QuPuteh

Perginya QuPuteh and the new Kathy…

IMG_0704

RIP QuPuteh. He s gone. Petang Jumaat lepas Asar lepas 22 April 2016, telah pergi dan matinya seekor QuPuteh. To recall sejarahnya, QuPuteh datang Red House sehari 2 selepas Aminah datang dan depa ‘berjimak. Sejak itu QuPuteh pun jadi penghuni tetap dan kami anak beranak bela keduanya walaupun kita tak tau asal usulnya. Depa pun tak nak berganjak dari rumah kita pun. So depa pun berkelamin dan Aminah pun pregnant (but gugur on Feb lepas waktu kita tengah musim denggi). So pastuh bebaru ni Qu macam sakit and I didnt bring him to the vet, thot sesakit macam biasa jer. Yelah kot kena hujan ke demam ke apa kan, depa kan tido kat porch and jalan2 around taman our house, but of cos le mesti ada masuk rumah tidur baring gak memain with us.

So hari Fri tu aku leh nampak from the cctv yang abang tengah struggling to comfort Qu. Nampak benar dah nazaknya sangat si Qu. Abang called aku and i told him to let him go, biarkan dia pergi, coz aku tau dah tiba masanya Qu tu pergi. Memang abang pun masa tu dah meraung2 menangis, dia kan sayang sume kucing2nya, tak kira le apa binatang pun memang Abang pencinta sangat.

Betul dijangka, Qu pergi tak lama kemudian. Mendakap abang pada kucing kesayangannya. Haih sedinya. Sampai di rumah, abang dah placed him there, macam dalam gambar tu. So aku terus singsing lengan, bungkus dia memolek dalam suratkhabar and taruk dalam big towel. I asked him to go to his nenek’s house and uruskan tanam kat situ. Sebak2 abang, muka dah sembab bengkak bagai.

IMG_0712

Dia menyangkul and kebumikan kucing kesayangannya. Sedih sangat abang. Tapi pasan tak sebelahnya tu ada kucing, ha itu kucing baru 4, 5 bulan rasanya dok berkepit ngan abang. Dok tanya makcik and neneknya, if ada tuan, dan depa kata can take ler kalau nak. Hah, laju ler dia bawak balik. How la ai say nope kan, anak aku ni baru je mati kucingnya, so biarlah if dia nak membela lagi. Kena mula dari awal lah, baru aritu aku cakap nak cari sekor kekecik, hah dalam cara macam ni dapatnya.

IMG_0721

so dah few days lah kucing ni jadi teman di rumah, cuma Aminah asyik bergaduh je le ngan dia. Yelah Aminah tu kan rasa dia the queen of the house, pastu datang sekor lagi betina, ko pehal kan. Dahlah aku baru mati laki kot. Hiks..The new kitty ni kita namakan dia Kathy. Susah sangat abang nak letak namanya so masa kita tengah lelepak buat photoshoot tu dari Cat Cat Cat hah Kathy udah.

IMG_0845

Blackie ni kucing masa kat studio yang kita buat shoot, 12 jam kat situ so seronok le kami anak beranak dapat main ngan Blackie yang sangatlah active dan meriah. Udahlah abang baru pas mati kucing kan, so dia recovered sikit ler dapat kawan kecil kat sini.

IMG_0991

dan this Kathy dah start memanja and pandai le bawak diri sikit2. Sedap je lah abang kakak memain ngan dia nih, Zeeshan tu jangan dibagi kucing, dia kasar sikit haih..

IMG_0992

cuma kita perasan dia ni jalan dengkit2 sikit, bila kita main tali, dia tak larat nak melompat yet umur baya gini suka lagi memain kan. So belek telek tengok rupanya celah kelangkangnya dah macam lebam bengkak. Alahai kenapa pulak le ko nih. Entah ler tak tau ngapa, kena langgar ker or kena pukul bedik ke. Dah malamnya baru pasan so aku suh letak le minyak gamat, mana tau lebam tu baik sikit.

IMG_0988

steady je dia, nak jugak dia kejar train Zeeshan tu tapi dek kakinya sakit tu kan so dia lepak je lah. Masa depa main train ni, abang ngan Aminah tengah tidur kat atas. For Aminah, aku queen and ko junior lagi so jangan nak diva sangat kat rumah ni gamaknya. Macam ari pertama aritu si Aminah dok mendengus2 marah ngan Kathy hoh.

But tu lah kita bagi time lagik, tengok camne. Memoga depa leh get along ler and also abang pun dalam proses pemulihan untuk kematian QuPutehnya. Now ada Aminah dan jugak ada Kathy, meriah gak la. Aku pun dok kekejap carik depa 2, specially Kathy nih yang baru lagi kan, she loves lah kita pepeluk usap2 palanya.

