Misi terakhir di Kampong Cham dan Asia Hotel, Cambodia

IMG_7915

menung seorang isteri/ibu.

IMG_7926

Pagi ketiga, kami nak kena balik dah ke Phnom Penh semula tapi nak kena jugak singgah kat satu lagi kampung terpencil untuk misi derma.

Puan Merah bersama anak bongsu dan ibunya, puan rumah ni.

Khalifah the young lady adalah antara rakyat Cambodia yang ditaja oleh Syed Bukhary, hartawan Malaysia. Ramai rakyat Cambodia yang ditaja oleh Syed Bukhary, one of them pun Ustaz Hafis sendiri. Khalifah ni sedang belajar kat KL jugak, dia balik Cambodia sebulan for cuti kejap. She can speak Malay.

IMG_7919

Marina our tourist guide, anak tuan rumah. Juga kakak pada Khalifah. suaminya pun tourist guide, bawak orang pi Haji, Mekah.

IMG_7933

rumah yang kami duduki, macam aku cakap bentuk 2 tingkat tapi bawahnya tu memang kosong, coz untuk kes2 banjir.

IMG_7943

terima kasih keluarga mertua Ustaz Hafis, pakcik makcik dan semua orang kampung. Kat sini lupa nak cakap walaupun depa yang datang tolong2 sembelih melapah semua tu, kita kena jadi pemurah, bagilah depa duit jugak. Tak kira siapapun, coz mereka buat demi Allah but apalah salahnya duit tu kita bagi jugak kat depa coz as i mentioned, depa bukan orang senang. tak dapat bagi duit, bagi barang.

Tak sampai sejam kami tinggalkan Kampong Cham, kami sampai di satu kampung muslim lain.

IMG_7959

aku rasa aku baru sampai tak sampai 2,3 minit tapi kemudian telapak surau dah penuh dengan orang2 kampung yang datang

IMG_7964

sini ada surau and jugak ada sekolah islam, 2 tingkat tapi yang dipakai satu kelas sahaja, masalah utamanya, guru yang tidak ada sangat juga keperluan asas pun takde. Kesian sangat.

IMG_7971

Macam kelas nih, penuh anak2 orang kampung belajar tapi panas berkuap, satu kipas pun takde, sian lahai.

IMG_7983 (2)

Kita habiskan duit derma kat sini, not just to the kids, but also to the orang kampung yang datang waktu kami sampai ni, tak kira umur dan gender.

IMG_7998

Sambil tu dengar Ustaz Hafis explain on the situation of the class/students

IMG_8009

IMG_8010

IMG_8012

IMG_8054

Tak lama kami di sini, mungkin tak sampai 20min atau setengah jam. Habis misi, duit derma untuk depa semua dan jugak untuk surau yang perlukan lagi baik pulih.

IMG_8065

keadaan usang sekolah muslim, atas tu dah takde kelas pun, bawahnya je pakai satu

IMG_8070

nanti insyallah tahun depan kita datang lagi, hopefully derma ni tak putus untuk hari ini sahaja. Hari2 nak hantar duit untuk derma kat depa pun, digalakkan.

Kemudian kita teruskan perjalanan, 4 hours journey back to Phnom Penh. Memang tidur tidur and borak jer lah dalam van

IMG_8090

Terus ke Ariffin restaurant, yang hari pertama kita makan tuh. Lunch besau.

IMG_8094

Alhamdulillah kenyang, rasanya untuk Cambodia trip jer aku naik 4kg!

 

IMG_8122

Habis aje lunch, kita terus check in hotel, kali ni kita duduk kat Asia Hotel. wallah weii best betol hotel ni, punyalah besarrrrrrrrrrrr!!!

Abah and Kedek dapat 1 king size bed sorang satu. Pastu bila aku tengok brochures ada lagi satu katil dalam bilik ni, for 3 bijik katil besar. Hah tu kalau anak 5 ke anak 6 memang boleh sumbat sebilik. Cuma ko kena berebut bilik air le kan hahaaaaaa

IMG_8118

Ini bilik aku sendiri, pun king size bed, just sebelah je ngan bilik Abah and Kedek

IMG_8123

Puas hati bilik ni, sapa mai Phnom Penh, meh dok sini, pun sekangkang je ngan Central Market

IMG_8125

mai amik gambar sendiri hahahaaaa

IMG_8129

kita duduk kat hotel ni 2 malam. so total kami di Cambodia ialah 4 malam. 1 malam di Hotel Pacific, 1 malam di Kampong Cham dan 2 malam di Asia Hotel. Aku memang recommend gilas la hotel nih for your visit.

