May 17 2017 Wednesday, 9:00 am
10 FREE Vouchers, Awesome Buffet Spread and Durian Truck at Buffet Ramadhan 2017 @ Bangi Golf Resort!
.
.
Jarang rasanya Buffet Ramadhan menawarkan durian untuk menu berbuka puasa, tapi Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort ni ada durian weiii. Dibawa khas dari Raub, Pahang. Akak dah kabo ni, jangan nanti terliur pulak hiks
Durian tu kira pencuci mulut, ha ni menu utama dia, sudah semestinya Kambing Bakar dan penemannya Sup Kambing Mamak yang pekat dan sangatlah berperisa.
Tahun ini, Bangi Golf Resort menawarkan lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa untuk kita semua yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur. Walaupun spreadnya yang sangat banyak dan sudah semestinya memikat rasa, Bangi Golf Resort masih mengekalkan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Tu sebab Akak suka mai buka puasa kat sini, harga dia yang mampu beli dan boleh dikatakan murah dan hidangannya tak cukup perut nak isi hiks
Siapa yang pernah mai buka puasa kat sini sure tau betapa meriahnya suasana berbuka puasa di sini dan memang ramai orang. Tapi bak kata Chef Kamaruddin ni “Dah perniagaan maju, of cos lah ramaiiii pelanggan, betul tak?”
Tapi don’t worry la, hidangan dan juadah yang disediakan terlebih dari cukup untuk cater seramai-ramai pelanggan yang datang tu đ
Apa lagi yang ada ni?
Sate Ayam dan Daging dibakar segar, Kueh Teow Goreng, Mee Mamak panas-panas pun ada, Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato dan pelbagai-bagai lagi.
Kalau ala Barat pula termasuklah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, ha ni memang favorite my hubby! Ada juga Lasagna Ayam, Golden San Spaghetti Carbonara dan Peri-Peri Chicken Drumlets. Drumlets ni kalau dapat kat Zeeshan, abih satu pinggan dia ratah sorang hehehe
Pencuci mulut pula memang ditunggu-tunggu oleh Akak la, Spanish Churros dihidang bersama sos coklat pekat, alahai sedapnya teringat rasa coklat dia yang pekat tu. Kuih-muih tradisional Melayu, puding, agar-agar, buah-buahan ni memang wajib ada. Ditambah lagi dengan Serawa Durian, Pandan Gula Melaka, Salted Corn, Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropicanal Nectar, Caramel Suprise dan Banana-na memang tak tau nak pilih nak makan yang mana punya đ
Dan disebalik kesemua juadah yang disediakan, inilah dia barisan yang membanting tenaga menyiapkan segalanya. Disamping itu kita juga akan dihiburkan oleh persembahan musik live semasa menikmati juadah berbuka nanti. Ruangan solat yang selesa serta kawasan parking yang luas memang membuatkan kita yang datang merasa senang dan selesa.
Dengan harga serendah RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak, personally Akak rasa memang sangat-sangatlah berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah. Kalau booking by group lagi boleh dapat diskaun iaitu RM49 dan RM22 untuk dewasa dan kanak-kanak.
Untuk tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant, bolehlah hubungi 1-700-81-8557 atau 03-8925 3728
Atau email di sales AT bgrrest.com
Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResort
Instagram: bangigolfresortoffcial
Tapi for sure korang tertunggu-tunggu untuk dapatkan 10 Vouchers PERCUMA untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni kan đ
So kami akan memilih 5 pemenang yang memberikan komen yang terbaik dan kreatif “Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?”
Setiap pemenang akan mendapat 2 Vouchers so bolehlah bawa partner masing-masing nanti. Keputusan dan pemilihan pemenang akan dibuat oleh pihak Bangi Golf Resort sendiri dan dikira muktamad dan tarikh tutup adalah pada hari Jumaat 19 Mei 2017 sebelum 12 tengah malam!
Ok selamat mencuba dan jumpa korang kat Bangi Golf Resort berbuka nanti đ
Anis Czaj
May 17, 2017 @ 09:08:35
Kelebihan berbuka puasa di BGR ofkos lah menu yang banyak, disamping sambil berbuka dengan alunan muzik yang best dan kemudahan parking yang byk.. menu wajib adalah sup kambing maveles! rasa mcm nak tapau je sup dia tu.. hiksss..
Queen
May 17, 2017 @ 09:14:00
salam kak red..nak komen kat mana ??
kita teringin nak cuba…sbnrnya bykk kali cuba, tapi tak pernah luck. hahhaa.
bismillah
Queen recently posted..MELBOURNE DAY 2 ; GREAT OCEAN ROAD
Siti fadilah
May 17, 2017 @ 09:25:15
Kelebihan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah harga yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan lebih daripada 200 hidangan boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Disamping tempat parking yg luas dan ruang solat yg selesa memberikan kemudahan yg terbaik kpd para pelanggannya.Kambing bakar dan sup kambing mamak merupakan keunikan menu utama yg pastinya ingin dinikmati oleb setiap pelanggan yg datang.
siti aisyah azahar
May 17, 2017 @ 09:26:30
Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?
Bangi Golf Resort memang terkenal dengan kesedapan dan keunikan makanannya lebih-lebih lagi lepas dapat review dari blogger jutawan kak REdmummy.. dengan demonstrasi masakan dari chef-chef hebat di Bangi Golf Resort dan variasi pelbagai masakan yang ada , saya personally teringin nak berbuka puasa disini.. Diharapkan Pihak Bangi Golf Resort dapat menawarkan voucher percuma untuk saya yang teringin sgt nak berbuka di sini walaupun dari jaoh (melaka)… đ
Noor MinahRanggiE
May 17, 2017 @ 09:30:34
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah kemeriahan juadah berbuka puasa yang disediakan dengan variasi hidangan yang menggabungkan 200 masakan melayu, barat dan juga timur . Di tambah dengan kehadiran istimewa pembuka selera, Durian dari Raub, Pahang. Yummy…
nurul aina
May 17, 2017 @ 09:33:00
âApakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Antara kelebihan serta keunikan berbuka puasa di buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini adalah harga yang sangat berpatutan selain mempunyai ruangan parkir kereta yang luas bagi memudahkan kami serta ruangan solat yang selesa. Juga juadah hidangan yang disajikan sangat banyak serta berbagai pilihan, dan yang paling best ialah DURIAN !!!
