RedMummy

ITC Kuningan, Jakarta

IMG_6303

ITC Kuningan!

inilah mall yang paling kucinta. wah dan dan cinta….dibandingkan ngan shopping di Bandung (entry bandung lom kuor yet) aku lebih selesa dan tenang beriadah di Jakarta. apatah lagi di ITC Kuningan. tempat ni adalah pilihan Pak Host, orangnya tau gimana selera ku dulu. so untuk kali kedua ini pun, ITC kuningan menjadi pilihan saya kembali.

IMG_6352

memandangkan saya selesa dgn ITC Kuningan, saya juga masuk kedai kanak2 yang sama spt dulu jugak. the same mall the same shop the same promoter yang membantu saya. si gadis ni masih ingati saya…selonjak suaranya bila melihatku..

waduh ibu, kembalik lagi dari malaysia!! apa khabar anak-anak kecilnya ibu?

kamu masih ingat saya?

mesti ibu! kamu yang kira manual pakai calculator kerna ibu takut budget lari.

hehehehehe, yes frens, another tip. kalo dah ko amik baju selonggok, ribu2 rupiah, haruslah ko mengira manual mintak calculator besarnya and buat calculation. ado gak yang silap budget kang…ha naya.

IMG_6361

sampai satu peringkat saya sudah tidak larat untuk berdiri. ini bukan kedai pertama yang kami masuk bila sampai di ITC kuningan actually, udah few shops. makanya aku sangatlah capek. apatah lagi sirman pulak 2,3 kali ilang pi kedai luor mencarik barang lain.

ibu duduk sahaja, ibu tunjuk yang mana baju2nya saya ambirin utk ibu yah

ha yang tu, yang nih yang merah tuh yang ujung tuh

abih dia selongkar bawak ke riba ku…

satu lg sebab aku tak boleh nak bangun, ada few bags yang aku pegang termasuk bag tanganku and backpack sirman. pakcik tu kuor pi kedai sblh melenggang kangkung. kenalah aku jaga segala barang.

IMG_6373

IMG_6366

kerna saya tidak tahu bila lagi akan kembali ke jakarta, saya bergambar sama si gadis yang membantu ku. orangnya sangat seikhlas hati menolong saya, betul2 dijadikan aku ibu besar di kedainya. aku hanya perlu duduk dan dibawanya kain baju ke tanganku…baju2 di sini qualitynya sangat tiptop, harganya reasonable price.

MAS – your 1k to me finished oledi šŸ™

sedih jugak nak berpisah dengan dia coz dia sangat baik hati. aku n sirman boleh nampak keikhlasannya melayani kami berdua. untuk itu, kami berpisah dan kutitipkan tips buatnya.

wpun di malaysia, kita tidak menggunakan budaya tips tapi di jakarta saya menggunakannya. tp hanya utk promoters atau penjual yang spt kukatakan tadi, mereka berkerja sungguh ikhlas hati.

tau apa katanya bila kutitipkan tips..

ya ampun ibu, makasihhhhhhhhhh ibu. ya ampunnnnn!

adoi, satu kedai dengo dik!

IMG_6390IMG_6397

kerna ini kali kedua aku datang ke kedai kanak2 ini, atasnya pun ada jual kain baju adults, tp aku tak naik kali nih. capek bangat. sirman je yang naik. itupun naik sebab nak carik baju kakak aku yang dikirim utk familynya. so ai m promoting this shop for you to shop, bila sampai sahaja di ITC Kuningan, jemput ye ke kedai ini. aku lupa apa namanya si gadis manis ini, tp kamu bilang sahaja description diriku yang mengira kain baju menggunakan manual calculator sebelum kain baju ku diletak di cashier.

oh saya masih lagi buat manual calculator tu di mana2 wpun di Malaysia yer…

apa mau malu? saya sudah ada budget disediakan, jadi saya perlu berlandaskan budget yang ada.

IMG_6312

kemudian berjalan kembali, di dalam ITC kuningan ini seperti kubilang, suasananya lebih tenang dan aman. kali ni aku tukar bag ngan sirman, ai brought his b/pack and dia terpaksa bawak hbag merah ku. itu gunanya tips asal yang aku bagi smlm, should use either sling bag or b/pack. kalo bawak hbag yang satu bahu ni tak sesuailah for shopping lelama. bahu leh sakit woo

kalo bawak 2 bahu nya b/pack nih balance sket badan ko.

