Posts by :

Project RM dilancarkan!!

sudah hampir 48 jam kita launched the new template

ada minor errors, yang sedang dalam proses lagi, ada yang korang tak suka, ada yang korang suker. of cos lah kan. tekak memasing pun lain, rambut lagi lah. tapi ikut majority lah. lagipun concept rumah baru, serba serbi baru but dengan condition harus minimal.

kalau dulu font kecik sangat, aku besokan font

kalau dulu font type apa tah, kita tukar font lain plak

IMG18550

selepas Project Redmummy dilancarkan, semangat saya semakin membara2. rasa macam2 semua benda saya nak buat. Project RM bermula sejak 2,3 hari lepas officially, we hv launched the new template, the free class for readers by RedGlow, and more!

more to come!!

Alhamdulillah saya dikelilingi dengan kawan2 adik2 abang2 and  kakak2 dan gang2 yang sangat mahukan saya maju ke hadapan. Family yang menyokong setiap gerak kemajuan saya. i dont want to look back, takkan saya nak dok takuk lama je kan. Saya bukan nak jadi orang kaya, saya nak jadi orang senang. sebab nak menjadi orang senang, saya refer dengan mereka yang berjaya, ko pi refer kat yang dah telungkup or nak melungkupkan ko buat hapa.

so saya ada 3 pilihan, tapi satu apa pun saya tak cuba lagi, so dengan bermulanya Project Redmummy, saya sudah mula cuba untuk satu dari pilihan2 itu. mana tau, berjaya.

eh dah, tak leh cakap panjang2 pasal Project Redmummy yang hok 1 pilihan dr 3 tu coz itu baru first step. kalau betul ada hasilnya saya akan olah2 lam RM ni yer.

IMG18547

blogging is not helping so much, max can go 10k p/m itupun kalau bulan tu kita byk giler ads, kalau kurang, busuk2 5-8k jer.biarlah orang cakap aku fame ke famous ke, yang penting mulut2 nak kena isi, so saya pilih jugak buat one of the steps itu. tak berani tp sampai bila plak aku nak dok takuk lama kan? korang tak nak naik korang nya pasal, aku nak jadi orang senang.

sirman akan ikut my step hanya selepas saya ‘made it’. ahhahahahha anw. Sebab itu lah minggu ini sangat minggu yang ceria to me.

Oh itu olang dalam itut gambar saya panas hati sama wa coz wa asik luluk2 sibilah dia mekak2…’bila template coding mau siap, bila template coding mau siap???’

ahhahahahaa

anw, back to this new template, bersabar untuk lebih byk lagi minor errors yang kita akan godam, coz bila dah launched ni baru nampak apa yang kurang apa yang tepat.

Comment: 12

Got the Red Scholl! finally!

IMG18570

dan tetiba jer kita sudah berada di dalam kereta untuk ke MidValley usai dari concert. hoi cite concert sambung2 lain kali lah, overdoss je anak aku dok suka mak nya celoteh concert dia 8 purnama kan. so man2 lu. janji korang dah tengok gambo gegirl for her concert lah kan.

ada kepala tudung pink kat belakang tu anak buah aku, my sis nya anak. family aku ramai datang for concert.

hapa tak nya pagi2 gegirl dah tepon nenek atuk makandak pokteh bla bla bla…suh stand by pi concert kan.

IMG_7545

i had to be at Midvalley to collect my make up set from the sponsor, i tot to give it out to readers as contest gak. mau kah? tapi korang jawab kat FB salah laa..takde sapa yang betul. camne ni.

aku jual soalan kat RM lah jwbnya….

IMG_1871

yes Gegirl ke MV ngan baju2 concertnya yer. wpun aku ada bwk baju spare, tp dia sangat feeling cantik ngan rambut make up bagai, so let her be lah. baju tu pun ntah bila leh dpt pakai balik kan, yg taun lepas nya Hey Mickey pun sampai la ni tak berusik, sah lah aku akan give away gak nanti.

IMG_1903

sian korang yer, terbiar tak udah…

dok le dendiam baca buku jap, makpak hangpa sibuk kira duit.

IMG_1901

menukar duit di money changer MV. tempat ni fav sirman, dah aku tak keje sini camne aku nak tukar kat sini plak. aku sah2 tukar kat klcc, tp tu lah cam mahal je tukar kat klcc lah wpun kita tunjuk staff pass.

tau tak since skang musim haji, banyak duit rial kekecik tarak jugak ada. paling kecil 500 rial yer…

IMG_1885

ada aritu hangpa bg komen ke kat sini or kat fb lah ckp kat Jusco ada sale, siap 15% for scholl lagi and kaler merah yang aku nak pun ada. so singgah jap to Jusco MValley, and yes the shoes is finally mine!

baru betul colour merah yang depa ada. yang kat Parkson KLCC tu bukan merah lah, itu pinkkkkkkkkk! napa diaorg claim itu merah. itu kotak tulih red aku assume dah salah concept lah.

sbb kat scholl Jusco, merah dia betul2 merah as per display gak. dahlah merah, dpt lak 15% disc sbb ada card JJ.

ke yang kat parkson tu dia dah celup ngan putih sket tu yang jadi pink hahahaha.

