Posts by :

Patutnya si celaka tu direjam jer!

IMG01516-20100802-0755

i hate to have the feeling ‘anak aku akan tidak selamat di tangan orang’ aduh, tak sangguplah share cite2 yang buat mak pak cam kita ni rasa tak senang kerja, tak sedap hati sungguh. pagi2 haritu aku pi kerja, aku sendiri nganto Gegirl pi skul dia. coz ada satu berita yang buat aku tak enak, wpun not happening to around our area, tapi malangnya kejadian itu terpapar di muka akhbar.

tapi korang, nak cite kat sini kejadian tu pun aku tak sanggup, baca pun aku lagi menahan tutup mata, aku cuma dengo citer tu dari Sirman, u all pun ada baca kan dalam newspapers. apalah malangnya si anak itu. zalim cilaka lah ko manusia yang berhati syaitan buat anak2 kecil macam tu! memang patut saranan hukum mati je dibagi kat diorang tuh!! sebelum tuh rejam ke sula segala! eiiiiiiiiiii!

baru2 ni lagi pulak keluar citer pemandu van yang mak pak caya ko untuk anto bawak anak2 orang pi kindy pi sekolah, ko cabul budak tuh. aku kalau tengok Gegirl nya kawan2 takde dalam van, aku tak bagi dia naik, baik pergi or baik waktu nak balik. aku dah pakat ngan helper and cikgu sekolah anak aku, kalau orang lain cuti or mmg takde ramai orang dalam van, aku rela suh family members aku pi jemput, kalau aku or laki aku pagi tu sempat ado lagi, memang kitorg yg akan anto.

ni aku cite bukan sebab van pemandu anak2 aku dah buat hal tapi aku memang tak percaya kat sesapa pun, mana2 jenis lelaki ngan anak2 aku baik gegirl baik abang sume dedua aku dah tarbiahkan. noone can touch them, even pegang pipi  usap pala diorang pun aku memang dah cakap tak boleh. aoone can touch them! NOONE!!

cite2 macam nih yang buat macam aku nak benti keje je biar aku je jadi supir anak-anak!

seluruh manusia dan malaikan menyumpah ko lahanad! eii alfundek alvavi lah betullah korang yang jadikan budak2 kecik bahan napsu korang. eii sorry kay bahasa memang kena kurang ajar sebab aku memang marah betul bila talk bout this people.

Comment: 27

Rumah sendiri untuk orang…

IMG00296

i got these photos from Sirman’s bb. aku memang tak de di tempat kejadian but would love to share the development of our CV house. NOTE: We are not staying here, tapi kami sewakan…so it s a very2 new house, wpun dah hampir 8 bulan dapat kunci, only recently je kita decided nak sewakan coz permintaan untuk menyewa kat rumah aku ni memang tinggi….

IMG00290

Ini anak2 tenant saya…besar2 sudah..malu nak bergambar…

IMG00299

Project diorang di hari itu adalah memasang lampu n kipas jer. grills and aircond akan dipasang secara berperingkat by this week jugak…pemilihan lampu pulak dibuat oleh tenant aku gak, sebab dia yang nak dok sini so kita bagi dia freedom untuk pilih jenis lampu2 yang dia berkenan…

IMG00301

ada lampu putih ada lampu kuning…semua bilik semua bahagian diorang pasang lampu lah…

IMG00268

my tenant ni sangat suka ngan tanam-tanaman, belum pun duduk rumah ni lagi dia dah upah orang buatkan segala jenis tanaman kat porch. aku yang tuan rumah pun tak tentu nak ada pokok2 gini, coz aku bukan jenis ‘pokok’ punya orang…

IMG00266IMG00267

cantik sudah…ngan batu2 sungai..eii comel! kalaulah aku dok sini kan syok. tapi sebelum korang tanya lagi untuk ke sejuta kalinya, aku takleh dok sini coz pelbagai sebab….antaranya sek cina takde di daerah ini, keduanya jauh dari KLCC tempat aku bekerja, ketiga pun jauh dari makpak aku pun ye gak, sebenornya kalau pejam2 mata takde lah jauh sangat but biarlah dulu. biar kitaorng dok je atas langit dulu and sudah menjadi rezeki tenant aku untuk merasmikan rumah kami nih…

cadangan aku untuk jadikan rumah CV ni sebagai weekly house, tak mendapat persetujuan dek suami, kepala otak dia lebih pada financial, coz dia takkan percaya ngan aku punya resmi weekly house tuh kalau most of weekends kita penuh ngan event sana sini.  Insyallah tengok cara dia menjaga rumah ni wpun belum duduk, my tenant nampak orangnya molek budi pekerti, insyallah.

tahniah kerna mendiami the CV house…wpun sob sob sob…aku yang kegigitan jari 🙁 . Rezeki dia…nanti aku dah dok sini, kaw2 aku buat fully renovation.