IMG_6309IMG_6307

shop ni best! waktu ni sirman sedang di kedai kamera, so saya menyelinap sebentar lam kedai nih and tiba2 kain baju kerjanya sangat menepati standard selera saya. jam2 tu gak lah aku nerai, sauk lam badan jer, tak yah bukak baju and tak yah tak kuasa nak masuk fitting room. siap ada satu baju tuh, dedua warna aku amik…

wuiii!

ai tell u if ai put the price lam blog nih, ada yang jeles melopong. ha x leh tunjuk skang ye, dah pakai baru bisa papar2 di sini….

IMG_6320

aku suka sama kedai ini

tp kedatanganku seperti tidak disukai atau tidak bersambut bangat. dia sedang sibuk mengira stock ke hapa, buat account. sepatah aku tanya sepatah dia jwb.

kalo biasa kita dengar ‘belanja ibu, belanja bapak’

means maksudnya, marilah berbelanja bershopping di kedai mereka. tp yang kedai nih ala2 segan je nak meniaga.

so aku callo…

kuor masuk kuor masuk kedai kau!

IMG_6340

kedai ni best..pada awalnya. tapi tahukah kamu setelah aku pilih2 amik sauk amik sauk.dia bley tak nak kurangkan langsung.

turun pun 5 ribu jer. isk. 5 ribu rupiah tu 2 hinggit pun tak sampai

so aku merajuk

lari kuor

drama kan?

heheheheeh….ai majuk tol2 kay

sib baik sirman bayo gak ngamik.

belanja di kedainya tak sampai pun harga 200 inggit duit msia, tp dapat berelai-lai lai laiiiiiiiiiiii!

saje je buat propah merajuk, bengang sebab dia tak nak turunkan 50 ribu. sib baik sirman amik gak kain baju aku tuh. kalo idak, gua lagi merajuk sama sirman!

IMG_6318

ITC Kuningan sudah capek kami susuri…

dan aku mahu berjalan lagi

to the next mall, yang juga menjadi pujaan hatiku. mall yang satu waktu dulu, aku n gegirl kehilangan sirman, abang and Pak Host. depa dah sampai masuk kijang Pak Sulis, kami masih lagi dok stranded lam red shop. wuiii…

aku mahu ke red shop itu semula.

ai m not MAS duta, but ai m so red’s duta….any red item is mine!

Comment: 14

Restoran Garuda, Jakarta

IMG_6150

masanya untuk makan2 ya ibu bapak2 semua…

abih shj shopping kat hazab Mangga 2 tuh, kami kejaran amik early lunch di Restoran Garuda. Tempat ni khususnya Pak Host yang tunjukkan. he didnt join our lunch, he took a cab back to his gym. kang dia makan kang maunya muntah plak…baik enggak hati orangnya? driver dia, dia suh anto jaga ktiorg, dia plak pi gym naik taksi. perkhhh! semoga hidup mu dilanjutkan dan rezeki mu berpanjangan ya Pak Host. baik benar hati mu.

IMG_6171

yey ada gambo laki bini berduaan! hiks..susah sei nak amik gambo berdua, mintak tlg waiter gak snap kan…kami perlukan tenaga, so kena makan nasi. tp wpun saya makan nasi 2 kali sehari, weight saya turun mendadak bila pulang ke KL. probably kerana banyak berjalan, satu hari suntuk buat catwalk bershopping kan.

tu yang weight turun sikit.

kalo gini…

MAS, pls send me to anywhere every month…bisa enggak?

saya bisa cepat kurus šŸ™‚IMG_6147

macamana gayanya dia bawak semua tu bebanyak kan. buatnya terjatuh, ha kau tersungkoq la pinggan mangkuk tuh. pakai pinggan kaca lak tuh. kat kl pun ada yang banyak pakai plastik ye dok. di sini servicenya bagus…

adalah satu pandangan biasa di restoran padang begini.

aku tak kisahlah apa lauknya, coz aku akan makan 2 jenis lauk jer…

IMG_6160

pak ada udang goreng?

yang kecil atau yang udang galah?

yang udang galah pak

ibu, 2 ekor udang galah utk ibu yah….

ada ibu yang terkenangkan udang galah anak daranya, anaknya sangat suka udang galah, so dia order udang galah khusus utk makan on behalf of anaknya.

bley lah ek kira gitu, on behalf lagik!

