Aminah

The 11 + 1 cats!!!

If tak suka citer pasal kucing, you can skip this entry. But you rugi coz kadang2 dalam entry ai banyak al selingan cite lain, so stay here and READ!!

garangnya hakuuu….

i nak bukak cite the 9 ekor kucing yang mendadak sampai to our hands on the same day, same night. Masa tu belum ada lagi Chanel. But kita dah ada Kathy alone, Aminah terpaksa dilupakan kerna dah sebulan dia tak bebalik. donno mana dia pergi, haih…

Jadinya…hari yang bermakna itu, a day before my birthday, kita nak beli barang kucing (yet kucingnya belum ada), long story cut, depan petshop tu ada Puan Sharifah ni offered kucing dalam carrier nya to us. Coz laki aku tegur, banyaknya kucing….

So kita macam berpandangan, should we take? memang kita nak kucing, but tak nak ler sebanyak ni (ada mak dan 4 anak kucing yang belum cukup sebulan lahirnya lagik). Puan tu terjumpakan 5 beranak ni kat parking, dalam kotak, at her apartment. So kesian. Tengok dari maknya, aku rasa macam pernah bertuan, ini mesti tuan tak nak bela dah kot, or pergi cecuti raya and tak nak jaga kucing. Hem..jadi oklah, kita pun amik.

IMG_8320

because most of cat stuff kita ada di rumah lama, 2 carriers ni Puan tu bagi pinjam untuk ngan 5 beranak kucing tu lah, esoknya laki aku pulangkan semula kat her guard house.

IMG_8325

jadi kelam kabut hari tu bukak cage semula, letak lam bathroom, alangkan bilik ayo beso. Masa ni tak terer lagik, dok pakai lagi pasir putih ni yet skang ai dah terer sangatlah, pakai pine wood dah akak skang. So depa berempat ni dok dalam cage, sama ngan maknya…sebabnya depa ni masih menetek lagik.

IMG_8334

tapi duduk ni few hours jer, midnite tu jugak, laki aku balik dari amik 4 ekor kucing lagik (satu mak and 3 anak, baru 2 hari bersalin), kawan RD offered coz kucing tu beranak kat porch umahnya, and dia tak nak bela, donno la kucing sapa. Katanya bulu kembang mak nya, so aku macam tempting lah. Jadi laki aku amik. Tu dia dalam few hours jer aku ada 9 ekor kucing instant (tak termasuk Kathy yek).

IMG_8359

masalah mula timbul malam tu jugak coz 2 mothers of cats ni tak boleh stay in a cage. Depa bergaduh cekau. ni anak aku, bukan anak kau. Biasa lah kucing tak pergi sekolah, dia tak kira anak dia 3, anak dia 4, pada dia semua yang dalam cage tu anak2 dia. Jadi aku terpaksa pisahkan Sharifah (we named the mother of 4 kittens tu Sharifah sempena nama orang yang bagi depa kat kita heheheh).

Jadi, Sharifah kena dok luar porch, or dok kat dalam rumah, but macam dah tetau je dia akan dok diam je kat porch coz tau anaknya kat dalam. But kekejap nanti kita keluarkan pulak Mak Teh (si putih yang anak 3 tu), untuk bagi peluang Kak Pah untuk menetek anak-anaknya dan anak2 Mak Teh gak.

So these 2 mothers dok jadi ibu susuan for anak2 lain gak lah, for eg Mak Teh yang beranak 3 akan menyusukan gak anak Kak Pah yang 4 ekor tu, sama gak ngan Kak Pah to anak2 Mak Teh. hah kau bersungguh aku nak memahamkan korang.

Kalau turn Kak Pah dalam cage sama kittens ni, kena cepat letak Mak Teh kat porch kalau tidak dia akan meroyan huru hara hidup dia tak dapat anak2nya. She s very agressive sangat, cuma ngan manusia je dia bagi tengok anak2nya if pegang, dia akan huruhara gak. Sama la ga ngan Kak Pah, mundar mandir jalan depan bathroom risaukan anak2nya kat dalam tuh ngan Mak Teh.

