Gila punya sales ler Bath & Body Works nih!

Selepas seminggu aku dapat hadiah Bath & Body Works set tuh…aku jadi addicted, dok bertangga je kat kedai ni. Almost everyday. Pastuh, depa buat sale, dan jugak setiap hari ada macam2 jenis promotion.

Omeng!

IMG_0502

Promotion ni masih on going. Benda pertama aku beli bukan sumer ni pun, coz aku dah dapat the set kan, aku pi beli wallflowers. Yang pewangi rumah/bilik plug in tu. Hah tu benda pertama aku beli. Promo masa tu (masih lagi) was RM65, dapat the holdernya and the oil nya ler. Or kalau dah ada holder (yang plug tu) amik ler RM65 tu for both oilsnya.

 IMG_1358

So dah beli wallflowers seketul nih, aku nak test, ok ke tak dulu. If nak beli lagi ke kan. So  laki aku balik kerja (aku dah tidur) esoknya dia cakap, semerbak betul wangi bilik, sampai tangga dah berbau. Wah bagus bagus. Tapi aku tidak ler on benda ni 24jam, gila kau, mahei. Bila ada kat rumah jer lah, bila takde kat rumah tu off kan ler.

My room is quite big, bila dah leh bau sampai tangga, memang worth ler.

Ni si Pearly Iman ler yang racun. Hahahahha my BBW buddy, kita whatsapp borak pasal ni jer.

Pastu sok sok, aku dah jadi gang le ngan Sheila, Bath & Body Works Promoter (korang please look for her bila datang BBW KLCC), she will update me with the promotion. Pasal kan nak Christmas kan so hehari ada memacam promotion.

IMG_0504

Pastuh my gf, dia nak satu body mist tu, but kena le beli buy 3 free 1 kan (tengok promo from my 1st photo atas). Aku tak nak le beli sangat coz I already have 2 bottles (1 shimmer mist and 1 mist – dedua dapat dalam hadiah aritu), but nak tolong kawan ok ler, will buy 1. So lagi 2 botol, akan ada lagi 2 orang buddies kami le akan beli gak.

But satu malam tu masa aku ngah jadi mak arab aritu, Sheila BBW whatsapp cakap weekend tu punya promotion is semua mist is RM49, instead of RM73. Lagi better dari buy 3 free 1 tu kan, Apa lagik, kompem ler semuanya  nak.

So pagi esoknya, kita bank in terus kat acct Sheila. Ko nak suruh aku pi KLCC over the weekend? Oh memang tak rajin le hakak kan.

IMG_1362

Jadi transfered duit, ada  3 orang nak, aku punya amik yang hot selling ni ler, Mad About U. Masa ni aku tak pasan rupanya BBW ada hantar email bagitau. Skang dah lagi alert.  Pastu Monday bila masuk kerja, baru le amik dari Sheila. settled. She can be trusted.

Alright the next2 day nya, aku pun almost everyday le pi BBW.

Promotion dia berubah2 ok, hari tu body mist yang travel size, lotion, body shower, all at RM10. Ada orang borong berbakul2. Pun aku beli gak hahahhaa, 2,3 botol, my gfs too.

Tapi tu untuk sehari jer ler.

IMG_0996

So pastuh, aku dah aim the candle besau ni, seketul is RM120 – RM135. Ish ish, mahei kan, baik ler tunggu promotion. Itu weekend aritu, at RM80 seketul.

Then ada promotion lagi weekend tu, buy 3 free 2 for all items. If not yang promo lain is buy 3 free 1 kan but for mist jer. Hah, harus le ko nak buy 3 free 2 tu, which aku aim the candles and the shimmer. Aku giler shimmer.

Bebudak BBW ni pun ramai dah kenal aku, hehari datang spray shimmer dan checking on the promotions. Ada satu hari tu promotion dia was buy 1 free 1 for holiday set. Harga nya set tu RM159 ada 3 – shower gel, mist and lotion. wahliau. Yang set tu patutnya harga kalau individual is RM203, but jadi RM159 kan, so kalau 6 ko darab bahagi bagai, tak ke sebijiknya jadi RM26.50!!

Aku dah tempting gak ler nak beli satu set, aku nak 2 barangnya jer, mist and shower gel. Yang lotion 2 botol tu boleh jual, either ko nak jual harga sama promotion 26.50 or harga asal RM65 or RM50 pun dah untung kan.

IMG_0999

 

Tapi aku tak amik hahahahaha, coz eii tak leh takleh, aku dah aim yang buy 3 free 2.

