RedMummy

First Taekwando Class…

masih lagi perihal anak-anak kecil ku. ari sabtu tuh lepas sirman anto aku ke saloon yang few steps aje dengan Suara Bangsat Spa and Beauty Centre gila tuh…hehehehehhee aku dok tengok gak ada tak si Korina gila tu nak turun, kalo turun mmg kompem aku flash2 camera 🙂 ….ok back to saloon ha, depa pi pool. abang dah berjanji ngan danial mar…lgpun sblm tuh depa ada kelas mengaji kat umah aku kan, so pakat2 lah budak ni suh ckp kat makpak memasing nak pi swim.

since gegirl ni menumpang kasih kawan2 abang dia hehehehe….dia pun ngekor jerr abangnya ke mana, masa ni aku x join lah aku kan kat saloon, tp sirman melepak ngan makpak danial lah sambil tengok bebudak mandi. since danial x berapa pandai swim, dia mandi dok kat budak2 kecik tu lah, anak2 aku jap melompat kat pool beso jap kat pool kecik..

img00634

korang ingat tak last 2 yrs, waktu sirman takde kat town, aku bawak depa pi swim kan, pastu aku terpaksa melompat masuk lam pool to rescue si gegirl yang dah nak tenggelam….aku sempat baling sling bag aku n aku terjun ngan baju2 aku terus. ingat lagik dak? heheheheh…kenangan betul. kecoh tpt pool tuh tengok mak budak terjun swimming pool 🙂

so sambung balik citer pool depa, tak cukup ngan tuh, depa ada perjanjian lagi malamnya pas dinner smlm, nak lepak kat umah danial pulak. so after the dinner, aku ngan sirman pun hegeh2 la anto bebudak 2 nih (itupun aku tanya mak danial dulu, pasal perjanjian budak2 nih lah kan) haru tau korang, suka tau berjanji bagai makpak kena kawtim ngan makpak memasing.

lepas sejam 2 kids ni lepak umah danial, aku gegas suh sirman amik depa balik. dah kol baper tak geti2 nak balik pulok iskk….

n sirman boleh selamba bada jer ‘alah suh la depa balik sendiri, bukan kena naik lift pun’

aku jegil mata kat dia!!!amboiiiiiiiiiiii…nak kena cubit ko biarkan anak2 aku balik sendiri wpunnnnnnnnnnnn sekangkang kera…

sirman memain lah, saje nak menggugat hati keibuanku gitu….so dia pi lah amik budak.

by 11ish anak2 dah tidur, wpun depa pujuk2 nak tengok kartun, no way…korang kena bangun awal pagi esok ahad.

img00640

abang’s first taekwando class on sunday morning kat sek NK dia. tapi boleh empat2 bangun lambat hehehehehe…yang pergi sirman abang n gegirl, budak kecik tu excited nak tengok abangnya taekwando. ntah apa yang abang pujuk danial, danial pun join masuk taekwando ni jugak…berkepit betul 2 bestfrens nih. ni gambo2 ni sirman yang amik kalo aku amik lain konsep cara nya kan….

punyalah penuh dewan, tp Master Taekwando dah pecah2 kan ikut kumpulan. for abang since ni first day dia mestilah dalam group freshies.

yuran nih monthly RM20, murah kan? aku hampir2 terjebak nak anto yang private punya kat IYC, tapi berkat kejimatan duit suami, dia suh hold tunggu utk NK punya hehehehehehe…..tak kisah you, janji bapaknya yang pi nganto, mak nye akan anto kalo bapaknya is not in town sahajor. 🙂 pagi ahad tu weiiiiiiiiii!

aku memang a bit organize, tahun lepas ramai berpusu2 anto anak2 depa kat taekwando lah wusyu lah, oh sbb ni sekolah cina memang aktivity sampingan depa sangat banyak yer…2 mukasurat A4 bila ko baca. last year mmg we didnt plan to send pun, lgpun abang dah committed ngan loushi tuition dia yang jauh nun kat TTDI (sabtu ahad berturut2 lak tuh kan) camne nak masuk taekwando. but since kelas tuition abang tahun ni kat ngan umah jer, makanya kami rasa bolehlah kalau abang nak pi ini kelas.