IMG_8394

jadi for a week, Kak Pah ni jadi my fav. She sangat sangat ibu yang manja, and i love her sangat. Dia pun tau aku dah sehati sangat ngan dia…tidur pun mesti carik aku. Itu semua dalam a week lah, but kita tak pisahkan dia ngan anak2nya, depa masih meneter marrr

IMG_8330

Kathy pulak macam left behind, tapi tak dia yang terasa. None of our stray cats (yang kita adopted bagi makan jaga mandi bagai) yang dok dalam red house, semuanya level2 kat porch jer. Depa yak shihi pun bukan di rumah, di luar seberang lautan jauh dari rumah. Gamaknya depa rasa dah dapat menumpang tidur, makan kat rumah ni pun dah syukur. Gitu kau kan.

IMG_8874

dan Kathy membesar dengan hensemnya. Bulu dia dah cantik sangat, apparently he s a male ler, bukan girl. but biak pi lah, nama ko malas nak tukar, carry je ler nama pompuan tu Kathy oiiiiii

skang dah ada Chanel, dia pun dah tak boleh masuk rumah. ada le 5min je dalam 24jam tu yang dia boleh masuk kot…

IMG_8339

Back to Mak Teh, selepas genap seminggu akhirnya dia dah adopted by RD’s fren. The whole anak beranak, 4 ekor. So aku pun bukaklah cage, dah tak perlu pakai dah. As promised, we dont intend to keep all of them, sebab depa masih menyusu jadi kita tolonglah bagi perlindungan. Now I dont have Mak Teh and 3 kittens.

IMG_8495

 naik tergeliat aku tengok Kak Pah ni tidur…ko tengok le pala dia tuh…rasa nak betulkan jer. Ini fasa2 yang Chanel belum ada, she s like the queen of the house.

IMG_8676

meanwhile, ai ada gak beli bembarang kucing lagik. Ini bed baru untuk kucing….once a week akak basuh. So dah ada 2 beds lah for Pah and anak2nya…depa stayed outside, kat porch.

 IMG_8877

Like i said Pah kan very the manja. so bila tidur pun dia akan datang tidur but nanti dia nak membuang, dia akan mengiau la mintak  bukakkan main door.

Depa pun dah level porch gak, so anak2 Pah yang 4 ekor tu, 2 mati. Sekoq mati masa Pah mempertahankan anaknya dari Mak Teh (maybe dia terkokak kuat anaknya something like that), aku ngah sibuk masak masa tu, tengok anak dia dah nyawa2 ikan jer. Tak de kesan darah.

Esoknya sekor lagi anaknya mati, kali ni ada kesan darah, aku suspect ada kucing yang gigit. Yelah selain Kathy ada lagi stray cats lain yang suka datang rumah kami ni untuk menumpang makan sama.

but lain hari pulak laki aku kantoi tengok si Kathy dok ikut bontot anak pah and cuba nak mengkokak gigit anak orang! hah kan dah kena ketuk pala ngan RD! Ko ni Kathy….

but now dah few weeks already, both Kathy and Sharifah (Pah) also the 2 kittens dah fren fren lah. Yelah depa berempat je yang dok kat porch tuh….

 

IMG_8708

the king and queen of the house….skang semua dah turun takhta

IMG_9555

coz now the diva the queen the princess goes to Chanel. The moment Chanel datang je, aku potty train dia inside my bathroom, but after 2,3 hari terus pindah bawah coz dah takde sapa kat bawah. First week kita kenal each other, dia pun cuba nak belajar rounding satu rumah, specially on the potty training lah, itu wajib. so far, dia dah lulus.

IMG_0090

only Chanel jer yang indoor, unlike the 4 tu semua dok kat porch and she pulak tak boleh keluar dari rumah. Level dia intai kat pintu je…laki aku cakap ko tu puteri lilin, anak kandung, yang kat luar tu anak angkat..jadi ko tak boleh keluar! hahahahah

IMG_0092

well because masa kita terima dia, she s only 2 months and we dont have her exact birthday date, we declared 18 July 2016 as her 2 months birthday lah. Senang cerita. By 18 Aug is 3 months.

