Milktee Milktee Milktee!!

hah ini entry terkahir akak masa kat Japan

Sebelum tu ini pula entry waktu balik dari Paris

dah tengok? please excuse the fatty look on Paris entry. Tengok kedua entry tu, persamaannya adalah pada bajunya. The same top for 2 trips, different year.

Akak kalau dah suka sesatu baju tu memang aku hurung pakai memanjang.  Lagi best kalau ada memacam colour

photo

dah ada memacam warna yeyyyyyyy! so bolehlah akak kalau terbang lagi pakai ngan tops2 nih, colour pun dah banyak ada. Sonok sei. Nak pakai buat pergi kerja pun boleh, nak buat tuck in pun boleh, nak pakai for travel and casual also can one.

 yang Kak Red pakai ni orange, light blue and purple colour

moss-basic-oversize-tee

they do have in this colour and colorslain jugak, harga pun boleh bayar punya, RM42 sahaja.

Bila tengok camni, akak rasa nak fly je lagik, terbang lagi dan lagi…..

kimono

eh nak citer lah jugak MilkTee pun ada jugak bebaju lain, bottoms pun ada,skirts, outerwear, accessories and so on. Macam butik online lain ler, apa yang ko nak juga ada, ngah tunggu dema come out with the raya clothings pulak. Huh tu kalau on sale mesti akak yang bersidai dulu. Milktee service macam expected laju je delivery. The custome service can be contacted at any time, they will assist you anytime, insyallah.

Please follow Milktee’s http://instagram.com/milkteeclothing they have like 21thousands followers over there!

Milktee’s Facebook page

Milktee’s website

Remember, only the best comes out in my page, so Milktee dah kompem le the best among all! Jom shopping yuk.

Comment: 8

Satu hari di Ramadhan Pertama…

IMG_2242

 

yohai mengantuknya bulan2 puasa ni, baik siang baik malam, memang manjang je mengantuk. Tapi dari perempuan, aku jumpa lelaki mengantuk lagi ramai mengeluh. Muka memasing carik port nak mentidor jer, specially dari tenghari onwards tuh.  Kalau jenis yang tidur atas kerusi tu memang sedaplah tidur, tapi kalau jenis yang nak kena baring, hah cuba carik depa bawah meja kot ada situ.

Aku pun sama macam korang jugak, so super sleepy.

Hari ni dah berapa ramadhan baru le nak berciter pasal 1 Ramadhan.

itupun banyak citer dah tak tercerita dalam blog. so kesian, daily entries dah lari jauh sangat heh.

IMG_2369

Mak ko mesti the last one, coz mak nak ikut adik. adik sombong tak nak dipegang. nak jalan sorang2 naik tangga sorang2, ko jatuh ke tepi tu kang, ko gak  yang riuh ‘sick sick’

kalau sick tu hah kita kena kelecop2 cium lah tempat sick tu, itu je ubatnya.

IMG_2262

nah berbuka dalam nih. Felda.

 

IMG_2274

package Zeeshan dok diam masa ni. sebelum tu dia punya pusing satu dewan aku boleh tengok je lah laki aku kejar ahhahahah…coz aku menemankan Kakak amik food. Abang pun bz ngamik food.

IMG_2276

ko tengok first2 gambar atas tu kan, dia tarik kakaknya closer to her, ha sama camni gak, dia tarik aku gak closer to him coz bila dia bergambar dia nak rerapat. gitu kan dik. sapa yang ajar. High 5 ek?

IMG_2285

kesianlah mata aku terkecik2 nak tengok camera camne rupanya. Ni lah padahnya tak pakai spek tak pakai lens. ada spek atas meja tuh but aku tak nak le ada spek masa bergambar, so RD tolong pegang je hp tu, yet aku picit dari controller kat tangan aku. Ha magic, dulu pakai shooter yang tali2 tu kan skang pakai yang boleh bluetooh jer.

Tapi tak nampak adik. sabar.

IMG_2306

ok ngam satu family, pun abang pegangkan jer, aku shoot dari jari tangan yang tersembunyi.

pakai self timer tak lawa la, cuba ko amik gambar, bila dah tfer to blog, memang pecah2 gambar tu, pixel tak cantik.

