Guest Writer

Kucing ke tu?

Kejadian ni berlaku masa saya tinggal di asrama sekolah. Masa masih cute lagi baru 13 tahun. Anak dara sunti lagi tu. Duduk asrama almaklum la jauh dari keluarga. Cerita seram ni berlaku masa tu takde letrik . So satu blok asrama kita orang gelap gelita. Seram gak ar kita orang. Masa letrik tak de tu saya kat bilik study di tingkat bawah. Terkedu jugak ar kita orang time tu. Ada le dua tiga orang minah yang terjerit jerit cam apa je. Dah tak de letrik nak study apa lagi. Balik bilik tidor je la. Bilik kat tingkat dua. Aduh! Seram giler tu nak jalan gi bilik. Nasib saya dengan 3 orang lagi room mate saya duduk dekat dekat masa study. Kalau tak susah jugak la nak cari dia orang ajak jalan ke bilik sekali.

Dalam gelap tu kita orang jalan ke bilik then bila sampai ke bilik meraba cari lampu suluh lepas tu cari lilin. Lepas activity kita orang kat bilik tu tidor ar apa lagi. Katil saya di tingkat atas. Bawah katil tu si Fatin kawan sekelas saya. Fatin cakap dia nak tidor je. Tapi since tak de letrik bilik tu panas sebab tak de kipas. Tiba tiba tengah layan nak tidor booooommm!!!!! Bunyi macam benda jatuh pas tu bergolek golek pas tu dengar macam benda jatuh ke tanah. Kuat betul. Jatuh betul betul atas bumbung tempat aku tidor to. Oh ye aku punya asrama tu Cuma tiga tingkat. Kot nak kata buah kelapa mana ada pokok kelapa kat tepi ni. Kalau ada pun tak kan le tinggi cam ni.

Tiba tiba suasana macam hening je. Sunyi sepi tak de bunyi langsung. Bulu roma saya meremang gila je. Tadi panas sampai peluh meleleh basah katil tapi tiba tiba rasa sejuk betul.

Saya rasa macam time freeze. Tunggu juga kot kot ada room mate saya nak bersuara. Tapi diaorang pun mulut macam kena glue. Ada juga saya nak bersuara tapi tak keluar suara la pulak . Tido mati semua ni. So suasana macam tu ada la dalam 5 minit. Lama tu ! Tiba tiba terasa macam katil aku kena goncang kuat tu. Saya cuba nak menjerit tapi tak keluar suara. Nak bangun tengok pun tak boleh. Macam lemah je badan. Suasana sejuk tiba tiba jadi panas. Berpeluh peluh saya rasa badan saya ni.

Tiba tiba goncangan katil tu stop then dengar bunyi jeritan yang kuat dari bawah katil saya. Tu fatin punya suara. Dah le letrik tak de . Saya dengar suara Kak Seha ketua dorm kita orang panggil Fatin mengucap. Then room mate saya yang satu lagi Siti suruh saya turun katil. Saya nak turun tapi badan kaki saya lemah longlai. Siti dating ke tepi katil saya dia panggil sambil tepuk bahu saya. Baru saya boleh turun katil. Tak lama lepas tu letrik pun kembali. Dorm kita orang dah penuh dengan orang. Then baru saya tahu ada 3 lagi kawan asrama kita orang kena hiteria. Kecoh jugak la waden asrama.

Pukul 4 pagi baru semua pulih. Sampai pengsan jugak la Fatin room mate saya yang kena hysteria tu. Bila kita orang interview budak budak yang kena hysteria tu sorang pun tak ingat apa apa. Fatin cakap dia ingat dia tido.

Misteri benda jatuh atas bumbung and golek golek sampai sekarang kita orang tak tau. Nak kata kucing ? kucing apa besar sangat tu. Sebab dengar berat giler. Lepas malam tu macam macam jugak la cerita saya dengar. Ada budak bunuh diri dan macam macam. Tapi bila Tanya room mate aku sorang pun tak dengar bunyi benda berat jatuh dari bumbung tu. Even katil saya kena goncang malam tu pun bila saya Tanya room mate sorang pun tak rasa apa apa. Fatin pun yang tidor bawah aku pun tak rasa apa apa. Ah! Si Fatin tu dia kena hysteria pun dia tak tau. Pelik tul.