IMG_0187

because she is supermanja, satu perangai dia yang obvious ialah she cannot be left alone. hari tu aku naik atas, dia dok bawah sorang2, menggelupur dia dok naik atas sama, if laki aku sorang2 pun kat rumah, dok dalam toilet, pun dia dok dalam toilet sama tunggu. Kalau mandi, dia dok le tunggu depan bathroom tuh.

Time tidur lagi le, betul2 nak kena berdodoi dan kena pegang2 dia, usap2 dia. Dia akan dok mengendeng sebelah ko till dia tidur.

Kakak cakap, ini dah standard anak number 4 ko ni Chanel, dah boleh Chanel binti Ami Shamril ler macam nih!

IMG_0535

collar tu terpaksa pakai coz bila tak pakai aku tak jumpa dia kat mana. If malam2 gelap, nak suh dia masuk ‘her house’ agak payah mencarik ngan kaler kelabu gini, udahlah kecik lagik.

Jadi sekarang ni akak ada sekoq ni la indoor cat, my intan payung sangat. Food dia (compared ngan food 4 ekor luar, pasir pun) high standard sikit kot. Kesian Kak Pah, terus dilupakan hiks…

She makan blackwood, her pasir pulak is pine wood (please check my ig ada tutorial videos on pine wood, the BEST!!!). We should be taking her for vacci by this week, rasanya weight dia dah boleh for vacci nih and so on lah.  CHOP! TO UPDATE: SUDAH VACCI!! Dah bermandian, tu abang’s job. Bersihkan pine wood, biasanya aku, lagi kemas dan lagi details, if RD or abang yang buat, agak tak berapa up to my standard, still ok cuma i said compared than me lah. Kakak and Zeeshan kerjanya main ngan depa jer lah.

For Pah’s kittens yang 2 ekor tu, tak bernama lagik, pun akak tak intend nak keep it, if anyone nak, please buzz buzz akak. Depa dah boleh putus susu, eh Chanel masih lagi bersusu, i beli dari pet shop lah.

What a long storyyyyyyyyyyyyyyyyy about my 5 cats. Dari 12, jadi 11, terus 5 jer.

Comment: 8

Missing Kathy…

 

IMG_3743

 Zeeshan and his bestfren. Bila depa 2 main, tak leh tinggalkan coz Zeeshan agak rough ngan Kathy tuh. Cara dia dukung pun masih lagi tak betul hahahaha, macam tu le dia dokong dak kecik tuh yek…

IMG_3747

 Kathy ni aku rasa masa dia belum datang Red House dia adalah makan makanan biasa yang manusia makan, coz asal dia kat dapur je dia punya mengiau wohai. So bila kita bagi ikan ke ayam memang kenyang suka btul dia makan, but if the cat food yang kita hidang tu, dia makan2 ler gak but kalau dapat ikan sebelah itu lagi dia bedalnya.

IMG_1784

Sekarang dedua dah gang. Aminah dah boleh terima le Kathy at the house, Kathy pun dah tau cara mana hidup dalam Red House, the rules is no wiwi shishi yakyak di Red House, maybe dia dah tengok cara Aminah bawak diri. Bila kita panggil ko masuk, hah masa tu bolehlah kalian berjimba dalam rumah. if not kena dok kat porch ler…

IMG_1857

Aminah as you tengok, akan suka membuta di dalam rumah asal ada peluang. Hari tu my family pergi tengok X-Men (tinggal aku ngan Zeeshan jer) sampai ke dapur dia dok tidur teman aku kemas dapur. Elok je perangai budak nih.

IMG_3923

 Ini dia lari dari bilik abang, teman Zeeshan tidur, coz ada aircond. Dia pun pencinta aircond gak si Aminah nih yek

IMG_3761

For Kathy dia tak suka tidur atas sofa, dia suka tidur celah atas lantai sejuk gamaknya…ini dedua dah terbungkang while aku ngah buat keje blog, malam minggu.