Rasanya selama 2 malam dok sini, aku dok jumpa Malaysians kat hotel ni beratus orang kot. Mana yang datang in group buat the same mission qurban dan derma, ada jugak Singaporeans pun buat misi yang sama, smaller group like kami yang 3 orang ni jer.

IMG_8106

if you nak contact Ustaz Hafiz, ini yer…..ada number KL and jugak no Cambodia nya. He pun duduk hotel yang sama ngan kami coz dia yang guided us kulu kilir kat Phnom Penh, dia tak bagi adik2 or ipar birasnya jaga kami bertiga. Thanks Ustaz for your hospitality too.

So habislah cerita misi qurban dan derma di Cambodia. Pasnih adalah cerita kami sight seeing dan jugak sedikit shopping buat kenkawan dan family di KL.

Shopping mestilah ada, dah kalau ada tempat nak beli belah, takkan tak singgah, lagipun kita pun dah selesaikan kerja amal kita kan, so bolehlah jenjalan a bit.

Comment: 13

Qurban dan derma di Kampong Cham, Kemboja…

IMG_7631

Let s jump to day 2

aku on medical leave lah, nak buat entry Pol Pot macam heavy gila pala otak nak tulis. Aku kena conjunctivitis, sakit mata merah yang berair kuor air mata pedih ya sangat. Sampai naik badan panas demam. nak buat entry ni pun aku macam gigih mata hah.  So entry Pol Pot hutang lain hari.

The 2nd day kita breakfast kat hotel dulu, the guy yang sat next to Pak Aji tu is Sofyan, arif mahir terer gila cakap Melayu. Dia pernah belajar kat Kelantan. He s one of the tourist guides, but dia tak bawak kita siangnya, akan ada orang lain yang bawak, si Marinah, his adik ipar. Breakfast kat Pacific hotel, oklah, kita banyak makan roti.

Kopi dia pekat hitam melekat, katanya Viatnamese kopi, orang pakai untuk kurus. Ko letak le banyak mana gula pun dia punya payau mengelip nak lalu kat tekak. Aku habiskan jugak secawan.

IMG_7655

so our 4 hours journey begins, dari Phnom Penh kita akan menuju ke Kampong Cham. Lokasi untuk qurban dan derma yang kita dah buat, nak ke kampung ni ler yang abah aku macam tak caya je aku capable to do, jalan dia ya hampun….i tak post video kat sini tapi those tengok dalam my ig, fb boleh tau lah, punya gegaran dalam van, nak tidur pun memang tak boleh hahahahaa…but bila jalan rata kita tidur ler.

IMG_7660

Sebelum masuk jalan utama, van and tourist guide berenti kat tepi jalan beli nasi ayam buat bekalan makan di perjalanan. Pun penjual ni pandai cakap melayu gak. Depa muslim, kita makan semua kat gerai,kedai muslim halal sahaja.

IMG_7683

i think lepas 2,3 jam berenti untuk kencing, but aku tak turun, aku tunggu dalam van. Aku tengok dari dalam van family kat rumah tu, anaknya baby lagi, tak pakai pampers tak pakai seluar, merangkak kedek2 nak ke pasir panas tuh. Maknya ngah buat kerja ke hapa, berlarian kuor amik anak.

Abah masuk dalam van, toilet ni tak clear untuk ko, so ko tak boleh pakai toilet ni

Maknanya, tahap hygiene kebersihan toilet tu tak bersih ler tu, pasalnya Abah tak bagi aku pergi. Aku memang payahlah kalau public toilet, sanggup menahan hahahahaa….kena bebetul bersih, kalau tidak, sebelum masuk aku dah muntah.

IMG_7674

nasi ayam tu sebenarnya nasi putih + ayam madu. sahaja. kering semata. ada sambal bagai pun aku tak amik. buat lapik perut coz 4 hours journey kan. kitorg nak makan pun terangkat2 badan coz jalannya sangatlah berlopak. Adik aku ada amik video gak, malas betul ler akak nak tempek kat sini. Check ler his FB.

IMG_7700

Kita sampai ke Kampung Cham, rumah family mertua Ustaz Hafis. Rumah ni lah yang tiap kali datang abah aku akan duduk, rumah ni kira macam rumah utama kat kampung kecil tu, ayah mertuanya orang yang dipandang tinggi gitu ler yer. Rumah besar, 2 tingkat but bawahnya macam kolong ke hapa, coz mostly rumah kat Cambodia tetinggi pasal depa selalu banjir. Itu aku process mengeluarkan semua barang2 derma yang mana aku muatkan dalam luggage bag aku. Petang nanti habis qurban nak terus pergi hantar bembarang ni to the kampung people.