Sender: Cindyrina

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 16

Flat Quarters…

Saje nak drop line tentang citer hantu..

Citer ni jadi dah agak lama dlm pertengahan tahun 2009. Masa tu I kena tukar tempat keja mengajar di sebuah skool di NS la. I dapatla menumpang dgn guru praktikum di rumah guru. Ni kira flat 4 tingkat. Besar dan Luas. Kita orang duduk di tingkat 3. My fren duduk di tingkat atas. I called her miss J. Dia agama Kristian yang devout punya. So agak percaya jugaklah dgn benda halus ni.

Anyway, sebelum i pindah di rumah guru ada gaklah miss J citer sikit2 benda2 yang agak ganjil jadi di kawasan tu, Macam bunyi orang menjerit, bunyi ketukan kuat di pintu tapi bila kita buka takde orang.  I pun dengar dgn penuh kepasrahan sbb nak taknak kena gak duk rumah guru tu kan. So berpindahlah i ke kuarters tu..pindah mindah takde prob..bdk2 praktikum yg duk sermh dgn i pun ok,..cuma mlm tu dah start hal dah. I jenis tak suka tido dgn cahaya, tp sbb rmh baru tak biasa lagi, masih rsa tak selesa. So I renggangkan pintu blk, dptla lihat dari cahaya lampu ruang tamu. I tidur2 ayam je, biasalah dlm fikiran I tempat baru memang payah nak lelap. Dlmlena tak lena tu I kalih tgk jam dah pukul 5 masa tulah I dengar ketukan pintu yang paling kuat menerjah telinga.

Dia punya ketuk mcm nak roboh pintu nasib baik dah nak subuh, mungkin bnda tu nak kejutkan bgn subuh gaknya..Esknya i tanya adik praktikum, ada dengar tak bunyi tu, dorang kata tak dengar. Mungkin dorg tidur pulas sangat kot, yela tidur sebilik 2 org..kurangla agaknya takut, lainlah mcm I sensorang kat blk belakang. Tapi kemudian baru I ingat adik praktikum tu penah ckp dgn i b4 i move there, katanya ”akak kalo nak panggil kitaorang telefon dulu k, kalo akk ketuk pintu mcmne pun kami tak buka pintu”  Sejak tu ada mcm2 gurauanlah yg terjadi di kuarters tu. Mcm bunyi ketukan dari tingkat atas unit kami. Bunyi ketukan tu tak berenti kira dari kul 8 hampir ke 10 mlm. Dah penat sgt dgr bunyi org menukul i sms Miss J, coz dia yg tinggal unit atas.

I tanya dia ada hammering something ke. Miss J jwb cool je, coz dia ingat kita org yg sedang menukul..haii sudahnya, ignore je la bunyi menukul tu..Sekali tu I mimpi ada org kecik2 ckp dgn I tak bagi tido atas katil atas (ni katil single yg ada tilam lagi kat bawah dia), benda tu suh i tdo kat bwh. I pun terjaga dari mimpi tak banyak kira (coz dh ngantuk) terus tido kat tilam bawah. Memg pun lena sampai pagi. I citer mimpi I kat Miss J, dia pun kata pelikla mimpi I tu, mcm boleh plak ada komunikasi gitu…