Esoknya pulak aku datang lagik, promo lain, the other holiday items jadik buy 1 free 1. Omeng! Candles yang mahal aku nak tu, dah jadi buy 1 free 1, instead of RM80. Baik ler amik yang promo nih. Promo buy 1 free 1 hanya hari Friday tu jer.

So aku amik candle bagak ni – 1 dan percuma 1

Pastu aku amik lagi wallflowers 1 dan percuma oil isinya 1.

aku add up lagi 2 bijik wallflowers oil isinya so percuma lagik 2 bijik. Means bulan2 akan datang jimat ler kan. 4 bijik.

Dah, tak larat dah ni, kawan aku pun sama memborong. Rabak rabak.

Tapi shimmer punya promotion, aku nak gak, buy 3 free 2. Tapi BBW tambah lagi, buy 2 free 1. Ya Allah, gila camni. So aku amik yang paling rendah ler, dah melambak sangat nih, buy 2 free 1, only for shimmer.

Ini coz over the weekend, pun aku masukkan duit kat Sheila, suh dia uruskan. Nanti Monday aku amik.

Ini yang Sheila whatsapp, cuma tunggu kutip hari Monday jer…hari lain promotion lain, jadi kena cepat grab ler…Memang ini pun yang aku nak, shimmer. Bau pun sodap.

 

IMG_1186

korang boleh buy 3 get 2 free or even buy 2 get 1 free

tapi ni weekend lepas, dah abis ler. yang tinggal is buy 3 free 1. Tapi selagi lom abis xmas and new year, mesti ada promotion lain. Aku kalau tak perasan email BBW, Sheila je lah yang akan update aku. 

Bila carik korang carik Sheila, kena carik sampai dia datang kat ko, coz setiap promoters ada zon memasing. If promoter A datang ke area ko yang ada promoter B, promoter A kena bagitau yang customer request kita attend dia kat Promoter B. Cos sebelum aku picked Sheila as my promoter, ada sorang 2 promoter tu aku tak berapa berkenan, tak syok. Bila kenal Sheila, memang tak nak dah orang lain handle kita. Coz u need to ask lots of stuff bila beli bebenda mahal ni and tengok apa yang tips and recommendation dia ajar bagai. Dah 2 kali, ada promoters lain sound Sheila dedepan aku yang kenapa dia masuk zon depa, aku sound le balik. I asked for Sheila and I want her to serve me. Baru le promoter lain paham, kadang2 mungkin Sheila dah cakap yang aku request but ada yang tak dengar tak perasan, tu yang menyound. Dik, ingat je muka akak ni dik, hehari aku datang pun ko lupa, dah tentu aku carik Sheila jer.

IMG_1204

Tips untuk candle bagak ni, pasang 4 jam sahaja. pastu kalau nak pasang lagi, tunggu after few hours. Jangan lelebih 4 jam, katanya BBW ler. Elok la pun, kalau nak tahan 2 bulan kan hahahahaa…but if dah abis ni pun, kalau takde promotion, aku takkan beli, mahal sangat, baik rely on the wallflowers tu jer. Yang ni coz depa buat baik punya sale. Tu pasal aku sebat gak. Container ni jangan buang, leh bersihkan bila dah habis, pakai le letak bebenda lain. Make up ko ker!

IMG_1363

hah ni wallflowers untuk letak kat living dining hall, memang kuat bau diaaaaaaaaaaaaaa, sedap pun ye gak. Tips rumahtangga le ni kan gak. Yang kiri tu, untuk set lampu menyala automatically, so kita ada rumah ke takde rumah, dia akan menyala ikut waktu yang ko dah set. Dulu masa kat rumah VA aku sokmo pakai but pastu dah ke mana perginya. Ni pun beli baru bila pindah Red House, kedai 2 hinggit adajual, kedai DIY melambak ada. Murah jer. Jadi ada benda mahal ada benda murah ler rumah aku ni pun gak.

Speaking of bau kan, the mist or even shimmer, memang wangi ler. If ko pakai semalam, lepas tu esoknya ko bangun tidur, tapi jangan le mandi lu, masih ada lagi baunya (kata suamiku ler :P ), ini dah boleh kira penyelamat semua jenis perfumes gak nih, edp ke edt bagai, if this is the case.

aku jarang pakai kat opis or pi kerja coz memang ada stock perfumes pun kat opis or even kat kereta, but since shimmer dah ada 4 botol, harus semua tempat dapat setiap satu aku letak nih. Jadi kalian, pi le memborong, sempena depa ngah buat sale hehebat, abisla drop Bodyshop (depan BBW pulak tu memasing).

Jadi korang, entry ini adalah racun untuk korang pi beli sama. Ni pun aku ngah timbang kati nak pi amik shower gelnya lagik hishhh…

Comment: 6