IMG_7713

Kami dijamu tuan rumah dengan lunch lauk Cambodia. Daging dia ya sedapnyaaaaaaaaa!!

IMG_7751

Terus menyambung kerja2 korban. Under abah aku, ada 5 ekor lembu yang dari orang KL punya bahagian. Macam gambar atas nih, ada 3 orang opismates aku ngan anak buah aku dalam nih. Pun ada video sembelih, nak ke hangpa tengok?

IMG_7760

Ini pula lembu untuk anak2 aku, Abang Kakak and my sister too, and also orang2 lain tu contact abah aji lah

IMG_7766

Aku kadang2 tengok turun bawah, kadang2 dok atas dari beranda rumah, Kat rumah ni je depa buat sembelih dan melapah. Tak macam kat KL, nak ada lapah section, timbang section, masak section kalau kat masjid ler. Depa ni semua buat kat situ. Dan depa semua dari wakil2 ceruk kampung2 luar yang datang untuk amik bahagian korban. Depa sangatlah miskin, cam aku cakap masa ni ler depa nak merasa makan daging, setahun sekali. Hidup depa yang miskin2 tu makan hasil tani jer, itupun kalau ada hasilnya untuk hari tu, kalau banjir bah bagai, apa yang ada ler depa makan.

IMG_7770

Antara lembu terakhir…5 ekor habis complete.

IMG_7791

korang kalau nak buat qurban, digalakkan sangat buat kat Cambodia, nanti i canang awal2, coz sian depa, betul2 depa sangatlah poor.  Yang membantu sembelih lapah pun semua orang2 dari kampung sebelah. Masa tu jugak datang amik dan masa tu jugak amik bawak balik untuk diagihkan.

Bila ingat balik, memang sedih menangis tengok kesusahan depa.

Only RM270 per bahagian di Cambodia, mungkin naik 10-20 inggit if next year, compared than qurban di KL harganya RM550 per bahagian kan.

Oh for KL, kami buat bahagian Zeeshan di sini but aku ingat starting tahun depan nak buat semua kat Cambodia jer.

IMG_7796

Rumah Cambodia famous ngan buaian ni jugak. Untuk rumah keluarga mertua Ustaz Hafis ada 2 kat atas rumah, cam sedap jer. ada aku beli 3,4 sets, bagi orang. Rumah aku nak letak kat mana pung?

IMG_7804

Adik pun tumpang sekaki

IMG_7812

Habis selesai sembelih, kita cecepat naik van untuk ke kampung muslim yang lebih kurang sejam lebih gak nak sampai. hari pun dah nak malam, kol 5 dah nak gelap. Malangnya van kami tak dapat nak masuk terus jauh ke dalam kampung, memang dah agak pun coz mostly pakai motor kalau masuk kampung ceruk camni. Aku lupa ler nama kampung nih, but van kami bebetul tak boleh jalan dah and berenti depan surau kecil. Sedang elok ler sangat tuh.

IMG_7814

Depa sangat jaga kami orang luar, aku dok pikir ke camne le nak turun van tu ngan lopak lapik, habislah kasut (memang dah habis pun waktu dari sembelih lembu) tapi macam aku cakap, depa punya hospitality, pakcik tu – the mertua ustaz and orang kampung amik kayu kayan, papan buat macam laluan untuk kami. Belakang2 tu nampak orang kampung dah bondong2 datang ke surau, coz tak tau ler sapa canang tapi mungkin dah dimaklumkan dari awal yang akan ada orang dari KL datang bawak barang derma.

IMG_7829

ini sikit je yang ko nampak tolong tolak van ke belakang, coz dah tak boleh nak bergerak van nih, sekejapan jugak ramai dah orang kampung penuh kat telapak surau nih

IMG_7833

Hari dah makin nak gelap, kita teruskan dengan pembahagian barang2 dermaan dulu, yang datangnya dari keluarga kami, kenkawan opis aku, kenkawan adik aku and mereka2 yang berhati mulia untuk merderma for the Cambodians.

