Guest Writer

Guest Writer – Myra

Bila rakanku menjadi anak durhaka

Dear si merah yg genit…

ok..i’ve wrote this..a story abt my fren..and wife dia my fren jugak,,,where we r from the same kolej dulu..

**mak cuba2 menulis nyah..tiba2 idea mencurah2 ekekeke…**

regards,

myra..

Bila rakanku menjadi anak durhaka…

Errr…seeing the tajuk…it makes me tingat to a fren of mine..leh ke aku kata dia kwn aku ek..bila nasihat aku tanak dengar…bila dia sendiri rasa diri dia betul…ntah la..sedey wat happen to him n his family..and his parent…

Erm…derhaka kah dia??ni persoalannya..tapi derhaka atau tak..bukan kita yang tentukan..kita leh andai kan je..derhaka kah dia tapi penentuannya ada dari Allah SWT..tapi kalau la kwn aku ni leh pk sendiri…dia akan tau apa dia buat tu leh sebab kan dia derhaka atau tak kan..

Panjang lak mukaddimah aku ekekeke…so gini cita dia..

A fren of mine ni..dah berkeluarga..sepanjang marriage..asyik flirting…tak abis2 flirting..baik n insaf kejap pastu jadik balik hehehe…and ada 2 kids..kecik tak kecik gak la tapi dah skolah tahap rendah…kira the masa kejadian yang aku nak cita ni..the marriage is on the rock jugak…when I heard this from his wife…siyan jugak la dengar..anak2 yang tak bersalah menjadi mangsa…sepanjang the marriage..liat gak dia nak jenguk parents dia…kalau p sebulan sekali..and kalau jenguk the wife’s parent pon jarang2..and kalau p umah mertua pon dia akan stick to the HP..tatau la main game ke…sms kwn2 ke..ala2 bz kononnya..tapi tatau  la keje apa dia  buat…kalau p umah parent dia…dia akan sleep…main ngan anak2 dia…itu je la..makan..tido…

tapi lelama tu dia makin tak jenguk parents dia..padahal the father kemain lagi sayang dia…anak guna kedit kad ayah pon ayah dia tak marah..anak amik kdit kad ayah senyap2 n kuar duit cash pon ayah dia diam kan…sampai ayah dia meninggal pon dia diam kan perkara ni..si ayah ni..siap bg duit lagi masa bday dia even dia dah beranak pinak…masa ayah dia masuk hospital…dia tak p pon jenguk on that day…kdg2 dah few days baru p tengok and bila the wife nak tgk dia kata nanti p ngan dia…sampai la ayah dia dah teruk sakit…malam terakhir before meninggal baru dia p jenguk…and bila dah meninggal…dia biasa je..i went to visit the family…dia ok je..siap cakap dah ajal nak wat cemana…

then I heard from his kazen lak..dia tak amik kisah nak buat batu nesan kat kubur and tak amik kisah pasal nak uruskan harta peninggalan si mati…wehere else dia 2 badik je…and abg dia dah bengang ngan dia gak..pastu mak dia sakit lak…awal2 ada la p tengok..tapi lelama dia makin malas nak p tengok and skrg lagi la..since dia tgh asyik masyuk bercinta…and dah divorced wit her wife…lansung tak p tgk…and siap ckp kat kwn2 opis dia..dia lama tak keje sebab mak meninggal n kena uruskan few things…errr….ngucap aku dengar…sebabnya..mak dia lom meninggal dunia pon..mak dia terbaring lagi kat rumah menahan sakit…which I did go n visit mak dia…masa tu I pi ziarah sebab I ingat betul la meninggal..hehehe..rupa2nya tak pon..ada je lagi hidup..sihat la skit2..i mean sihat cara org sakit…korang pk la cemana ekekeeke…

