Confinement / Berpantang

Selamat 100 hari…

 

IMG_0792

hish

dok buat 1 entry per day jer, sudahnya entry aku akan jadi pending and melimpahruah kalau banyak hal and events. Blom dikira sponsored posts yet. Namun begitu, tak ngaper, the more the merrier. Ingat lagi ai dulu entry tiap kali 2 jam ok! Ko boleh ke challenge, dedulu sangat ler taksub nak update, yg peliknya banyaklah pulak ideanya heh.

Skang, idea banyak pun kena tapis, tak boleh nak disharing2 kan sangat lam RM.

Tapi ni boleh share….share harga bilik hotel! hiks…

hari tu kan, alah masa eve of cuti agong tu ler, 2,3 minggu laki aku dah suh pi book hotel. Ingatkan book MO jer, tapi last minute ada movie with Nuffnang kat GSC, so aku tukarkan hotel tu ke Cititel MV.

Payah gila nak check in, macam nak lari dari rumah jer…..

IMG_0767

Yelah ko, anak2 tak ikut, tak leh tau. Rahsiaaaaaaaaaaaaaaa! So pas kerja, hari yang sama dengan show Anuar Zain tu le, sakan lagik makpak ko kan, ke main bapak ko pi check in kan dulu. aku datang lambat sket. Bilik besau, aku amik deluxe coz dalam hati ada pasang angan2 just in case nak kidnap anak2 kat rumah tuh.

Memang betul pun ko…

midnite tuh pas movie Nuffnang, cam lipas kudung kitorg balik amik angkut budak2.

oh btw, niat memang nak balik pun coz nak amik RB, dia kan i punya melekat magnet, memang harus manjang ada memalam.

So satu king size bed and 1 lagi extra bed, dalam gambar ni takdak extra bednya, lom dihantar masuk yet.

IMG_0768

The bathroom pun besar…aku tak dapat bayangkan kalau kita amik depa lepas kita dah tidur semalam kat sini, mau marah bebenor si Abang and Kakaknya kot…

IMG_0770

ada jugak kerusi rehat…

ha kat sini jugak laki aku upload the utube of A/Zain. Laju not bad gak internet sini. Bagus2! saya suka wpun sepatah kibod urup tu aku tak pakai pung.

IMG_0797

Before catching up our movie, dedua malas nak turun bawah kan…so kita kongsi2 nasi goreng + teh tarik yang totalnya almost RM50. merasalah ko kan, sekali sekala boleh ler, baiklah dine in. but coz of special nite, takper ler. pejam mata.

IMG_0798

Dan siap selesai movie Battleship, laki aku ke main ek bertukar2 baju ko!

IMG_0799

nah hahahaha! untungle kan corridor hotel tu ada banyak nau cermin so asyiklah maknya ajak anak2 snap. Ni angkut anak2 tengah malam tu jugak bawak ke hotel, few hours sebelum amik depa aku suh depa siap2 kemas baju selai sudah, sanggup tuh sume berjaga, except yang kecik tu le kan, tu memang package nak amik malam buta bawak lari ke hotel….

IMG_0807

dan aku macam biasa, bersama RB menjadi mangsa keadaan, kitorg 2 port kat extra bed ok. bukan the king size tuh. itu bapak sama abang and kakak yang menibai. sob sob….gitulah kan pangkat kita, ni kes aku takut anak2 yang 2 besau tuh pi melasak tidur terlenyek pulak adik baby korang.

malas nak mintak b/cot, semalam je pun. so tidurler aku melena ngan RB, Gegirl pun tidur sama melepek penat, Abang and bapaknya jer dok tak sesudah mengesurfing and nonton tv.

Tapi esoknya aku jugak yang bangun awal pagi, standard le kan ‘bag tangan’ berkepit ngan ai.

IMG_0822

dik bangun dik, ko tidur je dik yek, dah jam 12 thari dik!!

kiranya RB boleh berlawan cakap: abang, orang dah bangun dari subuh le bang, tidur balik, bangun balik. ko je yang bangun lambat bang!

IMG_0824

dan bukan ajer kita kena tidur kat extra bed, kita jugak tak turun breakfast. depa jer bertiga turun pastu laki aku tapaukan bfast for mak merah. heheheh…lagi best. depa balik je breakfast aku sambung balik tidur! kol 1 bangun balik untuk breakfast, ha ko, padahal waktu lunch tuh.

Bangun pun sebab nak check out, dapat late check out till 2pm jer.

IMG_0825

ooo syoknya RB tidur kan…aku tidur kat extra bed waktu malamnya jer, siang2 tu aku angkut RB tidur kat katil besau tuh huh sedapnyaaaaaaaaaaaa.

