The next questions…

Menjawab persoalan kat entry lepas

Sapa mau lagi menyoal, boleh all out kan di comments ini yer, next round kita tempek lagi di blog soalan2 kalian dan jawapannya:

ainighaffar

kak red bila nak buat contest lagikkkkk

RM: Udah, yang semalam tuh under HiDY. coming soon belum tau yet, but impromptu, kadang2 keluar kat blog, kadang2 keluar dari Instagaram terus ke FB. so ikut mood jer.

****************************

adyomega

sesi bertemu followers?

RM: Takdok, bz kedaung ni hah. Jumpa next 8th March for the Denai Hati event?

****************************

Suzy

Hem…rindu nak baca celoteh kak merah =)

RM: ok ini bukan soalan :) tapi tu lah, akak tengah stage yang sangattttttttttttttttttt super duper busy.

****************************

anna hashim

kak red, mcmana kak red disiplinkan anak kak red? & mcmana kak red susun atur jadual kak red yg super duper busy..lagi satu kak red teror masak apa? heheheeee

RM: Disiplinkan dari kecik lagi tapi budak2 apa kira, diorang tergelincir gak. Suruh kemas katil lepas bangun tidur pun manjang je lupa, so nak kena ulangtayang suara ler kan. Siang kerja, malam ngan family – ngadap blog now mostly during weekends jer, kalau ada masa malam baru ngadap blog tapi tak leh lama, 30min cukup. Event pun mostly during weekends je skang ni, bz sangat hah dik oi. Masak asam pedas boleh, segala mala masakan melayu tapi skang akak masak special untuk akak sendiri yang tak sama ngan food depa ok ni nanti details dalam entry lain. special one.

****************************

kinkin

kak red, how do u organize ur handbags? how do u keep them? care for them? hehehe thanx

RM: ada special gobok/wardrobe for my handbags, noone can see and hold them except RD or abang yang akan tolong panjat amikkan. Simpan lam dustbag, anginkan kuorkan dari dustbag at least sebulan sekali jangan le dah lepas 3,4 bulan pun berperam gak.

I have sheets for the bags and rotations for each bags to wear bila dan segala. The sheet also covers on the record, tahun bila beli, di mana beli, harga. 1 long complete sheet, it s like journal bags.

****************************

aNAnananana

kak red kerja apa? dah lama nak tau..

RM: macai jer, dan full time shopaholic :)

****************************

fazrol

Bila kak red nak belanja makan? he he…

Tak sabar dengan sharing kak red kat sbb…

Ajar saya untuk berblog… he he..

RM: bila mai KLCC or kita terserempak memana boleh je akak belanja makan :)

****************************

kak Odah

Assalam Red Mummy…
Akk memang baca blog RM…
akk suka tengok RM selalu g travel sana sini…mcmana RM budjet utk g travel sana sini dlm stahun…lagi satu masa..dgn anak sekolah…kerja lagi…

RM: Wassalam Kak Odah, budget dari income sana sini hhahahhaa. Saya walau gila menyopping tapi saya gila menyimpan gak. So insyallah ada rezeki untuk overseas trip tetiap tahun either with or without kids.

Pasal bagi masa, siang maknya kerja, depa pun sekolah. So malam pun for 5 nites pun depa full ada mengaji 3 kali (ustaz datang), ada Kumon and ada Chinese private tutor. So weekend memang kita sesama kepit merata :)

But dengan Zeeshan no excuse, he s the king of the house now.

****************************

mayangkelapa

kakak merah, bila rosehazeline nak belanja makan tosai nih?     

RM: Adik Sid yang sedang mengecut mengurus, ye kita perlu lanjutkan entry ni pada beliau yang sedang sibuk buang duit di Ho Chi Minh!

****************************

Cikgu Norazimah

Kak Red takmo datang sekolah CN ker buat ceramah berkaitan dunia blogging ? ramai tau student yang ada blog tapi dorang tak tahu peluang yang boleh diperoleh dari blogging ni ;)

RM: boleh jer, hantarlah jemputan :)

****************************

Mummy Adriana
buat kak red,
bila nak buat kelas blogging? :)

RM: beres, meh one to one lagi akak bagi

***********************************************************************************************

EARN RM300 voucher!

We are giving RM300 for every *eligible candidate referred to us for our March intake.  We are looking for the next generation of Takaful Advisors with a high desire to achieve more.