IMG_6176


sirman, dia kira camne ek nih? kalau makan sekor, yang sekor lagi dia kira tak?

kira kot, makan je lah

wuii senak kang perut

makan abih kan jer, kang dia kira 2 ekor rugi je tak makan

ha ok ok, sodap nih…2 ekor udang galah

*gegirl, sontap lah ko, mak ko makan udang galah 2 ekor kay kat jakarta!

IMG_6196

sebab kami amik early lunch, so bila waktu saya sudah abih makan, tetiba orang dah start ramai….sib baik copek. kalo hidak…mau dok meja makan kena share2 pulak.

btw, Pak Supir Memet enggak mahu join kami makan, sirman bagi dia duit makan jer. kalau pak sulis aku dulu, aku paksa makan sekali, tp Pak Memet ni dogil tau…

dia rela makan kat tepi2 jalan tu dr makan ngan kami.

IMG_6181

ops dah licin udang galahnya…

pak udang ni kalau aku makan sekor tadi, kamu kira 2 ekor atau seekor sahaja?

seekor sahaja buk.

oooooo! tau dah camne korang kira.

so fruits ni ada banyak pak…kalau aku makan sebijik anggur sahaja, yang aku tidak makan ini betik tembikai jambu gi mana sik kamu kira

kita kira sepinggan juga buk, walaupun ibu makan sebijik sahaja anggurnya.

ooo gitu.

enggak apa2 pak, aku sudah kenyang, dibungkus sahaja buah ini utk supirku.

ha mana ke gambo buah dah kena tapau daaa….

so camtu ye depa kira.

lauk2 berkuah plak, wpun ko amik secoit pun depa kira sepiring. tp yang genggoreng plak dikira ikut sekor. cam udang galah or ayam penyet goreng.

kalau buah walaupun makan sebijik, tetap dikira sepinggan.

ha paham dah anak2 semua?

IMG_6224IMG_6218

asik muka RM je lam blog, aku suh plak lah si sirman nih jadik model. kertas yang sirman pegang tuh, dia bayau utk makan2 tadik, utk kira compare conversion. harga kami makan berdua tuh lam RM60 gitu. puas hati. konyang.

dah boleh menapak lagi untuk berbelian…

Tema I wanna shop till drop harus diutilised sepenuhnya.

IMG_6299IMG_6253

melalui Monas, ada golongan pelajar yag penuh ramai sedang berdemonstrasi secara aman. polis2 menjaga keselamatan, ala FRU pun ado. ingatkan nak kuor amik gambo depa reramai jugak tp kang tetiba ada plak bomb ke hard core demonstrater buat hal kan, so baiklah dok dendiam sahaja dalam kijang.

menuju ke satu lagi destinasi…

yang bisa buat aku kembali capek…

oh enggak, memandangkan macetnya jakarta, aku menyambung tidur semula di dalam kijang beralaskan peha sirman. resmi biasa yeah ibu bapak semua, kalo dah jem kat jakarta tuh, korang jangan beranganlah nak sampai on time.

Comment: 10

In your travel kit to Jakarta…

IMG_5407

di halaman rumah Pak Host, pagi Jumaat yang sejuk…

pagi tadi lam kol 2 pagi petir berdentum, korang dengo tak?

ha? ado ko? ntah, tidur mati la azuan, capek seiii!

Pagi jumaat kami bertolak ke Bandung, entry penuh bandung akan saya buka setelah semua Jakarta’s trip ni abih saya keluarkan.