Haslinda hairun paezi
May 17, 2017 @ 09:48:47
Kelebihan berbuka puasa di bangi golf resort ialah dpt menikmati juadahnya yg pelbagai dan meyelerakan disamping keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati keindahan suasana resort yg nyaman & damai.
dakpink
May 17, 2017 @ 09:49:38
âApakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Kalau ada rezeki berbuka puasa di BGR pada tahun ini,
Itupun kalau terbuka pintu hati BGR nak bagi,
Dah tentu tarikan utama berbuka di BGR si raja durian yang berduri,
Ditambah pula dengan hidangan lazat kambing bakar nan tegak berdiri.
200 hidangan BGR sajikan untuk menambat hati,
Dari masakan Melayu, Timur dan Barat, sajian gastronomi,
Anek penuci mulut lazat pelbagai pilihan turut disaji,
Berbaloi-baloi oi bayar RM58.00 berbuka puasa di BGR Bangi.
Ruang solat yang selesa serta ruang parking nan luas tak perlu tercari-cari,
BGR tersergam indah letaknya di Bangi,
Semoga ada rezeki kami berbuka di luar pada tahun ini,
Lagi menjadi lebih bermakna kalau dapat berbuka puasa di luar free!
đ
Nurshafikah Abd razak
May 17, 2017 @ 09:58:43
Kelebihan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi resort ini…
– makan free
Ila
May 17, 2017 @ 10:01:44
Kelebihan berbuka puasa di bangi golf resort ofcourse la sbb makanannya sedappppppp. Tengok ig stories kak red je dah terliur. Kenalah cuba kan..dapat free lagi bagus..hehehe
yana
May 17, 2017 @ 10:01:52
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah Bangi Golf Resort menawarkan sajian buffet gastronomi yang variasi dan kualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Terdapat lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur untuk di nikmati.
Nurul
May 17, 2017 @ 10:15:56
âApakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â sudah tentulah jaduah yang dihidangkan bermacam-macam jenis….dengan pelbagai juadah dari melayu barat timur semua ada..pelbagai pilihan serta dekorasi yang menarik perhatian pengunjung untuk berbuka disini…Pencuci mulut pulak cantik-cantik macam sayang sangat nak makan..yang paling penting harga yang berpatutan serta juadah yang banyak untuk dipilih..
shuhada
May 17, 2017 @ 10:30:13
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah keselesaan, kemudahan dan makanan yang disediakan.
Nak cari tempat berbuka sekeluarga haruslah selesa macam saya yang ada anak umur setahun lebih mesti mengharapkan dapat berbuka di tempat yang luas, nyaman tak bersesak.
kemudahan pun banyak. parking luas, ruang solat selesa. tu antara ciri2 kenapa saya suka nak berbuka dekat Bangi Golf Resort.
untuk keunikan berbuka disini semestinya sebab makanan. dah nama bulan puasa mesti selera makan pun luar biasa almaklum sehari dah berlapar. mula mengidam macam2 sambil tulis ni sambil teringat menu2 buffet Bangi Golf Resott. Kecuq liuq dah.
Farhana Ramli
May 17, 2017 @ 10:32:21
Kelebihan dan keunikan berbuka puasa Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort tentunya dapat disimpulkan berdasarkan kepelbagaian 200 jenis juadah meliputi pelusuk Melayu, Timur ke Barat disamping suasana lokasi yang menghijau dan menenangkan minda untuk berbuka puasa dengan yang tersayang.
Tambahan pula, harganya yang amat berpatutan dan sudah pasti juadah dari pembuka selera, hidangan utama hingga ke pencuci mulut bertaraf 5 bintang!
Sekian.
Farhana Ramli
naf9091@gmail.com
012 563 9315
Nur Amirah Abdul Azizs
May 17, 2017 @ 10:35:18
Kelebihan Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort adalah kerana kepelbagaian juadah yang disediakan juga kerana suasana nya yang amat mengujakan! Sangat lah terliur masa tengok IG story REDMUMMY hari tu. Dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut, semuanya mengiurkan!!! Looks so attempting and delicious. Selain dari itu, dengan adanya surau dan parking yang selesa tu yang best. Susah nak cari these 2 elements kat tempat lain, especially surau. Thank you for this Bangi Golf Resort! Senang nanti pengunjung nak berbuka dan solat. Lepas solat, sure sambung makan!
Dengan harga yang berpatutan para pengunjung boleh makan sepuasnya, ibadat tak di lupa, pemandangan nan indah belaka disulami dengan decoration yang ceria warnanya!
ezza
May 17, 2017 @ 10:46:51
Assalamualaikum,
Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Bulan ramadhan bakal menjelma,
Baju raya belum lagi beli,
Niat di hati nak makan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma,
Kalau ada rezeki dapat voucher free.
Orang nya manis bila ketawa,
Blogger terkenal si Redmummy,
200 jenis hidangan dan juadah istimewa,
BGR sajian buffet gastronomi,
Visit ig Redmummy hari hari,
Nampai manis memakai gaun,
kalau tak dapat voucher free,
booking by group dapat diskaun.
Wish me luck!:)
Diana Kay
May 17, 2017 @ 11:26:05
“Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Bulan Ramadahan bakal menjelma,
Sudah terfikir mana nak berbuka,
Bukak redmummy.com ada contestnya,
Mungkin Bangi Golf Resort adalah jawapannya…
Baca entry Redmummy terliur jadinya,
Pelbagai juadah sedia terhidang,
Raja Buah menjadi tarikannya,
semoga saya menjadi salah seorang pemenang…
Kambing bakar kegemaran ramai,
Tidak ketinggalan sup kambingnya jua,
Sajian gastronomi dihidangkan aduhai,
Menu Melayu, Timur dan barat mencengkam jiwa…
Pelbagai pemanis mulut dapat dilihat,
churos dan coklat penambat hati,
aduhai sayang hati dah tertambat,
Harga yang berpatutan amat dihargai…
Parking yang luas sangat dicari,
Kemudahan solat juga diberi,
Sekian sahaja nukilan ini,
Semoga Bangi Golf Resort memilih kami!