Apapun, sedih lagi kami dengan perginya Qu, terima kasih atas kasih sayang mu QuPuteh, you will be missed.

Comment: 2

One more kitty please…

IMG_8222

 

Bercerita kita pasal the kekucing kita pulak lah yeah. Hai QuPuteh ni berapa kali mandi pun tetap gak badan dia comot capuk. Pasalnya main luar, main pasir ke hapa, ada sekali dia balik rumah dengan basah kuyup pas main hujan ke kau…mencekik ke main tak pandang kiri kanan. Tau lapau ko yek.

Ini malam yang dia merendek dok menyibuk nak tengok sama tv, sesambil aku blogging gak….

Tapak kaki kau omanghaik, tapi kaler je buruk, bersih actually.

IMG_8224

yang ni memang tak nak kalah ler kan, dia pun menebeng sama. Tu dia ngah tidur, pastu aku tetepuk badan dia (macam tepuk badan baby tidur) terjaga le kejap, then sambung balik membongkang. Aminah ni ada rasa tak malu sangat, satu rumah dia boleh lepak membuta….tak macam QuPuteh, tu batasnya kat bawah  je, dia takut sangat nak naik atas.

IMG_8242

ha macam ni, memang tidur tak hengat….aku rasa dia pun dah pasrah yang anaknya mati keguguran so dah takde kantung baby dalam perutnya…

Aminah ni suka tidur kat sofa or even atas katil, hari tu aku demam, dia le yang tidur sama teman aku demam. hehehe…siap kongsi2 blanket lagi

IMG_8243

hok sekor lagik nih, tidur matik gak kalau dapat masuk dalam, tapi dia tak suka tidur sangat kat sofa, so carik lantai sejuk jer…

once a while dalam sehari memang kita akan bukak pintu bagi depa masuk, bosan le jugak dok kat porch tu kan. Kadang2 sampai berejam2 dok dalam rumah, kalau tetiba depa dah kat pintu mengiau2 means depa dah time nak makan or nak pi menunaikan hajat kencing berak ler (itu memang kat luar rumah, kat tepi jalan longkang macam tu ler, jauh dari our house).

IMG_8679

adakalanya depa berdua tu akan dok kat bilik abang, teman abang belajar. Abang angkut depa 2, tutup pintu biliknya so depa 2 ekoq tu tak merayau sangat, depa akan mengadap je muka abang tu kalau boleh pada abang ler. Tak lama, max pun sejam. Cukup time nanti abang bawak letak depa kat luar balik. Ataupun nanti depa sendiri mengiau untuk keluar for their ‘hajat kecil besar’ :)

IMG_8296

This is the  new bed for them. Aku beli online jugak, Hah antara barang baru kat rumah ler. Yang hari tu barang2 mop korang tanya bagai tu, akak beli kat Lelong.com.my , yang bed ni kat Groupon. Kalau kat Lazada pun ada gak barang akak beli, banyakkkkkkkkkkkkk sangat from them but depa ada screwed up buat hal ngan barang aku, terus aku ban dah Lazada tu. No more dah le nak menyopping kat depa. They took over 2 weeks to refund, dengan bebudak helpdesk depa yang jawab macam pakai machine je tuh. Hish…So annoying.

By the way aku ni ngah ada darah2 dah jiwa nak membela baby2 kittens sekarang nih. Kalau dah pencinta kucing, lama mana pun tetap akan kembali ke asal. Untung kami coz tetiba ada Aminah and QuPuteh datang rumah ni terus kami bela, so alhamdulillah. tak perlu mencarik. Tapi depa dah besau. Datang2 depa masa tu terus berjimak.

So kalau dapat yang pussy kekecik comel tu kan…syok nih. Laki aku tak tau lagi  ni (if he reads this mau dia jawab oo no no no), but alah, leh pujuk kawtim, 3 VS 1 tu hahaha…so kalau korang ada little pussy nak sedekah jariah akak jagakan, meh lah. I just want 1 jer, 2 alhamdulillah, 1 pun dah syukur.

 

Comment: 8

Cik Aminah Encik Qu…

IMG_1043

suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….

IMG_1035

bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.

IMG_1552

Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…

IMG_4140

so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…

jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…

IMG_1593

Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.

IMG_4085

masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler.  Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…

IMG_4083

ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…

IMG_4090

aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!

Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?

Aku tak nak bela dah kekdahnya…

IMG_4095

ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.

One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.

 IMG_4390

hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…

tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.

Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.

Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…

Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.

Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.

Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…

tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.

Comment: 10