Selain tu, bunyi benda menjerit, kerap sgt dengar terutamanya waktu Magrib, bunyi dia bknla menakutkan tp aneh jelah, suaranya lirih gitu..humm..Lagi yang agak aneh ialah bunyi org ketip kuku dari dalam rumah. Padahal I dgn adik2 prktikum tgh ngadap tv. Lama2 dah bosan kitaorg tutup tv masuk bilik. Adik2 praktikum ada ckp, kalo i takde kat rumah, dorg bwk tv tgk dlm blk, sebenarnya I pun takot gak..Allah yang taw.   Keadaan yg seram tu bkannya jadi waktu malam, waktu siang pun ada. Sekali i tgh buat air di dapur, i dgr suara menjerit yg lirih and straight away , anak jiran yg duk bwah unit kami pun menangis. I pun tak tahulah apa yang dilihatnya tu.. Sekali tu sorang adik praktikum kena tinggal seorang dlm rumah, coz I dgn adik praktikum yg satu lagi balik kg, dia kata dah terpaksa dia bantai bukak lampu satu rumah. Tapi sepanjang mlm tulah mcm2 bunyi dia dengar.

Tak tahulah skrang mcmne keadaannya di kuarters tu coz, I dah pindah tapi menurut kata Miss J yg masih berkhidmat di situ, it’s getting better coz semua unit dah ada org.Dulu bayangkanlah,  flet 4 tingkat tu ada 4 famili jer duduk.

Kak Leen

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 19

Senyuman wanita Bali?

Salam Kak Red,

Dah lama sebenarnya menyimpan hasrat nak hantar cerita kat Misteri Malam ni, tapi dari sehari ke sehari tak hantar hantar jugak.

Saya ada beberapa kisah seram nak dikongsikan tapi saya mulakan dengan kisah yang berlaku baru baru ni lah.
Baru baru ni saya bercuti ke Bali.  Saya dan suami stay kat satu hotel di area Seminyak. Hotel ni nak kata baru tak jugak,  dah lama rasanya, Cuma baru baru ni diambil alih oleh management lain.

Lepas diambil alih oleh management lain, diorang upgrade hotel ni, tambah bilik. Kebetulan masa saya datang tu memang tengah renovate besar besaran jugak. Dan malangnya saya dan suami dapat bilik yang belah belakang, disebalik tembok batu yang tinggi. Kat situ plak diletakkan cam plastik besar yang biasa orang cover batu bata tu. Bila malam je angin kuat memang berdesir desir la bunyi plastik tu.

Dari reception nak ke bilik kami ada dalam 5 minit kot berjalan. Memang jauh ke belakang.
Masuk masuk bilik je saya dah rasa semacam.  Dan bau simen / batu bata yang kuat. Macam kalau kita pindah rumah baru, kan ada bau bau rumah baru tu kan.
Ha macam tu lah bau nya.
Bilik saya tu besar.  Katil king.  Ada perhiasan dan ukiran ala Bali.

Saya tinggal kat situ 3 malam. Malam pertama ok lagi. Malam ke dua kan… waktu saya tengah tidur, mengadap ke kanan, tiba tiba saya nampak ada sorang perempuan duduk betul betul kat tepi katil. Buat pengetahuan Kak Red, katil saya ni jenis rendah punya.  Jadi macam boleh kita nak duduk bersimpuh kat bawah, dan letak tangan atas tilam.

Perempuan ni dia letak dua tangan dia atas tilam, disilangkan tangan dia ala ala kita berpeluk tubuh.
Tapi dia letak tangan dia atas tilam.
Dia pandang saya senyum je.
Saya takde la terasa nak jerit ke apa, tapi saya mengengsot ke arah husband saya. Husband saya plak tidur mati agaknya, tak terasa saya dah mengengsot ke arah dia.

Saya tutup je muka dengan bantal sambil baca doa sikit sikit dengan harapan perempuan tu akan hilang. Tapi tapi tapi, bila saya kalih kan bantal perempuan tu masih ada lagi kat situ. Dia tak buat apa apa. Senyum jer.  Tapi takkan saya nak berbalas senyuman dengan dia kot. Motif sangat berbalas senyum dengan hantu kan.

Saya membatu je lah kat situ.  Sampai saya tertidur. Saya tak nampak dengan jelas sangat rupa paras perempuan tu walaupun dia dekat sangat dengan saya. Tapi rasanya raut wajah macam orang Indonesia.

