Apr 5 2012 Thursday, 9:00 am
3 bulan little red baby boy…..
meh kita bersembang pasal RB pulak. Dah 3 bulan lebih. Baju yang new born to 3 months tu memang dah nangis tak leh pakai dah. Tak molek ler kaki dia nak memanjang so semua kenbaju tu dah simpan masuk lam plastik bag yang akan aku sedekah jariahkan. So kerja aku memang most of the time menadah je muka kat Mothercare beli baju kat situ. Selai ko je dah seratus lebih, tapi cute punya pasal! dalam seminggu kalau tak beli baju RB hah tidak ada maknanya. Now he pakai yang package 3 – 6months pulak.
Bestlah ada baby baru nih š .
Time baik sume nak ngulit. time dia tune up, semua passing batton kat maknya alasan ‘dia nak meneteklah’
pandai le korang kan…..
dan kemudian isu basi.
isu melecet sampai berdarah iskkk….segan nak citer but takpelah utk makluman ibu2 jugak supaya kalian tidak mengulang silap redmummy. sejak aku dah kerja nih cam aku cakap, batas sket nak pumping, aku pi pump bila dah penuh. rasa nak pecah baru berlari pi pump. Kalau dulu biasa every 2 hours so bila dah busy kerja mulalah culas.
Hasilnya….sampai berdarah melecet. Nak tau puncanya?
kerna apabila kita tidak pump consistently, breast akan membengkak penuh, so kita pi pump dalam keadaan penuh and pump machine pulak yang maksima aku pakai, tak main yang lelembut slow nih, lambat heh. jadi, itulah yang menyebabkan melecet dan bleeding.
Bila dah bleeding tu memang tak leh nak simpan le susu2 tu, kena ko buang. takut fungus kat around nipple pun ye jugak. Sedihkan?
hem…apakan daya. busy gitu masalahnya.
Jadi aku dah beralih dari 1 jenis nursing creme kepada 4 jenis!
i have used Earth Mama Angle Baby, Palmer’s, Lansinoh and final one terbaru is Medela Nursing Creme. Sebabnya masa dalam pantang, lagi kerap aku pump tapi sangat konsisten coz yelah masa tu nak buat apa pun, spending with resting and nursing je le kerjanya. Tapi takde melecet takde bleeding pun. But coz ni lah kes tak jaga timing pumping, ada kesalan jugaklah.
Semua ni boleh mengurangkan a bit sahaja but takde pun nak baik maksima. The melecet and bleeding still ada lagik š .
btw, semua petua yangggggggggggggg korang bagi kat entry EBM pasal letakkan dengan susu badanlah, tuamlah, heh sume tu dah aku balun. Tak menjadik gak yeop! bukan rezeki aku le nak melekat dengan petua2 korang tuh.
Cuma ada satu je yang menjadik, pakai kobis. hah. ni kompem baik cepat pulih cuma tu lah, kobis ni sejuk and bisa menyusutkan susu. Tu pasal aku tak nak apply selalu. Pakai bila dah terdesakkkkkkkkkk sangat sakitnya. Bfeed pun aku arituh seminggu waktu malam jer itupun kan bila dia ngah waktu tidur ler bagi gak. aritu punya pedih terkepit2 jari kaki aku skang dah oklah sikit.
But alhamdulillah, ada perubahan, aku dah mula cuba rajinkan balik untuk pump kalau kat opis tu at least 3 kali minimum pergi pump wpun 2 pun dah kira besau rahmat banyak gak pergi nursing room.Ā Dan harap2lah sangat kobis tu tak lagi aku perlukan melainkan dalam keadaan darurat and jatuh hukum harus. hah ko gitu!
btw, my chest freezer masih lagi penuh dengan stock2 EBM. 2,3 bulan boleh tahan lagi tuh…insyallah.
konon tidur, acah2 jer tuh….x sampai baper minit dia bangun, sambung balik main toysnya
Walaubagaimanapunnnnnnnnnnnnnnn adalah dimaklumkan minggu ni RB telah mula nak roll over, nak mengiring untuk meniarap. Masih lagi dalam usaha mengiringkan badan dia yang berat and pipi labuhnya tu ler….
lain-lain hemm…
tidur malam pun tetap le jugak bangun, for bfeed jer.
siang dah mula kurang tidur, kalau tidur pun kejap2 ler, takde le straight 3,4 jam tuh.
hah susu botolpun dah kena upgrade pakai yang Avent 9oz ke atas coz yang 4oz tu dah tak lut, dia minum dah lebih 5oz sekali zass. Pastuh suka nau mencakar, gatal pala gamaknya tu yang mencakar. dah potong kuku pun dicakar balar gak, sudahnya hah kadang2 kesian pakai gak mittens lagik wpun dah boleh bukak kan.
Lain-lain…very talkative, ikut bahasa dia ler. Senyum gelak mengekek2 jer…orang tak cakap ngan dia, pun dia tumpang membahak, padahal orang borak ngan bapak ko, abang kakak ko.
Satu pangai buruk aku asyik nau beli barang RB kan, busuk2 pun once a week mesti ada bawak balik barang dia, so untuk nampak lebih fair, i belikan jugak untuk Abang and Kakak, tak kira ler apa mendanya janji ada seketul lam seminggu tu for them. Last week both dapat new pencilsĀ colour sets, brush tulisan cina depa etc. This week, supposedly dapat their label’s names. Adil le sangatkan….tak nak bagi abang kakaknya jauh hati, yelah asyik adik je mendapat. masalahnya adik ko tu baru 3 bulan, so banyak le barang2 baru kena ada….
Yeah…skang lagi tak boleh nak kalih mata dari RB, budak ni dah nak roll over kan.
RM Recent Comments