img00642

Lam bulan nih nanti dapat uniform so bolehlah abang beriyah iyah yihaaa  dengan baju yang depa bagik. gegirl pun nak nyelit sama gak, tp Master tak amik budak2 baya dia la nih…but for gegirl, we have special class for her. That one bila kelasnya dah menjadik, baru kita roger di sini yerr, coz her special class yang dia bising nak sangat tuh will start on Feb, after raya cino ler…but still location kat sek NK abang jugak…

Napa ler kelas2 komer ni sume pepagi weii…sib baik lah urusan anto amik sekolah anak2 nih kat tangan bapak ko, kalo disuruhnya aku yang pi hamik hantor ehehheheehhe….

Kenapa taekwando? silat takdak lah kat NK nih, why not Wu Shu or Gendang 24 musim? pasai itu tak sesuai ngan age abang, depa x nak amik. Then kenapa x amik Karate? pasal clash with abang’s mengaji sabtu petang and resting time dia jugak. How about Chess or Yoyo Cina? coz age abang tak fit ngan kelas yang depa provide.

ha itu antara activity lam NK yang aku rajin nak letak….ado 16 actually.

Cuba korang bayangkan, Abang participate ngan Wu Shu or main Gendang 24 musim cina tuh hehehehehe…..sampai 17 years old or more. Eh x per lah, ko belajar je lah taekwando!

Comment: 37

Green Veins…

last week, apabila aku membaca cerita urat2 ijau merah biru kuning hehehehehehe banyaklah pulak kalerr ye, oklah urat ijau kak ann, aku ingatkan citer tu cite kacang gitu. tapi 2 days later nya aku borak sakan with Ms Chocho n terperasan pulak (selama ni perasan tapi cam aku cakap awal2, small matter gitu) terus teringat ngan entry kak ann.

kami berdiskusi pasal veins dia yang ijau tuh…betullah ai can see her veins clearly. udahlah amoi aku nih very the cat putih betul skin kaler nya.

Tengok apa lak google bagik aku…

In the circulatory system, a vein is a blood vessel that carries blood back toward the heart (as opposed to artery, a blood vessel carrying blood away from the heart). Exceptions can be found in the portal system associated with the blood supply of the GI tract. The superior mesenteric, inferior mesenteric and splenic veins form the hepatic portal vein which carries blood from the lower GI tract to:L the liver. The majority of veins in the body carry low-oxygen blood from the tissues back to the heart; the exceptions being the pulmonary and umbilical veins which both carry oxygenated blood. (Read More)

img06147

left side

img06148

pipi kanan pulak!

katanya kat tangan dia, alah yang nadi kita tuh kan, dia sendiri jarang nak tengok lengan tangan dia tuh, coz dia macam ngeri je nampak nadi urat dia sendiri pasal tiap kali dia tengok dia mesti teringat citer orang2 bunuh diri potong kerat nadi. coz hers memang sesangatttttttttttttt boleh nampak. aku tengok seimbas x dibaginya aku snap coz dia sendiri takut nak tengok veins urat sendiri.

dasat kan…

img06151

tarak flash, boleh nampak x urat ijau tuh?

img06149

ni ada flash, nampak x urat ijau tuh?

Rupanya benda ni macam hot issue plak bila aku dah belek telek entry kak ann tuh. aku pun ada ler ko! dedua gambo tangan atas tuh, aku punya tangan dar…pastu aku tengok other parts of my body, kat peha lagik lahhhhhhhhhh berurat2 ijau.

tapi for me, x sakitlah menda ni, x menggangu tugas harian dan perasaan aku. tak penting pun.

tapi kukupas jugak bila kulihat, ms chocho jadi issue dan kak ann pembuka bicara.

tak sakit kan menda nih, x bawak mudarat kan?

let it be lah…

no big deal 🙂

ada gak pasni sorang2 aku nak belek, sapa lak jadi mangsa my flash camera – ‘tunjukkan veins anda, you are on redmummy.com’s candid camera’

hehehehehehe….hawau jer kan?

eleh tu kowang mesti pas baca entry nih, kompem pi depan cermin nak menelek …. 🙂

Comment: 41

Guest writer – Ujie

ANDA KECUT PERUT DENGAN EKONOMI MALAYSIA SEKARANG?

