Ads

Rapat-merapat Vibrance Kegel Device!

48hours sponsored post, pls scroll down for new entries.

Cantik dalaman, cantiklah luaran. Yes, I always believe, beauty comes from the inside.

And dalam keadaan aku sekarang ni, korang ingat aku tak amik pusing ke hal-hal kecantikan ni? As i said again and again, nature kerja aku and environment tempat kerja aku sendiri ni memang memerlukan i look good in and out.Kenapa aku cakap macam ni? Aternya korang ingat nak mengukur jalan kat KLCC ni naik kenderaan? Jalan kaki okkkkkk.. Dengan keadaan aku sekarang yang membawak budak ni… lagi lah. Mana nak membawak badan, mengheret kaki tu belum masuk part asyik nak ke toilet lagi. Orang perempuan ni kan. Bukan nak cakap la.. orang kata nyawa perempuan dalaman yang satu tu je. Ini memang semua kena akui lah ye. Sihat yang ‘itu’ sihat lah segalanya, Insyaallah…

Korang buat tak Pelvic Floor Exercise? Ni kang ni, semua nampak or terlintas satu je lah sebab utama exercise ni kan???

Chooiii korang ni tau… itu hanya salah satu je benefit exercise ni.. Ada banyak sebab musabab and also benefits kenapa exercise ni penting untuk kaum perempuan..khususnya yang dah berumahtangga and beranak pinak macam aku.  Macam mana korang yang perempuan2 semua ni ngadap nebeng kat blog merah aku ni nak tunggu nak berangan pasal handbags, shoes, makeups sales semua…

Macam tu jugak aku nak korang semua take this seriously. Kalau kita  melawa luaran aje tak cukup gak tapi dalaman menanggung sakit tak berjaga.. alahai sedih.. Contohnya ko dah vogue habis atas bawah designer bagai alih2 tiap2 setengah jam dok mintak excuse nak terkench. SPOIL ok.. sangat SPOIL. Korang rasa tu semua normal?  Especially kalau kita tengah pregnant, dah beranak pinak etc? SALAH tanggapan tu.   Maknanya kita perlukan bantuan and  kita ni not being fair kat aset paling penting dalam tubuh badan kita.

Tu lah pentingnya Pelvic Floor Muscle Exercise ni..

imageDia membantu banyak in improving our quality of life. Kalau kita maintain je regularly at least twice daily, Insyaallah kita leh maintain fit and bukan itu je maintain beauty in and out kita.
Seronokkan?

Twice daily nak buat exercise ni.. hemmm… ada ke masa? ingat ke kita? Kang leka tunda2 alih2 dok terfikit kenapa cepat letih.. kenapa asyik nak ke toilet je semua. Tanya kawan2 semua jawab sama je.. “normal la tu bila dah beranak pinak ni..” padahal puncanya kita sendiri. And sekarang ni… apa yang tak de nak membantu lifestyle kita semua yang senantiasa sibuk ni. Introducing Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises.

Apa ni?

Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ni is a medical tool yang akan membantu para wanita macam kita semua ni. Pemalas sangat nak meng’kemut’ hah, ini bantuan dah sampai 🙂

Macam mana dia membantu?

Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ini membantu untuk strenghten muscle pelvic floor kita. Macam aku sekarang ni, device ni sangat membantu in giving me a safe and healthy pregnancy. Sebabnya, masa tengah pregnant, pelvic muscle ni kena carry extra additional weight and nanti untuk give birth, it can help to push the baby out ensuring smooth delivery. InsyaAllah.

Ni jugak serve as alternative to surgery, medication, adult diapers and pads. Dah tak payah dah semua ni in preventing kita punya urinary incontinence.  Lagipun, dengan Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercise ni make sure we are doing the muscle training correctly. Lepas tu, untuk insan yang lemah membawak budak macam aku ni lagi lah sesuai sebab tak de lah perlu nak susah nak buat exercise ke apa.. dah la nak menunduk pun payah ni..