IMG_7842

they are all the muslim Cambodians dan Ustaz Hafis sahaja yang mahir berbahasa melayu menjadi interpreter between us and the kampung people

IMG_7849

langsung diberi duit dermaan, kita bagi pada bebudak, babies, orang tua, semua orang kampung, tak kira berapa pun umur depa. Kemudian kita bagi lebihan yang lebih besar untuk surau ni, for their utilities.

IMG_7851

Duit2 dermaan pun datang dari kawan2 di KL, budiman2 di KL. Aku bawak semuanya in cash and aku tukarkan masa on first day sampai Phnom Penh lagi, coz duit Riel tak laku kat Malaysia so kena tukarlah di Cambodia itself.

IMG_7858

Sekejapan memang penuh ramai orang kampung kat sini. Ada yang pakai baju kurung (pemberian dari orang malaysia sebelum2 nih), baju melayu pun ada. yang tak berselipar, anak2 kecil tak berseluar dan berbaju. alahai luluh hati tengok

IMG_7866

ada salah sorang kat sini pernah kerja kat Malaysia, boleh cakap Malayia jugak. aku rasa bahasa melayu kita adalah paling senang belajarlah coz sekejap je dok Malaysia, depa dah boleh cakap.

IMG_7875

akhirnya gelap jugak, kita kena balik. Esok pagi kita akan sambung ke kampung lain. Kemudahan asas takde kat sini, kita tak boleh nak susahkan orang kampung by tidur kat rumah depa coz surely depa bersusah payah punyalah nak jaga kita, baiklah kita balik. Api air takde, most of the houses. Pastu toilet, biasanya kat belakang rumah, celah hutan, tak sanggup ler kita kan. Hidup mereka mundur.

Itupun laluan kita balik memang gelap gulita, ada le umah2 yang kita lalu berapi itupun satu dua jer.

Memang banyak surau kita akan jumpa, at least setiap satu kampung kita akan lepas satu surau, cuma tu lah, keadaanya tak berapa molek. Duit untuk maintain takde.

IMG_7828

itu surau yang korang nampak dari gambaran tepi, yang dari gambar2 atas nih, but nampak macam ada kandang ke bangsal nih? hah it s actually their sekolah islam.

Sedihkan?

Coz di Kemboja, kerajaan merekta tak bagi subsidi untuk sekolah Islam, ko boleh nak bukak sekolah islam ko tapi ko jangan mintak subsidi ngan aku. Aku hanya akan bagi sekolah kerajaan jer. Mostly sekolah kerajaan adalah sangat jauh. Itulah end upnya the bangsal ni akhirnya takde pun dah budak sekolah coz kepentingan anak2 pergi bekerja tolong mak bapak cari duit lagi diutamakan by their family. Belajar tu put aside, 2nd choice if ada duit lebih.

Tapi kalau hari tu takde duit nak makan, anak2 kena pergi tolong kerja, jadi petani ke apa saja kerja, bukan pergi sekolah. alahai…so sad.

IMG_7888

Kita sampai semula ke kampung rumah Ustaz Hafis, barulah lega dapat mandi bagai segala.  Unik pulak aku tengok kain baju almari mekap ni kan. Very the oldtimer punya lemari. Dulu2 pun aku ada kot macam nih, mak aku punya, dah balingkan ler pas pindah randah.

IMG_7901

kita dijamu lagi, dengna keluarga mertua Ustaz Hafis, oh our van driver pun sama tidur sini, yelah takkan nak balik ko gila 4 jam kan, esoknya lagipun kita nak berulangalik kulu kilir ngan dia jugak.

Aku tak amik pulak gambar food, the Lok Lak. Their famous dish. Kena makan ngan salad ulam and kuah depa but aku makan macam tu je lah dagingnya coz i m not an ulam person.

IMG_7891

Ini katil dan bilik aku tidur, disediakan oleh keluarga Ustaz Hasif. Pink ko! hahahaha belum jam 9malam aku dah membuta. Punyalah penat seharian, dengan long journey, pastu ngan datang bulannya lagi masa ni ngan aktiviti derma dan kurban, satu hari yang penuh tapi puas!

Alhamdulillah coz our mission hampir selesai.

Jam 2 pagi aku bangun cari toilet kahkahkah….pastu susap2 nak tidur balik. Tidur le jugakkan tapi aku tidur kalau  rumah orang/hotel if takde laki memang pasang lampu, pun boleh tidur lena jugak.

Cuma jam merah aku yang ko nampak kat katil tu, esoknya aku lupa nak capai, so tinggal ler situ. But dont worry, tuan rumah dah simpankan and nanti Ustaz Hafis bawak balik le ke KL.  Abah adik aku tidur kat luar, ada jugak ler disediakan tempat tidur. Layanan memang baik dari keluarga mertua Ustaz Hafis.