Contact NAF 017-341-3043 to refer to us who you think is a good candidate.

*Able to produce a determined amount of sales within the first two months of contract.

***********************************************************************************************

Comment: 16

HiDY Store is Launching This Saturday!

instapost_feb 22

 

Hey

Nak tak mystery gift?

sapa free ada kelapalangan Sabtu ni 1st March? Jom meet up?

Akak nak pergi tengok the launch of HiDY Store, located as per dalam gambar, diulangsebut:

Date: 1st March Saturday

Time: Launching is from 10am onwards, daily opens from 10am to 10pm but Kak Red will be there only during the launching hours.

Location: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

On another note, CIPELA shoes will participating at the Malaysia International Shoe Festival 2014 at PWTC. That s on the end of March, 28th to 30th. So so sambung balik for our date Sabtu ni yer…

Bestnya nih ada special hadiah untuk hangpa nih:

1. First 3 readers/followers akan terima a mysterious gift from the HiDY store, either dalam bentuk cash voucher, or a pair of CIPELA shoes or any pieces of HiDY clothing. Nice nice nice!

Tetapi tetapi tetapi

korang kena bagi satu code. Code tu ada pada akak hehehehhe.

How to get the code?

Mintak je lah kat akak privately, u can email akak nanti red@redmummy.com so nanti akak bagilah. Pastuh korang boleh redeem the gift via email : hidy@hidy.com.my . bagi code tu dalam email tuh. Sonang baitu kan? see see….Lepas korang dah dapat notify dari HiDY, from there u will be asked to collect the gift at the store. For those outside of KL, pun boleh, but itu atas budi bicara HiDY.

ok tu satu mysterious gift untuk 3 orang. ada lagi…..

Anyone yang datang during the launching of the event this Saturday, and you come to see and approach me, the first 3 readers/followers will get mysterious gift jugak. Tapi kena instagramlah on that day jugak, lepas dah kidnap akak, lepas dah instagram with the tag @hidycollection and @cipelashoes , terus dapat hadiah, kat situ jugak. Nice nice nice jugak nih kan?

Matiklah jangan korang berebut kat situ pulak heh. Kedai HiDY tu.

tak habis lagi nih. ado lagi heh.

Bloggers pun boleh dapat jugak, if you come by, if you drop by at the HiDY store on this Saturday and blog bout it, pun ada mysterious gift.

Hadiah hadiah misteri semua ni, sangat menarik. Maybe akan dapat CIPELA Shoes, Maybe akan dapat HiDY clothing or accessories, maybe, yang paling bertuah akan dapat custom made shoes dengan CIPELA Couture. Pilihlah design mana pun from their collection, nanti Hidayah Hassan the Creative Director tu akan buat.  Refreshments will be served from 12pm to 4pm on 1 March (Saturday)

So, jumpa di HiDY Store, No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur!

Comment: 4

On behalf of Redmummy

 

 

Redmummy sedang dalam situasi busy teramat busy.

 

Her message:

Suruh readers bagi soalan segala jenis soalan kat comments, nanti i buat entry, i jawab all the related questions. Kira ramah mesra bersama RM via the blog. sessi soal jawab. Dah lama bertahun2 tak buat pun. Sorry, my schedule sekarang 240 degrees bertukar due to my work commitment.

 

RD

Comment: 14

100 Doraemon at Viva Mall!

IMG_8846

IMG_8876

ahah

daily usual entries is back. yang dah bape punya lama ler cerita. basi pun basi, like people said, ini pun dah macam diary, so bila pun keluar entrynya tetap ada gak yang membaca.

sebenar-benornya, aku dah package yang malasssssssssssssss sangat nak keluar rumah, weekend lah mostly. coz balik kerja skang memalam buta. so kalau weekend tu pun memang rasa macam nak memerap je atas katil, golek2. tapi dok umahpun, aku skang dok leka mengadap chess online gak, coz dulu takde smart phone, so main chess over laptop umah je kan, skang dah ada gadget so agak seronok betul sambil tengok tv main ngan anak2 main chess.

bukan aku jer, laki aku pung sama. kitorg kan memang hantu chess sangat.