IMG_5429

tips pertama yang perlu ada dalam travel kit kamu kalau hendak ke Jakarta. mula2 tukar duit Ringgit Malaysia to Rupiah. waktu saya pergi kali ni, duit rupiah mahal sket than january’s trip arituh. dulu saya buat currency converter tu separuh page jer, tp kali ni aku olah and rombak jadikan satu muka surat penuh. starting from 10 ribu rupiah hingga 5 juta rupiah.

why do we need that? supaya senang kita nak convertkan ke mata wang kita sekiranya kita ingin membuat perbandingan whether sesatu barang itu mahal atau murah.

ada barang yang wpun mahal di KL, tapi lebih murah di jakarta. ada jugak barang yang murah di KL tapi mahal kebana di jakarta. so harus agak2 jugak, kalau was2 jangan beli sudah. Wang rupiah hendaklah diasingkan, saya pegang sedikit sebagai back up, Sirman pegang sepenuhnya di dalam kantung bajunya, di sorok di dalam baju yer. Wallet lelaki keluarkan dan simpan di dalam bagpack yang dia carry sentiasa, wang lain tinggalkan sedikit di rumah Pak Host. kira ko sorok2kan duit tu kat so many places lah gak.

IMG_5431

keduanya katalah kamu membawa 8 ribu ringgit malaysia. kamu hendaklah buat budget yang betul2 kamu akan ikuti. setiap ringgit rupiah itu, kamu sudah tolak dan agihkan.

wpun kami diberi supir oleh Pak Host, tapi takkanlah saya nak suh Pak Host bayo duit minyak toll parking semua kan, semua tu dalam budget kami. airport tax jakarta sudah naik menjadi 150k per head. harus put aside ye.n even Pak Supir Memet diberi percuma pakai oleh Pak Host, harus juga kamu sediakan duit makan and duit tips duit kopi utk nya. all ni kami dah kira, in fact sewaktu dihantar ke airport ari ahad, segala penghabisan duit yang ada kami tambah utk Pak Memet.

Makan, shopping and souvenirs harus dibudget kali ni. hari tu saya ke jakarta belanja melampau2 utk souvenirs sahaja, sampai sirman naik hantu marah coz macam over sangat. so kali ni saya budget sikit sangat coz kami juga perlu hidup di jakarta ye bapak bapak dan ibu ibu sekalian.

Wang sebanyak RM1 ribu ringgit juga diberikan oleh pihak MAS untuk saya berbelanja, jadi saya add up in the budget as well. Follow the budget insyallah kamu akan seronok berbelanja, sama dengan tema saya I Shop Till I Drop.

IMG_5432

sediakan juga ETicket, bercopy2, pastikan kamu bawa sahaja ke mana wpun kamu ada passport. berada di negara oang menyebabkan kita tidak boleh jalan lenggang kangkung, everything has to be carried together with you. the best handbag for travel ialah sling bag atau backpack. kalau bawak yang satu bahu tu sakit bahu ko nanti. lagipun kita kena berhati2 and simpan barang kita molek2.

saya tidak pakai sling bag kali nih coz saya nak melaram ngan crumpler bag merah beso yang beli dari jakarta from my last trip arituh. tp saya kendong sekuatnya coz di khalayak ramai, takut gak kang ada yang robekkan bag aku ni.

IMG_5434

Prepare the receipients of souvenirs, use the priority first. kalau ada duit lebih baru kamu add up dari budget yang dah disediakan. Siapa yang wajib mendapat souveniors? Family comes first. Rakan2 taulan and readers yang layak sahaja. kalau nak lebih bagus, tak yah bagi utk sesapa pun coz kang kamu jugak yang tak dpt nak belanja utk diri sendiri.

RM’s case is different, saya berjalan ke mana pun, saya akan beli utk my frens and readers, family tu of cos lah kan. So wpun saya pergi senyap2, tapi saya menyediakan list for the frens as well. but dont expect me to give it to all of you, coz ai just have RM1k from MAS’s budget mar…kalau masuk duuit sendiri tu adalah jugak, tp tu pun ciput gak.

IMG_5435

Itinerary utk 4 hari di jakarta. kerana itulah apabila sampai je di jakarta saya terus menuju ke Block M Mall, coz ai have made my own plan and itinerary. anything yang penting and worth to go and buy juga disumbat dalam program itineary nih.

So far semua tempat yang saya rancang dari KL awal2 nak pergi, dapat pergi semuanya..kiranya proper plan membantu kamu. Since jakarta terkenal dengan macetnya, maka always give at least 1-2 hours if u travel during wkdays. dia nye jem wuiiii, leh tidur bangun tidur je aku lam kijang.