By the way kalau group yang more than 5 pax aku rasa tak sesuailah tidur sini, ada hotel ke motel kecil kat Kampong Cham ni yang boleh kita tidur, macam kami ni 3 beranak, lagipun family fren to Ustaz Hafis so memang dia mintak kami tinggal di sini sahaja.

Eloklah datang sini, insaf sikit hidup kita kat KL tu yang serba serbi ada. Heharap tahun depan nak bawak salah sorang anak pulak, mungkin Abang dulu ke, the next after Kakak pulak ke.  Ramai gak tanya kami bertiga ni pergi under group ke hapa, actually kami initiative sendiri, buat sendiri semua. We are so lucky kita ada contact ngan Ustaz Hafis tu. He s actually my mom’s cikgu bahasa arab. Dia ajar mak aku bahasa arab. He s been studying in Mekah for 6 years, pastuh dia sekarang belajar kat UIA gak nun kat KL tu pasal dia rapat ngan mak abah aku. Anak bininya pun sama dia bawak duduk kat KL tu. May Allah bless you Ustaz Hafis and your family, banyak pahala dia tolong orang2 susah kat Kemboja nun.

Aku tau ramai yang macam tak percaya jer aku buat keje2 gini, dan willingly datang ke negara tempat ceruk macam ni but come on lah, dont judge. People change.

Comment: 10

Cambodia, kami datang…

Kengkadang bentuk hidayah yang kita dapat, pelbagai cara dan resepi yang Allah bagi. August 11 dan kisah orang tua was one of the gifts yang aku dapat, but not going to elaborate tang tu further yet. I tau dah October but nantilah, bercerita lebih indah kalau dengan mulut, mungkin amik masa months or years untuk tulis di blog for that particular story.

Well, maklum tahu setiap tahun kami akan buat qurban di KL dan di Cambodia. Why sana, coz mak abah aku memang ada contact rapat dan some more orang sana sangat sangat sangat susah. Kalau kita ni boleh dapat daging qurban merata, dan dibandingkan pula dengan Cambodians, they are so poor, sangatttttttttttttttttttttttt fakir miskin sampaikan nak merasa makan daging hanya waktu raya qurban tu lah, masa tu ler mereka akan datang berbondong amik hak daging qurban mereka.

ok cerita Cambodians dan daging qurban slowly akan aku panjangkan dalam setiap entry Cambodia.

Since my dad akan pergi sekali lagi tahun ni ke Cambodia, entah mengapa tetiba dalam group aku terus shout, mak, orang nak pergilah teman Abah.

Impromptu decision, masa tu ada kurang seminggu lagi untuk Abah pergi. Dapat izin suami, so aku terus book flight tickets, i was thinking to bawak Abang sama so dia kena ler ponteng sekolah 4 hari (we went there 5 days) but alhamdulillah my adik bongsu – Kedek pun ikut serta. Dia bestlah, Abah sponsored ticket dia hehehehe. ai is sendiri2 ler.

So dalam 3,4 hari sebelum pergi aku share kat kenkawan those yang nak buat lagi qurban dan derma kain baju atau duit untuk aku bawak ke Cambodia. Kat my instagram/fb pun aku shout but i didnt mention ler aku yang pergi tu yang ternganga je memasing bila tengok sebenarnya aku yang akan pergi meredah tanah mendap merah Cambodia.

 

IMG_7258

Pagi Isnin, sehari selepas raya qurban, sampai KLIA, so sealed dulu semua boxes. Aku dah timbang kati dari rumah, probably berat dalam 100kgs for all 3 of us.

terlampau banyak sangat barang derma yang nak dibawak, ini yang dapat aku pack, ada lagi over 100kgs kat rumah adik aku, itu nanti kita kirim kat teman2 Cambodians yang akan turun naik KL.

 

IMG_7260

nak drop luggage pun ke main panjang q, padahal dah checked in awal yelah skang orang pakai web check in je senang

IMG_7272

but malangnya, kami tak dapat nak bawak semua kotak2 tu, rupanya sejak May lepas per passenger boleh bawak 2 luggages only. Walaupun ko bawak 3 luggages yang less than 30kgs per person pun, still tak boleh kira. Nak nangis betul aku kat situ. We had to get rid 2 boxes, bukanlah buang, ada le kaum kerabat yang bawak balikkan, for the next trip nanti insyallah our contact nanti to bring back to Cambodia.