Mungkin tu tempat dia kot dulu. Wallahualam. Itulah kisah seram saya di Bali.

Mya

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16

Tempat lintasan “benda”

Masa tu saya dalam darjah 3 tahun 1999. Sekolah saya belajar tu buat hari sukan sekolah. Maklumlah anak-anak ramai belajar sekolah rendah sama, jadi ayah dan emak saya tak lepaskan peluang datang tengok hari sukan dari mula sampai habis. Tapi tengah-tengah hari sukan tu, ayah saya mengelat, dia drive kereta pergi ada satu pokok besar dekat sungai sebelah sekolah tu, berhenti kereta situ, tidur. Tapi dia dah beritahu emak, kalau dah sudah acara sukan tu, dia belum datang lagi, maknanya dia masih tidur, jadi pergilah kejutkan, kena menapak sikitlah sampai dekat kereta, bawah pokok tepi sungai.

Acara sukan tergendala sekejap, sebab hujan panas tiba-tiba turun. Tapi taulah hujan panas ni, turun tiba-tiba berhenti pun tiba-tiba. Jadi acara sukan pun bersambung. Sukan-sukan-sukan, menang lepas tu dapat hadiah yeay. Lepastu tengok ayah belum datang lagi, merungut-rungut sebab kena menapak sampai pokok besar, berambat bawak hadiah lagi, piala lagi, hamper cabutan bertuah lagi bagai. Dengan ada adik kecil umur 11 bulan lagi masa tu. Masa tu saya, ada abang darjah 6 dengan adik kembar darjah 1. Emak dukung adik bongsu sampai kereta.

Lepas tu sampai kereta ayah cakap, “aih, Ati (adik yang kembar tu) ada dengan awak (emak)? Tadi bukan masa hujan tadi dia masuk dalam kereta,lepastu dia tidur”.

Emak jawab “ekh, mana ada. Ati ada dengan koi (koi adalah dialek temerloh untuk saya) tadi, masa hujan pun dia ada dengan koi. Semua ada dengan koi tadi. Budak lain kot”. Ayah tak puas hati, tapi dia senyap je. Ayah pun drive kereta Toyota GL tu balik rumah.

Sampai rumah, kami ni pun merepa adik beradik nak bukak hadiahlah, hamper cabutan bertuahlah. Lepas tu ayah tengok tayar motor dia pancit. Dia cakap dengan emak dia nak pergi bawak tayar motor tu pergi tampal. Dia pun cabut tayar tu, bawak masuk kereta, lepas tu dia pergi kedai repair motor dekat dengan sekolah tu. Kira kena lalu baliklah tempat dia lepak sebelum tu, tepi sungai bawah pokok besar tu.

30 minit lepas ayah pergi tiba-tiba ada makcik datang berlari-lari ke rumah kami. “Ramlah (emak), Ramlah akak nampak kereta suami kau jatuh gaung kat atas. Kat atas ni je Ramlah”.

Emak pun susup sasap berlari ke tempat kejadian. Tak jauh, tak sampai 1 km pun dari rumah kami. Gaungnya adalah dalam 3m dalamnya. Lepas tu tengok ayah tak sedar, orang dah bawak keluar dari kereta. Ada jiran kami ambik ayah bawak masuk kereta dia, pergi hantar hospital. Lepas tu saya tengok orang duduk cari-cari lagi. Kakak saya tanyalah, dekat ada sorang pakcik tu, apa lagi yang dicari? Sebab ayah orang dah bawak pergi hospital. Tinggal nak tunggu tow truck je datang angkat kereta. Pakcik tu cakap cari adik engkau yang lelaki tu. 4 orang saksi kemalangan nampak ada budak lelaki duduk sebelah ayah masa kejadian tu. Jadi diorang syak itu abang saya yang masa tu darjah 6. Kami pun dah gelabah masa tu. Dah nangis-nangis sebab memang lepas balik dari sekolah tadi tak nampak abang saya tu pergi mana. Mungkin dia ikut ayah. Tapi persoalannya mana dia? Orang semua risau takut dia tercampak masa kereta terbabas tu. Kot ada bawah kereta ke. Kereta pulak belum dapat nak keluarkan lagi sebab tow truck belum sampai, jadi tak dapat nak tengok belah bawah kereta lagi.

