Pregnancy

Try on the Sephora..

IMG00904-20110722-1342

hari tu kan aku pergi Ning’s launching, so aku berkenan je tengok eyeshadow dia yang ke main glitters. Pakai pi kerja memanglah buang tebiat, tapi aku kan sokmo ada events. pastuh pi tengok Dreamgirls musical show pulak, the 3 girls pun pakai glitters ya waduh. berkenannya acik.

aku ada glitters tapi kena apply after eyeshadow….

well nama pun saja gatai kan nak menconteng mata.

IMG00911-20110722-1408

i jalan2 masuk Sephora kat KLCC, brand lain aku tak heran, tapi aku nak tengok brand Sephora ni sendiri…molek ke idak…glittersnya tak molek, tak lekat pun. ada brand 2 faced kot ha yang tu macam melekat but aku tak pulak amik yg tuh. biasalah datang nak beli glitters but bila tengok benda lain, lain yg kita tuju.

IMG00906-20110722-1351

aku pi gatai beli yang nih. ada 5 kalers, 2 kalers tu ada glitters jugaklah but not too heavy, meaning you can still apply for office work, but jgn buat tetebal ler kang boss ko ingat ko sakit mata kena penumbuk dek laki plak.

IMG00907-20110722-1352

it comes in few colours gak…

kalau seketul eyeshadow glitters harganya RM45, if amik 5pcs dalam 1 set nih baru RM79. baikler amik yang 5 pcskan?

IMG00908-20110722-1353

kalau ada dak gegirl tu mau dia ingat ni kaler warna, she loves drawing kan…

sambil aku belek2 nih ada 2 boys baya anak2 aku gaklah, si abang and si adiknya leka calit2 guna jari tempek blusher kat muka. maknya tak perasan…

eii boys tak boleh pakai blusher lah sayang

hahahahha, terus budak2 boys tu lari nyorok kat maknya and maknya pun… ha tu lah korang, kan mama dah cakap ni untuk mama jer, malu kan dah kena tegur ngan aunty

IMG00909-20110722-1402

ko rasa nak amik jer semua colours nih but iskk….perlu sedar diri!

Dulu masa aku pregnantkan Abang kan, siang malam aku make up. waktu pregnantkan Gegirl pun, this time too, takde beza jer. tang make up tang shopping waktu pregnant memang no change at all. Tang mood swing jer yang ada perubahan mendadak. I sedar diri kalau tidak takkanlah I ‘diasingkan’ hampir 2 bulan lamanya 🙁 .

Waktu pregnantkan abang paling teruk, nak tidur pun aku make up, bangun pun bukan mandi dulu tapi pi bantai make up muka dulu baru pi mandi hahahaha gila betul. N tahap tidur waktu ngandungkan abang memang hebat….selain dari make up lah.

Tapi tidak le pulak si abang tu suka tidur, cuma skang kalau dia tak pi sekolah agama, dia akan tidur petang, ada one time tu, aku sampai kejut dia bangun coz dah nak maghrib, dari balik sekolah tidur tak bebangun…

IMG00910-20110722-1407

penyudahnya aku beli 3 items. tau pagi tu lipstick stage aku patah, hukaloh, mata ke mana perginya dok bukak ke main panjang, pap patah. hiks… bukan takde lipstick baru tapi nak jugak menerai kaler dari Sephora and seketul eyeliner mata, tu ada datang macam2 kaler, biru gold hijau ha bantai. tapi aku amik basic colour, hitamlah. just to try on benda baru.

Aku dah pakai pun tetiga, so far tetiga barang aku beli tu besttttttttttt!!! paling mantap khol eyeliner and lipstick tuh. iskk, kalernya lipstick tu aku tak penah ada tu yang macam wallah! sesuai ngan kulit bibir coz ada brand yang aku pakai boleh mengelupas dibuatnya kulit bibir.

pasal pregnancy make up tu kan, memang ada orang yang tak leh berhias langsung, tu kira pembawakanlah. muka 9 bulan secalit lipstick pun takde, nak berbedak pun idak. tak leh disalahkan coz kita kena paham, not that diorg ni diminta jadi gini, but hormon tu datang mendadak, mbe dalam masa mengandung dan dalam berpantang, walau dah beranak, masa lam pantang pun kena jaga coz nanti boleh angin meroyan.

oh masa aku dalam pantang Gegirl pun aku kena meroyan gak tau….life of being preggy lady.