Nota : Artikel ini ditulis sebagai panduan bagi pelabur-pelabur Unit Amanah yang kecut perut dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang. Saya tidak menulis bagi mewakili mana-mana Syarikat Unit Amanah (walaupun saya merupakan perunding Unit Amanah CIMB) tetapi artikel ini adalah semata-mata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit dalam bidang ini.

Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.

Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998.  Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.

Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi global/Malaysia akan menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)

cashtocrash

Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?

Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)

Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.

Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.

**tajuk adalah pilihan penulis, wpun nampak serious, takpelah kita pelbagaikan jemputan dan penulisan 🙂

Comment: 9

Cukur Jambul & Aqiqah…

img06212

petang semalam saya bersendirian bertangga di saloon kegemaran saya…memprojek rambut lagik, ehehheheheheh rambut aku dah nak kena taram….malas nak citer..

kemudian aku teringat…amende yang aku ada ari nih..

aisay, baru teringat last week aku ada dpt invite via email and sms from her

tapi bila aku cakap sirman

boleh dia ‘ya allah, ada kad for you lah, lupa nak bagi’

koooo!! dia pi simpan surat aku, sket nya lama dah sampai kat umah mak aku..

sirman ni kannnnnnnnnn! aku yang manage blog nih ke dia nya keje yang manage seii…aterr menda ni related to blog gak.

img06226

cantikkan kad invite Majlis Cukur Jambul & Aqiqah biru gemalan ni….ada jugak hadith Nabi lam kad nih:

Barang siapa yang dikuniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

by the time ai finished my hair do, dah 830 malam, majlis berakhir lewat petang, ko pikir camne aku nak datang, wpun aku dah siap berseluar and extra baju dah bawak sesiap lam keter. ai sent an apology sms, aku akan pastikan adik bongsu aku menjejaki rumahnya pada bulan hadapan nanti.

Mohon maaf sekali lagi Gina, tak dapat hadhir….

img06220

budak ni cukur jambul dan aqiqah buatnya dah lama bonar, aku tumpang masa majlis abang aku kawin, so sekali arung gitu lah kan…masa buat tuh abang baru emm..2 bulan lebih kot…dan saya masin gempal gemilang gedempol hehehehehee

img06216

budak ni plak aqiqahnya dibuat di Mekah, makpak aku uruskan masa depa kat sana…

u all kalo x nak buat aqiqah kat sini, boleh jugak digalakkan buat kat mekah…baru arinih aku cite kan yer, padahal buatnya dah lama. at first tak nak cakap tapi nawaitu kita bukan nak menunjuk tp nak share the info yang korang boleh jugak kirim kat orang2 yang pi umrah tuh buatkan. kalau depa rajin lah. you can ask my parents to do for you gak, cuti sekolah bulan 5 nanti makpak aku nak pi lagi.

anak no 3 takde, ai ada 2 anak jer lor.

img06224

awal2 nya budak2 dah diberitau that we wanna visit baby Aunty Gina, tapi bincang nya bincang kami terpaksa batalkan (riso lah pulak aku nak pi pagar umah orang selepas jam 9 malam, dahlah satu ari suntuk orang tu buat kenduri kendara). To Muhammad Rayyan Irfan dan sepupu berbeza 10 harinya Adam Danial – semoga cepat besar, jangan sokmo bangun malam, tidur straight 8 jam ehheheheh sian mak2 korang nak tidur x lena siangnya nak berkerojer. Semoga majlis selamat ye Gina.

Well anw, saya sudah ada 3,4 tulisan dari Guest Writers untuk aktivititi dan slot tulisan kamu pembaca blog merah. yang lelain kamu masih lagi boleh menghantar, for next week nya entry, ini tajuk-tajuknya yer.

1. Kisah dan pengalaman hitamku…(ku tu koranglah, or kawan2 or sapa2 saja yang korang nak citekan)

2. Bila rakanku menjadi anak durhaka…

3. Kenapa aku membenci kaler merah…

Lagi seminggu 2 aku akan bagi tajuk lain…tapi kalau x nak ikut tajuk yang aku bagik, nak buat entry ikut sukatik korang pun no hal, x yah guna bahasa baku, aku nak baca informal writings baru sedap, ada gambar ke x dak gambar pun sukatik korang…takde masalah panjang pendek entry tuh, agak2 lah so that maksudnya tulisan tu sampai ke benak other readers. got it? Send it to red@redmummy.com

Selamat ‘menggoreng’!

