Shopping

Hey Happy Monday!!

During my lunch hour, but tak makan kan, so no point pi makan, jadi kita keluar untuk mencuci mata. Just feel like to jalan around, tengok2 barang, masuk kuor kedai, nothing yang dibelipun. Sesambil jadi listener mahupun jadi potpeter.

Aku suka beli product Swarovski, dulu ada satu set aku dapat from my ads sponsor, but aku tak gemarkan colournya, dia tak plain. hijau ke yellow colour tuh. Berbelit2 nak pakai. Tapi masa aku masuk kedai ni, takde pun beli, not in the mood to shop. aku usually beli a set, earing ngan rantai, satu set. cuma tu lah, belum bernafsu nak beli, seperti mana belum ada nafsu nak makan macam dedulu.

 photo 1

  photo 1

They don have much choices seperti terakhir sekali aku datang. Tu pun antara yang buat aku takde beli apapun. Lagipun kita masuk kuor banyak kedai.

 

 photo 1

Fuschia or shocking pink vs yellow. belasah jer. Asal kemas kot. Memang ada yang suka earth colour, but aku suka colour yang outstanding, tengok dari aku suka warna merah pun tau yang aku suka warna2 terang. Lagi satu aku dah boleh pakai putih, tak banyak but bolehlah, dulu kalau warna putih memang kepantangan sangat. Aku kira aku seorang clumsy, mesti comot.

lagi satu aku suka satin but nak memakainya kena berhati2 sangat. kalau perfumes melekat tu dah biasa.

photo 2

Dah macam baju mengandung je heh dress nih

tak amik pun so jangan le risau

photo 5

malas nak try dress ni dan dibukak skirt hitam aku tuh. so aku sekali arung je pakai dalamnya.

photo 3

 shaking betul gambar aku mengamik heh. Nak kejar masa. dok menerai banyak bonar. This dress comes in black too. I m avoiding black.

photo 5

Tadi lahai atas2 tu bukan main le posing le ke main dengan dress, end up pakai caftan pastuh. Ini kes kena lari pi amik anak2 dari tuition malam, malaslah aku nak bersungguh pakai segala. I love this kind of caftan, long sleeve. Tapi ni kalau dok umah yang jenis panas berdenting, nangislah, meruap. Pala aku tu coz bila masak tak nak wap asap kena kat rambut, pasal pakai tuh. Sahlah sangat baru pas masak tuh.

Those dress are from Mango and the caftan boli dari Melaka.

photo 1

One nite, balik kerja, anak2 dok keluarkan the toys set Kakak. Oh hai, ini zaman kakak very the muda belia. Terpaksa kita simpankan coz nyomak jer. Memang niat nak bagi female cousin kakak. but depa bagi a few jer. Korang ingat Mamat? alah 2 bears Abang dari zaman he was so little boy, baby till tua kebana, tidur dengan mamatnya. the 2 brown bears tuh. Hah dia amik, and terus bawak tidur.He rindu gila ngan 2 mamatnya. Till now ok bawak tidur, yelah macam bantal busuk, ada orang sampai ke tua kan, so macam tu lah, 2 mamats tu as his bantal busuk.

Bang, sorry mak blog bout it, but dont worry, orang paham, your 2 mamats are like your bantal busuk.

Zeeshan hanya amik hippo purple tu jer. Itu adalah hadiah dari bapaknya pada Abang when he was born, almost 13 years ago. Aku sedar, bukak mata kat hospital, dah ada hippo tu untuk anaknya.

Dan coincidentally, Zeeshan just wants that. See?

Comment: 7

New tops!

IMG_0667

 

apa mau cerita da.

life is busy back to back, day and nite. But one day, adalah satu2 Jumaat yang aku ada lunch slot. Aku dibawak dek teman ke another mall yang just next to KLCC. malu betullah, keje lama tapi tak pernah jejak Avenue K tu. pernah lalu2 gitu je lah, nak pi tengok dalamnya, memang nan ado.

Rupanya banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa kedai baju hoih!

Jangan ditanya kedai makan, pun ada but i m not an eater person skang pun. Gambar2 nih pun dah few weeks jugak, as of now, aku dah makin shrinking. Itu nantilah2 citer. aku janji aritu April kan, but aku kena extend lagi till end April or early May lah.

Masih lagi kisah dengan kain baju. Dah tentu ler carik baju baru bila dah alang2 ke sana kan. Bukan top yang aku pakai atas nih, itu pakaian raya but dijadikan baju poi kerja, sopan sket.

