RedBaby

Over 9 months…

I first announced on the pregnancy of RedBaby on 4th May 2011 through the blog, but made an earlier announcement through FB and Twitter.

IMG_3764

2 months of pregnancy…

IMG_7796

few weeks before the delivery of the little RedBaby

huh….baik punya tumbesaran mak merah yek. ada lagi satu betul2 gambar few hours sebelum beranak, tapi gulp gulp sedih takut  nak letak, takut korang terus X jer page ai nih. but sokay sokay, insyallah tengah usaha untuk slim down. sebenarnya pasal yang cakap aku akan dapat offer dari slimming centre and workout sessions, memang ada tapi ai tak leh reveal ler lagi kan, tunggu sampai aku dah mula sign in baru kita cite panjang. itu abang Nuffnang ai yang settlekan 🙂 , dari tengah mengandung lagi depa dah kejar2 nak engage me.. pilih and tadah badan jer.

But tak bolehlah nak rely semuanya kat depa, kena jugak buat kerja sendiri, susutkan badan nih jugak. ni aku dah 2,3 hari tak bertungku coz c/lady dah takde kan, weekend je le dpt buat kalo laki aku merajin. Aku memang takkan buat sendiri coz tau nanti kita tend to malas ngelat nak tekan tungku tuh

alright anw, x kisah ler buat masa skang ngadap le korang gambar gemuk dempol ai yang memboyot hebat nih. sampai ai dah rasa confident nak posing, lagipun ngah dalam pantang ler, tak molek amik gambar bebanyak ahhahaha. Aku amik gambar ngan anak2 aku jer, for personal collections bukan untuk ditayang, for the time being ni ler.

hari2 terakhir berpantang…adalah berurut bersama Tanamera Postnatal . Kemudian nanti aku postkan entry untuk lauk2 berpantang yang dimasak oleh my c/lady, mak mertua dan mak sendiri. Ada permintaan  nak tau lauk berpantang jugakkan?

Comment: 19

Not a single dad…

IMG_8116

Diaper’s bag – checked

semua mak nenek ada ler dalam tuh….dah sesiap wpun agak kelam kabut gak paginya. Sedia untuk keluar ngan RB, huh…aku tak de le pulak rasa risau, coz aku tau RD memang dah expert on hal anak2. lagipun bukan no 1, dah no 3.  Jarak je yang jauh but dah namanya anak sendiri, pandai2lah kena buat jugakkan.

Bukan tak leh dibawaknya aku sama wpun dalam pantang, but tak penting jugak kalau dia bawak aku, benda dia boleh handle kan, janji semua barang ada dalam diaper’s bag and susu pun ada gak.

IMG_8120

Masuk2 kereta memang masih lagi tidur, tapi on the road tu ada jugak dia hok hek, aku blom lagi beli cds baby for singing along or for him to listen dalam kereta nih, tapi pandai2 le bapaknya nak bercakap ngan dia sendiri dalam kereta.

IMG_8124

tu dia bapak ko letak towel mulut ko ngan susu tepi ko jer hahahha

IMG_8126

Wah not bad ek naik berat. Sebulan seminggu dah 4.722kg beratnya, was born 3.24kg. 100% susu badan sahaja.

IMG_8128

Staff nurse tanya, ni anak no berapa?

No 3

Oooo padanlah boleh datang sorang2 dengan baby, biasanya kalau anak no 1, ayahnya akan datang dengan parents or isteri jugak.

IMG_8130

Doc, you looked after my first son masa he got the H1N1 dulu

yeah i remember you! Anw, your baby is healthy, badan pun kuat, semua sihat. ada ruam sket kat pipi dia, takper tu biasa untuk baby, sudah mula bercakap sendiri dengan kita, interact selalu with him, kenapa mak dia tak ikut yer?

Mak dia tengah confinement ler doctor, malas nak keluar rumah.