IMG_7421
Pulak tu, it is comfortable and safe. Sebab dia buat from Medical Grade Silicone Rubber yang sangat high in the specifications yang dicipta khas untuk built maximum comfort and tidak damage or harm the pelvic when exercising. Yelah, tempat itu kan sensitive.. kena lah pakai barang2 yang berkualiti sahaja. And it’s compact, lightweight and sangat senang nak disimpan. Sangat ideal untuk kita semua wanita bekerjaya yang sentiasa on the go ni. Lepas guna, basuh dengan the Vibrance Cleanser, lepas tu biar je dia air-dry dalam casing dia tu and simpan dalam room temperature. Selesai.

Mudah, ringkas and paling penting senang.

Macam aku yang memang on the go dengan pelbagai aktiviti sendiri, anak2, keluarga ni.. sangat lah sesuai. Sebab dengan ada device ni, tak de lah rasa tak selesa ke, asyik nak ke toilet ker, malas je nak bergerak ke… and paling penting i can still join my boys tengok2 dok tepi for their physical hobbies. No more “mummy tak larat la abang, kang nak pergi toilet je semua macam mana?” Tak la tengok abang n gegirl muncung je mummy dia dah tak meneman dia dengan macam2 outdoor kan? Bukan aku join pun.. tapi kadang dia suka aku ada sama.

VKD boxset

Dalam kit Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises ni, sangat mudah diguna and complete with all the necessary user guidance. It comes sekali dengan User Instruction Manual, Warranty Card, Vibrance Kegel Device and Casing, 2 sets of Batteries and 3 Levels of Resistance Sheaths. Siap ada audio guided training ok. Click je button kat device tu while exercising, nanti dia tolong track when kita kena contract and relax during the exercise.

Buat dia dalam 5 minute je dua kali sehari. Apa lah sangat 10 minute tu kan? Kalau hasilnya berbaloi baloi… 😉

IMG_7504
Lubricant and cleanser yang akan kamu bawak pulang dalam package yang disebutkan 🙂

Harga pasaran is RM598 (tanpa the lubricant and cleanser) tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….. kalau korang mention yang korang ni reader Redmummy.com (sambil kelip2 dolly), harga for the Vibrance Kegel Device Boxed Set ni is only RM450 !!!! But do mention the promo code 7777 bila key in kat their online store of www.mybioinfinity.com

harga dah la murah the sets also comes together dengan the lubricant and cleanser.  Tapi syaratnya, sejurus selepas korang baca entry ni… korang ada 7 hari sahaja untuk dapatkan promotional price for Redmummy.Com readers ni. TUJUH HARI SAHAJA ok…

Alternately, kalau korang tak sempat jugak, Bioinfinity akan bukak booth at 2nd Maternity & Children Expo this November. Yay! Kat sini pun korang boleh dapat the promotional price of RM450 and boleh tengok sendiri the device life before buying it.

Details as follows:
Date: 18-20 November 2011
Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Booth No: 67
Memang matching expo gini dengan aku sekarang kan?

IMG_7420

Ada lagi paling hebat, hangpa boleh buat entry “Saya perlukan Vibrance Kegel Device’ dalam blog korang, send the permalinks to this entry, closing up to 3 days till entry ni kuor, and nanti judges or mbe saya sendiri akan memilih pemenang yang akan membawa pulang sekotak Vibrance Kegel Device Bioinfinity ini which is worth of RM598!!

Kalau korang still doubt and kurang faham, not to worry, log on je kat www.mybioinfinity.com for more info. So I dah bagi you 3 cara untuk dapatkan the Vibrance Kegel Device, via online harga murah for up to 7 days, di Midvalley during the exhibition and jugak untuk dapat percuma, buat sahaja entry nih. Another secret, Vibrance Kegel Device akan menambah dan mengeratkan lagi ‘hubungan kelamin’ suami isteri 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Bioinfinity is brought by Redmummy.com

Comment: 46

Everybody loves Samsung Galaxy S II

 

48hours sponsored post.

Let say aku tengah rushing driving to office, bila dah lambat mula la macam-macam benda yang kita lupa. And while tengah driving cilok-cilok tu tiba-tiba baru la teringat yang aku terlupa nak send 1 important email to my boss. Nak berenti sekejap hantar email tu memanglah boleh, kan pakai smartphone, tapi aku dah la lambat, kereta banyak pulak tu time peak-hour ni. Mana boleh nak berhenti sajer-sajer. Nak type while cilok-cilok ni bahaya la pulak, kang tersodong pulak kereta depan! Masa ni lah i wish i can just speak to my mobile phone and command it to send the email, EH WAITTTT memang dah boleh la, we can actually speak to this one mobile phone. This awesome phone ada feature Say N Go yang boleh recognizes kita punya instructions and for my case immediately sends the email to my bos without me typing, only from voice commands. Cool eh 🙂

Phone apa tu Kak Red?