IMG_5438

kalau kamu mahu membeli sesatu barang, sediakan jugak the alamat and contact details utk tempat2 yang kamu hendak tuju. Macam PAC tu sangat siksa nak dpt kat jakarta, asik ulang alik kena taji jer, so saya sediakan supaya memudahkan perjalanan. Jakarta tu besar oi, x macam kl, lom sampai klcc ko dah nampak tower tingginya kan…

IMG_5436

Contact details untuk orang2 penting di Jakarta jugak harus ada ye. coz nama2 dan alamat itu lah yang kamu akan tepek dan letak di dalam borang imigrasi. Back up untuk few other contact details kalau kamu ada teman2 lain di jakarta. Masukkan sekali details kedutaan Malaysia di Indonesia, ingat ye, kita bersedia untuk segalanya, kalau jadi apa2 kita tidak panic.

Tell your family members that you ll be away to jakarta, jangan pergi senyap2. coz they are the one yang akan kamu carik, atau mereka juga akan cari kamu sekiranya apa2 berlaku. Tak bagitau lam blog takper, coz kang ada yang pi mereport plak. So, kalau kamu seperti RM, jangan announce ke mana hala dan bila perjalanan cuti kamu.

berjaya gak aku mengdistract kamu semua hihihiiiiiii. tell u the truth, memang majority tidak tahu saya ke Jakarta kecuali my family and less than 10 frens saya. those yang membaca blog saya, yang tahu saya akan ke jakarta, saya suh seal mulut diam2 jangan bagi komen yang saya ada di jakarta. otherwise i will hold your comment hingga saya landing.

Kamu tidak tahu betapa kecewanya saya bila saya pulang dari jakarta dulu, ‘disambut’ meriah.

Semuanya kerana saya mahu terbang dengan aman, dan pulang dibawa MAS tanpa gangguan.

Comment: 11

Menjejak Daerah Jakarta…

300409_jakarta 073

statement saya di dalam previous entry…

Saya berpergian untuk bekerja dan saya enggan membawa anak-anak di trip kali ini.

tapi saya tidak langsung menyebut, yang saya pergi bersendirian, atau tidak membawa managerĀ  kan? sirman took his leave too, to accompany me to jakarta. ai cant imagine if ai were to be in jakarta without him, whos going to snap my photos? whos going to carry my shopping stuff? whos going to hold the rupiah?

takkan aku nak suruh pak host atau pak sulis plak ….

if u intend to invite RM to cover your event, do remember to slot Sirman aka the manager of RM. I m the blogger the writer of the blog, but Sirman is doing the photography shoot for most of my entire movements. unless gambar yang saya boleh bisa ambil sendiri lah kan.

300409_jakarta 074

ai skipped the flight experience first , having problem with the photos lar. so let s go straight to jakarta. MH723 arrives on time, the first spot yang saya ingin terjah adalah Kamar Kecil. šŸ™‚

luckily saya turun cepat dari aircraft, coz bila saya keluar sahaja dari kamar kecil, sket punya ramai ladies beratur nak membuang. Not that i dont want to use the flight’s toilet, but can u predict bila dia nak kuor? hehehehe dah ater dia nak kuor lepas turun flight kan….

Kamar kecil di airport jakarta, lebih rendah piawainya berbanding dengan KLIA.

300409_jakarta 082

300409_jakarta 079

300409_jakarta 078

melalui airport jakarta, biasa sahaja pada saya. mungkin yang pertama kali dulu boleh dibilang sebagai jakun, tapi untuk yang kedua kali ini, saya tahu kami harus segera sampai di imegrisen indonesia. last trip, q beraturnya mak datuk, panjang ke main. Pastikan sebelum kamu landing, borang2 imigrasi sudah diisi. jangan membuang masa menonton dvd dari lappy je plak bila lam flight.

300409_jakarta 084

bila sampai, q langsung tak bergerak di kaunter imigrasi. rupanya system tetiba down. ah sudah! lepas beberapa minit, barulah system was back to normal.

