their dream holiday!

 

Korang masih ingat PETRONAS My Dream Getaway Contest? Ke dah lupa?

Ok meh Kak Red ingatkan balik. Untuk pengetahuan korang PETRONAS My Dream Getaway Contest telah memberi lebih 1000 pemenang dengan pelbagai hadiah menarik yang worth up to RM1.5 million!

So semasa majlis penyampaian hadiah untuk the grand prize, PETRONAS telah memberi hadiah kepada 15 pemenang bertuah contest ini, di mana 5 pemenang grand prize telah membawa pulang RM35,000 travel voucher, RM20,000 wang tunai dan RM15,000 worth of Mesra points setiap seorang! Memang sangat bertuah diorang ni dan ucapan tahniah untuk diorang.

Dan untuk 5 pemenang hadiah kedua pula telah menerima RM30,000 travel voucher, RM15,000 wang tunai dan RM10,000 worth of Mesra points setiap seorang sementara 5 pemenang tempat ketiga pula memenangi RM25,000 travel voucher, RM10,000 wang tunai dan RM8,000 worth of Mesra points setiap seorang. Juga semua 15 pemenang tadi menerima Nikon DSLR camera worth RM5,000 dan PETRONAS Gift Card worth RM3,000 each. Menang berbaloi-baloi hadiah yang dimenangi diorang ni. Ade ke antara readers RM menang hadiah ni?

Seriously, PETRONAS  truly rewarding and appreciating their customers with those wonderful prizes. Beruntung la loyal customer mereka…

Bukan itu saja, PETRONAS juga rewarded 700 hadiah saguhati dan juga 300 hadiah bulanan untuk pelanggan-pelanggan mereka yang terdiri daripada 100 travel voucher berharga RM1,000 setiap satu, 100 Samsung cameras worth RM1,000 each, 200 PETRONAS Gift Card worth RM500 each dan 300 of RM200 Mesra points.

Generous sungguh hadiah-hadiah dari contest ni. Terliur tak korang dengan hadiah-hadiah semua tu? Jeles sungguh aku hai kat sapa yang menang tu…

petronas

Tapi jangan khuatir kalo korang terlepas contest ni sebabnya korang boleh participate untuk fasa kedua PETRONAS Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX Campaign yang bermula dari 9 December sehingga 31 January 2014! Kali ini seramai 221 pemenang akan menerima hadiah wang tunai, PETRONAS Gift Card dan Mesra points. Grand prizenya pula bernilai RM50,000 and will get to name his/her charity of choice to receive a contribution of another RM50,000!

Untuk info lebih lanjut tentang PETRONAS Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX Campaign dan untuk menyertai contest ini bolehlah download entry form from their official site here at like2savefor.my

Good luck korang!

Khidmat pesanan masyarakat PETRONAS is brought by Redmummy.com

Comment: 8

One before the long break…

orang dok sibuk bercuti panjang

ko sibuk le nak update blog

ok ni last

aku pun nak pi short trip, dekat jer, lam Malaysia jugak. tak pi pun jejauh. Dek kerna blogging job yang satu tu patut aku ke ehem, so tak boleh nak booking ke mana. takpe, tunggu jer tarikhnya.

IMG_1098

korang dah beli baju sekolah bebudak? aku dah beli few weeks ago. tapi ada singlet and baju dalam depa takde jual kat kedai baju sekolah depa. so since kita nak kuor sekejap jer sebelum malam tu abang bertolak ke Langkawi, ke Jusco/AEON it is.

Barang sekolah dari baju ke bag maknek kekecik alam sumer tu, for 2 of them close to RM800.

IMG_1104

Dan kalau dah sampai Jusco ni kalau tak menderma dalam nih memang bukan anak redmummy ler!

itupun depa bertiga spent kat sini, aku ngan maid pi carik benda lain.

IMG_1110

curly hair boy!

IMG_0482

kadang2 kita jumpa le kat memana lam Jusco tuh, banyak betul benda yang aku dok tujukan heh

 

IMG_0508

special casenya coz si bapaknya bayo for everythinggggggggggg hari tuh. so meraban le aku amik amik amik dan amik!

IMG_0588

dan sah dah tentu kena borong toys for him jugak. Macam biasa, aku amik few sets, ada lego ada clay ada macam2 ler….tapi selang 2,3 hari akan bukak each of the sets tuh, dan main le depa bertiga berempat. No tv tv for Zeeshan tu pun, tv memang menyala but citer orang tua citer kakak abangnya. Citer dia tak dapat dia tengok, kartun2 dia hanya bape minit je menyala pun itupun bila maknya balik dia mintak bukakkan. Ngan abang kakaknya tak dapat heh dia  nak tengok tv.

 

IMG_0636

ini macam gaya, kasut dah size bapak ko. Badan ko ni boleh beat tinggi bapak ko heh!