IMG_3734

Dan kisahnya last week kami hilang Kathy for about 2 days. Last aku tengok dia waktu pergi kerja but pastuh semua tak nampak dia dah. I was so worried makan minum dia, kalau orang amik tu mungkin kita akan terasa jugaklah but kot le dia sesat bagai. Selepas 24jam tak balik jugak rumah, Abang buat round satu taman. In fact aku dah bagitau guard of our taman to look around gak, jejiran sebelah2 aku pun aku dah siasat. Masih takde yang nampak.

Rupanya abang jumpa dia kat satu rumah ni yang tengah reno, dia dok situ, sesat sangat ler tu, satu lorong jalan kita pun. Abang angkut dia bawak balik, dia punya makannnnnnnnnnnnnnnn ngap ngap ngap, hah melapau ko yek.

Sila belajar yek, bau lebih sikit Red House tuh ko jangan ler asyik hilang jer, boleh luruh jantung mak merah Kathy oi…specially Abang, apatah lagi Zeeshan.

By the way, abang baru siasat, Kathy is actually a jantan hahahaha…ater nama kamu Kathy, biak pi ler heh.

Comment: 3

One more kitty please…

IMG_8222

 

Bercerita kita pasal the kekucing kita pulak lah yeah. Hai QuPuteh ni berapa kali mandi pun tetap gak badan dia comot capuk. Pasalnya main luar, main pasir ke hapa, ada sekali dia balik rumah dengan basah kuyup pas main hujan ke kau…mencekik ke main tak pandang kiri kanan. Tau lapau ko yek.

Ini malam yang dia merendek dok menyibuk nak tengok sama tv, sesambil aku blogging gak….

Tapak kaki kau omanghaik, tapi kaler je buruk, bersih actually.

IMG_8224

yang ni memang tak nak kalah ler kan, dia pun menebeng sama. Tu dia ngah tidur, pastu aku tetepuk badan dia (macam tepuk badan baby tidur) terjaga le kejap, then sambung balik membongkang. Aminah ni ada rasa tak malu sangat, satu rumah dia boleh lepak membuta….tak macam QuPuteh, tu batasnya kat bawah  je, dia takut sangat nak naik atas.

IMG_8242

ha macam ni, memang tidur tak hengat….aku rasa dia pun dah pasrah yang anaknya mati keguguran so dah takde kantung baby dalam perutnya…

Aminah ni suka tidur kat sofa or even atas katil, hari tu aku demam, dia le yang tidur sama teman aku demam. hehehe…siap kongsi2 blanket lagi

IMG_8243

hok sekor lagik nih, tidur matik gak kalau dapat masuk dalam, tapi dia tak suka tidur sangat kat sofa, so carik lantai sejuk jer…

once a while dalam sehari memang kita akan bukak pintu bagi depa masuk, bosan le jugak dok kat porch tu kan. Kadang2 sampai berejam2 dok dalam rumah, kalau tetiba depa dah kat pintu mengiau2 means depa dah time nak makan or nak pi menunaikan hajat kencing berak ler (itu memang kat luar rumah, kat tepi jalan longkang macam tu ler, jauh dari our house).

IMG_8679

adakalanya depa berdua tu akan dok kat bilik abang, teman abang belajar. Abang angkut depa 2, tutup pintu biliknya so depa 2 ekoq tu tak merayau sangat, depa akan mengadap je muka abang tu kalau boleh pada abang ler. Tak lama, max pun sejam. Cukup time nanti abang bawak letak depa kat luar balik. Ataupun nanti depa sendiri mengiau untuk keluar for their ‘hajat kecil besar’ :)

IMG_8296

This is the  new bed for them. Aku beli online jugak, Hah antara barang baru kat rumah ler. Yang hari tu barang2 mop korang tanya bagai tu, akak beli kat Lelong.com.my , yang bed ni kat Groupon. Kalau kat Lazada pun ada gak barang akak beli, banyakkkkkkkkkkkkk sangat from them but depa ada screwed up buat hal ngan barang aku, terus aku ban dah Lazada tu. No more dah le nak menyopping kat depa. They took over 2 weeks to refund, dengan bebudak helpdesk depa yang jawab macam pakai machine je tuh. Hish…So annoying.

