Per’l Xlim! Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

48hours sponsored post

 

IMG_2686

Memang banyak rahsia orang wanita untuk kekal cantik berseri serta mempesona. Kita cuma perlu pandai mencari dan mencuba. So beberapa hari yang lepas aku berkesempatan datang untuk diberi penerangan tentang produk terbaru Per’l dari POWER ROOT iaitu Per’l Xlim.

Seperti yang semua maklum POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Merupakan syarikat terkemuka dalam membangun dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai “Tongkat Ali” dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau “Kacip Fatimah”. Herba asli yang dipandang tinggi untuk kekuatan kesejahteraan fizikal oleh rakyat Malaysia!

IMG_2079

Kusyuk aku mendengar briefing yang berikan oleh pakar dari POWER ROOT. Ye lah, sebab nanti aku kena kongsikan rahsia dan kepentingan produk terbaru mereka ni kat korang :)

So back to their new product, Per’l Xlim merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi ataupun coklat. Keunikannya adalah apabila kita menikmati minuman Per’l Xlim, ia secara tak langsung akan membantu menjaga bentuk badan dan mengekalkan bentuk badan yang langsing.

RM_Perl_Xlim

Per’l Xlim Siri mempunyai 2 produk iaitu Per’l Xlim Café (Coffee) dan kepada yang tidak gemarkan kopi jangan kuathir sebab ada juga Per’l Xlim Choco (Chocolate Drink).

Sebab utama dengan menikmati Per’l Xlim, kita pasti akan memiliki lengkung badan yang mempesona adalah kerana adanya ingredients istimewa mereka iaitu Ekstrak Green Coffee Beans (Biji Kopi Hijau). Green Coffee Beans adalah biji kopi yang belum dipanggang dan kandungan Asid Klorogenik dalam kopi hijau membantu badan untuk meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus membantu seimbangkan gula dalam darah dengan menghalang pembebasan glukos dalam badan.

Oleh sebab itu, badan akan membakar lemak dalam badan kita sebagai sumber tenaga dan ini akan menyumbang kepada proses penurunan berat badan!

IMG_2064

Juga terdapatnya Ekstrak White Kidney Beans (Kacang Ginjal Putih) yang akan membantu mengelakkan perut daripada memecah karbohidrat kepada gula ringkas. Jadi, kalori tidak akan diserap ke dalam badan. Tambahan lagi, White Kidney Beans adalah makanan kaya serat, protein, vitamin dan mineral yang membuat kita rasa kenyang untuk masa yang lebih panjang. Jadi kita tidak akan mempunyai keinginan untuk makan.

Dan ingredients lainnya sudah semestinya Kacip Fatimah yang menstabilkan hormone dalam badan, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, melewatkan process penuaan serta Kolagen  yang meningkatkan kelembapan kulit serta memperbaiki kulit kasar dan kulit berparut.

IMG_2060

So far selepas beberapa hari aku mencuba minum, dapat aku rasakan haus. Jangan risau, cuma kita perlu minum lebih banyak air untuk membantu proses detoxification.

Biasanya cara aku menikmati Per’l Xlim, 30 minit sebelum sarapan pagi dan makan tengah hari. Sebagai permulaan ni aku minum 2 kali sehari. Lebih ideal satu sachet dicampur dengan 150ml air.

Personally bagi aku selain rasanya yang enak, of cos aku suka  choco flavor, ia dapat membantu kita to lose weight without skipping meal and exercising. Ini dua yang memang azab nak buatkan kan? Selain tu ianya mudah untuk diminum, hanya campurkan dengan air panas. So sangat sesuai la untuk kita yang berkerjaya ni, juga sesuai untuk surirumah dan pelajar. Even lelaki pun takde salahnya untuk minum Per’l Xlim ni.

So give it a try, tak de ruginya. Makin slim la aku hiks :) Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari Per’l FB page.

Khidmat pesanan masyarakat Per’l Xlim is brought by Redmummy.com

Comment: 18