Moh kemas the Red House…

Let s go to kemas the Red House entry pulak….

berasap le menunggu, berbulan punya cerita. Biaq pi lah…pun.

IMG_3947

Ini di Kenanga Wholesale. Aku tau laki aku aritu free, ada slot coz dia pas hantar abang yang course kat Shah Alam for the 2nd day tu, so boleh meraban kejap. For 1st day tu dah lepak rumah mak mertua aku kan.

Jadi day 2, dari Shah Alam he went to UIA, area sana, hantar the bulks of charity items. Super lega dah clear the stuff. Insyallah sampailah ke Cambodia lagi barang2 tu…

Lepas tu, terus depa bertiga pi Kenaga, first time for them…dapat gak lah Zeeshan pau bapaknya toys tu hah…

IMG_1040

aku suh beli accessories stands. but 2 benda berlainan. But my darling hubby dengan level confident yang tinggi, beli the same item, beza tinggi rendah. Grr…napa ler tak tunjuk gambar dulu sebelum bayar. Udahlah susah nak pi Kenanga tu.

Jadi yang panjang tu, hitam tinggi tu,simpan kat attic. Buat apa le sampai bebanyak, aku ada almari accessories gak…yang aku nak satu lagi tu, benda lain.

IMG_3948

Sedapnya 3 serangkai makan, I was at work…

IMG_3954

Pun makan lagik. Ini adalah hari yang mana mak ajah tak datang, tapi aku dah siapkan segala macam jenis lauk untuk laki aku masak. Lauk simple je pun, celup2 sayur dan goreng2. Semua laki aku malas nak buat. Abang Kakak pun dah tengok bapaknya malas nak masak, depa cucuk le order pizza…

Hah, pizza yek jalan penyelamat korang. Mak suh masak pun tak nak yek. Oh sebab beras habis, last person masak was Abang beras tu but he didnt tell us, tu yang bapaknya malas nak keluar masuk beli beras bagai. Order pizza lagi afdal yek…

 

IMG_1229

jadi hari yang berikut2nya, kita buat all out kemas rumah. Bapaknya sambung buat semua kerja frames…kalau ko tengok bilik abang tu, ada tilam katil bagai  nak terbalik, hah dia kemaskan gak. Tapi dia tak tukar position.

IMG_1230

Kakak tukar position, helped by supermak dia. Coz apaknya pun banyak kerja lain, abang too, jadi meh mak tolong angkat. Agak2 berat bagai tu, kita panggil the boys le angkatkan. Better la sikit bilik kakak, bila dah tukar position, lagi 6 bulan kita tukar lagik yek…IMG_1231

Yeap, ini dia buat solo. Aku ajak tukar position katil semua dia tak nak, he said nanti dulu….

oh speaking of the house gakkan, aku nak carik wall paper lah. Nak tambah 1 side at each of their rooms. Saje gatei…. nak recommend?

IMG_3856

also kita panggil the same abang contractor untuk tambahkan laundry’s ampaian, jadi double tu hah atas bawah dah, dulu satu jer. Pun kat porch tambah lagi 2. Then tambah lagi the red stand tuh, boleh gak letak bunga ke letak kipas of cos….the bestlah bang.

 

IMG_3869

Wall of Fame for our Red Family. But ini tidak ada kalian nampak di living or hall pun, duduknya kat attic. Ada 2 sides, love it, thanks husband for this.

IMG_3847

Position katil aku pun bertukar hehehhe….pun sama, lagi 3 bulan akan bertukar lagi, aku memang tak suka statik sama jerrrr…kena bertukar2 88 kali.

Ini pun settled by suami dan anak sulongnya. aku balik kerja eh dah siap…macih boys.

 

IMG_1355

almost done. Untuk yang rongak2 punya wall tu, kita khaskan untuk Zeeshan punya frames lah. He s the last of our product so zaman dia more to digital, tak banyak hard copy, jadi kenalah kami kumpul2 gambar (aku le kan yang kena buat) untuk send for printing. Baru leh letak lam frames.

aku kekira kan…ada 15lagi frames kosong dan jugak 15 lagi frames yang berisi gambar belum ditampal. In total about 30pcs. So boleh lagi 3 rows. All red frames ni, duduknya kat sebelah tangga to attic.