IMG_2313

ler bila nak abih amik gambarnya, hah dah waktu berbuka dah pun….

IMG_2317

seri muka, lemang, laksa, cendol tolong bagi jamu abang please. itu semua dia punya fav.

dia lah pendukung kanan ku, mak nak makan apa mak petik je, abang amikkan. mak pun tak tau la nak makan apa bang, mak nak satay ayam tak dedapat masa nih, asal letak je abis asal letak je abis. dari abang ke bapaknya berganti beratur tak gak dapat….

dia ngan kakak berulang amik teh tarik. pun dia bedal gak. dah macam orang tua suka benau minum teh tarik.

IMG_2348

ini budak kecik tolong la duduk diam kejap kita nak amik gambar ni dik….

oh aku makan kat sini tapi aku tak buat food review sini kan, biasalah, ini bayo sendiri bukan engaged by them so i cannot la reveal my free promotion hahahahaha

IMG_2353

ini pun dapat le bape saat je amik gambar….

IMG_2358

memasing mata aliens betul!

apak ko memang tak rajin la nak posing, apak ko lagi rajin amikkan gambar. aku rasa bapak2 mostly macam tu kot. but adik bongsu aku tak gitu, adik aku jenis bebalik dia bebalik dia je yg photobomb!

IMG_2333

aku pakai kuning menyala pasal baju ni saya dengan rasa seronoknya dah boleh pakai, beli sebelum pregnantkan Zeeshan, masa seselim dulu  pastu badan naik tak leh nak sendatkan, but la ni dah boleh sarung. ada lagi satu kaler oren, Zara nih but aku tak tau mana perginya mungkin dah bagi orang. Rezeki la sapa yang dapat….

RD pun sama sibuk tengok aku pakai kuning dia pun carik tshirt kuning so boleh otak kuning sesama LOL

photo

aisay akak tak rotate gambar nih but ini ler bluetooth shooter yang akak pakai selama ni bila kita malas nak keluarkan monopod. Actually dah tak bawaklah monopod unless for travel jer, laki aku tak gemor, pepanjang gitu. Camera remote for smart phone gitu namanya bolehlah hangpa carik online merata je orang jual. Kat kedai pun banyaklah kot.

macam akak cakap  lah akak tak suka pakai self timer apps tu, dia punya pixel jadi tak cantik so pakai ni lagi better sama ngan selfie welfie gakk…

so that was our first ramadhan story.

How about you?

Comment: 3

Dyson Cool fans!

Semenjak dua menjak ni cuaca memanglah panas terik, even dalam rumah pun terasa bahangnya. Dahlah bulan-bulan puasa lagilah terasa meremang panasnya. Kalau RD kat rumah siap berpeluh-peluh. Kids lagilah kalau active ligat berlari sana sini sure berpeluh-peluh kuor.

 IMG_0245

Tinggi lagi kipas tu dari ko dik hiks

Memanglah kat rumah ada aircond dan kipas, tapi setiap masa nak on  aircond, matiklah nak membayor billnya! Kipas pulak time-time membahang macam ni memanglah rasa macam tak cukup laju dan sejuk lak rasanya.

Tapi good news is few weeks ago aku dapat this NEW Dyson Cool fans. Tak macam typical fans yang lain, yelah some fans memanglah senyap tapi anginnya tak seberapa, ada pulak tu memang powerful tapi bisinglah pulak haii, nak tido pun tak boleh sebab bunyi bisingnya. But this new Dyson Cool fans are memang the opposite, it’s quiet and powerful 🙂

IMG_0244

Dyson Cool fans yang baru ini dicipta dengan 75% lebih senyap dari generasi sebelumnya dan lebih efficient channelling airflownya. Even at full blast, masih senyap dan tak mengganggu tiduranku ditambah pulak airflow dia yang nyaman tanpa choppy air, lagi lah sedap peluk laki heh!

On top of that, ia menggunakan up to 30% less power so a bit jimat di situ.