Comment: 13

The Lawn for EG Mommy….

The Lawn is located at the 2nd floor of KLCC, atas butik Eclipse…

saya makan mushroom soup ngan kopi pekat, lelain tuh ms chocho yang punya…

dan suku cheese cake jugak, pastuh gang lain abihkan

the frens

ms chocho nya makanan manghaik, dia ni memang makan jenis2 buah, emm salad ha orangnya gitu lah..abih woo dia makan tuh!

the pregnant mom, EG, saya sayang dia sesangat…she s very very veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy nice lady. sejak aku kenal dia kan, x pernah sekalipun dia menyakiti hati orang lain, adalah orang sakiti hatinya tp dia biarkan jer…

ginilah, last year aku penah blogkan satu entry aku ada gambo baby nya scan photo kan, that s belong to her, since she trusts me sesangat kan, tu pasal aku x penah sebut dalam entry tuh sapa punya gambo tuh lah, but arini, dah lama kan baru aku cakap. tp entry ni special for her, from 4 of us…she s delivering anytime this week, kalo x kuor gak by 17th nih, she has to go for c-section.

8 years dia tunggu nak dapatkan baby boy dia nih, yes it s a boy insyallah…so since nxt week dia dah nak pi cuti2 beranak…we call it as maternity’s luncheon hehehehehe, ni idea plan ms chocho…

pastuh kami nak buat lagi satu surprise, aku balik opis ngan EG, but ms chocho n ms tall pi belikan adiah dia…another surprise for her lah..x nyempat2 kami nak dptkan adiah for EG, coz kang dia tak tau mana satu adiah nih dari sapa tuh dari sapa bagai, udahlah baju anak dia lom lahir lagik dah complete for 2 years! hah ko..complete yang macam x yah basuh baju, macam arini pakai leh buang, gila banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk baju baby dia dapat and beli.

img06152

angkatan berempat berjalan bergegar2 huhuuuuuu

img06154

one more shot for my blog

img06153

suka dia…..selamat melahirkan ye EG, kami sayang kamu, we will visit you kek spital lah, kat umah lak sian lak nak resting nak berpantang nak jaga anak lagik…

saya suka tengok dia bahagia, dah tersenyum, x nak lah saya cite usaha dia susah payah dia nak dapatkan baby kan..tapi dia x pernah give up, n selalu gak saya bayangkan yang dia ni x sesuai ada anak lelaki, sesuai ada anak pompuan jer heheheh boleh gitu, tahlah coz aku tengok dia ni lembut soft lady gitu kan…sekali kemungkinan carrying a baby boy, wah….siap kau anak lelaki ni ganeh2 hehehehehe

img06155

lagik satu, semoga semunya berjalan lancar, there s another thing that ai wanna say but ai dont think ai should blog bout it, biar ada menda yang simpan jadi rahsia lah. bukan apa you, ada orang2 yang nanti gunakan fakta saya kat blog nih as ‘wah like that one ek, ai wanna use this as something something’ korang paham lah kan…so jalan paling selamat baik saya diam je, yang tak tau tuh (bukan di sini, orang2 yang kat sana tuh) biar depa terpinga-pinga bagai….

pada aku lah kan, bila tengok orang ngandung beranak nih, rasa cam sekejap nya orang tu ngandung, padahal kalo ko ngandung ko macam rasa ‘ya allah lamanyaaaaaaaa hai aku ngandung’. best lak lagik ko ngandung 9 bulan tahun 2008, tapi anak ko kuor 2,3 ari  pas january 2009, rugi tahun sudah….

to my lovely readers yang sedang mengandung dan bakal melahirkan baby hikmat kamu yang pastinya comel (bau baby sedap woooooooooooooi), semoga nikmatilah ‘kesakitan beranak’ dengan penuh tawakal dan nikmat 🙂

hehehehehhe….ai dah merasa 2 kali, ikut tingkap sekali, ikut bawah sekali….sedap!

Comment: 33