IMG_0826

 

Pemandangan dari window bilik hotel kami….

alah pusing2 balik sekangkang je dari rumah.

IMG_0875

Ye begitulah 1 malam kami di Cititel Midvalley. 1 nite stay for Deluxe Room at RM395.4 with 2 breakfasts (extra bed is RM75 + 1 breakfast). Cuti sekolah nanti nak melepek tidur sini jugaklah. Almaklum le kan, nak pi berjalan obersi memang idok le kan….so tidur lam hotel Kolumpo je lah.

ye gitulah, for this one, untuk 100 hari selepas beranak ibunya. hahahahah!

dah, jangan tanya lelebih 🙂

Comment: 47

Lauk-pauk sewaktu pantang bersalin…

Kuala Lumpur-20120109-00225

First few days selepas pulang dari hospital, sukatan nasi adalah agak banyak, pun sebenarnya kalau biasanya mmg tak banyak tapi sebab my determination nak kurangkan setiap input so memang force to it. Ni pun c/lady yang suh makan banyak a bit coz katanya kita start potong sukatan slow pempelan.

Thats siakap dikukus lada hitam and sayur, sunkist atau limau mandarin wajib untuk lunch hour.

oh lupa btw breakfast aku adalah milo + roti bakar sahaja. Dah masuk 3rd week aku stop roti bakar, semata minum milo jer.

Kuala Lumpur-20120116-00244

ni aku tak tau le apa nama kuah siakap tuh, but diadunkan sama dengan bayam merah, masuk 2nd week bayam merah tu aku tak mau telan dah. 1 lauk cukup untuk tekak aku ler. Air aku tetap sahaja, bukan air suam but air herba tea Tanamera. Air suam aku minum bila dah haus sangat coz usually bila aku lepas pump jer, memang tekak mintak minum sesangat. Janganlah paksa diri untuk tak minum air langsung coz dahlah minum pun 4 kali sehari jer so kena jugak bagi energy untuk air suam.

For malam, amik epal yang dikupas kulitnya yer. Tapi aku biasa makan 2,3 ulas jer..naik jemu bila masuk 2nd week.

Kuala Lumpur-20120119-00263

Minum petang either milo or black coffee memang boleh, but nak buat cicah ngan biskut crackers, biasanya dengan milo lah. Selama hampir 44 hari, rasanya 20 hari je aku mampu makan biskut tuh….seperti biasa, tekak aku dah ‘ooo bosannya makan ko’

IMG_8065

Btw, aku cerewet tang ikan, aku hanya nak makan 2 jenis ikan sahaja either tenggiri or siakap. Siakap mahal kay, but itu jer yang aku suka makan. Minggu pertama ada ikan2 lain but pastuh i told c/lady aku tak nak dah ikan2 lain tu bagai. So atas nih ikan siakap buat masak kukus lada hitam. Makanan dalam pantang aku sumernya kukus and rebus.

Belah kiri tu sekali pulak ikan bilis yang diblend sama ngan lada hitam. Taruk banyak dalam pinggan boleh rasa ler pedasnya. I usually makan sorang2, my family lunch and dinner lambat. Waktu lunch aku biasanya between 11.30am to 12.30pm. Dinner pulak between 6.30pm to 8.00pm.

IMG_8069

Ni tenggiri masak singgang tapi ikut style masak utara, my c/lady banyak buat cara utara. The first week aku tak suka betul ngan halia, but lepas kena ‘basuh’ ngan mak aku sendiri, so aku mengalah and makan gak halia tu macam makan limau mandarin/epal. Berkeruk kerak aku kunyah. Sedap….kalau tak aku yang kentut, RedBaby yang kentut kuat heheheh…angin lor!

IMG_8072

Lauk ni lagi sedap, macam sambal tapi bukan, sos tiram tu pastuh dicampak2 ngan lada hitam halia. Kan aku cakap aku nak 1 lauk jer…1 pun berselera, memang sedap. Again, ikan siakap. aku tak nak ikan lain. First 2 weeks of berpantang, totally ikan sahaja.

No ayam, coz c/lady aku bagi ayam hanya on 3rd weeks but kalau ikut mak aku jaga dulu, hari2 dia belasah ayam. Siap le membadak!

IMG-20120123-00285

Masih lagi ikan siakap tapi kukus dengan sos tiram but dicampur with sayurs. Dah aku tak nak 2 lauks, so dia masukkan jugak sayurs or broccoli dalam main dish aku. Limau mandarin or sunkist tu kira sebijik memang aku habiskan jam2 tu gak.

Kuala Lumpur-20120123-00286

huh sedap nih! siakap kukus bersostiram with broccoli dengan halia lada hitam bawang putih.

Kuala Lumpur-20120126-00299

Ha ni masak singgang kering…tenggiri bawang merah. Pun yang c/lady aku masakkan gak….