Dalam 10 minit lepas tu, tiba-tiba abang saya datang berlenggang je. “What’s up, what’s up”. Ada jiran cekup dia tengah main bola dekat padang. Hampess betul. Lepas tu orang kedai datang beritahu, pakcik yang hantar ayah pergi hospital tu telefon ke kedai (maklumlah masa tu takde lagi handphone2 ni) beritahu yang ayah dah sedar, ayah cakap tak ada sesiapa dalam kereta masa kejadian tu, ayah seorang je. Persoalannya siapa budak lelaki botak tak pakai baju yang orang dalam kereta belakang, belakang, belakang dan seorang penunggang motosikal tu nampak?

Esok tu waktu melawat, kami pun pergilah melawat ayah dekat hospital. Lepas tu ayah cakap malam tadi, masa ayah antara sedar dengan tak sebab penangan ubat bius masa luka dekat kepala dia tu kena jahit, dia nampak ada budak lelaki dalam lingkungan umur 10-11 tahun duduk hujung katil dia. Budak tu tak pakai baju, pakai seluar pendek warna coklat, kepala botak, badan kudis-kudis. Gigi dia macam kotor-kotor tajam-tajam bentuk tiga segi. Tapi takdelah taring panjang ke ape. Lepas tu budak tu hilang.

Lepas beberapa hari tu mak sedara (adik ayah) cakap,dia tertidur dalam kereta (suami dia drive) masa dalam perjalanan balik dari hospital lepas melawat ayah tu. Dia mimpi ada budak betul-betul macam yang ayah described tu, jalan dekat gigi jalan sebelah gaung tempat kereta ayah terbabas tu, pegang macam daging. Budak tu terseringai je, nampak gigi dia tajam-tajam tiga segi. Bila dia tersedar, kereta yang suami dia drive tu betul-betul baru je lepas tempat kejadian kereta ayah terbabas tu.

Ada pakcik tu cakap sebenarnya benda tu dah mengikut ayah sejak ayah lepak bawah pokok besar tepi sungai time hujan panas tu lagi, dia nak pergi ke gaung tu, entahlah agaknya dia pun nak menengok hari sukan sekolah jugak kot. Wallahualam.

Orang kata tempat tu memang lintasan benda tu. Jalan tu sebenarnya ok je walaupun selekoh dia ada tajam sikit, tapi normallahkan, banyak selekoh. Tapi area tu bawak ke tesco baru siap depan tu memang banyak kali dah excident, dan ada beberapa kali makan nyawa punya excident. Sepanjang hidup saya 20 tahun dekat situ (keluarga saya pindah situ masa saya baru lahir) adalah beberapa kali excident makan nyawa punya saya sempat tengok. Mula-mula adik-beradik cina kena langgar dengan trak askar,lepastu anak beranak india kena gilis lori treler pecah kepala woo tak sanggup nak tengok. Baru-baru ni ada anak imam muda kariah cheng yang jadi saksi nikah saya dulu pun meninggal kena langgar lari dekat situ. Lepas tu masa saya dalam tingkatan 3, ada construction project kambus gaung tu nak buat jadi taman perumahan. Pemaju tu korek pulak kolam takungan sementara kat area tu taknak bagi banjir. Ada pulak sekumpulan budak-budak pergi mandi dekat kolam tu. Lepas tu kawan sekelas adik saya yang kembar tu dengan abang dia mati lemas waktu mandi dalam kolam takungan tu.Sekarang ni gaung tu dah tak ada, dah jadi taman perumahan.