So…wit wat I cita kat atas tu…pk la..derhaka kah kwn aku ni…banyak lagi yang leh diceritakan tapi aku malas…ala2 bukak cita tak baik kwn aku lak kan…Cuma apa yg aku tulis atas tu..tuk kita jadi kan iktibar sejajar ngan tajuk yg red bagi huhu…aku malas nak cakap apa2 jugak…sebab aku kenal dia dr kolej…and wife dia pon sama aku kenal…tapi aku sedey atas apa yang dia buat…dia nak buat kat wife dia…tu dia nya pasal…aku tak kata the wife tu perfect sgt tapi in a marriage kena ada give n take..dalam bahasa melayunya..tolak ansur..maaf memaafi kan kan…tapi  with parents..patut ke dia buat mcm tu..ntah la..aku nak kata dia derhaka…tak berani sebab who am I to judge..Cuma aku leh amik iktibar…from wat happened above…so that I wont do that to my family…it’s a reminder to myself..jangan buat apa yg dia buat…sebab aku sendiri tanak jadi anak derhaka kepada my parents..walaupon ada benda yg kdg2 aku tak setuju angin ngan my parents..makanya aku akan diam kan je..takut la wat comes out from my mouth might hurt them n boleh menjadikan aku as anak derhaka…nauzubillah…I don’t want to be anak derhaka..i just want to be me…walau ada kalanya geram ngan apa my parents bebel2..hehe..aku akan DIAMKAN…its better kan..hahahaha….

Errr…tu saja kisah pasal tajuk yg our red diva blogger bagi…lari tajuk ke???hehe I hope tak…semua ni aku dgr dr kawan aku sendiri…I mean this guy nya wife…we known each other from kolej..she’s my room mate for 4 years…kisah cinta dia mmg aku tau..dr awal dia bercinta…sampai skrg bila dia cita..tak sangka tol kan..tapi things happen..dah tak ada jodoh nak buat mcm mana..

And I hope..kita leh sama2 amik iktibar atas apa yg jadi kat atas ni…kita semua pon tanak jadi anak derhaka kan…cemana pon parents kita..we have to love them kan…and mari kita laungkan…saya sayang kuarga saya…hak hak..**poyo je penutup cita aku kan..ekekekeeke…**

Kak Myra

Comment: 10

Guest Writer – Ayuarjuna

Kenapa Aku Membenci Kaler Merah

Topik ni cam menarik jer..ni kira meluahkan perasaan sekaligus menyahut cabaran kak red yang sememangnya mencintai sepenuh jiwa raganya.Sebenor-benornya…eden memang menyampoh benor dengan kaler merah. Sakit mata…makna pendarahan ke berkuasa tu semuanya eden dah berminat dan membuatkan diri ini sentiasa sakit jiwa. Dari kecik sejak pandai pilih kaler baju raya memang kaler merah tu not in the list..

even masa kena jadi pengawas sekolah agama…kena pakai kain merah…tolak tawaran sebab malas pakai kain merah..paling tension kalu kat report ujian ada kaler merah (fail la tu)…cam pobia…hahaha…

Sebab eden ni lebih pada warna-warna lembut…menjiwai, sempurna, sentosa, mendamaikan ntah apa-apa lagi yang sewaktunya….Kalau kaler merah eden suka campur ngan kaler putih…sebab dia jadi pink….nampak lebih romanatis gitu..tapi dipendekkan cerita sejak menjak terjebak dengan kesukaan membaca blog redmummy…dah bertukarla pulak selera kaler….

tak derla suke kaler merah tu seratus peratus….tiga peratus aderla….kaler merah tu mesti combine ngan kaler2 lain…cam nampak meriah jer…semeriah hidup kak red…anyway…no doubt..merah itu menawan (pepatah melayu), merah itu ong (firasat cina), merah itu red (tak sure suku sakat mana)….

Ikhlas;
Ayuarjuna

**Jangan benci sesangat, nanti jatuh cinta ngan merah tu gak… :)

Comment: 27

Guest writer – Ujie

ANDA KECUT PERUT DENGAN EKONOMI MALAYSIA SEKARANG?

