Cik Aminah…

Hari ni, kita bercerita tentang Aminah. Seekor kucing betina.

Umur agakan aku dalam baru anak2 dara lagi ler, masih stage muda but blum tua dan bukan jugak kekanak. But sangatlahhhhhhhhhhhhhhhhhh manja. Manja gile weih.

Hari tu kan aku menying 50-60 ekor ikan (again), dari bathroom tu aku leh dengar ada suara kucing mengiau. Anjing jiran aku pun dok berlawan gong gong ngan diapun, dia masih jer mengiau. Lama gak lah  dia bunyik.  Tapi pastu aku lupa akan dia, habis menyiang bagai, cam biasa la naik atas mandi segala.

Sampai malamnya, masih ada lagi bunyiknya. So kita siasat, ni dah berejam2 ko mengiau heh. Abang pi jenguk belakang rumah, amik dia. Manja ya hampun!!

Jadi letak dia kat depan, macam kucing orang, bersih and manja, must be tersesat kot dia ni. So aku suh letak kat pagar kang kalau dia nak keluar pandai dia ler.

Sebelum tu kita bagi dia makan nasi + sardines.

IMG_0233

Esok pagi-paginya, aku turun dulu, boleh dengar dia mengiau. Ler ada lagi kau. ingatkan dah balik. Lapar ko?

IMG_0234

Bagi lagi sardines + nasi, hari tu aku tak masak, kita nak bertolak ke Melaka pun. Lagipun kucing macam ni, bagi nasi je ler, walaupun aku memang expert on kucing, tapi aku takde bahan benda utk disuap kat ko (makanan kucing).

IMG_0237

hah tengok, sikit punya manjanya lahai….memang nak mintak dukung jer. Dia asyik suruh kita belai2 dia, dok bergesel2 jer…

IMG_0238

jap lagi anak2 aku turun, boleh dia main ngan ko yek….

pastu kita pergi Melaka, seharian, bila kita balik, ler….ada lagi ko. Ler apasal ko tak balik2 lagi rumah ko…

Jadi malam tu kita namakan dia Aminah

IMG_0376

ni Aminah sedang jadi bahan ujibergambar :)

Tapi dia tak duduk lelama ler dalam rumah, aku masih lagi assume yang dia akan carik jalan pulang rumahnya. So dia dok kat luar je lah. Esoknya, pagi aku pergi kerja, masih lagi ada dia…hahaha adoi. Tapi, pagi tu agak berlainan, ada teman. Dia bawak kucing QuPuteh!!

Baik je duduk 2 ekor tu kat porch….

aku cakap kat laki aku, si Aminah ada kawan tuh….

dan bila aku sampai di opis, laki aku hantar gambar ni…

gambar di bawah ni…

IMG_0486

HOI BUAT APA KORANG!!!

Bercengkarama kat rumah aku korang yek….

IMG_0488

jadi pagi tu, laki aku dan anak2 pergi carik cats food. Cos sian je bagi depa nasi sardines….tapi tak carik yang per glamour bagai tulah, mana laki aku beli pun aku tak tau (aku kerja ler).

Lapar dia koooo….aritu makan pakai paper plates. pastu ni for food cats ni letak atas suratkhabor ler, ngan air suam.

IMG_0489

hah pasangan sejoli dok ‘mating’ ni lapar yek….yang Quputeh ni pun aku rasa kucing belaan, kucing orang, tapi dia mungkin tersesat gak coz tengok bulu2 dia kotor, nampak macam dah lama tak mandi. At least si Aminah ni ada le nampak bersihnya lagik.

Quputeh ni muka dia serupa dengan kucing aku yang nama ‘Adik’ dulu, masa tu zaman2 aku anak dara, sampai aku mengandungkan abang dia ‘pergi’. Serupa sangat.

IMG_0492

Ari tu gak, aku suruh abang pi carik kat attic, the bekas makanan kucing yang masih aku simpan. Gila ko takde, semua aku ada lagi kay, bapak cage, anak size of cage, semua ado lagi yek. Ai kan the queen of cats gak di satu masa dahulu….

so ni proper sikit ler, ada bekas makanan minum cantik. Merah menyala. Kita upgrade lagik bekasnya hah.

SAM_1661

Tak tahulah sampai bila Aminah akan menumpang kasih di rumah kami. After few days, dia tau dah, kalau pintu bukak pun dia tak akan masuk. Tapi anak2 akan bermain ngan dia di luarlah. Bukan apa you…aku takde pasir kucing, kalau aku ada kang, dah jadi kes aku akan membela kucing balik semula.

As of now, kami berempat tidak lagi dapat green light dari RD, bapaknya heh. Apaknya tak bagi lagi bela kucing, yelah rumah baru, kang habis perabot2 kena  cakar. Abis tu ko ingat aku bela kucing banyak dulu tu, furniture aku tak hancur? siap pergi tukar baru the kain, beribu2 riban kena bayar. Demi kasih sayang pada kucing. Kami rela jer.

Skang bukan tak sayang kucing dah kalau tak nak bela, sayang gak ler. tu pasal as of this entry is up, dah lebih 2 weeks, Aminah masih lagi dok kat rumah aku. Entah la bila dia nak pulang ke rumahnya. Kalau dia punya ‘mating’ menjadik, and kalau masih dia tak pulang ke rumahnya. ayoyoooo…..jadi mak kucing le aku balik kot.

Plastic makan kucing dia pun aritu dalam plastik, dah duduk proper dalam very nice big tupperware. Abang dah pun mandikan dia bagai, cuma dia masih belum masuk rumah jer. Takut ngan Zeeshan kot. Dalam ramai2, dengan anak kecik aku tu je yang dia tak berapa gemor, coz Zeeshan kan budak lagi, and first time dia tengok kucing camni pastu dia agak kasar ler, dok tarik ekor le dok dokong tak tentu arah so Aminah tak suka Zeeshan hikss..

IMG_0933

IMG_0938

aritu aku kemas2 rak kasut, Aminah baik je dok sebelah aku sambil aku borak le ngan dia, mana rumah ko Minah? Sian family yang bela ko mesti carik kau, napa le tak nampak ada orang letak gambar ko merata. Sedang kami bergurau senda, dia lari mencicit dok bawah kereta, menyorok. Rupanya Zeeshan datang berlarian. Hish ko dik, takut Aminah ngan ko.

Kenapa namanya Aminah, hah nantilah kita reveal. Buat masa ni sesapa datang rumah aku, jangan terkejut le tengok Aminah dok kat porch, baik je dia kang datang mengendeng tanya kabar nak mintak diusap2 pala…

By the way bila Abang tanya kenapa Aminah datang rumah kita yek mom?

Rumah kita ni ada bau rumah pencinta kucing Bang…so dia tau kat sini dia boleh menagih kasih sayang menumpang teduh.

:)

 

Comment: 6