IMG_0671

i bought a few jugaklah kat situ, kita masuk 2,3 kedai baju. Hok nih aku tak amik. Banyak betul yang aku try gak, aku jenis yang amik amik amik, try on baru kemudian rasa best ke tak. Kalau ok ngam borong. Kalau baju2 tu macam aku suka sangat, if they come in many colours, pun semua colours gak aku borong.

That day, i shopped for 7pcs jugak, some for casual, for events and for office wear.

IMG_0670

Hok hijau ni sedap betul pakaianya. Takde colour lain, if ada dah memang aku sebat. Ada aku pakai baju ni dalam one of my entries jugak, with long pant. Perasan most of my baju maknek sumer plain colour. Ada jugak le bebunga or abstract colour but tak banyak. Tak de yang berkenan tu pasalnya, kalau ada memang surely sebat. Anw plain colour kalau satin memang aku mostly ngelak ler, i m clumsy type, sure perfume bertanda2 kat satin top. Kalau chiffon ke cotton baju adalah paling selamat.

Hari tu lepas je entry kain baju yang aku lanting tu keluar, bertubi hoi emails mintak kain baju. Dik oh dik, kain baju akak tu dah let go dah dik. Dah bagi adik akak, dah bagi orang, dah bagi maid dah bagi merata. Yang masuk dustbin tu memang tak yah citer lah kan, so akan datanglah yer, kalau ada lagi akak nak balingkan.

Ramai mintak baju kurung, masalahnya akak merah pun baju kurung alahai kahkahkah. Dedulu ye lah rajin, kalau beli pun dah siap, zaman2 skang orang pakai ready made or moden style, caftan tu jer yang paling senang.  But i m gonna be at somewhere so maybe akak nanti borong kain ela, if organizer bagi shopping lelama ler.  Hari tuh aku beli 7 lai kaftan, but bukan untuk pakai for jenjalan, pakai dalam rumah, but not all for me, aku punya 2 lai jer, pun tak pakai dalam rumah, untuk pakai bila orang datang rumah so sopan sket hahahahaha. Tips tuh.

Comment: 20

Timbang Kati!

serba salah ler nak bercerita. Dahlah Malaysia tengah kena hentam teruk dek most of the omputih, China specially. Ni kalau aku pi Beijing nih, nampak passport merah kita mau kena baling botol gak ni kang.

Tengok depa berarak kat Malaysia Embassy kita kat Beijing, naik bulu roma.

Camner yek….our govt dah bagi their best. Macam ni lah, apa sahaja jawapan yang govt kita bagi, tetap depa tak puas hati. Sabarlah, bukan depa tak carik debris ke hapa, tengah cariklah tu. Ausralian, in fact country China ko tu pun hantar gak batallion pi carik kat Hindi Ocean tu kan.

Kat Malaysia pun ada nyawa gak dalam flight tu, walaupun rakyat korang ramai dalam tuh, takyah meroyan2 meraung baling kerusi sangat lah, sampai panggil kita Malaysian the killer. Faith? tak tau?

We Malaysian have to be reunited on this, kita tengah kena hentam teruk. Aku memang tak campur lah komen2 kat FB kat Twitter dok berlawan2 gaduh pasal benda nih, no point ko cakap kat orang gini, lagi dia bantai balik ada ler. So, best if kita diam.

I write in my blog.

Tawakkal, kalau dah tersurat mengatakan mereka telah pergi tiada, kita yang muslim I am sure telah pun redha. Malam berita tu keluar, by PM, aku menangis tersedu2 sampai jam  4 pagi. Esok pi kerja mata muka sikit punya sembab. Itu kita, yang tiada kaitan pertalian dengan mangsa.

Bayangkan the family members sendiri.

Apapun yelah, kita yang tak kena ni bolehlah main cakap jer, but those yang sedang dalam stage menanti keluarga tidak pulang2, entah hidup, entah mati, makanya, lagilah pedih. My sympathy to all of you.

photo 4

oklah aku jumpa benda ni, shopping wise aku dah lama ler tak turun menyopping. If need be jer. jika dah terdesak sangat na kena pi beli.

ngah shopping the weight scale yang paling canggih le kononnya. Kita key in kita punya height, pastu ada BMI calculator lah. Esoknya kalau kita timbang, dia tengok berapa difference aku dah turun naik ker.