Huda abdullah
May 17, 2017 @ 11:40:43
kelebihan serta keunikan berbuka puasa di buffet ramadhan bangi golf resort sudah terang lagi bersuluh, mestilah dari segi menu yang dihidangkan. Kita dapat rasa semua jenis masakan dalam 1 buffet ramadhan. Masakan melayu, western, dan timur yang lazat. Pencuci mulut disediakan dengan sempurna dan cantik menambahkan lagi selera. Ditambah pula dengan suasana yang meriah mengingatkan kita kepada kampung halaman serta alunan muzik yang merdu membuatkan selera bertambah-tambah. Bukan tu saja, dengan mendapat kelas A dalam kebersihan, pelanggan semua selesa dan tanpa ragu-ragu dengan cara penyediaan makanan. Kebersihan dalam menyediakan hidangan amatlah penting bagi sesebuah restaurant.
Buffet ramadhan di bangi golf resort bertambah unik apabila mereka menghidangkan buah-buahan tempatan terutamanya durian yang jarang sekali mana-mana hotel atau resort akan hidangkannya. Bayangkan, dapat makan durian dari Raub masa berbuka puasa di sebuah resort terkemuka di selangor!
Selain itu, kelebihan berbuka puasa di buffet ramadhan di bangi golf resort adalah kemudahan fasiliti yang disediakan kepada para pelanggan mereka. Kawasan parking yang luas dan banyak, tandas yang bersih serta yang paling penting sekali ialah surau yang selesa untuk pelanggan menunaikan solat maghrib selepas berbuka.
Akhir kata, berbuka puasa di bangi golf resort adalah sangattt memuaskan hati dan mengenyangkan perut. Harga yang berpatutan dan berbaloi kerana hidangan yang banyak dan lazat.
SITI
May 17, 2017 @ 11:43:09
Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Bulan Ramadhan Tak Lama lagi,
Red Mummy & BGR nak kasi voucher free,
Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort ni ada durian lagiii,
Memang syok kalau dapat free.
200 hidangan sedang menanti,
Kambing Bakar juga menguit hati,
Jika ada rezeki nanti,
Dapat la merasa sepuas hati.
Anak gorila kuat perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua
Waneehazirah
May 17, 2017 @ 11:54:45
Antara Kelebihan dan keunikan berbuka puasa di bangi golf resort ni pada saya tempat dan ruang yang sangat selesa dan luas.. kemudahan tempat solat dan semestinya banyak sangat juadah yang pelbagai dan sedap. Memang rambang mata nak makan semua
Nabila
May 17, 2017 @ 11:55:34
Uniknya nak berbuka puasa di buffet ramadhan di Bangi Golf Resort ni bila BGR sangat bermurah hati bagi voucher percuma untuk 10 orang pemenang, melalui RED MUMMY! Yeayyy!
rahayu mohammed
May 17, 2017 @ 12:02:08
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini ialah
1. Di Bangi Golf Resort harga Buffet Ramadhan tidak terlalu mahal dan sangat berpatutan serta salah satu destinasi yg ekslusif ideal untuk berbuka puasa.
2. Ruangan solat yg selesa serta kemudahan parking yang banyak membuatkan kita tak sabar-sabar untuk berbuka puasa di sana.
3. Dapat merasai bermacam-macam menu makanan tanpa had seakan-akan rasa masakan di rumah.Wahh Sedapnya!!!!.
4.Banyak lagi kelebihan dan keunikan yg terdapat di Bangi Golf Resort ini yang penting datang dahulu, cuba dahulu dan rasakan kehebatan masakan Buffet Ramadhan di sini yg dimasak oleh chef yg terbaik!
Rahayu Binti Mohammed
010-2989896
Dilla Nordin
May 17, 2017 @ 12:13:56
Kelebihan dan keunikan berbuka puasa di Bangi Golf Resorts ialah makanannya yang terlampau sedap dan banyak pilihan. Setiap tahun saya tak lepaskan peluang untuk menikmati hidangan kambing bakar BGR dan harap tahun ni dapat pulak menikmati Durian yang sedap itu. Selain daripada itu suasana berbuka puasa di BGR sangat selesa, kawasan yang luas serta parking yang banyak. Masih tidak jemu dengan makanan yang dihidangkan di BGR dan tak rugi belanja saya buffet ramadhan ini kerana saya seorang pencinta makanan.
LIZA
May 17, 2017 @ 12:45:02
kelebihan dan keuniknya berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah menu pencuci mulut nya BUAH DURIAN… lahaiiiii sedapnya dapat berbuka dengan durian lgi best bile dpt voucher free dr RED MUMMY đ
Amirrul
May 17, 2017 @ 13:59:22
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini ialah pilihan juadah yang pelbagai dan menarik. Juadah dibahagikan mengikut kategori dan kedudukannya yang kemas amat membantu pengunjung untuk mengambil makanan yang diinginkan. Selain itu, tempat duduk yang sangat selesa dan tidak sempit. Pekerja-pekerja BGR sangat ramah dan memudahkan proses pendaftaran untuk ke meja yang telah ditempah. Tidak dilupa juga kambing golek yang menjadi perhatian ramai dan ruangan pencuci mulut yang sangat meriah dengan kek, kek cawan, muffin, puding dan banyak lagi. Persembahan yang disediakan juga menyerlahkan kegirangan di samping menjamu juadah. Semestinya berbuka puasa di Buffet Ramdhan Bangi Golf Resort menjanjikan kepuasan dan keseronokkan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Nur Shakira
May 17, 2017 @ 14:54:31
Salam. Hi Kak Red!
Apa kelebihan berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni ya? To be honest tempat ni jadi tempat tumpuan utama saya dan officemates setiap kali ada bufday ke, persaraan ke, raikan orang baru ke, sebab kitorang daripada Kajang and tempat ni dekat dengan kitorg. So makanan dia memang best gila! Setahun berkali kali saya ke sini, tapi during weekdays and office hour la..