 

Bandar Kuala Lumpur-20120204-00217

Waaaa kena inject meraung kuatttttttttttttttttttt!!!

IMG_8140

Tapi jabs untuk first month nih takde demam kata doctor so malamnya sedap je dalam pelukan gendong abangnya, kakaknya tak berapa sihat kena diarrhea dari sekolah agama sampai 2,3 hari jugaklah mencirit muntah2…. (now kakaknya alhamdulillah dah sihat yer).

IMG_8142

Sleeping beauty yang masih lagi kerjanya siang mentidooooooooooo jer tapi malam asyik berjaga sampai ler kol 3,4 pagi jugak. Aku harap ler sangat dia jangan ler berjaga malam bila aku dah nak masuk kerja nih, payah wor….ada gak pi kerja ngan mata sengguk2 nih.

Anw, Sirman survived with RB on their first day out pi amik jabs. Steady je dia siap cakap takper tetiap bulan ai pergi bawak jabs pun tak kisah. ahaks….senang maknya leh ler lari amik anak yang 2 orang tu pulak dari tuition if dah kerja jaga anak bagi sama rata kan.

Cuma citer RD ada kejadian sketlah masa ngan RB nih…

budak kecik tu kalau kentut ke main ‘hensem’ baunya kan like i said last time, so dok 2,3 kali kentut, RD ingatkan dia berak ler, tanya kat staff nurse, dia checkkan bilik b/feeding also bilik untuk tukar diapers baby gak, tengok bilik tu kosong takde orang, so RD masuk and checked, ok anaknya tak berak.

Jap2 tuh, kentut lagi si hensem tuh and kali ni RD pergi balik bilik tuh, tanpa suruh staff nurse tu check, baru je dia masuk terus dia reverseeeeeeeeee ke belakang hahahahha, ada akak ni ngah menetekkan anaknya ngan tak de cover apa2 plak tuh, lam bilik tuh gitu jer coz ingat takde orang lelaki nak masuk. Sampai sudah ke balik laki aku tak masuk dah bilik tu hiks… segan giler dia!

Anw, ramai orang kat spital tengok RD bawak RB ni macam ‘eh eh single dad ke tuh‘. Amboi….bininya ada kat umah yek!

Comment: 40

My massage day…

Kuala Lumpur-20120206-00350

hish korang nih, terclick click page blog mak kita nih. Tau tak mak kita tu busy, dia kalau weekend ke public holidays ke mak kita tu pemalas nak update blog. Tapi kita nak famous gak, so kita suh mak kita tayang gambar kita ngah massage nih. Tapi bukan mak kita massagekan, bapak kita yang buat. Depa refer kat buku.

Kuala Lumpur-20120206-00354

Sedap je badan kita kena massage, from top to toe. Patut buat ni up to 20minutes tapi kita rasa bapak kita buat tak sampai 10minin pun, takper, bapak kita first timer, nak massage pun kena tengok buku. Yelah last urut baby masa kakak kita 7 tahun lebih dulu kan.

Kita suka mandi gak, kalo kita dok dalam bath tub tuh, ke main kita paddlekan kaki kita tau. wuh syok betul. Tak pernah lagi kita mandi menitik nangis ayo mato pung…memang nanti bila kita dah habis hari dah bolehlah kita ikut abang kakak kita pergi swim pulak. Dulu abang kakak kita masa baby2 pun dah mak pak kita campak dalam swimming pool. Tu pasal depa sampai skang terer swimming. Kita nak cam tu gak.

So gitu ler….kita mewakili mak kita yang busy and dok kalut nak kuruskan badan tuh, mengucapkan Salam Maulidur Rasul dan cuti yang panjang untuk korang.

Nama kita buat masa ni dibekukan dari page mak kita nih coz bapak kita nak tunggu special occasion baru bagi mak kita announce. alah makcik pakcik panggil je kita RedBaby yang hensem, kita ok jer.

Selamat berurut!