Sebelum tu ada dugaan lain. Malas nak cerita.

Aku pikir aku niat nak beramal dan tolong Abah aku kat Cambodia so aku lepaskan perasaan yang lain tu put a side first.

IMG_7266

Tak masuk si comel kecik anak Kedek tu, the 3 of us yang akan pergi. Family mertua/wife adik aku pun ada gak masa ni, depa ler tolong bawak balik 2 kotak besar yang tak lepas dek MAS. Anyway, sapa nak baca the etix kalau pun ada tulis new rules tu kat situ. Kesianlah….simpati je lah sikit, kita nak bawak kotak derma kan. but rules depa, so obey jer lah. Takde budi bicara, pasrah.

IMG_7280

1 jam 50min aku bantai tengok movie, abah most of the time tidur, kedek mengaji ke dengar quran kot

IMG_7290

by the way, memang aku dah requested awal2 a wheelchair for Abah, so laluan kami sangat mudah. We were the first yang masuk aircraft, kita jugak lalu ikut diplomat lane, aku kalau bawak mak abah aku terbang memang mintak wheelchair lah, diorang jalan lambat, dah ada service tu baiklah kita pakai sahaja.

ini selenga kami tunggu luggage masa sampai kat Phnom Penh Airport. The staff yang tolong tolak wheelchair abah aku tu, tolong gak angkatkan luggage.

IMG_7306

Kami disambut oleh our agent cums contact qurban. Ini adik iparnyalah, Marina – she can speak a little bit of Malay. English pun kedaung gak.

Dari airport terus naik van ke restaurant Arifin, sebelah restaurant tu,  tourist agent office depa

IMG_7330

we got our SMART data pun kat sini, yang sadisnya seperti dijangka depa takdak the pencucuk untuk bukak simcard iphone5. Aku pulak mana ada bawak, dan rupanya boleh je pakai ngan toothpick

Ok korang ingat yek, gunakan toothpick untuk bukak simcard iphone 5/5s hangpa tu

we paid for 7 dollars, bapak laju punya data, phone calls pun pakai tu gaklah.

IMG_7610

 

 the restaurant, halal ler, semua kita makan sini halal one. takde issue susah nak dapat food coz kita ada agent yang uruskan us, bapak aku punya contact. dia kan sokmo buat qurban kat Cambodia nih

IMG_7339

muka kenyang, alhamdulillah. tapi air dia toksei kat tekak aku lah hahahhaa…semua air kami semua rasa emm semacam

ice teanya, sirapnya, teh susu aisnya…tapi tomyam sedap!

 

IMG_7624

Siap makan semua, kita check in hotel, we stayed at the Pacific Hotel. asalnya aku dapat bilik yang takde tingkap langsung, gelap gulita, walaupun pakai lampu malap bilik tu still masih lagi sesak napas, opposite ngan bilik abah and kedek, sekali GM dia datang, tengok satu hapa bilik tak siap kemas langsung. terus dia offer tukarkan kita ke bilik yang lagi near by to lift dan jugak upgradenya aku ngan bilik besau ni hah.

Kita amik 2 bilik jer, satu bilik for abah and kedek, satu lagi bilik aku sorang. Tapi aku dok keluar masuk bilik abah adik aku sesaja, yelah nak check depa dah siap ke, dah pack ke, dah pakai baju ke. Abah aku tu aku tau le, tapi si kedek tu yang jenis sambil lewa so kena jaga dia gak.

IMG_7626

TV channels tak berapa molek lah sini, aku tengok sikit2 je malam tu pastu membutaaaaaaaa, telekung aku tu aku dapat solat for jamak zuhur asar hari pertama jer, balik malamnya dari berjalan aku datang bulan, dah memang expected pun but aku tak nak ler sebab aku period aku tak boleh nak berjalan. Yelah kita kan pompuan kalau tengah2 heavy tu malas nak travel, i do understand, but aku bantai jer, tapi kena berenti le kan banyak kali cari toilet. Small matter lah tuh.

IMG_7363

dah siap rehat mandi bagai, kat sini tak sesudah Cambodians and ada few Singaporeans dok memuji anak pak aji bakar, si merah tu. comelnya, cantiknya. Tak boleh blah depa dok ingat umur aku 26 tahun.

hadoi. takpelah bukan tak biasa dengar pun, i get used to it dah banyak kali. So takde pun rasa macam wahhhhhh i look young, coz i got that many hundred times sangat. Tak heran nak isu hidung kembang ke, riak ke, coz dah macam immune ler. Age is just a number.