IMG_1916

btw ye betul itu baju yang kupakai waktu event Yoyooh dulu. ni kali ke2 pakai, kali ketiga tak tau, ada gak aku jual kat Shop@RM. ada orang nak beli tak?

kat Yoyooh tu aku pakai ngan socks panjang ala legging tp yang ni santai sangat kan, so malaslah nak pakai.

very quick visit to Midvalley, and cabut balik anto anak buah aku and we went back home cos bapaknya ngantuk nak tidur. bukan maknya kay, biasa maknya yang kaki tidur petang2 cuti, but since sirman ada job malam tu kenalah kong jap.

thats how my sunday goes.

happening for something related to my red family. sesekali cuti dari cover event for blogjob, seronok gak. sesuatu yang jarang kunikmati skang. tapi saya suker jer……..

ada blogjob lebih nikmat, bermakna khidmat saya masih diperlukan 🙂

Comment: 9

The make over for Gegirl!

IMG18551

ok ready nak kena tadah muka make up kan, ye sila baring ye cik adik! leceh kalau make up dia sambil duduk, baring gak senang keje mak nya.

she s gonna have her concert lor….mula kol 12 pm, tp kol 1030 kitorg dah kena mencanak dok kat IYC (Pusat Belia Antarabangsa). so kol 9 lebih dah mula make up. sirman and abang dok sibuk bertaekwando lagi!

and yes she s the first to wake up on sunday morning. semangat betul nak rambubaaaaaaaaaaaa!

IMG18552

aku pakaikan dia make up aku ler. pakai make up dia yang kak mar moralle tu kasi kang takut tak lut warna plak.since this is for stage, n dia pakai make up heavy ni pun setaun sekali masa concert so bolehlah aku tarammm!

tapi banyak bunyi runut tol budak ni

apa aku apply sumer dia nak tengok dulu, tu tak termasuk dia tanya for what for bla bla blaaa

IMG18556

lom siap lagi tp janji mata dah siap.

dia bley demand mintak pakai fake eyelashes, manyak cantik ko!! over lelebih plak. make up ni pun dah lebih yer.

IMG18560

ok muka siap, rambut pun dah siap, nak godam lipstick pulak. itu lipstick pun dia yang pilih colour, from the PAC brand yang aku jual (eh sorry ye dah abih dah tak jual dah). itu pun slot yg aku dapat tuh last pc.

IMG18565

ternganga2 mulut lepas pakai lipstick!

kelip2 goldash tu dari pigments gold colour yang aku dapat from MAC. cepat gak abih coz dia ni keje membantai benda tu jer, wpun kat umah kadang2 dia tepek2 kat muka selamba kodok jer

IMG18564

ai put on the cap yang aku pakai masa Nuffnang Blog Awards Singapore, the one yang RedGlow sponsored cos aku tak tau apa yang cikgunya nak pakaikan kat concert nanti. ni back up plan lah…

IMG_7128

n yey, let s go to concert!!

aku bawak bekal yer itu pigments gold, sebab budak tu claim napa makin kurang je kelip2 gold dia. hishh anak merah ni!

IMG_7139

cikgunya bukakkan cap yang dia pakai and ganti ngan menda apa tah kat pala tuh. padanlah dia dok suh aku belikan sock putih panjang, rupanya semua budak batch dia yang menari sama mmg pakai putih. eh lantaklah yer, mak ko pakaikan ko merah. lgpun sock putih panjang takde langsung kat umah. yang ada pun pendek.

coincidence for her team ni baju sume kaler merah. baju2 menari show for concert semua sekolah sediakan….

ada video concert dia, ada gambar2 yang banyak untuk kutempek kat sini.

but kita take it easy lah yer..aku pun ada entries lain nak tampal kat RM nih.

IMG_7170

abang muka tak ikhlas je nak amik gambar. hoi aku carik dia satu dewan mana pi ilang je si bujang ni pantang lepa. nak amik gambo pun senyum mmg terpaksa, and mata dok mengular tengok orang.

IMG_7150

kenapa kitorg kena pakai merah jugak ni?

jangan banyak cakap, ai dah siapkan baju, sila je pakai…gegirl’s costume is red, so kita datang satu team ngan warna merah!

anak yang masuk concert, mak korang yang hover!

sahdap u…


Comment: 15

Sukanya dalam hati….kalau…

IMG18533

helluuuuuuuuuuu!!

minggu ni minggu yang semarak sungguh, kerna weekend yang lepas adalah mantap dan hebat dan sedapppppp!!! after a meeting with RedGlow, we took a quick dinner. aku nak cepat balik umahhh

aku nak tengok Tunjang Sa’adah! ahhahahhaha, kalau bukan kerna Ajami, jangan harap aku dok depan tv weii.

yes ai dont hv time to watch tv, except dvd itu pun waktu orang tidur baru dpt layan. my life is packed and full with blogging only.  IMG18537

so kami makan di restoran Zul Yahya. tp pelakon tu aku tak nampak le pulak.  kami makan menu standard red family….aku letak gambo Gegirl awal2 ni cos pasnih gambo dia takdak, dok sibuk jadi cameragirl ngan canon kecik. she claimed camera tu hak dia plak sbb bapaknya dok ngan camera beso jer.

tp abang pun claim kata tu camera dia

abih mak korang ni apa? melopong le takde camera lsg. gambo2 malap dalam entry ni dr camera berry, yang terang je camera dia.