By the way aku ni ngah ada darah2 dah jiwa nak membela baby2 kittens sekarang nih. Kalau dah pencinta kucing, lama mana pun tetap akan kembali ke asal. Untung kami coz tetiba ada Aminah and QuPuteh datang rumah ni terus kami bela, so alhamdulillah. tak perlu mencarik. Tapi depa dah besau. Datang2 depa masa tu terus berjimak.

So kalau dapat yang pussy kekecik comel tu kan…syok nih. Laki aku tak tau lagi  ni (if he reads this mau dia jawab oo no no no), but alah, leh pujuk kawtim, 3 VS 1 tu hahaha…so kalau korang ada little pussy nak sedekah jariah akak jagakan, meh lah. I just want 1 jer, 2 alhamdulillah, 1 pun dah syukur.

 

Comment: 8

Recap for my 3 weekends…

 

IMG_4878

wah kau, sedap nampak landing atas tuh, carik apa??? Eh budak Aminah ni tak pregnant la, aku tak nampak pertambahan kebesaran perutnya. Unless dia memang mengandung perut kecik kan, so not sure. Idok le aku bawak pi jumpa vet pun.

hari tu pagi2 buta subuh tu, dia boleh terlepas naik ke atas, and pastu aku masa tu ngah sayup2 mata, terkejut je tengok dia ada sebelah aku. Sempat dia kejut aku dengan cara mengscracth sebelah katil merah aku huwaaa…ko ni pun nak kejut agak2 ler. pastuh dia tak nak pi dok bilik lain ke hapa, dia dok je kat lantai sebelah aku tuh.

Ada gak one day sampai ke toilet dia ngekor aku, siap duduk lagi kat lantai tengok aku memerut hahahaha but bila dia nampak Zeeshan je terus dia menyorok dalam walk in wardrobe. Ngeri betul dia ngan Zeeshan hahahahhaa

IMG_4879

seguni seminggu punya ironing, all done by yours truly. rutin.

IMG_4885

peneman ironing, tapi masa ni tangan dia dah sakit gak, belah kanan tuh….

IMG_5010

di weekend lainnya, pun sama jugak. kiri ironing, kanan kena lipat.  pun dedua aku buat solo gak, berejam gak lah coz mata sesambil kat tv, anak2 ada jobs lain kena buat gak but taun ni depa kurangkan sket buat kerja rumah coz banyak school things,tuitions sort of so tak perlah.

Laki aku pun weekend memang job dia vacuum and mop satu rumah.but except tv and kitchen, itu hehari kena sapu and mop, Zeeshan punya makan nasi je boleh bergemah merata.

 

IMG_5002

dan jugak last week too, ada isu air kat Cheras. rumah aku affected gak. Kalau paip lain tak kisah, ada direct dari tangki with pump tuh, but kat sinki, tu direct bukan dari tangki so sama ada air slow nak mamp or takde langsung. Jadi for that one day tu memang takde air langsung, air kencing lagi kuat ler diibaratkan. So kumpul2 and Abang angkut semua dalam baldi, basuh kat dalam bathroom, lagi laju aman dan cepat pantas kerjanya.

Frankly speaking, aku maleh kuor rumah le sejak dok Red House ni. Lelagi takde maid kan, lagi lah bahagianya dok rumah. Kita pun jarang kuor makan luar, wkend biasa pun memang aku masak, kalau supper jer baru beli kat luar tu macam burger for the kids tu kan.