The sleek and slim Samsung Galaxy S II of course 🙂

 

Tak percaya? Korang boleh tengok sendiri dalam video ni di mana mobile phone ni boleh recognizes the commands ataupun instrauction yang kita suruh dia buat. Boleh suruh buat web search, send sms or email, check weather, set alarm clock dan macam-macam lagi.

 

Tapi bukan this amazing feature sajer yang membuatkan ramai orang sudah jatuh cinta dengan Samsung Galaxy S II ini, tapi ada banyakkkk lagi features menarik yang terdapat pada mobile phone ni yang telah dikongsi ramai di gallery love galaxy SII ini. Kalau tengok all the videos bermacam-macam benda boleh dibuat. Dari the basic phone features, of cos a games console, your music box and since phone ini menggunakan Samsung Dual Core Application Processor, ia mempunyai kelajuan tinggi dan multitasking, even normal tasks yang selalu kita buat pakai PC pun boleh buat dari phone ini.

Ni pulak satu lagi video especially untuk those yang tak suka guna virtual keyboard kat touch phone. Macam aku la hiks. I’m sure you all sure terpikat punya lepas layan video ni. So easy guna touch keyboard kat Samsung Galaxy S II ni, just SWYPE it out 🙂

Tapi video ini lagi cool, di mana kita boleh gunakan Samsung Galaxy S II sebagai Wi-Fi remote control for Samsung Smart TV. Macam aku cakap, pelbagai tasks boleh dilakukan dengan phone ni! Even a remote control for TV!!!

Aku rasa korang pun dah jatuh cinta dengan phone ni. Bukan sahaja design dia yang menarik dan nipis tapi laju serta multitasking dan lot of things can be accomplished easily, efficiently and elegantly with Samsung Galaxy S II ini 🙂

So which wonderful features in Samsung Galaxy S II do you like most? Bolehlah kongsikan bersama di gallery love galaxy SII ini. Like I said, everybody loves Samsung Galaxy S II 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Samsung Galaxy S II is brought by Redmummy.com

Comment: 27

Tiada Aedes Tiada Denggi!!!

48hours sponsored post.

 

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar tentang statistik kes denggi di negara kita Malaysia. Tahukah korang pada tahun 2011 sahaja iaitu sehingga 1 Oktober sudah lebih 14 ribu kes demam denggi dilaporkan termasuklah 23 kematian. Empat belas ribu tu!!! Malahan pada minggu ke 39 tahun 2011 iaitu bagi tempoh 25 September sehingga 1 Oktober sahaja melibatkan 324 kes termasuk 1 kematian akibat denggi.

And even my brother in law sendiri menjadi sebahagian dari statistic di atas kerana pernah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, tapi Alhamdulillah dia pulih selepas beberapa hari dirawat secara rapi di wad.

Nampaknya tahap kesedaran tentang bahayanya denggi masih rendah dikalangan masyarakat kita walaupun pelbagai usaha kerajaan khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia lakukan untuk mengingatkan kita.

So apa itu denggi?

Demam Denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

Tanda-tanda ataupun symptom  demam denggi pula ialah

  1. Bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk.
  2. Sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever).
  3. Gatal-gatal.
  4. Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah.
  5. Sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.

So jika korang ataupun sesapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan segera ke klinik berjumpa doctor ya. Jangan dok ingat demam-demam biasa pulak!

 

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan kita semua tentang bahayanya denggi, namun ada yang aku rasa endah tak endah jer, masuk telinga kanan keluar telinga kiri macam tak ambil kisah pun. Betul tak?

Secara umumnya cara untuk mencegah denggi adalah menghapuskan nyamuk Aedes pembawa kuman Denggi itu. Nyamuk aedes ini membiak di kawasan takungan air seperti contoh di pasu-pasu bunga korang tu. Amalkan sikap untuk membersihkan takungan air tersebut , kalau boleh setiap hari dok check takungan air tu, bukan sahaja pasu bunga tapi apa sahaja jenis takungan air kat rumah korang tu, even kolah kat dalam bilik air tu pun sekali patut dibersihkan selalu kerana tabiat ini berkesan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang dikenali sebagai larva nyamuk aka jentik-jentik.

