Posts by :

Bit of rest…

IMG00625-20100701-2024

sofa merah jadi putih sebab cabut dicuci….takde nye aku nak beli baru. sofa ni selagi tak jahanam selagi tu lah aku pakai yang weiii…

at nite as usual, bz mana pun aku mesti buat spelling ngan Gegirl coz kindy dia setiap senin n friday ada buat test tuh…kalau tak dibuat, abih leka dia punya ejaan pun kedaung. but pala otak budak ni ada pick up sket lah, kalau esok nya spelling malam tu baru hegeh2 nak buat, menjadi gak dia jawab.

today’s entry memang sengaja lambat keluar coz aku bersantai sungguh malam tadi with my family. golek2 je atas sofa temankan sirman jerit2 untuk Holland. huh berpinar telinga aku ngan Gegirl. abang layan games lam bilik so tak heran nak join bapaknya jejerit.

eh abang suka main bola tapi tak minat nak tengok bola, camne tuh. mesti ada yang nak tanya, ye Gegirl tu lefthanded, dia dari baby kecil2 lagi dah memang buat benda banyak pakai tangan kiri, even till now pun memang tulis tangan kiri je lah, but kalau pegang mouse pad, kita train dia pakai tangan kanan coz ada 3 orang kat lam umah nih right handed, jadi dia kena ikut sama get use pakai mouse belah kanan jugak. makan dulu pun ngan tangan kiri (guna sudu) but slowly taun nih dah boleh pakai tangan kanan. anything yang dia buat, dia memang trying to use her left hand…

rasa macam nak rehat je from posting entries sehari 2 nih, i m so not in the mood lah lately. ada masalah tergempar yang aku kena entertain…sometimes being a blogger, of cos we cannot shout everything in the blog, so makan hati ngan kawan2 and family je lah…

Comment: 8

Oren oren!

IMG00658-20100702-2354

sukanya penyokong orange nih…

Gegirl sokong brazil, blue vs daddy yang orange! semangat sungguh depa aku dok teman je guling2 atas sofa. i m not a football person, quite tak kisah ko nak berjaga tengok bola ke hapa…

Tahniahlah orange, masuk semi ek?

tak sesia sirman beria membeli topi and spec Holland tuh untuk anak daranya, end up dia yang pakai… 🙂

Comment: 11

One Secret…

IMG00638-20100702-1417

Verona PM

can i tell you one secret?

the secret is…

saya benci diaaaaa so so so much!

the ‘dia’ could be anybody 🙂

could be ramai, could be ko sorang, could be berpuak2….

entahlah 2,3 hari ni memang ngah mood menyampah…bawak bulan kot, eh bawak perut gamaknya…atau mungkin ngah musim2 berhati jiwang lara, ramai kawan2 bloggers budies aku ngah ada masalah lah wei, so i feel the pain too. kita tak discuss openly lam twitter, but we bbm. that s the beauty of having a group of bloggers buddies dalam bbm.

Comment: 14

Habitat dan jiwangnya si Mak sekor nih…

IMG00609-20100630-2307

Versi A

IMG00611-20100630-2336

Versi B

Versi A dan B adalah 2 watak yang sama tapi berbeza insiden. Versi A, Reddy bersama sekor anaknya. Versi B pulak Reddy bersama 2 ekor anaknya. beza kedua gambar dalam 10min sahaja.

anak2 ko dah sihat sejahtera dok dalam cage, si Reddy ni macam so kiasu jer hati tak tenang je ko. keje nak mengalihkan anak2 nya jer. ok those yang tak tau, habitat mak kucing memang begitu yer. walaupun takde kucing jantan dalam sekitar rumahnya tapi dia tetap rasa was-was. eh ada kucing jantan kat rumah aku si Mozel yang budak2 kenit lagi tuh. dia mana geti apa2, budak bawah umur lagi si Mozel tuh.

but tu lah, dah sedap2, digonggongnya anak2nya anto ke celah tv tu ha….tapi dia lupa kira apakah, anak 3 ko pi angkut 2 ekor jer. aku malas nak ngaco, biarkan depa nyonyot minum susu dulu, dah kat sejam baru aku angkat anak2 dia anto balik ke cage. itupun kelam kabut pandang kiri kanan siap escort aku tuh, allo Reddy lek lah, takde sapa nya nak curik anak2 ko…

IMG00636-20100701-2144

depa dah bukak mata, tapi satu hal je lah, berebuttttttttttt je nak minum susu maknya. ganas2 pulak tuh memasing bila time menetek…siang2 pun dia ngalihkan gak anak2nya, kadang2 Fifin sampai marah2 si Reddy, ko nak amik alihkan anak2 ko make surelah sekali 3 ekor, ni 2 ekor je, tak pun sekor, kesian yang lain tu ko tertinggalkan. there s one time sume orang dah kuor, Sirman je sorang2 kat rumah, dia dok tengok cage anak2 Reddy takdak, kuasa heh sirman nak carik. sah ada lah memana lam rumah dia sorokkan, sirman dah lambat tak kuasa dia nak mencarik.

rupanya betul, bila Fifin balik ngan Gegirl tengok anak2nya ada nunnnnnnnnnn belakang meja tv gak…

Reddy oh reddy…oh last photo, 2 ekor sibuk menetek, sekor lagi membongkang…

Comment: 10

Big big sale in KLCC…

IMG00614-20100701-1320

Zara has big2 sale…..sorry i donno up to berapa percent. keje aku amik gambo berdiri kat depan cermin nih, pastu berdiri lagi kat tepi cermin pastuh berdiri lagi kat entrance. coz aku takde desire nak shopping, was thinking to buy pants for work pun takdak mood, tengok line up ke main panjang. was here coz my 2 frens nak menyopping, kalau biasa aku yang keje melenjan shopping sana sini, but this time around, diorg yang over than me…

i tak kisah, seronok je berdiri situ amik2 gambar tengok orang berebut2 nak shopping kan…

IMG00621-20100701-1348

sambung pula ke Raoul sebab ada sale. wah sale ke main hebat…la ni is summer sale, siaplah tunggu winter sale pulak. dok kat malaysia tapi sale ke main sebut ikut oversea nya season, apakah?? i love my red shoes, adik2 SA kat Prada perfumes cukup makan hati ngan kasut merah aku nih. it s not that high pun heel dia, just nice, i bought it in Amsterdam. tapi again tak gigit kasut tuh so sakit sketlah.

remember aku terpaksa rembat skin socks masa kat Ams gak coz nak cukupkan the minimum purchase of VAT cash refund, berbaloi gak beli tuh, boleh dipakai. n bila bukak socks tuh ingatkan 1 pair jer, rupanya ada 5 pasang. ya untung acik!

eh eh abang belakang tu staring kat ai lah….

IMG00624-20100701-1353

tetiba je abang kan…budak ni dah sah2 10yrs younger than me. SA Raoul. cute comei lote….aku pun tak tau kawan2 aku nih beli baju kat sini sebab SA nya yang cute or kerna memang ngah sale kaw2. ada 50% tuh…ha sapa mau baju2 Raoul ada trademark R special lagik yer, bolehlah beli. R for Redmummy pun can one…

aku tak suka dah pakai kemeja, yang ada pun jarang berpakai. blousenya jer 5,6 ratusselai, tengok pants huh 700 ke atas. oh takpelah, i pass. dok menempek tengok apa yang kawan2 aku shoppingkan.

shopping yek…ha shoppinglah hangpa.

i got Datin Sri to entertain today, our Friday monthly luncheon. ke manalah dia nak hurung aku kali nih….

Comment: 10