Perginya QuPuteh and the new Kathy…

IMG_0704

RIP QuPuteh. He s gone. Petang Jumaat lepas Asar lepas 22 April 2016, telah pergi dan matinya seekor QuPuteh. To recall sejarahnya, QuPuteh datang Red House sehari 2 selepas Aminah datang dan depa ‘berjimak. Sejak itu QuPuteh pun jadi penghuni tetap dan kami anak beranak bela keduanya walaupun kita tak tau asal usulnya. Depa pun tak nak berganjak dari rumah kita pun. So depa pun berkelamin dan Aminah pun pregnant (but gugur on Feb lepas waktu kita tengah musim denggi). So pastuh bebaru ni Qu macam sakit and I didnt bring him to the vet, thot sesakit macam biasa jer. Yelah kot kena hujan ke demam ke apa kan, depa kan tido kat porch and jalan2 around taman our house, but of cos le mesti ada masuk rumah tidur baring gak memain with us.

So hari Fri tu aku leh nampak from the cctv yang abang tengah struggling to comfort Qu. Nampak benar dah nazaknya sangat si Qu. Abang called aku and i told him to let him go, biarkan dia pergi, coz aku tau dah tiba masanya Qu tu pergi. Memang abang pun masa tu dah meraung2 menangis, dia kan sayang sume kucing2nya, tak kira le apa binatang pun memang Abang pencinta sangat.

Betul dijangka, Qu pergi tak lama kemudian. Mendakap abang pada kucing kesayangannya. Haih sedinya. Sampai di rumah, abang dah placed him there, macam dalam gambar tu. So aku terus singsing lengan, bungkus dia memolek dalam suratkhabar and taruk dalam big towel. I asked him to go to his nenek’s house and uruskan tanam kat situ. Sebak2 abang, muka dah sembab bengkak bagai.

IMG_0712

Dia menyangkul and kebumikan kucing kesayangannya. Sedih sangat abang. Tapi pasan tak sebelahnya tu ada kucing, ha itu kucing baru 4, 5 bulan rasanya dok berkepit ngan abang. Dok tanya makcik and neneknya, if ada tuan, dan depa kata can take ler kalau nak. Hah, laju ler dia bawak balik. How la ai say nope kan, anak aku ni baru je mati kucingnya, so biarlah if dia nak membela lagi. Kena mula dari awal lah, baru aritu aku cakap nak cari sekor kekecik, hah dalam cara macam ni dapatnya.

IMG_0721

so dah few days lah kucing ni jadi teman di rumah, cuma Aminah asyik bergaduh je le ngan dia. Yelah Aminah tu kan rasa dia the queen of the house, pastu datang sekor lagi betina, ko pehal kan. Dahlah aku baru mati laki kot. Hiks..The new kitty ni kita namakan dia Kathy. Susah sangat abang nak letak namanya so masa kita tengah lelepak buat photoshoot tu dari Cat Cat Cat hah Kathy udah.

IMG_0845

Blackie ni kucing masa kat studio yang kita buat shoot, 12 jam kat situ so seronok le kami anak beranak dapat main ngan Blackie yang sangatlah active dan meriah. Udahlah abang baru pas mati kucing kan, so dia recovered sikit ler dapat kawan kecil kat sini.

IMG_0991

dan this Kathy dah start memanja and pandai le bawak diri sikit2. Sedap je lah abang kakak memain ngan dia nih, Zeeshan tu jangan dibagi kucing, dia kasar sikit haih..

IMG_0992

cuma kita perasan dia ni jalan dengkit2 sikit, bila kita main tali, dia tak larat nak melompat yet umur baya gini suka lagi memain kan. So belek telek tengok rupanya celah kelangkangnya dah macam lebam bengkak. Alahai kenapa pulak le ko nih. Entah ler tak tau ngapa, kena langgar ker or kena pukul bedik ke. Dah malamnya baru pasan so aku suh letak le minyak gamat, mana tau lebam tu baik sikit.

IMG_0988

steady je dia, nak jugak dia kejar train Zeeshan tu tapi dek kakinya sakit tu kan so dia lepak je lah. Masa depa main train ni, abang ngan Aminah tengah tidur kat atas. For Aminah, aku queen and ko junior lagi so jangan nak diva sangat kat rumah ni gamaknya. Macam ari pertama aritu si Aminah dok mendengus2 marah ngan Kathy hoh.

But tu lah kita bagi time lagik, tengok camne. Memoga depa leh get along ler and also abang pun dalam proses pemulihan untuk kematian QuPutehnya. Now ada Aminah dan jugak ada Kathy, meriah gak la. Aku pun dok kekejap carik depa 2, specially Kathy nih yang baru lagi kan, she loves lah kita pepeluk usap2 palanya.

Apapun, sedih lagi kami dengan perginya Qu, terima kasih atas kasih sayang mu QuPuteh, you will be missed.

Comment: 2