Comment: 26

Friday’s Note…

image

bukan update dari aku, tapi update dari babycenter ni ler on my little redbaby. Dah sebulan gak tapi blum cucuk yet, po nak buat kena tunggu bapaknya jugakkan, so nanti Insyallah RD will bring RB ALONE to the check up. Without me. ahaks….This is the 3rd baby, we have trained each other jangan nak rely sangat ngan parntner, so tengoklah kalau on the road nanti RB menangis ke hapa hiks…hopefully he will well behave.

Botol berisi susu badan pun nanti akan dibekalkan… ikutkan aku boleh je ikut wpun dalam pantang but ni penalty for him yang away for a week coz of the business trip and dia pun tak kisah jer, momantai bukan baru beranak sulong, dah no 3 kan.

Dalam hidup nih untuk setiap perkara, bukan soal tak boleh, tapi soal nak ngan tak nak jer 🙂

Jika anda terlupa, inilah pesanan khidmat masyarakat dari saya seorang blogger yang pernah mendapat jolokan blogger jutawan. Amin. Hari ni hari Jumaat, hopefully masin doa kalian and mengkaya hiks…

Comment: 19

A month old…

IMG_6389

anak sulong and anak tunggal perempuan kami yang skang dah boleh sangat diharap untuk amikkan barang2 baby, amikkan diaperslah, amikkan pumps maknya, tengokkan adiknya. Tapi bila RB nangis, mencicit korang panggil makpak yek ….. cepat je lari. Bila dia tidur jer korang asyik nak kacau pulun cium2 dak kecik tuh….

Thanks Abang and Kakak for helping mom looking after your little brother…

IMG_6382

aaaa nangis orang tak nak kendong dia!

asik nak berpegang je ko kan…tak jadik kerja makpak ko dibuatnya tau kadang2. RedBaby dah melepasi sebulan kelahirannya alhamdulillah. Minggu ni memang bawak pi check up gak once bapaknya balik from his business trip. Oh berpantang waktu laki outstation  memanglah takde kelas sungguh. Tapi sib baik ler aku ada mak mertua yang sama jaga si merah and cucu2nya tuh. Makpak aku pun ada datang jejenguk sama gak.

RB had his first light fever a few days b4 he turns 1 month. Probably berjangkit dari maknya yang asal lebih awal demam, tapi alhamdulillah dah kebah dah sihat si kecik nih.

Dak kecik nih kalau kentuk huiii bauuuu….kadang2 aku ingatkan dia berak rupanya memang baby baya2 gini kentut ke main ‘hensem’ betul. Lain2 development, he s now doing eye contact ngan makpaknya, kakak abangnya. Bangun malam boleh tahan gak worr….so far tak pernah lagi aku dapat straight tidur dari malam ke siang hiks…

Gamaknya ko ni ikut style akak abang ko ler RB, tapi dia bangun pun untuk breastfeeding je lah. cuma ada waktunya siang dia tidurrrrrrrrrrrrr setidurnya tapi malam ha ko, after isya’ ke after 10pm mulalah dia berdansa ingat baru pukul 10pagi ke dak kecik hekk…

IMG_6412

apa ko nak aku citer lagik waktu ngah lam pantang ni pun…citer pasal baby jer le. cite dari sudut pandangan mata aku yang dok dalam rumah ni jer….oh aku pun dah habis guna service confinement lady, cukup 30 hari gak. untuk penutup pantang pulak ada lagik, lom habis lagik. namanya pun 44 hari, selagi boleh habis kita pulun buat….

Frankly speaking aku takde ler riuh nau sibuk nak keluar, coz my determination lagi kuat kat nak susutkan berat badan nih. Waa…..takut ngeri nak tunjuk gambar skang.

On the delivery date of RedBaby, my last weight was 73kgs, agak2 ko berapa aku nak kena balun balik turun to get my figure back. hiks…

Comment: 57