Comment: 22

Meneka Gender Yuk!

sebelum aku buat official announcement on my baby’s gender

jom main2 sketlah…

kasi hilang sket stress nih.

first pregnancy dulu, 9 bulan aku tutup mulut tak bagi tau org apa gender Abang coz nak bagi surprise. tapi orang cashier tau kot, coz banyak je product yang kita beli kaler biru 🙂 . but frens and family members memang ramai tak tau lah.

Gegirl pulak memang kita canang coz she s no 2 hhahahahah, kalau she s no 1, dia pun jadi mangsa macam Abang gak, kita rahsiakan.

now, hem…

now aku ada blog ngeh.

dulu masa ngandung dedua mana ada blog yet.

so korang….

1. Sapa rasa my baby is a boy?

2. Sapa pulak agak my baby is a girl?

senang jer, apa sebab dan mengapa bagai korang kata baby ni boy/girl pulak? sebab bentuk perutnyakah? sebab structure muka aku yang eh, structure pulak, sebab seri mukakah, apesal korang kata seri hah? aku ni dah macam singa garang gila ok, tetiba ada seri muka. isk..nak puasa, teringat kat kuih seri muka, aku and abang suka betul makan hijaunya, tang pulut kitorg tak makan at all.

sebab apa lagik?

tengok chinese calendar? ehehheheh sapa dah tengok blom? betul ke korang kira tuh?

siap ada yang teka aku punya DOB of baby lagik. handal hangpa….baru sebut 16 weeks jer tuh.

hah sila ler

lantunkan korang punya idea2 bidan tengok perut orang nih…mana tau mengena. takde adiah ler…namanya pun main2 teka lor.

Comment: 57

Moody Part 1…

IMG_5966

Moody part 1 ni tak berapa sangat…

Oh on my birthday arituh aku ada appointment ngan gynae, so open at 11am, aku pun pergi, dahlah parking jauh, naik tangga tinggi, menapakkkkkkkkk ke klinik jauhnya. sedih. sedih 🙁 . bawaklah badan ni dengan rasa gelodak ngan panas matahari lagi…sampai2 sudah ada 23 orang waiting list. Nangis acik. i left my card and told the nurse nanti petanglah aku datang balik, memang tak patut pun aku tunggu, tengok2 staff nurse tepon kol 6petang lebih katanya turn aku dah sampai. Gila punya lama luckilylah aku balik dulu. Tapi lepas maghrib tu yang aku datang balik. double trip!

anw, one of the weekends aku ada bawak budak2 ni pergi depa punya check up….

i gave my panel card to the staff nurse..

kak, ni akak turun bawah register kat insurance department yek kak

This is not my first time here, setiap minggu i datang sini, you can just call them up please. Look at me, i m pregnant, you nak suruh i ronda hospital just to do the insurance registration?

Non stop. laser? memang….

dont mess with me lah, aku memang sangat kacau jiwa raga betul bila ngah memboyot nih. Kesian my kids, masa mak dia ngah bawak badan nih, depa kurang rapat ngan aku coz tengok maknya semacam jer. Aku pun macam ngan dunia aku sendiri jer….

Comment: 30

16 weeks…

image

alhamdulillah dah masuk 2nd trimester.

now dah boleh announced berapa bulan or berapa weeks of my pregnancy. reason aku tak nak jwb or tak nak sebut the exact weeks coz kan dah dibilang, tak yah ler mencanang2 sangat waktu awal2 lagi. so biar dulu till dah selesa sikit, at 2nd trimester ni baru aku boleh cakap.

my weight, back from Australia, after 3 months, naik dalam 8kg! 8 kg kau!! tapi kemudian susut kembali turun 2kg. kiranya for 4 months pregnancy aku dah naik 6kg lah in total.

bila due?

tu lagi aku malas nak cakap. pls do your maths.

Gender?

next week aku announce.

Comment: 35

Tips for lingeries issue during pregnancy…

IMG_5651

makan Chakri yuk..akak belanja pulaklah

kitorg ni nasi2 tak makan dah kak

lantak ko, akak nak makan nasi, dah kemetau perut dok lapau dari pagi nih

IMG_5645

kak aku hensem tak?

hah? nak jadi bapak dah, rentikanlah hensem2 tuh!