IMG_8918

so one of the weekends kami ke Viva, situ ada Doraemon punya exibition. Pemalas betul aku nak menebeng pi sana, but demi anak2, poi jugaklah.

itupun kan, abang kakak and maid je yang masuk dalam. Laki aku pun sama malas nak masuk, so kami bertiga dok pusing2 Viva jer…

apa yang Zeeshan nak naik nak main kita layankan. asal lega tak yah masuk dalam Doraemon tuh.

IMG_8922

tak beli apa2 pun gak kat sini, jalan2 jer, tunggu anak2 dalam Doraemon tu  habis pusing. Bila dah siap kita amik diaorang. lepak minum petang and chow balik umah.

Macam boring jer exhibition tuh, kata kakak lah. Abang kata best.

Masa minum tu abang kakak dok pi kat game area, tingkat 4 kalo tak silap, kita makan minum pun kat situ gak, so depan tu jerlah, kat mall nya. Zeeshan dah tidur dalam pram, next to me.  Kekejap depa maghi le situ minum and gerak.

IMG_8914

Ada berpuluh gambar dalam nih tapi gambar 2 beradik nih hok ni jerlah, si abang bukan nak amik gambar senonoh, bebalik Doraemon seketul memacam posing. Sabo je le ko ni bang. ni le kalau makpak takde sama dalam visit depa for anything, maid aku pun tak kuasa nak mintak hp abang banyak2 kali to snap photos. So gitu jer lah yang ada….

Lagi satu aku malas nak masuk coz Zeeshan dah waktu nap dia, so kalau masuk ngan lampu lap lap nih sure tidur nya, bazir je heh.

Kat Viva ni banyak bonar heh perabot2 rumah. Rambang mata tengok.

Tapi tengok most of kedai depa, sama lebih kurang je design. Merata pulak tu. I bet kalau aku pi kedai luar pun sama jugak designnya. I mean for katil yang aku perati sangattttttttlah. Harga pun kenyang tekak.

Doraemon expo kat Viva Mall nih sampai end March, poi ler hangpa, anak2 RM15, orang tua RM25. Rasanya dalam sejam suku depa dalam tuh. 3,4 kali mak nya tepon – korang ok? best tak dalam tuh? bla bla bla. Rimas depa.

Comment: 6

Once a year story about Chess!

image

 

Dah memang cerita ni keluar kat social media updates but untuk blog wajib ada coz diary. Beri laluan untuk cerita yang hanya keluar setahun sekali yakni Chess.

I slept at 4am on the day of the game coz hegeh2 main dari online. Tu pasalnya sekali main terus addicted. Bangun pepagi buta pala lentok, masa driving dalam jem tuu, tak bergerak kan, pun aku main gak pagi tu, practice. Eh main dari online gadget ler, hegeh2 nak move kan the pieces tau ler kan main dari iphone ni bukan beso mana nak pegang nampak

but kena gak main coz kalau tak brush up kang malam tu ada game. die worrrr.

image

So pastu pastu hasilnya, Alhamdulillah, my 8th year berturut-turut masih lagi pegang titile. Aku rasa tahun ke lapanlah, cannot be 9 tahun aku jadi Champion coz ada one year aku tak perform pasal aku ikut business trip laki aku.

So anyway, android and iphone user, aku jumpa satu best punya apps Chess. Nanti hangpa download Apps Online Chess or carik Play Chess Online. Best the boom! pakai timer ye, sapa yang tak biasa ngan timer, amik ler the max minutes. Main dengan manusia dalam tuh, ada orang online. takde orang online takde ler. So far aku dah main memang berpuluh ratus gak lah si kaki2 kemaruk Chess dok dalam tuh. My style, nak practice tak yah main lelama for each games, letak seminit or 2 minit udah. coz kita  nak asah skills, kes main setahun sekali jer kan.

Ni citer beria ni, sapa tak main chess bukan minat nak paham pun.

But hangpa kena paham, i m a Chess lover, the only game yang aku main tak pernah berenti sejak aku 13 tahun. Wakil sekolah, state segala for this games. Abang tak minat Chess so tak boleh paksa, Kakak minat! kadang2 dari gadget dia dok keletup keletap main dengan computer Chess tuh. Zeeshan jauh lagi perjalanan dia, but mamat tu suka lego skang nih. Laki aku pun sama ngan aku, kitorg very the chess minded.

so ok…tahniah sekali lagi Kak Red. Clap clap.

Comment: 11