Ingin juga dingingatkan, jangan sesekali kamu mengambil gambar di kawasan imigrasi, tidak kira di negara mana pun kamu berada. kat Malaysia pun janganlah ko amik.

wpun niat kamu hanya untuk mengambil gambar isteri anak laki ko, abaikan the feeling. itu adalah sangat2 kawasan larangan mengambil gambar…

sib baik teguran security imigrasi to Sirman tidak membawa mudarat šŸ™‚

IMG_9034

akhirnya wajah gambar the manager keluar jugak….

IMG09890

Di airport jakarta, apa sahaja boleh dijadikan sumber kewangan, porter di sini antaranya, bisa menolak dan menggendong luggage kamu, tapi menolaklah dengan baik supaya mereka yang juga manusia biasa tidak rasa dihina. The porters in Soeharno-Hatta International Airport memakai uniform and u can easily recognize them.

Wpun kamu lihat hari nampak malam, tetapi sebenarnya kami sudah ada tempat untuk dituju…

Kecapetan saya, tidak akan susut selagi kedai belum ditutup.

di dalam baju sirman tu bukan buncit yeah, di dalam itu kantung duit rupiah, khas for travel purposes, kalau kamu mahu beli itu pocket traveller, ada di Watson/Guardian. n jangan letak sekali arung semua duit dalam satu kocek, diasing-asingkan untuk keselamatan.

300409_jakarta 087

kami dijemput oleh Pak Host @ Pak Azuan. ai have committed to MAS for this trip since 1 month ago, n Pak Host menjunjung kedatangan kami sekali lagi menjejak bumi jakarta.Kalau dahulu Pak Sulis our supir menjaga perjalanan kami, kali ini saya menggunakan khidmat Supir Pak Host sendiri yakni Pak Memet.

Bukan saya tidak bisa menggunakan Pak Sulis, tetapi Pak Host sendiri mencadangkannya buat kami, lagipun trip kami ini more like jimat belanja, but shop till drop.

MAS tidak menyediakan accomodation and transport in Jakarta, so bantuan Pak Host menyediakan penginapan dan supir to us, cukup membuatkan budget ke Jakarta tidak mencekik darah.

Lagi pula, kalau dulu Pak Host menginap di kondo mewah, kali ini rumah barunya adalah rumah teres 2 tingkat yang setaman dengan Inul Gerudi wuiiiii…..

Jenguk-jenguk kembali, semua entries baru akhirnya berjaya sudah kusiapkan.

Comment: 16

ERL to KLIA for Jakarta’s Trip

300409_jakarta 005

thursday afternoon 30 april, ai chartered a cab from VA menghala ke ERL, Bandar Tasik Selatan. This is not an expensive trip, i have toĀ  do a proper budget for the getaway. I m going to Jakarta under the flag of Malaysia Airlines, n i promise you that lots of entries that you can use as your guidelines, fly with me and Malaysia Airlines.

300409_jakarta 003

since this is my second trip to jakarta, i m quite open already. kalau dulu langsung tak tahu apa2 kan…so now dah ada pengalaman sesikitlah. In this trip, i came as a blogger, bekerja, review and berehat bercuti jugak.

Untuk ke ERL BTS, kamu boleh gunakan access lrt atau komuter sahaja. saya menggunakan taksi dari rumah VA ke sini kerana saya tidak mahu meninggalkan kereta di parking LRT.

lagi pula saya menggunakan khidmat jiran saya yang juga driver taksi, so sambil tidur pejam mata, saya membantunya mendapatkan sedikit wang saku lah.

300409_jakarta 013

i like this picture. seperti satu perjalanan yang jauh tiada berpenghujung. do you know that di sebelah ERL BTS ni sedang didirikan kompleks bas yang ala2 pudu raya tuh? the biggest complex in Malaysia, ai was told.

Aku tak tau pun, gamaknya kalau taun depan nak naik ERL, taun depanlah baru tau ada kompleks besar-besaran tuh. Apa jadi sama Plaza Rakyat yang digembargembur dulu tuh? rasanya dah 10 taun terbiar begitu jer kan, project tak menjadi.