Dulu saya tak percayalah orang cakap lintasan-lintasan ni. Tapi baru-baru ni suami saya yang memang orang sains ada PhD kejuruteraan tu cakap dia percaya jugak lintasan-lintasan ni saya pun ok, mungkin persepsi saya dah berubah sikit. Yelah syurga-neraka-qada’ dan qadar, jin-iblis syaitan ni semua perkara ghaib kita tak nampak, tapi dalam Al Quran ada sebut kewujudannya. Wallahualam.

Sender: Farahdina

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 9

Keguguran atau …

salam..
teringin pulak rasanye sy nak join skali jd guest writer redmmummy.. cerita sy ni tak tau la seram atau tak, tp sy cerita ni mmg btul2 jadi pada sy setahun yg lepas..

masa tu sy baru je kawen dgn husband dlm 2 bulan, kami blk umah nenek kat pahang, time tu mmg sy tak tau yg sy prgnant, cume sy rasa tlalu penat smpai tak bole puasa.. tp kat situ takde ape2 mende pun yg jd.. ble dah blk dari phg baru la sy tau yg sy prgnant.. tp dlm masa ni mmg takde ape2 yg jd smpailah usia kandungan sy cecah 4 bulan.. time tu raya haji tahun 2009, turn sy balik kg. so kami pun blk umah nenek kat pahang.. perut sy nmpk skt je boncitnye mungkin sbb sy alami mabuk mengandung yg amat teruk smpai sebulan takleh makan ape2.. tp wlupun perut sy kecik tp bb sy cukup aktif sbb dalam usia 3 nak masuk 4 bulan bb dah start gerak, normally bby usia 5 bulan baru aktif gerak2.. mak sy sndiri pun pnh sy suruh pgg perut n mak sy pun rasa gerakan bb dlm perut..

malam smpai kat umah nenek tu kat area pokok sawit kat simpang nak masuk umah nenek tbe2 je sy rasa seram sjuk, segala bulu roma naik mencacak, tgn sy sjuk, disebabkan trlampau takut sy pgg tgn husband yg tgh drive, dia pun rasa lain mcm trus baca ayat2 yg dia tau.. mak n adik2 kat belakang pun diam je..skt je lg nak smpai umah nenek, time tu sy dah tak rasa seram sgt tbe2 kereta berbau hangit, mcm kene bakar.. kami tak syak ape2 pun, myb org2 kat situ bakar lemang utk esok walhal time tu dah dkt pukul 1.. btul2 smpai umah nenek nampak api kat bhgn dpn kereta, ble kami dah stop hubby p tgk n ckp lampu terbakar, dia kata myb lampu panas or wyering tercabut.. sy diam je.. malam tu kami tdo kat bilik atas, masa tido hubby terdengar ada benda jalan kat siling rumah tp hubby sy diamkan aje…

btul2 pada ari ry aji thun 2009, pg tu mcm biasala sy ketedarah segala juadah yg ada.. disebabkan raya aji tak semeriah raya puasa, ktorang sepakat nak p jalan kat jerantut, sekali beli kek n barang nak buat bbq sblh mlmnye nanti n baiki lampu kete hubby yg dah tbakar tu..

dalam pukul 3pm kami smpai jerantut, mule2 kami singgah kat kedai kereta, time tu sy mmg tak rasa ape2, rasa lapar biasala.. dah resam org mengandung kan.. lps tu kami ke kedai kek utk, time tgh2 pilik kek tbe2 sy rasa perut skt semacam, sy bgtau pd mak, mak ckp takkan sy dah nak brsalin pdhal baru 4 bulan, skt tu mcm sekejap dtg then hilang pstu dtg balik.. sy rilek lg.. after dat, kami ke kedai barang runcit, sy jalan2 sorg2 smbil tahan sakit, kali ni mmg btul2 sakit, rasa mcm nak buang air besar, sy pggl hubby then dia pun trus bawa sy ke stesen minyak yg dekat area situ, famili yg lain kami tgglkan aje kat kedai tu..