Dan untuk kelebihan buffet ramadhan pulak, diorang sediakan lebih kurang 200 jenis hidangan makanan, dan my favourite dah tentu lah kambing bakar andddd durian! Syokkk nya.. Hopefully rezeki saya lah ye Kak Red dapat free baucer ni..
ema
May 17, 2017 @ 15:05:21
Salam, nak cuba nasib juga lah kak Red.
Memang dah lama dengar keunikan juadah buka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Resort ni tapi tak pernah berkesempatan lagi untuk menikmati juadah buka puasa di sana. Memandangkan, tahun ini ada special iaitu DURIAN..wah, seronoknya… nak rasa..nak rasa..
ema recently posted..Semburan Pembersih Waazu Hilang Gigitan Nyamuk
Nurul Farahin
May 17, 2017 @ 15:22:18
Kelebihan dan keunikan berbuka piasa dekat Bangi Golf Resort tahun ini adalah Bangi Golf Resort menawarkan lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa untuk kita semua yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur. Walaupun spreadnya yang sangat banyak dan sudah semestinya memikat rasa, Bangi Golf Resort masih mengekalkan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.
Ini jd lagi istimewa adalah kerana sy dlm bidang kulinari dan gastronomy dan sy nak tgk pelbagai juadah2 sama ada makanan traditional mahupun international diperketengahkan lg untuk pengunjung.
Terima kasih kak red. Harap2 terpilih.
Nurul Farahin. 0193755248
NOOR IZZATI
May 17, 2017 @ 15:48:47
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini adalah kepelbagaian makanan yang disediakan sangat membangkitkan selera. Daripada masakan kampung, western, pencuci mulut. Semua sedap-sedap belaka. Selain tu kemudahan surau juga disediakan. BGR terbaik!
Emi
May 17, 2017 @ 16:03:39
Menu BGR semuanya lazat,
Belum cuba dah tau mesti sedap,
Gerenti halal dimasak Chef terhebat
Bikin hati tak sabar nak ngap
Emi – 0193226002
Cikpuanfairul
May 17, 2017 @ 16:25:19
Ramadhan Kareem menjelma lagi,
Sajian Bangi Golf Resort yang dinanti nanti,
Durian dan Kambing golek idaman hati,
Kecur ailio kami depan PC.
Tq Kak!
Suha 0133328038
Cikpuanfairul recently posted..Candy Buffet Aqiqah Prima Saujana Kajang!
ezlya aznita
May 17, 2017 @ 16:59:55
âApakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
adalah dapat merasa dan berkongsi rasa bersama insan tersayang tanpa perlu pergi ke banyak tempat ‘ one stop central only ‘ setiap moment akan tercipta dan dirasai seperti hidangan yang disaji..Ramadhan yang tiba lebih bermakna bersama keluarga tercinta.
p/s: kak red please choose me ok…salam Ramadhan ..xoxo
ezlya 0183729724
devotedlily
May 17, 2017 @ 17:00:13
Kelebihan berbuka puasa di BGR tahun ini adalah keunikan sajian dan menu y disediakan iaitu hampir 200 menu jenis hidangan yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur. Disamping raja buah yang di bawa khas dari Raub Pahang serta dessert Spanish Churros yang lazat macam yang kak Red war war kan membuatkan saya kecur liur.
Yang paling penting, BGR menyediakan ruangan solat yang selesa jadi lepas menjamu selera dapatlah kita solat dengan selesa dan kawasan parking di BGR juga luas.
Tapi to be honest kelebihan yang tak dapat disangkal lagi kalau dapat berbuka di BGR dengan voucher Free daripada Kak Red adalah, I IS TAK PAYAH MASAK dan Alhamdulillah boleh jugak bagi husband dan anak merasa makanan sedap sedap di BGR.
Semoga Kak Red dan family dimurahkan rezeki. Aminnn..
Nur Aainaa Aziruddin
May 17, 2017 @ 17:34:16
Kelebihan dan keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort sudah semestinya pilihan makanan yang lebih dari 200 jenis hidangan dengan harga yang sangat-sangat murah.mana nak dapat kalau pergi ditempat lain. Harga buffet yang murah masih lagi boleh menawarkan buffet durian. Sangat berbaloi dan puas hati. Lagi puas hati kalau dapat vouchers buffet free. Dapat saya berbuka bersama dengan suami.
Nana
May 17, 2017 @ 19:42:20
Kelebihan dan keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah pilihan makanan yg pelbagai yg memberikan variasi pilihan kepada pengunjung.. ini termasuklah makanan melayu, western, kuih muih dan pencuci mulut.
Selain itu ruang makan yang luas memberikan keselesaan yang maksimum serta ruang solat yang selesa juga menjadi keunikan Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini.
And the best part are kambing golek and durian! Kepuasan maksima kalau dapat menikmati semua hidangan yang disediakan.
InsyaAllah kalau ada rezeki tak kemana..thank you kakred for the platform.. mana tau dpt makan free puasa ni..love u kak
Dilakochan
May 17, 2017 @ 20:53:04
Kite xyah cite banyak.
Dr tgk instastory k.red last time dh ternanti2 giveaway ni. Sbb iols cheapskate skit
Anni Ahmad
May 17, 2017 @ 21:31:30
Kelebihan berbuka puasa kat Bangi Golf Resort ialah boleh makan sampai buncit
Rina
May 18, 2017 @ 00:58:52
Apakah kelebihan Dan keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?
Bulan Ramadhan tiba lagi,
Berbuka di mana kali ini,
Google mencari blog Redmummy,
Moh berbuka di Golf Resort Bangi.
BGR menjadi pilihan hati,
200 hidangan Melayu, Barat & Timur gaya gastronomi,
Pencuci mulut tetap di cari,
Semoga perut berpuas hati.
Parking luas sedia menanti,
Music live mencuri hati,
Jangan dilupa pada Ilahi,
Ruang ibadat sedia menanti.
Harga yang ditawarkan menarik hati,
Silalah hubungi Golf Resort Bangi,
Jangan di tunggu nanti anda yang rugi,
Andai ada rezeki Redmummy bagi free.