IMG_4899

beginilah yeah kalau dah makin tua makin pelupanya laki aku hah….RM700 tuh dok dalam pusing wachine machine. Nasib baik ler alhamdulillah lembab, tunggu kering jer. Kalau sama hancur. Hah…bukan rezeki. Ada yang tanya kenapa tak letak dalam wallet, thing is he baru lepas cucuk duit kot masa ni, wallet pun ada duit gak tu pasal dia letak je dalam pocket. Duit ni memang duit aku pulak tuh, aku yang suruh cucukkan (aku kan pemalas nak pergi ATM bagai nun), jadi takde maknanyalah kalau sapa jumpa dia dapat, coz dah memang pun duit aku hahahaa….cuma kalau hancur berderai ni laki aku kena double up kan ler kan..

IMG_4985

aku dok pelik napa ler jem sesak betul kat Permaisuri nun, i was on half day that Friday. Biasa le orang parking untuk solat Jumaat but masa tu dah 2 lebih pun, awat jem lagik, rupanya semua kereta u turn back, tak boleh nak lalu. Luckily ler ada laluan uturn sebelum cement truck ni sangkut. Ko tengok, dia dok bergesel sudah sama itu 2 kereta kiri kanan, tak lepas. Tak boleh ler pulak nak salahkan truck coz both cars pun illegal parking, but the cement truck pun tak boleh gak nak lepas, cuma waktu lalu tu memang salah ler, donno  ler since what time pulak stranded. Aku pun terus pusing ler lalu ke Bayu Tasik, nasib baik le ini territory aku dah tentu aku tau mana jalan selok belok nak celah bedah.

IMG_4995

Always have pens and papers in your car. For me aku sentiasa ada 2 helai kertas ni, satu for my number satu lagi untuk number laki aku. At his car pun aku ada buat sama jugak, so in the event ko kena double park, letak je lah kertas ni. Dulu aku tulis2 gak but asyik tulis jer, hish buang masa jadi terus sesiapkan nih, by default jer. Life is eazy if u menyenangkan orang, coz kita pun salah double park.

Ini case aku pi jumpa optician, kena le double park. Kat Permaisuri tu tak pernahnya tak kena double park. Kan kes mata aku yang rabun jauh rabun dekan. so aku pi buat la gak spek yang 2 in 1 tuh, the multifocal or progressive lens. Aku baru buat satu frame dulu, lagi 1 frame will be later. Aku beli frame asing, tapi aku hantar kat optician aku nih, He s very nice apek, lama dah aku jadi customer dia. Besides aku pi tempah contact lens aku gak, dengan dia dah lama so dapat harga pun agak harga lama lah, tak penah dia charge aku harga gst or harga baru memahal tuh. Kena buat lebih frames coz aku bukan jenis bawak spek merata2. So satu kena ada kat atas, satu lam keter satu kat bawah, satu kat opis, macam tu ler.

IMG_4718 (2)

Among my bembarang ordered online. Lama pulak aku tak menayang barang2 yang aku beli kan…

Carpet belakang tu, dijemur, jadi aritu musim hujan, so jemur dalam rumah le pulak. Takkan ler korang tak pernah nak jemur kain baju dalam rumah pulakkan, dah berlipat pun carpet tuh, simpan, Raya nanti kita bukak hahahaa…so far dah 4 carpets aku simpan. Menyapu lagi mudah dari mengvacuum.

IMG_4724

one from the items I bought online.

Yang buat aku pilih palette ni coz of the green, in my collection belum lagi ada this green, tak pakai pun lagi, but collecting is a must ler kan. Masalah bila nak pakai, not your problem, that s my problem. :)

 

Comment: 5

Cik Aminah Encik Qu…

IMG_1043

suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….

IMG_1035

bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.

IMG_1552

Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…

IMG_4140

so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…

jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…

IMG_1593

Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.

IMG_4085

masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler.  Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…

IMG_4083

ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…

IMG_4090

aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!

Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?

Aku tak nak bela dah kekdahnya…

IMG_4095

ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.

One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.

 IMG_4390

hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…

tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.

Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.

Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…

Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.

Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.

Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…

tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.

Comment: 10