Nota : Artikel ini ditulis sebagai panduan bagi pelabur-pelabur Unit Amanah yang kecut perut dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang. Saya tidak menulis bagi mewakili mana-mana Syarikat Unit Amanah (walaupun saya merupakan perunding Unit Amanah CIMB) tetapi artikel ini adalah semata-mata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit dalam bidang ini.

Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.

Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998.  Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.

Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi global/Malaysia akan menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)

cashtocrash

Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?

Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)

Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.

Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.

**tajuk adalah pilihan penulis, wpun nampak serious, takpelah kita pelbagaikan jemputan dan penulisan :)

Comment: 9

Cukur Jambul & Aqiqah…

img06212

petang semalam saya bersendirian bertangga di saloon kegemaran saya…memprojek rambut lagik, ehehheheheheh rambut aku dah nak kena taram….malas nak citer..

kemudian aku teringat…amende yang aku ada ari nih..

aisay, baru teringat last week aku ada dpt invite via email and sms from her

tapi bila aku cakap sirman

boleh dia ‘ya allah, ada kad for you lah, lupa nak bagi’

koooo!! dia pi simpan surat aku, sket nya lama dah sampai kat umah mak aku..

sirman ni kannnnnnnnnn! aku yang manage blog nih ke dia nya keje yang manage seii…aterr menda ni related to blog gak.

img06226

cantikkan kad invite Majlis Cukur Jambul & Aqiqah biru gemalan ni….ada jugak hadith Nabi lam kad nih:

Barang siapa yang dikuniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

by the time ai finished my hair do, dah 830 malam, majlis berakhir lewat petang, ko pikir camne aku nak datang, wpun aku dah siap berseluar and extra baju dah bawak sesiap lam keter. ai sent an apology sms, aku akan pastikan adik bongsu aku menjejaki rumahnya pada bulan hadapan nanti.

Mohon maaf sekali lagi Gina, tak dapat hadhir….

img06220

budak ni cukur jambul dan aqiqah buatnya dah lama bonar, aku tumpang masa majlis abang aku kawin, so sekali arung gitu lah kan…masa buat tuh abang baru emm..2 bulan lebih kot…dan saya masin gempal gemilang gedempol hehehehehee

img06216

budak ni plak aqiqahnya dibuat di Mekah, makpak aku uruskan masa depa kat sana…

u all kalo x nak buat aqiqah kat sini, boleh jugak digalakkan buat kat mekah…baru arinih aku cite kan yer, padahal buatnya dah lama. at first tak nak cakap tapi nawaitu kita bukan nak menunjuk tp nak share the info yang korang boleh jugak kirim kat orang2 yang pi umrah tuh buatkan. kalau depa rajin lah. you can ask my parents to do for you gak, cuti sekolah bulan 5 nanti makpak aku nak pi lagi.

anak no 3 takde, ai ada 2 anak jer lor.

img06224

awal2 nya budak2 dah diberitau that we wanna visit baby Aunty Gina, tapi bincang nya bincang kami terpaksa batalkan (riso lah pulak aku nak pi pagar umah orang selepas jam 9 malam, dahlah satu ari suntuk orang tu buat kenduri kendara). To Muhammad Rayyan Irfan dan sepupu berbeza 10 harinya Adam Danial – semoga cepat besar, jangan sokmo bangun malam, tidur straight 8 jam ehheheheh sian mak2 korang nak tidur x lena siangnya nak berkerojer. Semoga majlis selamat ye Gina.

Well anw, saya sudah ada 3,4 tulisan dari Guest Writers untuk aktivititi dan slot tulisan kamu pembaca blog merah. yang lelain kamu masih lagi boleh menghantar, for next week nya entry, ini tajuk-tajuknya yer.