MAISARAH ABD HALIL
May 18, 2017 @ 08:34:37
Disaat keadaan ekonomi dan suasana politik yang tidak menentu, BGR masih mengekalkan keistimewaan kepada semua pengunjung makanan yang bermutu dengan harga yang sangat berpatutan. Semoga BGR mengekalkan tradisi ini agar semua dapat menikmati pengalaman berbuka puasa yang menyeronokkan.
Farhana
May 18, 2017 @ 09:57:34
Soalan : Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Jawapan : Selain daripada menawarkan lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa di bulan Ramadhan yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur, lokasi Bangi Golf Resort adalah sangat strategik dan sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga.
Harga buffet yang amat berpatutan antara ciri keistimewaan Bangi Golf Resort berbanding buffet ramadhan di lokasi yang lain. Selain itu, juadah utama yang menarik perhatian tentulah daging kambing yang dibakar enak bersama ramuan khas yang diciptakan khas oleh chef terkenal di resort ini.
Selain menikmati hidangan lazat, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan live band yang pastinya memberi suntikan keceriaan kepada tetamu yang hadir dengan iringan lagu-lagu yang merdu serta kadang kala diselangi dengan muzik kontemporari bersifat ketuhanan.
Ciri penting yang ada di Bangi Golf Resort sudah semestinya ruangan parkir yang luas dan ruang solat yang selesa dan luas memudahkan tetamu yang hadir dapat beribadah dengan sempurna.
Semestinya pilhan berbuka puasa di Bangi Golf Resort dengan juadah-juadah enak dan kemudahan lima bintang yang disediakan dapat menciptakan momen dan memori indah kepada tetamu dan keluarga yang hadir.
Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan Al-Mubarak
Farhana.
Syazwan Jamaludin
May 18, 2017 @ 12:28:32
Bangi Golf Resort nama diberi,
Tempat yg cantik strategik sekali,
Makanan dihidang berwarna warni,
Tetamu yg datang riang tak terperi.
IG Story Redmummy menarik sekali,
Depa laki bini makan sampai menjilat jari,
Kita yang tengok ni teringin nak pergi,
Kalau BGR nak bagi free itu rezeki.
Kambing, ayam, udang semua depa bagi,
Kalau tak makan of course rugi,
Dessert pula jangan tolak tepi,
Takut nanti berbawak dalam mimpi.
Makanan dah puji, minuman sure best lagi,
Tak dilupa kemudahan yang diberi,
Harga berpatutan you nak apa lagi,
Ada rezeki mana tau dapat makan free!
đ
Mimie Aziz
May 18, 2017 @ 12:41:58
Ramadhan itu bulan mulia,
Sementara menanti hari raya,
BGR nak belanja juadah berbuka,
Moga moga ada rezeki saya.
200 jenis hidangan tersedia,
Pelbagai jenis, corak dan warna,
Nak rasa semua diet tak kira,
Selesai makan kita mesti senyum saja.
Kemudahan yang ada cukup semuanya,
Parking luas tinggal nak pilih saja,
Surau pun ada solat tak lupa,
TQ BGR, semua sempurna!
Redmummy makan, Reddaddy senyum manja,
Kami tengok kalian bahagia sentiasa,
Terima kasih diucap sebab nak belanja,
Moga kalian diberkati sentiasa.
Kalau ada rezeki saya, saya boleh dihubungi di 010-2435509. Terima kasih daun keladi!
ejaty
May 18, 2017 @ 14:23:18
Bangi Golf Resort masih mengekalkan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.
Faizah
May 18, 2017 @ 14:31:09
Kak red nak tahu apa kelebihan berbuka di BGR?
-Tentulah adanya cik kambing bakar dgn partner dia sup kambing berempah berpisah tiada tu.cia cia cia.. (tiap thn mst cr ni)
Apa uniknya berbuka di BGR kak red tahu?
-ofkos ada si raja buah DURIAN!! Mengancam okay, mana boleh tahan kalau terbau-bau ni đ ewah ewah
Apa unik dan kelebihan berbuka di BGR lagi?
-Untung rezeki berbuka sekali dgn kak red kat BGR dpt selfie sekali msk IG kan (heheh), sbb nak berbuka rumah kak red mesti tak sempat. cewahhh đ
apa yg lagi best berbuka di BGR??
Tahun sblm ni berdua, tp thn ni bertiga sekali yg dlm perut inshallah keluar lps raya. so puasa ni kasi chance lah mkn menu2 BGR tu ngidam lak nnt …
hehhehe
tq kak red. hrp ada rezeki baby ni đ
liyana
May 18, 2017 @ 15:29:08
Berbuka di Bangi Golf Resort yang paling best sebab:
– TEH TARIK. Teh tarik dia terbaik.
– DURIAN yang menjadi kegilaan ramai.
– KAMBING bakar yang lembut, cukup segala perapan dan sos black pepper yang meletop.
– DESSERT yang pelbagai, sedap dan tip top.
– semua jenis MASAKAN samada masakan Melayu, Barat dan Timur, semuanya sedap dan menepati citarasa setiap peringkat umur.
– Mempunyai kawasan makan yang selesa, bersih dan luas. Kawasan parking yang lapang, Kemudahan seperti tandas dan surau yang bersih.
Ekin
May 18, 2017 @ 15:57:21
1) DURIAN. Sangat unik. Ini kali pertama dengar dan tengok Buffet Ramadan yang ada Durian. I’m Durian lover! Mana nak dapat weh makan Duirian time berbuka dekat temoat Grand pulak tu.
2) Lebih 200 menu disediakan. Pilih je nak makan apa. heaven! Thank You chef sebab masakkan yang sedap-sedap untuk kami.
3) Kambing Golek dah tentunya tarikan utama bila join buffet Berbuka Puasa. Kambing Golek kat BGR memang dah diiktiraf yang tersedap. Rugi kalau tak cuba.
4) Menu yang pelbagai. Masakan Kampung, Local, western, Seafood, Bakar-bakar, Semua ada. Kau cakap je nak makan apa. Segala jenis juadah baik di darat dan di laut semua ada.