Juga disyorkan menggunakan ubat jentik-jentik (Abate) in order untuk menghapuskan jentik-jentik dan juga semburan (fogging) juga dapat membantu menghapuskan pembiakan nyamuk ini.

Last but not least penggunaan kelambu juga dapat membantu mengelakkan dari kena gigitan nakal nyamuk betina Aedes ni 🙂 Mula-mula kahwin jer tidur bisik-bisik dalam kelambu ni kot hiks 🙂 lagipun dalam kelambu kena gigitan nakal yang lain hahahaha…

So ingat Hapuskan Aedes adalah tanggungjawab kita semua! Amalkan hidup sihat Tanpa Denggi!

Khidmat pesanan masyarakat Denggi is brought by Redmummy.com

Comment: 25

Oh my London!

48hours sponsored post.

image

Aku dari dulu, sejak zaman-zaman sekolah sampai sekarang ni memang hantu novel. Tu antara koleksi novel aku yang masih ada, aku rasa koleksi tu aku beli semenjak duduk VA ni. Novel-novel lain sebelum ni rasanya dah lanting-lanting kat orang. Ada juga antara novel-novel tu yang belum sempat aku khatamkan. Maklumlah masa belum mengizinkan 🙁

image

Tapi baru-baru ni aku berkesempatan beli lagi 2 buah buku. Judul buku tu ialah Oh London untuk aku dan Jihan Yang Solehah untuk gegirl. Baca buku Oh London ni menyebabkan aku terkenang-kenang pulak kembali masa kitorang pergi makan angin kat sana tahun lepas. Seronok jer baca pengalaman penulis buku ini jalan-jalan makan angin melawat ke serata tempat-tempat menarik di sekitar kota London tu. Sampai ke Leicester City depa pergi. Selamba pulak tu pergi berdua jer dengan anak perempuan dia yang still sekolah rendah. Agak-agak kalo aku pergi London dengan Gegril dua orang jer RD bagi tak? Barulah best shoppinggggg 🙂

Sambil-sambil baca tu aku cerita la sikit-sikit kat Abang pasal buku tu dan pasal London gak. Macam-mcam la dia tanya

“Best ke London tu?” “Ada apa kat sana”

Nanti Abang baca sendiri la buku ni.

image

Tup-tup elok aku berenti baca, terus dia sambar baca.

Buku Gegirl tu pulak cerita-cerita tauladan putera-puteri raja. Seronok la dia baca sampaikan Abang dia nak pinjam langung tak dibaginya hiks. Rupa-rupanya buku PTS yang Gegirl baca tu ade Peraduan Bongkar Kod Rahsia!

image

Antara hadiah-hadiah untuk Peraduan Bongkar Kod Rahsia ni ialah iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, MP3 Player disamping merchandise dari PTS dan of cos buku-buku dari PTS. Waa baca buku pun boleh menang iPad 🙂

Peraduan Bongkar Kod Rahsia bermula dari 1 October sehingga 23 December 2011.

Nak tau macamana nak masuk peraduan ni?

Mana boleh bagitau… rahsia la hiks 😛

 

Ha aku mana la ade rahsia-rahsia dengan korang kan.

OK senang jer cara dia. Pertamanya kena la dapatkan buku dari PTS ni. Pergi kat sini then klik kat no 1 tu nanti dia akan listkan buku-buku yang mempunyai Kod Rahsia. Kemudian Login dan Bongkar la Kod Rahsia tu. Nak Bongkar Kod Rahsia tu tak boleh la aku bagitau, tak rahsia la jadinya kalo aku bagitau. Tak gitu 🙂

So kalo korang kaki baca buku-buku cerita plus nak adventure sket membongkar rahsia dan teringin pulak nak iPad, boleh la cuba-cuba nasib Bongkar Kod Rahsia PTS ni. Tak dapat iPad, dapat iPod pun jadiklah 🙂

Good luck korang!

