Aug 21 2008 Thursday, 9:00 pm
Haris the Belanda at Kuala Gandah
Haris is 17 years old boy from Belanda, born on 21 Nov 1990. Haris is a malay’s name given by penduduk setempat Kuala Gandah, ai was given few min to blog bout a young boy yang sangat fluently speaking in our bahasa melayu.
Makcik, nak letak nasi goreng ayam ni kat meja mana ? – inilah ayat pertama yang saya dengar dari Haris, di waktu kami sedang menunggu makan minum di gerai kecil di dalam Kuala Gandah.
saya menemui Haris meminta izin sekiranya Haris sudi menjadi blog’s respondent saya, bersetuju secara ringkas dan saya lunaskan janji menemubual Haris setelah kami 4 beranak selesai berlibur bersama gajah gajah di Kuala Gandah.
Untuk tidak menggangu tugasan Haris yang sedang mengecat pagar, kami lakukan in dwi bahasa dan sambil Haris bekerja, lagipun saya tidak punya banyak masa untuk berbual lama bersama Haris.
Haris datang ke Malaysia dr Belanda, tempat dilahirkan dan dibesarkan, 6 bulan lalu, ibu bapa Haris menghantarnya ke Batang Kali (Kem Lembah Genting) untuk menjalani hidup sebagai volunteer, dan kini sudah sekian bulan berada di Kuala Gandah. Kerana saya enggan mahu terlalu memaksa, makanya saya tidak bertanyakan soalan mengapa kenapa parents Haris menghantarnya ke sini.
Haris dari luaran nampak bagai anak muda lain yang sangat rugged, tetapi saya lihat cara kerjanya masih mengikut cara orang melayu yang melayan pelanggan dengan penuh budi bahasa. Sambil mengecat ni pun, wpun ini kerja voluntarynya, tiada anak kampung yang membantu, mereka sekadar menonton (except abang yang dok gatai tangan nak main ngan cat tu lah kan which u can see that in the you tube video)
Haris adalah daya tarikan utama di Kuala Gandah, tetapi memandangkan di kala ini adalah musim cuti sekolah, bih tu kang ramai lak org pelik tengok mat saleh tunggang jaga gajah kan, so depa suh Haris buat keje lain dari menjaga gajah buat masa ni lah. nanti dah abih cuti sekolah hangat ramai org tu dia jaga gajah semula. kerja dia bermacam2, tolong kat gerai, tolong cat ni lah, apa sahaja yang boleh dia bantu.
Kenduri, berkampung, bergotong royong juga turut melibatkan Haris, he learns to read and speak from orang2 kampung yang mengajarnya, dan majorly from kamus. pagi bangun mandi, pi mengecat, pastu mandi lagi masuk dapur pi tolong makcik kat dapur, amik order, buat air, semua jenis air dia pandai buat, dah terer katanya…
lepas tu lam kol 2 lebih pi mengecat lagi, and relaks petang2 tolong apa2 yang patut di Kuala Gandah, paling dia suka dapat lepak ngan gajah, next 2,3 months dia akan bantu sama terlibat dalam project mencari tapir. ha tapir ye…dont flay2.
Tiada gaji atau duit yang Haris perolehi di sini, lagipun katanya dia x perlukan duit untuk tinggal di kuala gandah, bekerja bersama makcik di gerai, makan pun percuma, nak beli baju apa bagai pun x perlu, unless if he feels like to go to kl, orang kampung yang dah jadi kawan akan menghantarnya ke Temerloh untuk dia menaiki bas ke KL…
5 min sebelum saya mempublish entry ini, saya sms Haris –
Haris suka dan tenang tinggal di Kuala Gandah?
Ya, kalau tak seronok kenapa tinggal 🙂
lorat jugak ko ngan akak kan haris… hiksss
layari youtube perbualan antara saya dan Haris, betapa sedap mendengarnya bercakap melayu…aku pun terbabas hokey nak dialog ngan dia (lam kepala dok ingat dia x leh cakap melayu jer)….
RM Recent Comments