5) tengok je lah dessert dia yang pelbagai rupa dan warna. Rambang mata nk memilih nya nak oii.. Segala jenis kek, puding, kek, semua ada. Adoii.. tak sabar nya nak pergi.
6) Bukan sahaja Kambing, Sate ayam dan Daging pun ada. Kau pilih je nak yang mana. Lemang pun ada. Menaikkan semangat nak raya sungguh ni.
7) Bagi yang tak makan nasi, pelbagai pilihan noodle pon disediakan. Spageti pun ada. Pilih aje. Apa lagi kau nak?
8) Jangan tak percaya, ada live band mengiringi korang masa tengah berbuka puasa. Bertambah-tambah selera kalau camni kan.
9) Deco dan hiasan kat BGR sangat-sangat cantik!
10) Suasana berbuka di BGR menggamit perasaan indah berbuka bersama yang tersayang
mahani binti shafie
May 18, 2017 @ 16:15:28
kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah menyediakan pelbagai variasi makanan yg enak terutamanya “the king of fruit” serta mempunyai fasiliti yang lengkap seperti tempat letak kereta yang luas,serta surau yang selesa untuk pelanggan yang datang. Selain itu harga yang ditawarkan boleh dikatakan berpatutan dengan menu yang disediakan.
Rohaya
May 18, 2017 @ 16:56:26
iyo ko sodap.. kok iyolah sodap bona meh bagi den anak beranak pinak ghaso…baghu buleh buek ceghito..
Amsyari
May 18, 2017 @ 17:22:50
Setiap tahun post ini yang dinanti,
Redmummy.com pasti memberi,
Juadah hebat banyak sekali,
Apa ditunggu jom lah ke BGR tahun ini,
Durian Pahang manis sekali,
Kambing bakar sedia terhidang,
Desertnya pula walahh mengancam sekali,
Kami xsabar untuk bertandang
Diana
May 18, 2017 @ 17:54:34
Yummeh. Tak sabar nak berbuka puasa nanti. Cantiknya your blog. Merah gitu. I think akan lebih superb if everyday minum tonik merah ajaib tu đ
lea the big mama :)
May 19, 2017 @ 07:36:32
hai kak red..dulu hari hari wajib jengah blog ni tp la ni ceq lebih suka bukak ig akak
hastagriaktakbursangat hahaha
ok bai nak bgtau tu je
hahaha!!! nk g skodeng insta balik
Siti Mariam Mat Jusoh
May 19, 2017 @ 09:31:23
semperna Anniversary saya yang ke-10 tahun & jatuh pada bulan puasa nak meraikan bersama-sama keluarga tersayang dengan buffet berbuka puasa ..:)
Nota Nutrisi
May 19, 2017 @ 09:51:50
Bagi anda yang belum pernah cuba berbuka puasa di hotel atau mana2 resort , saya mencadangkan anda untuk pertama kalinya berbuka di Bangi Golf Resort. Pasti akan menjadi kenangan terindah seumur hidup anda. Harganya memang sangat mampu milik, RM 58/orang untuk dewasa dan jika booking berkumpulan lagi murah.
Kalau bermula dari sekarang anda menabung RM 3 sehari, inshaAllah , puasa yang ke-15 dan keatas anda boleh meraikan hasil tabungan anda dengan berbuka di Bangi Golf Resort. Syok tak? Pelbagai menu timur barat tengah, dan bagi peminat durian, sila jangan lepaskan peluang ini. BGR menghidangkan durian yang di bawa khas dari Temerloh. Kambing bakar pun ada, macam-macam lagi lah macam syurga makanan uols. Makan dengan ‘unlimited’ dan sepuas-puasnya. Tempat solat yang selesa juga di sediakan. Apa lagi, jom la menabung dari sekarang đ
MUZLIANI BINTI ABDUL RAMAN
May 19, 2017 @ 10:39:09
kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah mereka mengutamakan kepuasan pelanggan dari segi variasi makanan, susunatur yang menarik dan yang paling penting harga mampu milik untuk seisi keluarga. Nikmat berbuka puasa ala kampung dengan hidangan durian sangat unik membuatkan pengunjung akan sentiasa termimpikan buffet di Bangi Golf pada masa akan datang.
MUZLIANI BINTI ABDUL RAMAN recently posted..KARNIVAL KITAR SEMULA DAN BAZAR
MMD
May 19, 2017 @ 10:46:22
Jawapan saya:
Pengikat kasih sayang yang abadi.
Raihana Azam
May 19, 2017 @ 10:46:38
kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah pilihan makanan yang pelbagai di samping keselesaan tempat yg disediakan.
Memandangkan sy jauh dari keluarga, peluang berbuka di tempat begini, dapat mengubati kerinduan terhadap kampung halaman dan masakan bonda. Masakan yang lazat disamping khasiat yang masih terpelihara.
Naufal Tahkim Nordin
May 19, 2017 @ 10:52:31
Bangi Golf Club Resort tempat pilihan,
Parking banyak luas kawasan,
Melangkah masuk ke ruang makan,
Indah dihias, ceria dirasakan.
Sekeluarga seronok nikmati hidangan,
Dihiburkan dengan pelbagai persembahan,
Jangan dilupa tunaikan kewajipan,
Surau selesa ada disediakan.
Pelbagai pilihan makanan yang ada,
Dari pencuci mulut hingga hidangan utama,
Sate, Mee Mamak, Nasi Lemak Istimewa,
Masakan kampung tidak di lupa.
Hilangan ala barat juga ada,
Speghetti, Drumlets, Sous Vide Eggs dan lasagna,
Spanish Churros Sos Coklat alahai sedapnya,
Kenyang, puas hati dinikmati semua.
Paling unik Durian dari Pahang,
Pencuci mulut di BGR sentiasa menang,
Kuih muih, buah-buahan, mata jadi rambang,
Ambil masa, nikmatilah ia, hati pun senang.
Terima kasih Bangi Gold Club Resort dan Kak Red!
Nur Aishah
May 19, 2017 @ 11:20:47
Bismillah..
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah kesempurnaan sebuah iftar, sebagai hadiah usaha menyempurnakan ibadah rukun islam ketiga! Seiring dgn usaha penyedia iftar terhebat (Bangi Golf Resort) menyantuni jiwa tetamu agar moment berbuka puasa di sini, tidak pernah mungkin dapat dilupa.