IMG18542 so this is the photographer

mai tengok apa hasilnya yang dia amik yer………..

IMG_1800

daddy main tennis ngan abang

aku nak main kang, sume mengamuk bosan takleh nak main apa

IMG_1798

so kena jadi model for Gegirl

ai ok jerrr

IMG_1803

nak kuncupkan pipi dah tak boleh

saya tidak diet skang nih tp amik SIY pun skip2…

sokmo lupa aaa

IMG_1806

penat heh jadi model

maknya lagi leka tengok diorg main tennis

IMG_1805

mommy tengoklah gegirl nak snap gambo ni

yee mak ko senyum!

IMG_1809

mommy tutup mata, gegirl amik gambo eyes mommy

tp ada tangan dengki pi tutup mata sblh aku ngan PSP!

eiii

IMG_1810

rajuklah ibu

ooo gegirl suh aku buat muka merajuk yer hahaaaa

IMG_1813

disuruhnya pulak muka senyummmmmmmmmmm!!

IMG_1815

dia suruh aku cium bapaknya

tp aku tak nak hahahaha

sbb kat situ ada byk group2 budak muda belia

ai dont want to make any drama kang budak 2 tu cakap ‘oi kak, pls get a room’

huhuuuuuuuuuuuuuu

IMG_1824

ya udah

ini saja lampiran gambar untuk entry dengan mood ceria aku rasa. sebab minggu ni adalah best the besttttttttt insyallah.

wpun saya tidak suka menjaja cerita yang belum terjadi, tapi since korang yang lam RM FB fan pun ramai dah tau, so mai lah saya bilang berita yang good news for me, yang sharing wt my readers too.eh ai mean korang tau aku  kena announce minggu ni news tuh…

yey!!!

inilah barisan kita…

yang ikhlas berjuanggg…..

Comment: 13

Free make up class for you!!!

IMG_6893

di suatu malam yang indah

ditemani lampu neon yang terang benderang….

IMG_6913

kutadah wajahku untuk lorekan semalam

untuk dimetrokan agar sinonim serentak maya

IMG_6923

warna2 tenang, untuk langkau ke kantor

biar tidak ada semarak gemerlap

IMG_6942

tangan pelukis tidak pernah gagal

untuk mengindahkan yang suram

IMG_6955

rajuk anak diganggu abang

mengganggu tugas kerja sang merah

IMG_6983

abang datang didakap ibu

mohon berpaksa bergambar tak sudah

IMG_6967

andai dapat lena sebentar…

oh tuhan, demi tugas demi seperiuk harian

IMG_6990

dalam bekerja, anak2 kukendong kiri dan kanan

dalam bekerja, tiada batas membanting tulang

IMG18530

suami yang turut bahu membahu

bergotong royong demi sebuah RM

IMG_7009

indah ukiran bibir yang lesu

merah jambu lebih sedondon

IMG_7017

yang palsu jangan ketara

jika hanya untuk ke kantor

IMG_7020

kemasan indah pelengkap gaya

wajah warna ringkas usai sudah

IMG_1792

Redmummy to RedGlow kian berkembang….

dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi….

badan2 yang ingin menggunakan class RedGlow for benefits kakitangan kerajaan dan swasta, ini peluang kamu. Kursus intensive, bengkel make up, kursus jangka panjang dan pendek SKM. Ramai orang2 kerajaan membaca RM, so why no?

hanya dengan menghubungi Najwa via sms at this number, special deal for you to have: 012 3588 999

IMG_7096

Dan dari Redmummy untuk my only lovely readers juga…bukan sahaja saya beri anda template yang baru, yang cocok mantap tapi aku bagi….

FREE CLASS FOR YOU!!!

Saya hanya memilih 10 terbaik antara kamu. for the free class by RedGlow on 6 December 2009, class to start at 10am to 2pm. Venue will be in Seksyen 9, Shah Alam. actually aku mungkin, i said mungkin sudah ada the top 10 tapi mana tau, yang 10 tu ada sorang 2 ke 5 orang terlajak2 tidur tak bangun or depa ada hal lain plak di hari tu. mana lah tau kan….

Interested to join the free class, only via RM to RedGlow, drop an email to me.  mau enggak? email saja yer… 🙂

Tak bermakna rezeki yg ada aku bolot sorang, banyak dah job aku dapat aku sub kat GBM, sub kat readers jugak, ada rezeki lebih kita share2 sama lah, so at least for this year kita buat dulu free class nih.

Thanks RedGlow for the sponsorship to RM’s readers.

Comment: 19