masa kat stesen minyak tu sy masuk toilet, ble dah cangkung still takde ape2 yg keluar, tp rasa skt perut mmg tak dpt tahan,, sy masuk kete, pastu sy masih lg rasa skt, hubby bw sy p tandas kat satu masjid ni, ble masuk masjid sy trus rasa nak muntah sbb tandas nye tak tjaga, sgt busuk, sy mmg tak tahan jd sy pun keluar blk n lps tu hubby bw sy p stesen minyak yg lain… ble masuk tandas tu sy pun cangkung tp stil takde ape yg keluar.. ble saya rasa kemaluan, kemaluan sy mcm terbuka dgn besar n tak semena2 satu ketulan yg sebesar genggam tangan warna merah keluar n air flush pun keluar.. automatic flush mungkin.. kat luar hubby sy menjerit pgl sy, sy cume ckp dah keluar tp sy btul2 tak pasti ape yg dah keluar, yg pasti skt sy terus hilang.. sy buke pintu toilet n then cite kat hubby, dia pun suluh kat arah toilet bowl tp mmg takde ape2 pun, yg ada cume air.. dia bw sy p hospital.. kat hospital baru la sy tau yg saya dah alami keguguran.. tp yg pelik takde darah pun yg keluar sdgkan sy dah keguguran..

belum smpt hubby sy nak call sorang ustaz yg dia kenal kat kg, mak mertua sy cll n bgtau keguguran sy bukan biasa.. mak mertua sy terlebih dulu dah tanya pada ustaz, n dr ape yg ustaz tu ckp same dgn ape yg dah jd pada sy.. n ustaz tu pun turut sebut yg ‘kantung’ bb yg hubby sy bw blk dr hospital ada macam kaler itam.. n ‘kantung’ bb tu mcm terkoyak, n mmg cume ‘kantung’ bb tu je yg tggl n yg doc kuarkan.. ustaz tu ckp yg bb sy dah djilat ‘something’ dari ‘org dekat’..’something’ tu dah hidu bau bb yg mmg dah jadi makanan dia masa sy balik kg kat umah nenek sbelum sy confirm prgnant. hubby sy cume mampu mengucap panjang sbb ape yg ustaz tu ckp btul.. esok mlmny sy dah discharge dari hsptl n blk semula rumah nenek, sbb mmg kebetulan pd hari raya ketiga nenek nak buat kenduri kesyukuran sempena sy n makcik sy yg prgnant same.. malam sebelum kenduri tu darah nifas masih tak keluar lg, hubby sy cll ustaz n ustaz tu suruh hubby sy buat sesuatu.. alhamdulillah hubby sy agak tau jugak psl mende2 mcm ni.. mule tu sy baring dgn dikelilingi beras kunyit yg dah dibaca ayat2 suci.. sekejap sy terlena tp dalam tidur tu tiba2 sy rasa kaki sy ditarik dgn sgt kuat, sy terjaga, hubby marah pstu dia bacakan beras kunyit dgn ayat2 suci lg n dia lemparkan beras tu kat luar rumah, kata hubby,masa dia lempar beras tu satu badan dia rasa seram, semua bulu roma dia berdiri..

adik n anak sedara sy nmpk ‘benda’ kat area luar rumah.. sy tido malam tu dgn bacaan yasin yang tak berhenti sepanjang malam.. tp bunyi pasir n batu dicampak kat luar rumah stil lg sy dan suami dgr sepanjang malam..

tuan kepada ‘something’ tu mmg kami tau, sbb dari dulu mmg laki bini ni dah lame ‘membela’.. sy sndiri pun kenal pakcik n makcik ni, tp disbbkan bnda2 mcm ni takde bukti kami diamkan je.. pada yg tak percaya mungkin takkan percaya tp benda ni dah jadi pada diri sy sendiri.. klu dari segi sains sy anggap yg mungkin rahim sy tak kuat, n sy redha atas ape yg dah jadi.. alhamdullillah skrg sy dah ada pengganti pada bb yg dah pergi, sy dikurniakan sorg bb boy.

wassalam..

Sender: Nurul

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 25