Nur Aishah recently posted..MELBOURNE DAY 3 ; CHURCHILL ISLAND, THE NOBBIES & PENGUIN PARADE
MAMANIA
May 19, 2017 @ 11:50:21
Assalamualaikum,
Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?
Terdapat beberapa kelebihan dan keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini, antaranya ialah:
(a) menyajikan ratusan juadah istimewa yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat mahupun Timur,
(b) menyediakan ruangan solat yang luas dan selesa serta kemudahan tempat letak kereta untuk para pengunjung,
(c) menghiburkan pengunjung dengan persembahan musik live sambil menikmati juadah,
(d) mengenakan harga yang sangat berpatutan dan ‘mampu milik’ dengan pelbagai variasi makanan yang memikat rasa.
Kesimpulannya, berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini akan memberikan kegembiraan dan kenangan manis buat pengunjungnya. Pastinya, pengunjung tidak sabar menantikan program ini saban tahun!
Intai-intai blog Redmummy,
Peminat setia si merah hati,
Jikalau rezeki dapat tiket free,
Alhamdulillah…bolehlah sambut hari jadi encik suami sekali.TQ.
Adibah (0193705049)
suzy
May 19, 2017 @ 12:54:54
âApakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
Weee… ada RAJA BUAH => D.U.R.I.A.N kuning merenik…so seksi warna kuning itu also kuning itu menggoda tekak ini ^_^
Selain tu…. ada kambing bakar ditemani pula dengan Sup Kambing Mamak yang delicus yummm! Dannnnnnnnnnnnnnnnn hidangan sajian berbukanya pula lebih kurang 200 jenis juadah disajikan tapi harga BERBALOI2.. memang terbaiklah!
suzy recently posted..YES!! MBO – thank you!!
Erin Othman
May 19, 2017 @ 13:00:18
kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah dapat makan bersama yg tsayang semperna bday anak n saya…makanan kt sini smua sdap2,kawasan yg selesa n pkerja yg ramah…..
Azie Rafie
May 19, 2017 @ 13:51:45
Kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ialah terdapat lebih 200 jenis juadah istimewa di mana menunya bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Tidak lupa juga hidangan satay yang dibakar segar setiap hari.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demontrasi masakan yang terkenal dan diakhiri dengan sajian menu-menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh Chef yang berpengalaman.
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort juga ada menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut yang berwarna-warni dan menarik seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat dan pelbagai versi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan. Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort kali ini, ada menyediakan aiskrim GELATO DURIAN MUSANG KING.
Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan muzik secara LIVE dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Selain itu, kemudahan ruang solat dan parking juga memberi keselesaan buat pengunjung.
Semoga ada rezeki saya dapat voucher free dari blogger RED MUMMY…Aminnnn
Rafi M Hanafiah
May 19, 2017 @ 14:30:25
Selain harga buffet yang amat berpatutan dan murah, disamping itu, ruang solat yang selesa dan parking yang luas. BGR juga menampilkan 200 jenis juadah istimewa bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur serta menu utama iaitu Kambing Bakar dan Sup kambing Mamak serta satay segar yang dibakar setiap hari. Hidangan pelbagai jenis pencuci mulut yang sedap dan menarik seperti Spanish Churros bersama sos coklat pekat serta kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan. Keunikan kali ini, BGR ada menyediakan DURIAN dibawa khas dari Raub, Pahang.
Rozaidy Othman
May 19, 2017 @ 15:11:16
Harga buffet sangat istimewa,
Bayaran berbaloi untuk sekeluarga,
Datang sekali pasti teruja,
Hidangan lazat enak tak terhingga.
Banyak kelebihan BGR beri,
Parkingnya luas, tak perlu mencari,
Kawasan cantik selesa sekali,
Surau tersedia, tak lupa Illahi.
Uniknya buffet BGR tahun ini,
Durian Pahang sebagai penyeri,
Tentu enak dinikmati,
Pencuci mulut lain jua menanti.
Disaji 200 hidangan lazat,
Dari Melayu, Timur dan Barat,
BGR sediakan dari Chef-chef terhebat,
Tentu puas hati, makan sampai penat.
Kak Red sekeluarga setiap tahun ke sini,
Pastinya layanan TERBAIK BGR beri,
Kami juga nak merasa sekali,
Harap-harap ada rezeki,
Dapat voucher free! (^_^)
marzianah mohamed
May 19, 2017 @ 15:31:46
Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?â
sebab harga untuk bufet Ramadan kat sini bermula dari harga serendah RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa.
berkonsepkan dapur terbuka, menu unik yang tak pernah jumpa lagi dekat mana-mana tempat “Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma”,”Krim Ayam Salai dengan Facaccia Panggang”
ehh ada pula alunan muzik Melayu Asli Tradisional yang didendangkan secara live oleh KUGIRAN.
Perut kenyang,hati tenang..
Nor Anisa
May 19, 2017 @ 15:48:03
Apakah keunikan serta kelebihan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Club?
Bangi Golf Resort pilihan hati,
Setiap Ramadhan Buffet BGR yang dinanti,
‘Santapan 29malam’ tema tahun ini,
Tentunya lebih istimewa, puas hati.
Bayaran berbaloi untuk sekeluarga,
Hidangan Melayu, Timur dan Barat pun ada,
Pelbagai pilihan memenuhi selera,
Dengan kemeriahan suasana berbuka.
Tiba di BGR tentu lega,
Parking luas untuk semua,
Coffe House BGR bertukar rupa.
Bagai Festival Bazar jadinya.
Melangkah masuk ibarat syurga,
200 hidangan telah tersedia,
Untuk dikongsi dan dinikmati bersama,
Pasti bahagia seisi keluarga.
Kambing Bakar hidangan istimewa,
Nasi Arab Kabsa tidak dilupa,
Lamb Masalah Berempah juga ada,
Menu wajib untuk dicuba.
Pencuci mulut tidak dilupa,
Buah-buahan, kuih muih nikmatilah ia,
Durian Pahang paling teruja,
Alahai semua sedapnya!