IMG_0650

nak apo dik lagi ko?

 

IMG_0694

siap beli barang, semua dihantar ke kereta, the boys le buat. pastuh hang out lagi kejap dalam nih. Kakak ngan abang tu skang stage yang tak boleh nak amik gambar berpeluk2 dah. Tak nak dah depa, nak kena jegil2 mata baru le depa ngan terpaksanya amik gambar berpeluk.

Sama je le aku dulu ngan adik badik aku pung masa kekecik tuh.

IMG_0710

we had our late lunch/tea kat sini. Steaks for them.

nak jadikan cerita….

aku duduk ngan maid aku kongsi meja ngan 2 lelaki muda. Umur dalam early 20s ke macam tuh. Coz dah takde meja kosong lain. So aku, maid and Zeeshan yang tidur dalam stroller. Depa 3 pergi amik food. So meja tu untuk 5 orang, aku duduk paling jauh dari the guys tuh, maid aku duduk sebelah sorang guy nih. Dia tak nak makan (yet pinggan makan lauk sume depan dia). Katanya tunggu ibu makan sama.

Aku suruh je lah dia makan, lagipun tak pernah2 pun ko nak tunggu aku makan selama nih, kok sebab ada jantan sebelah depan mata ko, terus ko nak maintain cung?

Pastuh dia tak makan gak, bebuat shy gitu. grrr. aku tak amik port. Dan tup2 meja depan bangun, meja tu lagi besau. Leh accommodate kita yang 6 orang nih. So aku terus tolak pram and plate aku pindah letak meja depan.

Maid aku tak nak bangun. Lantas laungannya padaku – ‘Aku makan di sini aje ibu’

Hukaloh!! Gedik betul maid aku heh!

Kem salam le aku nak bagi ko makan bertigaan ngan boys tuh, so ngan muka muncung angkat plate dia dok le sebelah aku. Terus makan hokey! Tadi bukan main lagi nak tunggu ibu, mementang sebelah the guys ko malu pulak nak makan kan tadi.

Aku pusing belakang, budak2 lelaki tu senyum gelak2 je ngan aku, hah tu lah, gedik! Dia nak menggatal ngan korang le nih.

Betul pusing kepala heh….maid aku punya pangai.

Ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi drama dia. but nanti2 lah. sume nak cite kat sini. Memang takde maknanya.

IMG_0474

17 years gap

as our closing entry.

Happy Holiday, a very long break for all of us.

Comment: 7

The Hobbit @TGVCinemas

IMG_0357

 

hahahhaa again depa punya trip without the mak! maknya kerja kerja. laki aku pun kerja tapi dia dapat balik ngam2, terus angkut anak2 and langsung ke KLCC.

so kalau dah ke KLCC tu mestilah aku pun ada kan.

Habis kerja i joined them, itupun kejap jer….

 

IMG_1049

bestlah ko buat Parkson ni macam harta dalam rumah ko sendiri yeah. Dia naik motor tu sekampung Parkson dia pusing. Sambil diiringi dengan ucapan ‘bang, anak abang dah pusing tu, abang nak beli tak nih?

kahkahkah….

memang bapak ko bolayan je lah kan…

Depa jalan2 kejap, makan spaghetti memasing 4 beranak nih.

IMG_0363

Hah baru ler mak joined tapi dengan makan di Sushi King.

Nampak bag sandang aku pakai tuh, aku pi turun ke parking, simpan handbag dan barang2 shopping maknek bagai and bawak bag plastic je masa jumpa depa. So terus sarung sandang bag Zeeshan tuh.

Kerna kemudiannya aku dan Zeeshan akan ditinggalkan by them. Kiranya depa tu datang KLCC ada makna sangat. Memanglah konon berjalan2, tapi hajat terakhir ialah mempassing batton si Zeeshan tu kat maknya. Supaya boleh depa bertiga, senang lenang menonton The Hobbit.

IMG_0368

Aku dah rasuah dengan train segala kapal, so bila aku berdua ngan Zeeshan dia jangan nak buat banyak drama, udahlah tak bawak pram nih…

abang waktu aku sorang je makan kat Sushi nih, dia naik atas kejap beratur for popcorn. Kejap kemudian Kakak and bapaknya naik atas, tinggalkan ler aku ngan Zeeshan hah….punya ler nak bersilat pusing satu KLCC, tak bagi pegang tangan tak bagi dokong. wahvavava….tu pasal laki aku dah pesan, eh awak pasnih balik  ngan Zeeshan, kang penat kena kejar dia.

Memang pun!! Dahlah aku sorang ngan Zeeshan je kan…Pancit hokey!