Kuala Lumpur-20120126-00300

Dicampur adunkan dengan hati ayam sebab ni minggu ke3 dan ke 4 boleh makan ayam. Tapi 3rd week tu dia masak ayam 2 kali seminggu, aku rasa bahaya dek berat badan yang tak nak turun for that week so aku suh reducekan ke once a week je ayam tuh.

Kuala Lumpur-20120126-00305

Penghujung hari, biskut crackers tinggal serdak jer…. ahaks! RD beli lagi 2 packets, anak beranak memang suka makan nih but tekak aku dah ‘no no no’

Kuala Lumpur-20120127-00318

Minggu terkahir, fav betul aku ngan siakap kukus nih….

IMG_8141

ni dapat cilok yang mak aku sendiri masakkan. perkh, mak aku kalau buat segala jenis tumbuhan dia letak, lagi menambah seleranyaaaaaa. Sama jugak dikukus siakap aku, or tenggiri or ayam. Sorry takde lauk ayam diamik gambar coz temptation nak makan lagi kuat dari nak mencapai camera. Sedap siot, isk tak boleh makan sokmo, tu lagi penambah berat sangat.

Ada 3 orang yang masakkan aku during my confinement, my c/lady, my mak mertua selepas c/lady aku habis 30 hari service and also my own mak bila mak mertua aku balik rumahnya over the weekend and cuti panjang.

Jadual kena ikut… roughly:

Bangun pagi by 7-8am, gosok gigi and minum pagi. I amik Milo sahaja.

Selepas baby dah mandi, 8.30 pagi, kita mak pulak mandi herba. Entry ni untuk makan minum pantang sahaja, proses berpantang lain aku citekan dalam Tanamera yek.

11.30am – 12.30pm – Lunch

400pm – Mak minum petang while anak mandi, leh amik milo or kopi o (crackers, roti kosong or dibakar)

4.30pm – Mak mandi herba

6.30pm – 8.00pm – Mak dinner

Digalakkan minum black coffee or air suam di waktu malam, atau dilapik perut dengan roti kalau terlalu lapar. Semua lauk pantang, banyak yang cilok sama boleh dimakan dek seisi keluarga. Ikan siakap aku tuh jadi fav anak2 pulun baik punya, apatah lagi ayam wuii…

Ingat gak, jangan drastik sangat kurangkan nasi, tapi final week aku berpantang, nasi dah macam sejemput jer….so main2 gatah lauk jelah. Resepi masak lauk pantang nih, main campak2 jer asal banyakkan halia muda, kunyit, bawang putih tu ko malas nak hiris ko ketuk jer, sos tiram or kalau dah 4th week buat sambal kari kering jangan taruk santan perkhhh, itu abang makan 3,4 pinggan, meleleh2 aku tengok depa makan bertambah.

First 2 weeks aku makan ikan lunch separuh, half lagi waktu dinner, kemudian naik 3rd weeks onwards aku makan ikan separuh tu untuk sehari, kes nak mengurangkan lagi berat but mak aku marah coz ikan tu protein, salah kalau kita kurangkan, badan tak naik pun. So jangan salah paham  kalau makan ikan banyak yek, lagipun dah berkukus and berebus, not to worry lor.

Inilah yang aku makan untuk membanyakkan susu badan gak, pasal susu badan punya cerita itu nanti lain entry yek…Anw, selepas makan, hendaklah molek minum air selepas 30min berhadam. Ko boleh? hahahah aku tak boleh mak….

Ko lapar lagik ko belasah halia muda tu buat macam makan buah hahahaha terbaikkkkkkkkk!

Comment: 61

Over 9 months…

I first announced on the pregnancy of RedBaby on 4th May 2011 through the blog, but made an earlier announcement through FB and Twitter.

IMG_3764

2 months of pregnancy…

IMG_7796

few weeks before the delivery of the little RedBaby

huh….baik punya tumbesaran mak merah yek. ada lagi satu betul2 gambar few hours sebelum beranak, tapi gulp gulp sedih takut  nak letak, takut korang terus X jer page ai nih. but sokay sokay, insyallah tengah usaha untuk slim down. sebenarnya pasal yang cakap aku akan dapat offer dari slimming centre and workout sessions, memang ada tapi ai tak leh reveal ler lagi kan, tunggu sampai aku dah mula sign in baru kita cite panjang. itu abang Nuffnang ai yang settlekan 🙂 , dari tengah mengandung lagi depa dah kejar2 nak engage me.. pilih and tadah badan jer.