But apa yang aku paling suka pasal Dyson Cool fans ini ialah sudah semestinya ianya selamat sebab no fast-spinning blades, especially kita yang ada anak-anak kecil takutlah sangat kalao jari-jari kecil depa tu terkena blades kipas. Lepas tu nak membersihkannya pun senang, hanya lap-lap jer pakai kain tanpa perlu nak buka apa-apa pun. Senang gitu. Plus ianya menggunakan teknologi Air Multiplier™ yang menguatkan udara sekitarnya seterusmya memberi satu aliran udara lancar tanpa gangguan.

 

IMG_0265

 

Juga it comes with remote control yang dapat kita kawal 10 tahap kelajuan anginnya dan juga boleh kita setkan sleep timernya. Remote controlnya pulak mempunyai magnet so kita just lekatkan jer on top of the fans tu. Tak le menggagau nak cari remote dia 🙂

 

IMG_0258

Lagi satu yang aku suka, ianya ringan dan senang nak angkut ke mana-mana. Nak letak kat hall boleh, pastu nak tido angkut masuk bilik pulak. Nyaman rasanya dialun dengan angin sejuk dari Dycon Cool fans ni. Really recommended, especially nak raya ni, ramai orang datang rumah, memang sesuai sangatlah kalo ada Dyson Cool fans ni 🙂

Market price :

AM07 Black Nickel – RM1, 839 yang akak pakai nih.

The rest of the range:

AM06 (10″) : RM1, 099

AM06 (12″) Black Nickel : RM1, 329

AM07 Black Nickel : RM1, 839

AM08 : RM1, 759

AM06 is the small round one desk fan, AM07 is the tower fan and AM08 is the tallest one for bigger area.  Cool?

Comment: 9

Kampachi, IB, Prince Court…

IMG_1998

Happy 30th Birthday Nan!

baru 30, ko dah nak pengsan. tengok cam akak…hahahaha lagi nangis.

IMG_1968

My yearly or every quarterly meet up with the Doc’s family.

akak nak kena pi Kelantan heh melawat kawasan, sabar ye teman2 Kelantan.

IMG_1969

btw kalau kat Kampachi tu akak suka makan nih, beef set. Pernah le amik yang takde set memandangkan bukan akak makan pun semua dalam tray set nih, kecuali beef jer, tapi harganya beza sikit sangat. so amik le jugak set and yang akak tak makan tu, kadang2 aku panggil sampah sarap, my companions kena perabihkan. Really, i only eat the beef sahaja, wasabi sayur mayur soup sume tuh segala pun takdaknya akak nak wallop. Sedap beef nih.

Sorry if korang puasa2 ni tengok macam terliur plak. But apahal…kita bukan macam bebudak tengok je dah terus nak bukak puasa, memasing dah tua kan. kahkah.  Kalau ada anak2 yang baca entry ni, Aunty mohon maaf lah year. Pi memana pun, even iklan pun ada gambar food 🙂

IMG_1719

di hari lain, actually makan penutup Ramadhan during weekdays was kat Kampachi but IB was a day before. Aku pun dah tunggang langganglah entry heh. Ini sama adik2 aku, sapa yang boleh joined je lah.

IMG_1732

Kak Ngah my niece and my SIL pun ada sama jugak joined. IB pun ada bukak puasa so nanti cam tahun2 sebelum ni korang nanti nampaklah entry aku makan kat sini jugak.

IMG_1762

I love both of them so much. My youngest brother yang dulunya lahai nakal ko dik but Alhamdulillah, dah boleh dapat gelaran Ustaz dah. sejuk perut mak, Dik….Nana my sis works at IB though, tu pasal kami datang menjengak makan di sini…

IMG_1798

laki bini main kekejar ngan kakaknya eh…

IMG_1819

dan aku menyambung melawat Beautifulara’s wife, for the new born of their little baby a girl a girl a girl!! Hidy Cipela pun ada sama, memang sesuailah sangat beriadah tenghari tuh. Best is semua ni around KLCC jer, so makan sekejap, terus lari pi spital…siap :). Lin dah tentulah tak puasa dalam pantang ni hah…

sapo lagi lam pantang heh? Oh kat IG akak ada gambar akak dukung the baby, walaupun cubaan ramai nak pujuk haku beranak lagi, oh my terima kasih. Syukur Alhamdulillah dengan 3 orang yang diberikan, saya dengan ini sudah berjanji untuk tidak lagi mengandung. Terima kasih Allah for the best 3 presents in my life.