IMG_7380

Skang pikir nak ke Central Market yang bape minit je sangat ngan hotel kami duduk tuh, hah sapa yang gila shopping bolehlah dok sini hah, tutup at 5pm, waktu kami datang ni pun dah kol 3 lebih so macam tak logik le nak soping some more luggage kitorg ni penuh dengan barang2 kain baju derma untuk Cambodians. Baru 2,3 langkah kita decided to patah balik, moleklah pi buat sight seeing dulu.

 

IMG_7389

Kita kemudian dibawa ke Tuol Sleng Museum, tempat di mana rejim Pol Pot buat hukuman dictatornya to the rakyat of Cambodians. Entrance fees masuk 3 dollars, semua dah all in dalam package yang kami bayar.

IMG_7392

To be continued with the Pol Pot story, ini cerita banyak cilaka hamlau balau punya manusia, semua orang pun tau kot, unless ko tak tau hah ko pi google dulu siapa mangkuk lahabau Pol Pot tuh, banyak kena makinya dia tu, masa hidup kena maki dah mati berpuluh tahun pun kena maki gak.

By the way, we paid quite high for the airfares coz dah last min punya etix kan, tapi better ler MAS dari AAsia yang pun lagi mahal gak. Pastuh for package we paid RM1k for each one of us yang masuk hotel, makan, transport untuk 5 hari. Termasuk jugak dengan penginapan di Kampung Cham, 4 hours journey dari Phnom Penh dan juga 2 perkampungan terpencil di sana yang akan kita visit untuk misi qurban dan derma.

IMG_7383

3 beranak untuk misi qurban dan derma Cambodia, Kedek tu adik bongsu aku, no 8.

masa ni perut aku kempis lagi, bolehlah kan, hari kelima terus buncit! habis tu dok togok nasi nasi nasi jer.

Alhamdulillah, as this entry keluar, aku baru pun balik lam 2,3 hari lepas selepas 5 hari di sana. Sangat2 seronok dan berlainan dari trip2 aku yang sebelum ini. Those yang tahu my travelling trips sebelum ni mostly aku takkan pergi le bahagian ceceruk ni kan, but this is my effort to change part of my lifestyle gak.

Jangankan hangpa, Abah aku pun macam tak percaya gak dalam 8 anaknya, aku yang nak pergi coz knowing anaknya yang camne ni kan, siap dia dok ulang kali cakap, jalan tu lopak lapik, tempat tu takde api takde air, segala macamlah, but i dont care, aku nak gak ikut dan teruskan misi qurban dan derma Cambodia.

Insyallah, ini bukan pertama dan terakhir, tahun depan kalau tak aku, mungkin my other family members yang lain pun akan pergi sama. Oh korang too, ramai berminat nak join. nanti akak canang awal2 sebelum kita pergi yek. Specially kalau pun you all tak nak pergi, but the derma tu sangatlah diperlukan, imagine satu 2 kampung yang jauh dari pekan, contoh jauh macam Kedah KL or Kelantan KL but depa datang tidur semalam kat pekan untuk amik daging qurban. Wakil depa ler yang datang, sampai macam tu susah sangat diorang. Aku dah pergi sana, bersyukurlah sangat, masa tu macam what a waste of my Chanel handbags beli memahal, hahahahaha tapi dah lepas tu lepas ler kan.  Let s be grateful.

Comment: 8

Good samaritan, tq…

IMG_7013

HERO panjang aku buat stunt, lompat longkang tapi sudah silap langkau, makanya berdarah2 ler kaki dia, ini selepas 2,3 hari dari hasil lompatan. dia takut nak cabut tarik coz sakit, so aku suh pakai ketip kuku. aku nak ketipkan pun dia tak bagi, he did it himself. Skang udah baik ler pun…

IMG_6974

IMG_6991

macam ni kalau sekali tengok, tayar pancit ke? aku macam tak nampak pun tayar ni pancit, tapi tengok dedekat, yelah kot ada angin kurang. Rupanya bukan angin kurang, kompem tayar pancitttttttt! Been driving the car for entah ler, maybe mula pancit satu hari tu je lah gamaknya coz pagi pergi kerja tu ramai dah bikers terpandang2 but ko bagilah hint ker yg tayar aku pancit, mana le acik nak paham ko pandang2 macam tu.