Comment: 25

Rahsia Tangan…

IMG01462-20100731-1949

pernah tak korang dedulu masa kekecik main satu tilikan nasib ngan kawan2 kita dulu lah….tak kusangka benda yang aku belajar masa kekecik dulu jatuh juga ke tangan anak2 ku. but he learnt from his frens not from me.

mummy, come abang check your kids ada berapa

ha? ok ok checklah

emm tangan kanan mummy ada satu anak

tangan kiri mummy ada satu baby gemuk

so anak mummy ada 2, sorang gemuk sorang kurus hehehehehe

yang gemuk tu abanglah dulu abang baby abang kan gemukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

ok so anak mummy ada 2 je lah yek?

kat mana abang tengok anak mummy tuh?

kat tangan tu lah kan ada telurrrrr

ini sume tipu je lah, takde maknanya leh caya menda2 nih…tah sapa ler yang mencipta telur dari tangan nih….

IMG01472-20100731-2127

tak tau lah korang camner, tapi laki den memang suka pegang tangan bininya. baik di mana-mana sekalipun. tapi yang aku nyampahnya…semakin meningkat naik usia perkahwinan, awal2 memanglah dia pegang cenggini. rapat melekat gitu…

genggaman erat huh!

IMG01488-20100801-0117

tapi nanti kalau dah 10min berjalan ke hapa, dia nak senang, dia masukkan tangan dia dalam poket seluar, so tangan aku dia sangkutkan je kat tangan dia, so senang keje dia tak yah pegang, heret je lah gaya gitu.

hawau btol. aku mula2 tak perasan, tapi bila dah berpuluh-puluh kali jadik gini, hamik! kan dah buat modal mencecehhhhhhhhh….

benda ni macam dia tak sengaja, agak2 lepas bape minit pegang tangan tu nanti dia terus masuk poket, gamaknya kalu boleh dia nak suh masukkan tangan aku dalam poket je dia terus so senang tak yah kerja.

pemalas betul lahai lelaki…

Comment: 23

Chef Gegirl…

IMG01490-20100801-1239

Lama aku tak buat entry memasak kan…ni special sket lah coz aku memasak with Gegirl.. untuk kita bertiga je makan, so tak yah buat pedas2 coz bapaknya bertukang di rumah CV. if takde sirman, nak masak senang, tapi kalau ada sirman kena ada yang pedas. agak2 nak lagi senang potong je cili api tu simbah kicap dalamnya, laju lah dia makan.  so our menu for that day was kembung masak pindang. lain tu sayur campur and sotong goreng.

she claimed dia yang masak, no hal jer, nak bagi semangat dia masakkan, so sume lauk dia kata dia masak. padahal dia tolong kacau2 and masukkan dalam periuk and kuali jer…

IMG01494-20100801-1245

not just that, aku pun ajar dia camne nak masak nasi gak. susah gak nak ngajar budak umur 6 taun masak beras coz nak mengira jari tuh ke acuan beras tu kan, but boh je lar, janji the basic tu ada. kalau dia buat hari2 sure pandailah jugak nanti. orang2 zaman tok kaduk dulu cam mak aku tu umur kecik2 cinonit dah pandai masak so at least Gegirl tau camne asas masa kecik2 nih ok for me…

IMG01497-20100801-1304

sambil2 tuh dia ada basuh pinggan mangkuk, waktu yang sama jugak aku dok menggoreng sotong…at first malas nak goreng, cukup je lah 2 lauk tapi diorg nak ada yang bergoreng jugak. aku abihkan jer sotong2 yang ada..eii abang yang ngah belajar siap keluar ke dapur sebab tak tahan kesedapan bau sotong goreng dalam kuali nih.  tapi jangan lupa, the Chef of the day was not me, kita bagi sume credit to Gegirl!

IMG01501-20100801-1322

dan makanlah kami bertiga dengan enaknya….malam tu pun lauk yang sama jugak, sebelum maghrib dah dinner bertiga jugak.

IMG01500-20100801-1305

perasan tak Gegirl yang sibuk dok basuh pinggan mangkuk tapi kat kaki dia ada lapik kain putih. 2 kali dia mengadu percikan sotong goreng nya minyak tu kena kat kaki dia. alahai princess nih. so aku amik ler kain putih buat lapik jangan bagi kena lagi kat skin dia. wuii kita yang tua ni pun kena percik myk masak pun pedih apatah lagi budak kecik. lagipun anak pompuan wor…biarpun kena belajar masak tapi jangalah sampai bertanda2 kaki nya segala…

after makan Gegirl semangat anto laporan kat bapaknya on her cooking that day,  sayang bapaknya tak merasa. ada aku tinggalkan untuk Sirman and sirman pun cakap nak dinner gak kat rumah tapi malangnya bila dia tidurkan anak2 dia pun sekali tidur mati. sah penat sangatlah tuh jadi contractor kat CV!

aku ni ngah mengira ramadhan gak nih….means lagilah macam2 menu yang abang and Gegirl demand!