But tak bolehlah nak rely semuanya kat depa, kena jugak buat kerja sendiri, susutkan badan nih jugak. ni aku dah 2,3 hari tak bertungku coz c/lady dah takde kan, weekend je le dpt buat kalo laki aku merajin. Aku memang takkan buat sendiri coz tau nanti kita tend to malas ngelat nak tekan tungku tuh

alright anw, x kisah ler buat masa skang ngadap le korang gambar gemuk dempol ai yang memboyot hebat nih. sampai ai dah rasa confident nak posing, lagipun ngah dalam pantang ler, tak molek amik gambar bebanyak ahhahaha. Aku amik gambar ngan anak2 aku jer, for personal collections bukan untuk ditayang, for the time being ni ler.

hari2 terakhir berpantang…adalah berurut bersama Tanamera Postnatal . Kemudian nanti aku postkan entry untuk lauk2 berpantang yang dimasak oleh my c/lady, mak mertua dan mak sendiri. Ada permintaan  nak tau lauk berpantang jugakkan?

Comment: 19

Friday’s Note…

image

bukan update dari aku, tapi update dari babycenter ni ler on my little redbaby. Dah sebulan gak tapi blum cucuk yet, po nak buat kena tunggu bapaknya jugakkan, so nanti Insyallah RD will bring RB ALONE to the check up. Without me. ahaks….This is the 3rd baby, we have trained each other jangan nak rely sangat ngan parntner, so tengoklah kalau on the road nanti RB menangis ke hapa hiks…hopefully he will well behave.

Botol berisi susu badan pun nanti akan dibekalkan… ikutkan aku boleh je ikut wpun dalam pantang but ni penalty for him yang away for a week coz of the business trip and dia pun tak kisah jer, momantai bukan baru beranak sulong, dah no 3 kan.

Dalam hidup nih untuk setiap perkara, bukan soal tak boleh, tapi soal nak ngan tak nak jer 🙂

Jika anda terlupa, inilah pesanan khidmat masyarakat dari saya seorang blogger yang pernah mendapat jolokan blogger jutawan. Amin. Hari ni hari Jumaat, hopefully masin doa kalian and mengkaya hiks…

Comment: 19

Later….after 44days

bukan soal malas nak update, tapi macam banyaknya benda nak buat bila dah beranak kecik balik nih. lagipun semalam wilayah cuti, aku pun cuti sama le blogging. oi…malam tuh aku tidur kol 4 pagi wei, dari kol 10-11 dia bangun tak nak tidur, bila tidur jap2 bangun, pastu nak berdodoi,  makan 4-5 jam le jugak aku dibuatnya memujuk si kecik tu tidur. siangnya mertua aku cakap mungkin dia rindukan bapaknya coz biasanya  memalam sebelum Sirman tidur, dia spent ngan bapaknya.

tu ler kan….

lagi satu mak aku cakap ha ko yang berjaga malam masa mengandung dulu, bila dah hujung trimester, siang ko tidur malam ko jaga, camne le timing anak tak ikut sama gak cam maknya…

well anw, aku ngah seronok pulak membayangkan hari bahagia selepas habis berpantang nih. Macam nak pergi menikah le pulak bila tengok tarikh tuh. hiks…. Yelar, memula memang tak heran ler sangat ngan nak kuor rumah, tapi bila tengok baby kecik aku tuh,pastu abang and kakak bising, bila mak boleh kuor jalan2 ngan abang and kakak, bila RB leh jalan2 pi park, shopping etcs.

Tu yang rasa alahai, jadi di hari habisnya pantang, memang nak kuor yey yeee….kesian tengok the first 2 kids and depa adalah sangat2 mahukan mak and adik depa be with them. bayangkan ler anak2 aku asyik berjalan kulu kilir ngan bapaknya jer.

cuma ingat #petualama cakap kalau untuk hari pertama keluar selepas berpantang 44 hari, cuba jangan keluar lelama, make it 2-3 hours sudah coz badan kita and baby baru nak selesakan diri ngan dunia luar. yelah selama ni dok dalam rumah jer kan.

Wah, rasa macam banyaknya tempat nak pergi untuk hari pertama keluar selesai berpantang nih. First tempat untuk breakfast and lunch…..tapi tak leh gak makan tanpa batasan, coz aku memang tekad nak ikut semua #petualama wpun sesudah habis berpantang. Pastu nak pi Jusco or KLCC, shoppinggggggggggggg baju baru for the fatty RM! Then barang baby, skang stage untuk beli toys dia yang more for development, yang beli online lain, yang nak pilih dedepan mata lain.

Camne le gomannya yek, tengok Redmummy beranak kecik baby lagi kulu kilir ngan anak2 yg besau tuh. ei…korang rasa tak percaya, aku pung sama.

So jom, korang recommend tempat nak makan ker, beli apa ker ahhahaha, gila btol! Tak sampai 2 minggu je lagi aku akan habis pantang huhuuuuuuu…..

Comment: 19