300409_jakarta 015

walaupun saya di dalam ERL, tapi saya masih boleh mendapat connection to my blog, that s why none of you know that i was actually away to Jakarta (except few frens sahaja). setiap kali naik ERL saya lebih selesa memilih untuk duduk di tempat yang tidak menentang arus perjalanan. aku pening kepala lah kalau duduk yang berlawan arus nih, so kerana itulah dari pintu depan, aku menarik luggage ku hingga ke hujung coz takde tempat kosong pulak yang dedepan. ada tuh ada ler but pening kepara aaa…

300409_jakarta 019

The ERL is co comfortable, saya sudah biasa berdikari berjalan ke mana-mana bersendirian, saya pernah ke KLIA menaiki ERL tanpa ditemani sesiapa kerana ingin menemui suami yang ketika itu berada di Holland. saya hampir2 juga terlelap di dalam ERL tetapi kerana kelajuan dan kecepatan transport serbaguna ini, saya kembali ke dunia nyata.

Lagipun satu sebab saya memilih ERL coz harga tambangnya tidak mahal, kalau saya naik airport limo, mahal lah pulak yet my 2nd luggage is in my 1st luggage. so still convienent untuk pergi ke KLIA menaiki ERL.

kamu boleh membuat pilihan yang sama, tapi kalau saya bersama anak-anak, saya lebih memilih Airport Limo.

300409_jakarta 030

300409_jakarta 020

sesampai sahaja di KLIA, saya terus check in, banyak counters dibuka mempercepatkan prosess check ini di sini. rasanya dalam banyak2 countries yang saya pernah pergi, counter MAS masih di hati. kalau dah kena q pepanjang tuh alahai, oh lagipun saya buat early check in, sampai awal di airport coz nak avoid orang ramai kalau dah nak dekat boarding time.

300409_jakarta 031

in less than 5minutes, saya mendapat boarding pass saya. dont forget to tell the ticketing staff you nak duduk mana. saya suka duduk di depan, tidak perlu di window. di aisle pun senang. coz saya nak cepat keluar, rimas aku dok lelama lam flight yg benornya. but this trip, saya takde luck lah, seats depan sume dah taken, nak depan lagik kena pi Business class, hehehehehe, saya hanya mendapat ticket economy mar šŸ™‚

300409_jakarta 041

to kill of the time, saya berjalan2 pusing klia, nothing special. kedai brooch yang aku berkenan dari dulu broochnya, tak turun2 lagik harga. we had our late lunch di sini, the Aseana Cafe, where we saw lots of VIPS pulak lam masa yang sama.

Bukan segan nak mengambil gambar during lunch di situ, tapi dek kerana terlampau ramai VIPs, saya takut pulak kang ada yang ingat saya ni paparazzi. so saya memilih untuk makan sahaja, tanpa mengindahkan gambaran di Aseana Cafe.

300409_jakarta 049

300409_jakarta 067

300409_jakarta 052

usai makan, since kat Aseana Cafe terlalu ramai manusia, saya duduk di ceruk ini untuk membuat sedikit blogging job. Jejaka itu rakyat indonesia sedang menunggu untuk pulang ke jakarta jugak but he is in early flight. yang kelakornya airline dia dok diseru2 tp dia dok lagi kat situ sampai aku pulak yang tegur dia ‘you need to leave now sir, flight kamu sudah memanggil kamu’ .

DI KLIA, connection to the internet is FOC, ada wifi, ada kebebasan untuk mengaccess RM. speed pun laju jugak, so memang sesuailah kalau ramai bloggers yang macam saya ni nak buat blog job.

Internet access to me, the die hard blogger adalah sangat penting. kalau tidak, kamu semua kesunyian dari any of the entries if i were on holiday.

300409_jakarta 070

in the boarding area, saya mencuri masa yang ada untuk berbual sama anak-anakku. Saya berpergian untuk bekerja dan saya enggan membawa anak-anak di trip kali ini. Lagipun last january, saya sudah bawak anak2 ke Jakarta, for me Jakarta is not a suitable place for my kids. Susah maknya nak menyoping….

yang paling hazab the macet in jakarta boleh bisa anak-anak mengamuk di dalam kijang innova.

300409_jakarta 068

MH723 is ready for RM.

saya mahu bawa kamu terbang

ikuti perjalanan saya yah?….

šŸ™‚

Comment: 23