Korang ni orang dah beranak 3 ko suruh beranak lagi, soalan suruh beranak lagi kat Kak Red dah basi lah.  Orang tak nak tanya dah soalan gitu, lain kali jangan bagi dah soalan camtu kay. Pikir soalan lain plak. Pastu laki aku melayan je ko Hilal punya buat anak nya komen. Grrrrr!

Comment: 2

Potty training for toddlers….

IMG_0180

Tersengguk2 mak nya mencari spender si anak. for Zeeshan, budak tu dah toilet trained. 16pcs aku bantai pi beli…

 

IMG_9852

pi tasik but bulan puasa ni tak pergi sangatlah yeah…

bawak le basikal but bukan dia pedal pun, dia tolak ngan kakinya. Basikal punya banyak but dia belum ada mood nafsu untuk pedal yet, ada le kadang2 sangattttttt dia pedal pun…..

Tu ajak abang rempit, bersungguh ler but ko sendiri tak nak kayuh.

IMG_9787

Zeeshan as i mentioned memang tengah toilet train, memula few days tu membeseh le jugak, tak sempat cakap. Pastuh ok jer, dia dah laju cakap dia shi shi shi, so mencicit le laju kita bawak pi toilet. Cuma waktu tidur dia tak pandai lagi nak bangun cakap, so masih lagi ngan diapers. Dah elok2 pandai cakap, sekali rumah aku takde air le pulak, ada le lam 2, 3 hari. Jadi tak boleh ler nak putus diapers, kena lah pakai coz kang air catuan, buatnya dia membeseh habislah air. Bila air dah bersambung semula, dia lupa pulak dia punya routine, so sambung balik kencing merata, dah kencing baru cakap.

Tapi macam biasa, 2 tiga hari lagi nanti oklah, coz ada sekali aku dah lantok ngantuk sangat, depa pi Tarawikh, aku sorang je kat umah tapi aku nak tidur nih, dia dok melompat ngan tv, aku pakaikanlah diapers, so mak nya boleh tidur.

but dia boleh pulak datang lari bgtau nak shi shi shi padahal ko ada diapers tuh! hah maknanya dia dah set lah nak kencing nak kena bgtau nak kena pi toilet.

He has his own toilet kecik for toddler tuh. kadang2 dia nipu gak kata nak shishi tapi main air je lebih. Gambar benda tu tak yah lah tunjuk, merata ko boleh google. merata gak ada jual. AKu beli online je kes malas nak usung di tangan.

Must keep reminding and tell him bout kencing berak nih. I hope before he turns 3yo dia dah boleh fully kencing berak without diapers, siang malam tidur too.

photo 1

sang kecil yang satu sahur bangun sama, dia tak bagi bapaknya bangun pi sahur, dok suh baring sama ngan dia, so bapaknya angkut, dia nak kat mak, bedal ler chicken goreng. Dia ni skang stage tidur kena in between aku laki bini yet maknya kena tidur next to apaknya kalau tak aku  tak boleh lena bapaknya tak peluk hahahahah (ya allah bebulan puasa nih heh).  So tiap kali dia dah melena, baru le bapaknya angkat tolak tepi sket, shoh shoh… LOL

entry ni untuk selitkan kisah anak sikitlah that my blog is still about parenting.

Little birds told me aku dah tak buat parenting, apa ke punya soalan kah itu?? Macam takde sivik betullah, dah beranak tiga, takkan le tak buat parenting blog, some more aku ada anak kecik lagik. Cuma aku bukan macam mak mak pak pak kat luar tu yang jenis nak bercerita pasal anak anak anak setiap hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,  dah kat 10 tahun pun that s how my blog is.

so to those yang berkenaan inside or external party, please ask further, best u tanya I terus. Apa ke lagik pasal Zeeshan nih heh…banyaklah. Aku ni ngah carik machine yang boleh remotely dari jauh je nih. Letih nak kejar dia heh…..kalau ada abang kakak ke bik takper leh kejar, ni kalau depa takde halahai, bapaknya lah yang kena bersilat. but bila bapaknya yang takde tu kalau aku berdua je ngan dia, tolong tolong…mana remote mak…..

Comment: 4