Khidmat pesanan masyarakat PTS  Peraduan Bongkar Kod Rahsia is brought by Redmummy.com

 

Comment: 13

Win iPAD 2 at Castrol Auto Service

48hours sponsored post.

image

When it comes pasal kereta, aku hanya tau start engine and drive jer. Aku rasa korang yang pompuan sure macam aku jugak. So bila kereta rosak  nak kena hantar workshop or bila kena hantar service and even isi minyak kereta pun semua aku taici kat RD hiks. Tapi ade la sekali aku kena pergi sendiri ko hantar kereta service sebab dia outstation. Tu jer la kali pertama dan terakhir!

Last weekend RD cakap dia nak hantar kereta pergi service, then aku teringat la pasal Castrol Auto Service ni sebab sekarang tengah ade promotion dan pulak tu ada contest Service & Win iPAD 2!

RD: Kat mana workshop CAS ni? Saya tak mo pergi kalau tempat dia jauh-jauh ni.

Aku pun apa lagi terus bukak Castrol CAS site, siap tunjuk peta kat dia.

 image

Sekali check, sepelaung dekat jer workshop CAS ni dari rumah kitorang kat BTR tu. Kalau tak silap aku more than 200 CAS workshops kat Malaysia ni. Aku pun tolonglah callkan nak buat booking, sekali tak payah susah-susah booking, boleh terus walk-in jer hantar kereta. So RD pun lajujer lah terus hantar kereta kat CAS, BTR tu.

So RD decided to use minyak Castrol EDGE yang baru that comes with Titanium Fluid Strength Technology. Titanium Fluid Strength Technology adalah satu sistem dinamik yang baru di dalam Castrol EDGE ini yang bersifat aktif untuk menguatkan minyak. Ianya direkabentuk untuk terus bertindak balas dan menyesuaikan dengan keperluan enjin kereta di bawah tekanan yang tinggi, meminimumkan sentuhan-sentuhan enjin dan memaksimumkan prestasi enjin.

Aku ok kan jer, as long as the car in good conditions. But dengan reputasi tinggi yang ada pada Castrol, aku yakin yang CAS will take good care and provide quality services serta menggunakan produk terbaik mereka for our car.

 image

Air conditioning waiting room in CAS with big LCD TV

Dan dari pengalaman aku yang sekali tu la bila hantar kereta service, part yang paling bosannn sekali ialah part menunggu. Rasa macam menunggu buah tak gugur. Bila la nak siap kereta ni. Pastu pulak kita tak bawak apa-apa gajet or laptop nak kill the time. Ha melangut termenung la ko menunggu. But here in CAS at least ade la waiting room with comfy sofa + LCD TV. Boleh la hilang rasa bosan menunggu kereta nak siap sambil layan citer kat TV tu.

But surprisingly, RD cakap within 1 jam kereta siap service tukar minyak hitam semua bagai. Dulu aku kena dekat 4 jam ko!

image

FYI , di CAS sekarang ade promotion CAS Loyalti Program di mana korang akan dapat FREE Castrol Lubricants untuk kali ke 5 kita hantar service kereta di sana. Jimat tu at least RM100++ save tu. So kumpul-kumpul la chop service CAS tu 🙂

image

Usai jer kereta service make payment bagai, korang akan dapat satu scratch card yang mengandungi code yang entitle korang untuk masuk Castrol Service & Win contest. Like I said hadiahnya iPAD 2 setiap minggu sehingga 15 November ini.

Apa yang korang perlu buat ialah SMS your IC no + the code to 3993 and within a minute CAS akan reply with random question. SMS jawapan korang dan korang berpeluang memenangi iPAD 2 ataupun produk Castrol – Castrol EDGE 5W-40 ataupun Castrol Magnatec 10W-40. Kalau menang iPAD 2 ni lagi la tak boring menunggu kereta bila hantar service hiks.

Tapi bukan ini sahaja ya, Castrol juga sekarang sedang menjalankan kempen di mana penguna-penguna seperti korang semua berpeluang untuk pergi ke Euro 2012!!! Jom layari FB Castrol Malaysia untuk maklumat lanjut…

image

Ni kang silap-silap next service aku pulak yang kena hantar kot-kot RD tu kena outstation but luckily ade CAS, depan rumah mak aku jer tu hiks 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Castrol Auto Service is brought by Redmummy.com

Comment: 14