Melaka’s wedding…

IMG_0296

Kalau jalan jauh, kira Melaka tu jauh ler. dengan tengahari panas, dan kenyang, memang ketiduran le sudahnya depa 2 orang nih. Kejap tu mak ajah pun join tidur sama gak. Kakak je takde dalam ni, pagi tu laki aku dah hantar dia ke UPM sesiap ada kelas Mummy Deeba tu ler, Science and English.

IMG_0301

Let s tengok closely…kemain ko kepit motor ko dik

IMG_0304

rapat lagi tengok hah…sakan ko. Pastu mak aku amik toy dia tu pepelan. Baliknya, dia kepit air botol ice lemon tea bapaknya, kepit yang semua orang tak boleh amik. Dia tak minum pun, cuma dia tak nak orang amik, kedekut betul ko dik.

lagi le mak aku menyakat…

IMG_0314

My green accessories, cantik nih. satu set dengan earrings lagik. Ko jeling mummy napa bang?

SAM_1557

Dah sampai Melaka, di Bertam to be exact…ada wedding, merah putih yek dia punya tema

SAM_1561

My makcik. dulu kami rapatttttttttttt sangat2. Tapi yelah, jodohnya dengan pakcik aku tak lama, tapi masih lagi kami datang panjangkan ukhwah untuk perkahwinan anaknya.

SAM_1565

Mak aku cam biasa, dia ada 8 anak, so dia petik je sesapa yang dia nak pikir bawak ke Melaka ni. Ke mana2 pun, kalau dia nak pi, dia petik je 7 anaknya nih (yang sulong jarang dipetik,jarak jauh). Eh abah aku patutnya ikut sama, tapi last min tukar plan, ada hal lain. mak aku je ikut

SAM_1568

Rumah ni pun dah berpuluh tahun aku tak jejak, semenjak depa berpisah…

SAM_1570

Ini pakcik kami, adik mak aku. Taklah dia menetap di sini, tapi untuk wedding anaknya ni, of cos lah dia ada sama meraikan, walaupun dalam keadaan tak sihat. Tapi uncle aku ni sokmo kuor blog aku pun, coz memang every year balik Melaka akan visit him too

SAM_1572

budak ni magnet kecil aku hari ni, ko bangun dik, dok ngan apak ko boleh, biar nenek dok sini

SAM_1579

ni sorang lagi, nak amik food buffet pun nak mak temankan. Apa le yang korang nak malukan, takde nya awek2 nak tengok ko bang. Budak2 baya ni rasa macam depa ni jadi perhatian je kot. Aku lupa le masa aku umur 14 camne masa kat meja buffet. jarang kot dapat pi makan wedding buffet zezaman mak dulu hahaaaa

SAM_1582

my pink baju, from Zalora, cant remember aku penah pakai ni ke tidak, rasa macam tak pernah. Tapi ada kaler hitamnya ye aku pernah pakai

 SAM_1590

my job is menyuapkan anak kecik aku makan. Menu sedap, sambal ikan keli. Abang and apaknya makan tak hingat punya 2,3 ekor. Zeeshan pun makan nasi ngan ikan keli tu kay, sedap ammi sedap katanya…

SAM_1589

tangan kanan mak penuh nasi, jadi lengan kiri mak kau, tolong ko singsing naikkan ke atas yek bang…baru anak soleh sikit.

SAM_1599

mak mithali lagik, anak paneh, hah berblow blow le maknya. kipas tangan tertinggal dalam kereta dan bapaknya tak kuasa nak pi patah amik kat kereta. so pakai kuasa kuda mulut aku le bagi angin kat budak kecik ni.

tu masih menyuapkan Zeeshan, 2 plates yek dia makan kat kenduri ni, penangan ikan keli sedap

SAM_1600

Pengantin lelaki dan group emm…group silat ke hapa ni, group kompang kot

SAM_1604

the families of mak ajah…adik beradik anak sedara mak semeja kita. adik beradik aku yg lain tak balik ler…kan dah cakap, mak aku petik aku, jadi kami le yang membawaknya

SAM_1606

Pengantin lelaki dan adik pompuannya berduet karaoke

SAM_1609

Pengantin lelaki is my cousin, tak berapa rapat but kalau jumpa kat KL tu kenal ler kot…

SAM_1612

Mak dan adik perempuanya too…eh baru ada gambar sang suami ku hahahaa…dia dok galik jadi photographer using our new Samsung tuu

SAM_1616

yeah 2 ekor ikan keli, untuk mak merah meratah. aku korek isinya jer. aku baru nak makan setelah 2 plates bagi Zeeshan makan hahhh

IMG_0324

sibuk je pala bapak ko tu dik….

SAM_1624

dan dah time untuk pulang, huru hara nak amik gambar le hai….sebelum masuk highway kita beli goreng pisang le kuih muih, buah2 bagai. Tapi traffic kat highway teruk sangat, jem + hujan….

dah ketentuan lambat betul sampai UPM untuk jemput kakak. agak dalam sejam jugak ler kakak menunggu.

SAM_1633

dan bersempit kami dalam kereta dari UPM ke Cheras coz kawan kakak dok tumpang sama. Entah le, mak paknya tak cakap pun kat kami the parents nak tumpang, tetiba je kakak cakap. So memang sempit ler kan, itupun Zeeshan duduk dengan abang kat depan. Best if parents bagitau communicate dengan parents sendiri kalau nak tumpangkan anak ke hapa.

Lagi proper. Jangan suruh anak2 ni communicate. Aku sound gak kakak aritu, next time jangan buat camni lagi, suruh mak ayah kawan2 kakak sendiri cakap dengan your parents, kita pun kalau nak tumpang kat mak pak orang, kita communicate ngan makpak dia.

Macam kes sapa dulu, sorang celebrity ni, dok suruh antar maid je cakap ngan parents pada kawan anak2 dia, hah lepas tu parents tu sound maid tu, ko suruh tuan rumah kau cakap sendiri, suruh makpak budak tu cakap sendiri. Amende le bz camne pun, budi bahasa tu pepandai le jaga sikit.

Mestilah kita akan tolong, kita akan tumpangkan cuma kita nak dengau le dari makpak sendiri yang cakap, budak2 ni semua akal pendek, kang mananya yang menipu ke hapa, kang ada claim kita culik anak orang ke, hish..tu pasal consent makpak untuk sekolah mesti datang cara bertulis, kalau dari kita among parents pun, kena ler over the phone or whatsapp. Soalnya, harus ada communication.

Moralnya, Melaka trip was fun. Sekejap dan full. Baliknya..Aminah menanti :)

Comment: 3