Comment: 23

SALT in Gold Class…

IMG00276

kan aku ada dapat Gold Class ticket wayang for GSC Midvalley from the LG Cookies dulu, nak2 mengejar sebelum Ramadhan, so kita nak lari pi tengok Salt lah kejap. aku memang minat kalo si Angeline Jolie tu berlakon. tickets pulak ada kol 9 malam, ngam2 sampai tapi tiket tinggal 1 jer. laki aku nak dicampak ke mana. kenalah jugak tengok kol 1130mlm. midnite show ko! lama bertaun tak tengok midnite, tadah je lah.

memandangkan ada 3jam lebih lagi, so kita pusing2 The Gardens and Midvalley. inilah pertama kali dalam sejarah aku dapat ronda The Gardens tu sepuas hati, biasanya lalu tengok kanan, kiri tak masuk. tapi this time around semua tingkat ktiorg masuk sampai laki aku nyampahss.

kedai2 yang dia rasa macam more to girlie, pakcik tu dok luar jer…

IMG00275

mau discounts kat Selberan, poi ler jumpa kawan aku yang hensem ini di The Gardens. Kadang2 ado kat branch KLCC jugak…hensem nih! dari aku belum kawin beli set barang kemas sampai aku dah beranak pinak 2. oh he was Habib Jewel’s staff dulu, tu pasalnya aku selalu pakai product Habib. eh tapi kawan aku ni dah nak kawinlah taun depan huhuhuuuuu!

IMG00280

sebabnya selama kat 2 jam kitorg dah puas jalan satu Gardens and Midvalley, we all bertafakur je makan kat Zouk, The Gardens. aku pi gatal order mee goreng mamak kat such this place, tak sedap giler. apa ke mee goreng taruk kuah kacang dalam resepi ko weiii! a big mistake, but hot choc dia sedap, so aku order sampai 2 kali.

IMG01474-20100731-2145

Spaghetti Zouk Sirman sedap…mamat ni tekak belacan pun ye, tekak omputih pun yer…. Sebabnya kitorg dok makan kat sini coz nak bertafakur lama memandangkan movie pun start lambat. nak lepak tempat lain kang kena beralih tempat jugak..so tu yang pilih kat sini tapi iskk bongek aku ni pi order mee goreng mamak!

IMG01478-20100731-2323

so back to the Salt movie, kita masuk the Gold Class, first time you aku masuk. kentanglah dalam tuh, best betul, padanlah namanya Gold Class. since aku nya ticket free, Sirman paid RM40 for his seat. emm 40hinggit kalau tiket 10inggit leh masuk 4 orang kat normal cinema hahahahaha. but standardlah kan, macam beza economy and business class. lagi ko bayar mahal lagi kaw2 service ko dapat. kita masuk rehat dalam nih, kalau tau dok rehat kat sini dari 9malam hikss…lounge area dia class.

IMG00288

walahweiiiiiiii! sofa dia koo canggihnyaaa. siap boleh terbaring2 tidur koo. sewa blanket is RM5. kena wajib sewa sebab memang sejuk kaw2 lam tuh. aku suspect 2 sebab ler sejuk nih coz

1. orangnya tak ramai dalam tuh, means kalau normal cinema tuh kedudukan kerusi rapat2 and manusia pun ramai so haba mamalia dah meletup2 lam panggung wayang.

2. sebab dia nak suh kita sewa blanket tuh so diorg naikkan temperature aircond. sejuk koo!

n if nak makan minum order jer kat waitress nanti depa deliverkan to you sambil ko makan tu lah…ado meja sesiap lagik kat kerusi ko duduk tuh. wuii syoknya. ni kalau ko suh aku pi tengok Inception waktu dalam Gold Class kompem aku tertidur!

IMG01484-20100801-0115

sebabkan sedap sangat dok tengok SALT tuh, aku bukak ikat getah rambut, and bila dah kuor cinema, aiyah, dah kuor 300 tapak baru pasan earing aku tercabut sebelah must be left kat sofa empuk lam Gold Class tuh. kemalasan nak patah balik lantakkan ko ler di situ. Movie SALT memang best, rasa nak tengok jer lagiiiiiiiiii….kuat betul badan Angelina Jolie dalam nih, habis sumer lelaki dia bantai bedal mati kat tangan dia jer, melompat dari truck ke truck pun tak de patah riuk, can easily jump out from police car and final one melompat dari helicopter tu kayy….pun hidup dalam air kuor senapas jer hahahhahaha…

Yang pastinya aku belajar, menonton dalam Gold Class memang best gilak! nak lagi nak lagi nak lagi tengok….kalau pasnih 2 tix dah RM80 waaaa….dapat sepasang kasut, dapat sehelai baju dapat jugak emm….my lunch for 8 days hikss.

Comment: 20