Seronok nikmati hidangan berbuka,
Jangan lupa pada yang Esa,
Surau disediakan pasti selesa,
Solat dulu sambung makan semula.
Semoga ada rezeki kami
Nak join Kak Red berbuka nanti
Terima kasih BGR yang baik hati
Bagi kami voucher free!
Fazalina Yusof
May 19, 2017 @ 21:52:53
Lebih daripada 200 menu sajian makanan yang pelbagai dari masakan kampung dan barat serta bermacam-macam jenis pencuci mulut yang terhidang, yang lebih teruja adalah menu KAMBING BAKAR yang sentiasa menjadi sebutan, buffet durian pada tahun ini pasti memberi kelainan, tak perlu bimbang BGR mendapat sijil halal dari yang berkenaan, selain itu ruangan solat yang luas tersedia untuk para pelanggan, pastinya BGR lokasi berbuka puasa yang ideal buat seisi keluarga,rakan dan taulan.
Menu juadah berbuka yang pelbagai untuk dinikmati,
Teruja berbuka bersama keluarga di sini,
Rezeki yang ditunggu dari Red Mummy yang baik hati,
Rasa bersyukur jika diberi peluang berbuka di BGR nanti.
InshaAllah, Amin
Azura Ahmad
May 19, 2017 @ 23:06:29
Apakah keunikan serta kelebihan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Club?
Dari mana datangnya kami,
Dari KL turun ke bangi,
Bangi Golf Resort (BGR) restoran dicari,
Buffet Ramadhan pilihan hati,
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
200 hidangan BGR membuka selera,
Kualiti tinggi harganya murah.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman,
Menu pilihan suami tercinta,
Kambing golek BGR menu idaman,
Apalah tanda kerang berisi,
Bila direbus kulitnya merekah,
Durian gebu sedia menanti,
Tunggu masa untuk dicekah,
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Mee mamak dihidang bersama teh tarik,
Kek dan puding pelbagai perasa.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma perlu dicuba,
Istimewa namanya sesedap rasanya.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Untuk si kecil BGR tak lupa,
Chicken Drumlets, aiskrim pasti dipilih,
Kalau tuan pergi ke bendang,
Jangan petik buah rumbia,
Azan magrib sudah berkumandang
Solat di Surau BGR yang selesa,
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Seisi keluarga menjamu selera;
Muzik live halwa telinga.
Apa tanda pinang berbuah,
Banyak burung menyeri mayangnya,
Harap kami jadi yang bertuah,
Dipilih RedMummy diundang ke sana,
Terima kasih bunga raya
Sekian saja dari saya ď
Zatil Razak
May 19, 2017 @ 23:35:22
Kelebihan & Keunikan Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ?
R – Rangkaian pelbagai masakan ala melayu, barat & timur hampir 200 jenis.
A – Antara juadah utama yang menarik pelanggan antaranya kambing bakar, sup kambing dll
M – Menyediakan ruang solat yang selesa & parking yg luas untuk semua pelanggan
A – Aneka juadah pencuci mulut tradiosional & barat yang lazat
D – DURIAN didatangkn khas dari Pahang
H – Harga berpatutan & hidangan yang berkualiti
A – Aneka juadah berbuka berkonsep sajian buffet gastronomi
N – Nikmati variasi makanan, minuman sambil diiringi persembahan live band.
Saya sudahi dgn serangkap pantun :
Bulan Ramadhan kini tiba jua,
Buffet Ramadhan pilihan utama ,
Bangi Golf Resort kegemaran semua,
Moga ada rezeki sy tuk makan percuma.
(Semoga ada rezki..aminnn~
Zatil Razak
May 19, 2017 @ 23:40:11
Kelebihan & Keunikan Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ?
R – Rangkaian pelbagai masakan ala melayu, barat & timur hampir 200 jenis.
A – Antara juadah utama yang menarik pelanggan antaranya kambing bakar, sup kambing dll
M – Menyediakan ruang solat yang selesa & parking yg luas untuk semua pelanggan
A – Aneka juadah pencuci mulut tradiosional & barat yang lazat
D – DURIAN didatangkan khas dari Pahang
H – Harga berpatutan & hidangan yang berkualiti
A – Aneka juadah berbuka berkonsep sajian buffet gastronomi
N – Nikmati variasi makanan, minuman sambil diiringi persembahan live band.
Saya sudahi dgn serangkap pantun :
Bulan Ramadhan kini tiba jua,
Buffet Ramadhan pilihan utama ,
Bangi Golf Resort kegemaran semua,
Moga ada rezeki sy tuk makan percuma.
(Semoga ada rezki..aminnn~
Muhammad Anas
May 22, 2017 @ 07:44:24
Buffet Ramadhan ni mmg seronok kalau dapat, especially kalau dapat bawa ibu tersayang. đ
FARHANA ABDULLAH
May 24, 2017 @ 13:18:32
Kelebihan & Keunikan Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ?
1. Harga yang berpatutan
2. Buffet spread yang berbaloi-baloi
3. Ruang makan yang selesa
4. Fasiliti yang disediakan sangat memuaskan seperti surau dan ruang parking yang luas
5. Makanan yang enak, selamat dan bersih
6. Kredibiliti penganjur tidak perlu disangkal
7. Layanan yang mesra daripada pekerja yang terlatih
8. Lokasi yang berdekatan
Anna Desyana
May 29, 2017 @ 10:11:59
Kelebihan & Keunikan Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ?
Sememangnya terlalu banyak kelebihan dan keunikan berbuka puasa di Buffet Bangi Golf Resort, terutamanya menyajikan lebih dari 200 jenis makanan dari pelbagai pelosok negeri. Selain itu juga, setiap tahun Bangi Golf Resort tidak henti membuat promosi bagi buffet ramadhan dengan menawarkan harga yang sangat berbaloi dan sememangnya menarik perhatian umum.
Ainun Kalisah
Jun 05, 2017 @ 13:10:54
Wuuuuu saya tak makan sangat durian. Tempoyak saya suka hehe
Ainun Kalisah recently posted..Cara Suruh Suami Berhenti Merokok Tanpa Perlu Gunakan Suara