1. Kisah dan pengalaman hitamku…(ku tu koranglah, or kawan2 or sapa2 saja yang korang nak citekan)

2. Bila rakanku menjadi anak durhaka…

3. Kenapa aku membenci kaler merah…

Lagi seminggu 2 aku akan bagi tajuk lain…tapi kalau x nak ikut tajuk yang aku bagik, nak buat entry ikut sukatik korang pun no hal, x yah guna bahasa baku, aku nak baca informal writings baru sedap, ada gambar ke x dak gambar pun sukatik korang…takde masalah panjang pendek entry tuh, agak2 lah so that maksudnya tulisan tu sampai ke benak other readers. got it? Send it to red@redmummy.com

Selamat ‘menggoreng’!

Comment: 13

Guest Writer – Alamfana

Palestin Bumi Berdarah

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mintak maap kt kak red sbb akak ade bgtau yg akak x sanggup nk bace bout Palestin ni…sbb sayu sgt tgk dieorg…Tp, di sebabkan akak suggest tajuk ni kt saye..Jadi, saya terima…Mungkin topik ini membosankan bg sesetengah org…Tp, x salah kalau luangkan barang seminit dua utk membaca….

Pertamanya, tajuk pengalaman hitamku menjadi pilihan bknlah secara terus merujuk kpd penulis…Tetapi, kepada pengalaman hitam yg d hadapi oleh sahabat dan saudara2 kita di sana….Kerana apa kita prihatin? kerana kita di bwh agama yg sama & kiblat yg satu….

PALESTIN BUMI BERDARAH…

Di dada akhbar terpampang berita..
Bertafakur sejenak wahai anak cucu Adam..
Palestin kembali bermandi darah..
Ratusan nyawa melayang..
Ribuan jiwa dibelenggu kesakitan…

Kita di sini..cukup makannya, cukup minumnya..
Kita bersiap azam menyambut Maal Hijrah..
Sedangkan mereka di sana?
Sampai bila harus begini…
Adakah hingga kiamat tiada aman di bumi Palestin?

Anak kecil meronta derita..Menggapai pertolongan..
Di seksa, di pukul, di tembak, di bunuh..
Kepala di sini, badan di seberang jalan..
Tidak mengerti ku apakah dosa si kecil…
Diperlakukan sebegini rupa…
Ayahhh..Ibuu…Tolonglah daku…raung si anak…

Kaum hawa yang lemah sifatnya, tidak lagi diendahkan..
Dibiarkan mati terseksa…Mati kebuluran…
Meragut nyawa berendam airmata..
Ratapan dan rintihan hanya pada Yang Esa…

Golongan Adam jadi harapan nusa..
Juga hancur musnah tulang dan daging…
Melayang seperti debu di bawa angin…
Bergelimpangan jasad kaku beku..

Banggakah puak Yahudi?
Kekejaman jadi kebanggaan, kezaliman jadi keagungan…
Hitam nilai perikemanusiaan…
Hancur norma kemasyarakatan…

Palestin bermandi darah…
Bertilamkan dentuman..
Ngeri di bayangkan…
Luluh hati, sayu jiwa andai di fikirkan..

Itulah hakikat…
Penderitaan saudara kita…
Terseksakah mereka? Mungkin ya di dunia yang fana ini…
Tetapi, bahagia di syurga sudah pasti…

Laungan Gaza berkumandang di seluruh negara bahkan seantero dunia…
Mengutuk zionis..Israel laknatullah..
Para imam sebak mengimamkan solat hajat..
Sendu makmum mengaminkan doa…
Berderai airmata piluku..

Buat jiwa yang sengsara di bumi berdarah…
Ku panjatkan doa selalu mengiringi kebangkitanmu..
Moga Tuhan sentiasa melindungi kalian….
Amin..

Alamfana

**Ai decided to remove the photos, x sanggup ai nak letak gambo2 Palestine Bumi Berdarah di sini… :(


Comment: 13