Posts by :

Menangi Volkswagen Polo dengan Call Me Tone-A-Thon contest!

Volkswagen Polo tu hadiah utama dia!!! I LIKE! Aku pun nakkkk wei.

Jangan risau, semua orang berpeluang memenangi hadiah hebat ini. Bukan Volkswagen Polo sahaja hadiah dia, tetapi ade juga hadiah WANG TUNAI up to RM7000 untuk dimenangi setiap hari!

Semua hadiah-hadiah ini boleh menjadi milik korang semua hanya dengan memasuki peraduan Xpax Call Me Tone-A-Thon yang akan tamat pada 12 Januari 2012 ini. Sebenarnya contest dah start dari 14 December 2011 lagi dah… Rugi la korang tak join awal dulu hiks. Ke korang dah join awal-awal lagi? Kalau ada join, bolehlah check nama korang kot-kot ada menang wang tunai.

Kepada yang belum join pulak, senang jer nak join 🙂

Type CAR and send it to 22222

Dan antara syarat-syarat peraduan ini pula:

OK good luck korang! Untuk info lanjut boleh layari thecube.my

Tapi kalau tak menang pun, jangan la sedih-sedih. At least terhibur la jugak orang yang call kita sebab dapat layan lagu-lagu yang sedap dari ring tones korang tu. And FYI terdapat lebih dari 4000 buah lagu yang boleh kita pilih untuk jadi caller ring tones kita dari Call Me Tones!

TAPI kalo menang VW Polo tu, ha jangan lupa aku kat sini weiiiii…

Comment: 4

My fingers…

Kuala Lumpur-20111230-00180

sorry, mak kita busy.

hari ni mak kita kena pi jumpa gynae

Semalam kita 7 hari, rambut kita kena cukur, sudah botak 🙂

Comment: 48

3 Deliveries 3 Induced….

Abang’s due date was on 23rd Oct 2001, sebab reason masa tu RD dok based kat Singapore and kalau beranak pun takutlah pulak laki aku tak sempat sampai KL, so we agreed to do the induce. Induce tu paksaan untuk bersalin, ubat dimasukkan kat bawah kita, cukup masa nanti akan ada ‘gesa’ and makanya menahanlah ko berapa peringkat sakit yang ko dapat, dah namanya pun paksaan, memang merana ler kan. But masa tu tak de le terukkkkkkk sesangat aku sakit. Petang tu kita induce,tapi malamnya tak jugak bersalin. bukaan pun takde.

Sampai Prof Gynae aku stand by tidur  kat bilik sebelah of our hospital room coz he said, i have to deliver before Subuh. Takde epidural, cuma ada dapat ubat drug apatah untuk bagi lalok tak melayan sakit dari induce tuh. By 4ish am gitu Prof Gynae checked the baby’s heart beat dah low, kena gak pergi emergency czer. Aternya bukaan pun takde ko….

So aku chose the half bius, and masa dalam OT aku nampak ler samar2 dari lampu atas pala kita baring tuh, depa dok bukak2 perut aku ni ha nak mengeluarkan Abang.  Kalau half bius tuh aku tak merasa le apa yang depa buat, tapi aku sedar sesamar.

Abang was born on 23rd Oct 2001 via C-section with 3.62kg.

Masa waktu Gegirl pulak, she was dued on 9th September 2004. Takde major complication sama macam abangnya, cuma aku pun dah tak larat daya nak membawak badan, so kita agreed to go for another round of induce on her due date jugak, 9th Sept. Tapi bila dah admitted pagi tu baru sedar bila Prof Gynae aku cakap yang hari tuh ramai orang beranak coz it s 9/9’s date. oooo, idak le pulak aku perasankan pun.

Then pagi tu Prof Gyane masukkan ubat induce,  wah sakit kooooooooo sakit ‘gesaan’nya tak boleh cakaplah. Contraction aku kena aku rasa ya allah, dahlah takde epidural. Masa tu bilik spital aku penuh ngan laki, our son, my parents, my sister lagik. Semua dok tengok aku sengsara menahan nak bersalin. At one time tuh Prof offered for epidural which aku bantai yes nakkan jer. I was then pushed to the labour room, tapi sebelum tu masa staff nurse tolak ke labour room tu aku dah bilang, tell Prof, i m delivering anytime, i can feel the head of the baby already, she s coming out soon!

Ye ko….aku dah leh rasa pala Gegirl kat bawah aku tu nak kuor anytime jer. So bayangkan bila sampai labour room, abaikan je lah epidural segala bagai, tak sempat gynae aku nak pakai apron, disingkapnya kain aku memang dah nampak hair/pala si Gegirl with one teran jer aku dah kuorkan dak kecik tuh.

Punyalah aku rasa sakitnya beranakkan Gegirl, sampai kuorkan uri and jahit bawah pun aku tak rasa apa2 dah, rasa lega giler ada ler. Her weight was 3.1kg on 9th Sept 2004, pagi induced, petang lepas Asar Gegirl dilahirkan.