IMG_6993

Esoknya tayar kasi tukar! sekali 2 belakang. satu tu pun dah botak. 2,3 bulan lepas baru ganti tayar baru untuk depan. Harga tayar bukan murah!

IMG_6974

dan asalnya tayar bertukar pun coz ada Hamba Allah telah meletakkan note istimewa ni kat viper kereta aku.  Terima kasih encik / puan kerna bantu saya indirectly baru tau tayar kereta dah pancit.

There you go your Friday story.

Comment: 7

Just the 2 of you…

IMG_7080

itu Amy Mastura and anak bongsunya

IMG_7081

hah behind me

IMG_7082

ok next to me

memanglah lam FB dok kata dia kecik and aku pakai wedges tinggi, tapi kalau aku cabut kasut aku tu, memang size aku bukan ke sama tinggi je ngan Amy? Berapa limit min jadi stewardess ek dulu?

Idok le aku  nak jadi stewardess pun, dah lelanjut nih, but saje la mengkepoh nak tau hahahaha…ada gang gak

IMG_7090

Hp aku tak sesudah kat tangan coz dok tepon anak2. Dua anak besau aku kat Kelantan. Depa raya kat sana ngan mak andaknya and cousins yang lain pun ikut sama balik. First timelah raya aku takde anak2 dan jugak takdak laki gak. Eh takde laki ada ler 2,3 kali. Cuma ngan abang kakak yang ni pertama kalinya. Takpelah Raya haji je pun. kalau raya fitri payah sikit kot nak bagi izin depa pi raya Kelantan.

Cuma kesian, jem yang punyalah panjangggggggggggggggggg, they left my house at 5ish am of Saturday last week, sampai Kuala Krai hanya after 5pm. Berapa kali banyak berenti pun ye jugak.

 

IMG_7094

Hah datang sini ada hal, pastu layan movie, November Man. Best. Suka citer tuh, pastu petangnya ada lagi satu movie gak nak tengok, so we killed off time by shopping and lunchlah.  Aku pusing street market nih 2 kali. Kedai ni jual skirt tuh RM44, kedai belakangnya material sama design sama at RM60!

Nasib baiklah aku buat survey dulu.

IMG_7095

Macam stalker betul ler laki aku amik gambar cenggini

IMG_7212

Tukar my screen protector, yang back one. Dia suh le tukar yang memacam jenis but tak yahlah, mana tau sok sok aku dapat ip6 kan, dah kena tukar balik. so takpe, pakai bebiasa jer udah.

IMG_7117

Shopping shopping lagi kain baju

IMG_7122

Berkenan aku ngan corak lukisan baju ni but tu lah…dia macam jenis kekembang kang kalau pakai lagi nampak gemuk dan alkatik kalau tak tuck in

IMG_7132

Kita makan kat TGIF, laki aku yang demanded nak makan steak ler, while waiting for order, baiklah aku window lagi shopping

IMG_7134

Peaceeeeeeeeee

IMG_7144

kat sini, makan biasa lah, steak ok kalau makan for diet. Cuma yang tak oknya bila waiter amik food, dia cross dari plates aku, itu pantang being waiters, tak boleh gitu yek dik. No manners tuh.

IMG_7148

Shopping dalam ECurve, kalaulah bawak Zeeshan maunya dia sendiri tawaf dalam nih. If dia dah boleh tengok wayang, tak yah dah lah tinggal dia, kompem kita angkut, so maybe tunggu le few years sikit. Kalau bawak sekarang pun, sekejap je dia tengok pastu dia ukur tangga, turun naik.

IMG_7217

#wefie!

IMG_7193

Pose bengang ngan SF belakang nun. Dia jawab bersarcastic. Aku dah muncung bengang, aku blah jer terus duduk. Tinggalkan laki aku melayan sarcastic cashier SF tuh.

IMG_7221

Shot dari laki sendiri.

Pastu kita pi sambung tengok The Equalizer. Bolehlah citer tu, ada gak part aku mengantuk sangat. lagipun pagi tu kan jam 430 dah bangun macam bersahur jer for anak2 yang nak pergi Kelantan. Tu yang pala tingtong betul.

Dedua movies yang aku tengok, melibatkan Rusian segala hahahha….ada lagi movies yang aku nak tengok but tunggulah bila depa keluar. Kita sekarang tak stick to TGV KLCC jer, either kat Leisure Mall or Viva Mall pun boleh coz near by rumah, kalau nak shopping lama some more ada blogjog kat Curve, so tengok je lah kat Ecurve. pun fine.

Comment: 6