Yelah, most of the photos ni aku tak bertudung bagai, jadi biarlah dok kat atas so family members anak2 aku je yang tengok. Orang luar jarang le sampai ke atas kan…unless for tour. Udah2lah tour kot, dah 7 bulan pun kami pindah, tak yah le nak tour red house lagi ye dok :)

Frames job ni, settled by husband gak. lama giler dia nak siapkan, ada 3,5 bulan gak. coz dia buat benda ni kena berjam2, tak boleh 1-2 jam, tak cukup. Walaupun macam tampal jer, tapi ada le kerenahnya, janji siap.

IMG_1455

banyak job laki aku buat, semua ni settled sebelum kita pi holiday di Langkawi.  Aku tak boleh buat kerja2 balut buku ni, bosan. Dedulu aku buat ler, masa zaman2 laki aku travel sokmo takde kat KL ni, skang ni pass batton kat laki aku lah…lagipun tangan dia buat lagi seni cantik kemas, aku ni boleh tahan senget benget gak plastik tu aku buat.

 

IMG_4132

biasa aku jahit badge kakak, dan apabila ada viral pasal yang tampal ngan uhu tu kan, pakai iron bagai (technically laki aku yang first jumpa viral tu, dia lagi perati fb tu detaily dari aku), so terus dia kata better dont jahit.

Dah ko tak bagi jahit, hah bapak ko kena amik lagi job ni hahahaa

IMG_4072

ha see…apaknya buat ada skill. Tang ni je ler dia iron, ada selonggol baldi baju nak kena iron tu, dia jeling pun tidak, that s my job (or abang). Dah sekolah ni, memang lagi ler abang tak boleh buat, aku le yang buat semua tu.

ada yang viral lagi rendam baju pakai sabun Fruitale tu kan, hah tu pun aku buat gak. Bagus bagus, bagi lagi tips, ai will follow one. Aku kan supermak. Sabun tu rendam ngan air panas ngan kain baju sekolah putih tu ler. Jadi kotoran tu boleh hilanglah, cepat dan murah.

Biasa aku rendam, dalam 2 jenis baldi, for yang peputih kakaknya baju sek (and baju parents yang putih). satu lagi baldi for wewarna, baju sek abang and baju sek agama kakak and baju kerja parents. Molek ler benda yang memudahkan kita, jimat pun ye, harga sebuku sabun Fruitale tu baru 80sen.

Baju ni hazabnya tang  kolar dan tang lengan tu. Kalau diorang makan comot, lagi lerrrrr….duh.

IMG_4384

Pangkin RM500 yang kami beli kat IKEA. Dalam tu aku letak toto or quilt in case mak aku nak pakai sambil tidur kat bawah tu. ke untuk aku gak, ada sekali aku rasa sejuk sangat, walaupun tidur siang, so kena le ada quilt nih. Eh ceh, padahal sebelum tu letak kat bilik laundry jer.

Dan of cos, aku letak 1 basket of my baking accessories. Baking ni patut dah start last weekend, baker yang ngajar ada hal, padahal dah janji. Hish. Aku dah excited nak baking tau. My family too, sonok depa bila dengau rumah nanti bau kek plak, asyik bau candles jer.

ada banyak space lagik lam pangkin tuh.

IMG_4385

Boleh bukak katup. hari tu aku balik kerja dengar suara abang, tak jumpa mana le si panjang tuh, rupanya……….dia menyorok dalam nih! eii suspens je.

Yang Zeeshan pun sama, dia penah sekali gak menyorok, tapi bukan dalam pangkin ni ler, kat celah2 sejadah yang stand sebelah pangkin nih. Mementang ko kecik.

Pangkin ni for outdoor, boleh letak kat porch. I was jokingly gak cakap kalau Aminah beranak, hah bolehlah dia dok dalam ni ngan anak2 nyer kat porch tu hahahaha….sok kita cite pasal Aminah and QuPuteh yek, Insyallah.

Anway, buat masa ni dok kat kitchen lah, sedap dok kat pangkin macam nih, pastu ada kipas yang aku dah tukar tambah dari bilik atas sana sini, sejuk jer. Pangkin tu belah kirinya memang ada 2 tayar, yang kanan takde, jadi bolehlah angkat tarik untuk pindah2 ke mana bagai. Nak letak depan tv pun boleh if nak buat meja…ikut munglah korang.

 

Comment: 7