IMG_0375

Gambar kita je lah ye Kakak, abang ko dah big brother pi beli food korang nak makan lam cinema. So they watched at the TGV Cinema, bestlah katanya depa, kat 3 jam punya show The Hobbit tuh. Aku pun sendiri tak tengok lagik. Anak aku nak kena tinggal 3 jam takde abang takde kakaknya, memang tok sey ler…takpe ler aku balik ngan Zeeshan je malam tuh.

Lagipun ada orang pi bawak toddler baya2 Zeeshan masuk tengok cite Hobbit tuh, tak sampai sejam dah kena keluar, mana le budak boleh bertahan lelama lam tuh, depa mana le paham pun. Zeeshan tu sampai skang aku tak bagi lagi masuk wayang, bior le mak ko tak pat tengok pun. I can watch alone, lunch hour boleh je turun tengok, tak cukup habis show nak kena masuk kerja, boleh je sambung esok2nya..i did this many times already.

Anw, berpeluh keti dok tangkap dia berlarian kat KLCC ke parking.  Back home dengan selamatnya. Depa bertiga pulak habis show pun tak terus balik, pi rumah lama CV kami, coz nak kena amik few things before we handled over the house key to the new owner (by now dah bukan hak milik kami dah rumah tuh).

Jadi begitulah the plan the plan…ngah cuti sekolah asal ada lubang ada laluan nak menyelit bolehlah bebudak keluar.

Nih aku ngah looking forward nak tengok Bahayanya Wanita kat Istana Budaya, tarikan utama coz by Nora Danish ler kan.

Comment: 6

Arm Wrestling Mom VS Son :)

Abang has been away for few days already, Al-Khaadeem The Great Escape YouthCamp, for a week. Ini paling lama berpisah dengan Abang waktu kami di KL, yang tang makpaknya takde kat KL tu lain citer lah. House sunyi, takde orang nak bersilat2 lompat terajang sama adik bongsunya.

So these videos were taken a day before abang pergi Langkawi, luggagenya jadi ‘meja’ for our arm wrestling, the big son vs mom.

tengoklah siapa juara siapa yang tumbang.

Pastikan volume suara gadget anda diperlahankan :)

Comment: 6

One page…

 

IMG_0655

so anw, on the first nite of Big Bad Wolf, depa bertiga – RD Abang Kakak pergi ler jugak. Past midnite ok depa pergi, itupun kuor rumah sebelum midnite, sampai sana kat kol 1 pagi! jem lebih 1 jam nak masuk entrance BBW nih…

aku ngan Zeeshan memang tak ikut le jugakkan, malam tu yang malam pertama aku demam panas, Zeeshan pulak takkan nak dibawak heh…tak suka le aku bawak anak kecil kuor tengah2 malam nih kalau takde kepenting keperluan pun.

IMG_0656

manusia as you can see..memang ramai….

ada antara korang yang pergi jugakkan, ada yang cakap nampak family aku, but of cos lah korang wont see me one.

IMG_0658

Kuala Lumpur tak pernah sunyi…

kol 2-3 pagi pun ramai cari buku

IMG_0660

Masing2 cari buku cerita, buku kerja sekolah a bit. Buku adik bongsunya wajib jugak amik, coz Zeeshan tengah stage baca segala maknek educational books skang nih.

Aku memang tak bagi le gadget untuk dia sepanjang hari. Sekejap2 je boleh tengok itupun max aku bagi dia pegang either ipad or iphone lam 2-3 min jer, pastu rampasan kuasa. Bukannya elok pun dok berlama2 mata kepala tu ngan gadget2 nih….

IMG_0661

for me pulak, apa yang RD beli aku tumpang baca. biasanya aku baca pun bukan sokmo, masa tengah iklan tv kadang2nya or masa dalam jem pergi balik kerja tu. Memang ada seketul buku dok sebelah, just in case, baca social media pun bukan boleh sokmo sangat mata nih…

aging dude, aging factor dah.

IMG_0662

 

dan nasib baiklah mereka sangat panjang akal untuk bawak luggage kecik ni, semua sumbat dalam luggage tuh. ada tu yang bawak luggage lagi besarrrrrrrrrrrrrrrrrrr! ada yang tak bawak luggage, depa bagi kotak, so super kesian ler nak membawak but ikut daya memasing ler. Digalakkan pergi bawak lelaki perkasa supaya yang wanita tak berdaya tu boleh passing batton.

but ahah, jangan korang pergi lagi dah yeak.

dah habis pun exhibition buku nih.

Depa buat ler lagi tahun depan, so dont miss it. at the MIECC The Mines. For that nite, depa bertiga balik close to 3 pagi.

 

 

For the closing entry, seorang budak kecil yang sangat possessive ngan bapaknya, seems like dia ni bukan main lagi kepit rapat bapaknya sejak habis putus susu ngan maknya tau! Ko ni kan.

No one can kiss his dad :)

Comment: 7