IMG_5640

mempelam ni manis tak?

sangat sweet kakak

satu plate mempelam manis ni ada banyak tak? untuk berapa orang? i makan banyak…i suka mempelam manis

cukup 2,3 orang makan jugak kakak

tapi ni perut 2 mengandung, makan manyakkkkkk!

ahhahaha bawaklah satu plate mempelam manis tu

IMG_5648

beza kami sebulan.

bukan sebulan umur. umur aku dah banyak kiraan, umur Shida bergetah lagik.

beza memboyot kami hanya sebulan. hahahah! ye ye, mana nak sangka Redmummy akan kembali mengandung kan kan…

IMG_5659

the soon to be mommy and daddy

Dr Hannan and Dr Shidah

depa shopping kat modernmom

IMG_5660

haku dok terperuk sob sob

letih kau

baru pas makan, dapat kerusi padahal baru jalan berapa langkau jer. mengah ler….skang napas tak cukup semedang

IMG_5666

heh aku nak citer pasal maternity panties, tapi aku tak leh lah nak tunjuk gamar pantiesnya yang ada dalam La Senza nih **malu malu malu**

Even few of my frens including Shidah pun dah beli di La Senza….tipz untuk ibu mengandung mendapatkan panties yang ‘bukan seperti nenek2 kita’

hahahahah! ko tau tak rahsia nih?

IMG_5664

Sebab aku malu nak letak gambar2 panties tuh, kita posing gambar bersama jer ler, tapi contents ni tips pasal ibu mengandung yang selalu bermasalah untuk mendapatkan spentot. Betul tak nanti ko asiklah jumpa maternity yang masyallah size macam nenek2 kita pakai. dahlah tu kaler nya mak datuk, sumpah jelik. ngan pesennya, tapi nak wat camne, dah ko memboyot, spentot lain mana muat, getah tak macam spentot maternity kan.

so, nemai. go to La Senza or any lingerie shops. Carik panties yang ada lace. bawah lace, tang pinggang pun lace. no getah yang macam sendat tuh. carik lace sahaja!

or satu lagi, yang invisible liner panties. itu pun boleh gak, but itu kaler plain, ada 3,4 colours jer. so add up ngan lace one.

So far aku jumpa kat La Senza jer panties tuh. must remember yek, bawah nya lace, atasnya pun lace. hah borong le ko berhelai2. La Senza tu ngah sale, masa baru2 sale for members aku borong kaw2.

Amik size bigger, jangan ko pi amik size S pulak, ko ingat cikvon, peha ko tu makin mengurus. so kena amik size M, L or XL, depending on your body. 1st trimester biasanya orang pakai S lagik but kalau masuk 2nd dah pakai M and up go to L size.

IMG_5665

for bra pulak, nak pakai maternity punya pulak, ya hampun! macam le ko nak menetek sepanjang 9 bulan nihkan , coz most of the maternity bra kan ada bukak katup untuk senang kita netekkan anak kita kan. pastuh kaler pun alahai, plain2 jer ngan memang cam nenek2 jugak ler ye dok.

Takper.  no hal

ko nak beli yang memahal pulak, alamak, sakit pulak coz ada wired kat bra kita tuh. Oh small matter jer tuh.

Hang pi mana2 bra pun, nak lagi molek amik Jusco brands. the brand is good for maternity wpun bukan meant for maternity. Harga tak mahal, so kalo selai 20 ko borong le 10 lai, untuk sepanjang mengandung ko tu. Pastuh ko cabut wayar kat tali bra tuh, make sure amik size bigger than the current cos breast kita during pregnancy memang akan membengkak cam nak pecah.

Dah cabut wayar tuh, tak le rasa sakit jiwa coz beli memahal yang beratus setiap helai kan, ni baru bape inggit jer untuk sehelai bra, yang penting wayar tu kena cabut yek.

Huh tu je ler yang aku kuasa nak citer buat masa ni for lingeries issue during pregnancy. At least the lace tu looks so beautiful and sexy on you, if you have a normal husband, he will love you wearing it, but if dia ‘mental’ memang tak pek nak nolong dor.

Comment: 37