Untuk RedBaby (we will announce the name soon), due date aku sebenarnya lambat lagik, only on 7th Jan 2012. Tapi aku dah cakap arituh kan aku tak nak anak 2012, aku nak lahir tahun nih gak on 2011. So lepas consulted ngan gynae aku and my parents too, kita pilih 29th Dec, hari Khamis. Ingat nak amik 30th Dec Fri lagi nice but aku takut kang macam Gegirl dulu, labour room penuh giler dek orang ramai kejarkan tarikh tuh. aaa takpelah, lahir petang/malam jumaat pun ok gak what kan….

So malam sebelum beranak tuh, kitorg pergi KLCC carik steak. Gigih ok aku jalan dipegang dek RD coz aku kan dah sebulan terlantar kat atas katil rumah tak leh nak move around sangat. Budak2 pun sabar je lah tengok maknya jalan ke main slow lembab, apa nak buat, bukan semua pregnancies serupa ye dak.

Then pagi 29th Dec tu cam biasa aku tak tidur malam. ada nervous gaklah nak beranak nih kan some more aku amik induce lagik. Yelah kalau takde induce camne nak kuornya lagipun semua pregnancies aku wpun dah due date pun tak kuor gak. Pagi nak beranak tuh aku dapat makan nasi lemak sardines. Malam tu jugak aku ada lepak ngan my parents…sampai midnite. So pagi2nya kita hantar the 2 kids to my parents house and terus ke spital. Patut admit kol 8-9pagi ko tapi laki aku tu ler selamba jer dia, suh pi lelambat. kol 11 lebih le jugak baru admit.

Jam 12lebih gynae aku datang, masukkan ubat induce. Looks like i can go for a normal delivery yelah aku pun memang insist sangat nakkkkkkkk beranak normal, tak sanggup nak czer, dah merasa masa abang dulu kan. Itupun gynae aku siap kenyit2 mata offer suh buat czer jer hahahaha nak senang kerja kau! tak nak gak, aku cakap aku nak gak try normal delivery.

Then 1230 lebih gitu kot masuk ubat induced, tak leh turun katil gerak sangat for an hour, tapi lom sejam aku dah rasa sakit2 gesa tu ko! Very fast oneeeeeeeeeee!!

IMG_7878

Tu machine CTG yang checking my contraction and heart beat baby. katil lagi satu tu for RD, dia kan tidur sebilik ngan aku. Ni aku dah takde mood, coz dah start contraction wpun mild. Takde sapa teman kecuali laki aku jer, dah beranak no 3 ko ahhahaha takde nya makpak aku nak teman sama lagipun depa memang doa dari rumah jer.

Dari contraction yang ala2 manja….tetiba semakin cepat dan rapat. Dari aku bukak mata terang baca twitter sampai aku campak bb kat RD tak leh nak bukak mata coz dok menahan sakit.

Dari aku leh bercakap, sampai aku akhirnya mampu sebut Allah Allah jer…dari aku steady, sampai aku menitiklah jugak airmata nih….

Tik tok tik tok….

…..kita sambung nanti……

 

Comment: 30

RD, Abang & Gegirl – Phuket trip

Seronok sungguh depa pi Phuket last month sampai lupakan aku kat sini kan  =(

Aku tepek gambar jer :p

014

019

031

IMG-20111203-00090

IMG-20111203-00089

043

049

052

056

072

IMG-20111204-00099

149

160

159

188

205

219

073

IMG-20111204-00095

025

076

103

Comment: 14

A little story of the delivery….

untuk yang tidak mengfollow twitter, hah nih update yang datang dari RD waktu aku ngah berjuang mengeluarkan the little boy aka RedBaby.

Memandangkan aku baru je lagi nak catching up the dunia pantang sambil bergelek2 ngan si kecik, plus the kakak abangnya pun macam excited bebenor so korang baca lah dulu ni yek. Patutnya hangpa baca twitter nih dari bawah ke atas yek.

Masa nak admit kat hospital jer aku twit, lepas jer kena induce dah memang tak bermaya, tak tau apa2 dah ngan dunia lor coz aku memang struggling menahan sakit contraction ya hamat. Tu pasal RD yang took over my twitter.

image

 

image

Yes, aku melahirkan RedBaby secara normal dan paling tak sangka, tanpa epidural sekali lagi. Meaning memang semua anak2 aku takde pakai epidural ler. Tapi sakit contraction ya hampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!! kena citer a to z, wpun orang cakap, orang yang dok tengok RD twit, eh baru masuk labour room dah beranak dah? senangnya ko kak red

hah, manyaklah ko senangnya yek. I ll share you the story nanti.

Now aku kembali menjadi mak pada si baby kecil, sibuk menetek, sibuk ngah lam pantang berurut bertungku segala bagai. Timing aritu lari tak leh tidur masa blum beranak, hah skang timing sket je lari coz baby nak breastfeed but still ok lah takde le cam every sejam ke hapa. But tak leh caya gak, baby nih setiap hari berubah, so now pun blom a week kan, nanti kita bercerita lagik.

Nama baby insyallah dah finalized, apa saja cerita nantilah yek, tunggu aku tarik balik laptop nih. terima kasih atas doa selamat, yang wish yang comment kat fb tu hah, beratus, yang kat twitter memang tak mampu nak jwb, yang datang visit di hospital dan di rumah so on.

Comment: 34