Patut bestnya carik yang, if naik sekilog or bape grams ker, dia akan jerit oi ko berat oi ko berat, berat badan ko naik kenapa!

hah macam tu yang sedap, memang penampau sikit kat muka. Tapi tak jumpa le scale yan boleh bercakap gitu. Kalau ada, memang scale tu yang aku balingkan nanti, dok mokak jer, oi berat berat. kahkah.

photo 5

Speaking of shopping, handbags pun lamo tak beli heh. Last one pun masa Spore trip tuh, the Hermes. Tak de nafsu takde keperluan dan hidayah segala nak beli baru. Mungkin dah stage pencen beli bag at least for few months gamaknya. Dulu tetiap bulan manjang beli. Kalau 6 bulan max aku tak beli satu bag, I am proud of myself!

Back to the weight scale nih, the price RM239, aku pi merataaaaaaaaaa kat dalam KLCC carik, in out many shops. but ended up kat dalam Parkson, selain boleh collect points ini ler yang paling on my expectation.

Aku ada jer yang weight scale lama kat rumah tu, but digital biasa jer. takde kira2 bmi bagai. but yelah, konon upgrade le kan. Hari2 kena timbang ko, aritu dia naik kejap sekilog, terus aku stop amik something yang aku suspect buat naik badan, walaupun sekilog!

April yek, kita citer, maybe midst April lah, not early April pasal resepi menu ke dietary program nih.

 

Comment: 12

Spotlight of the day…

 

photo 2

ada satu hari tu aku dapat peluang untuk pi jumpa teman2 jelata Isetan. Asal datang jer kat my fav line, if SA tu aku kenal akan dengarlah suara berkibaran, kak ni baju baru kak, ni baju cantik kak.

yelah korang punya promotion kan, but kita2 dah kenal baik, so depa tau my taste sangat.

Untuk selera baju baru hari tuh, aku nak ada cardigan, new one. But cardigan tak semua ada, so ada le jumpa kat this brand that brand, memang le lawa gila, but seketul kat 300 hinggit. aku ni bukan jenis beli selai, sekali borong 3lai min. Gilo hapo selai tu jer beli nak bayo gitu.

Jadi go to Plan B, pusing lagi jalan, aku memang kejar masa, skang shopping agak2 nak beli cardigan, terus carik and pay and chow. So turun lagi satu floor Isetan, bagus, kat satu brand nih, not inhouse brand of Isetan, kira butik dalam Isetan gak, they have so many choices and harganya takdalah berapa membunuh tekak ko kan.

photo 1

one of the cardigans yang eyes drop to the heart terus. dia ada macam 2 lapis layer yang sangat lembut. Tapi, sedihnya ada tali le pulak. Aku tak boleh blah lah kalau baju ada tali kat belakang, terus teringat baju mengandung. Kedai jual baju makyong kan suka letak tali2 kat belakang nih, tak comei weih.

I cut it out tali tuh. Toksey le teman ngan tali jela2 ni heh.

Dia ada jugak in beige colour, sayang no size.

Habis bungkus 5 pcs, from 2 brands and cabut bayar and mencicit calloh.

My next wish, hajatlah sangatkan konon, if ada lagi slot shopping, nak mencari toys Zeeshan. Budak tu pi Tesco dengan bapaknya, apaknya suh hah pilih apa ko nak. Dia amik badminton set, for his size. haiyohhh, pastu boring tak pandai nak serve shuttlecock. Mak nanti pi carikkan toys ko ye dik.

I nanti nak cite lah pasal Zeeshan, dia tengah stage nak bercakap, galak2 mulut dia suh aku ‘sleep sleep’ ngan sounded pelatnya. Si kecik tu suh aku tidur coz tak bagi aku kacau dia punya remote tv. asal aku mintak je, sleep sleepppp, siap tolak2 badan aku atas katil kahkahkahhh ko ni dik.

I ll find slot to tell you a story about Zeeshan’s development.

Apapun thanks pasai memahami gak masalah akak merah yang tak cukup  napas masa a minutes two for the blog. Like today ada entry, cool but i m not sure about esok lusa tulat, it s all depends on my malam session. how fast i can settle nite job etcs, most importantly kena kepit ngan anak2 gak, bapaknya takpe, sokmo je kepit heh.

So i owe you the kids story.

 

Comment: 4

Al cerita shopping…

lamanya kita tak bergossip hal rumahtangga shopping kan? tang beli baju2 lam KLCC, tang beli make up lagi lerrrrrr…apa nak buat aku bukan make up artists yang nak kena beli make up sesajar. so stock yang ada pun bukan jenis cepat habis, melainkan eyeliner, tu memang makanan aku.

let s do some shopping spree lah…

right after balik Hong Kong.

bak kata kawan2 aku, ko kan kalau pergi trip, ko preshopping dulu kat KL nih, pastu ko shopping lenjan kat negara orang pastu balik dari trip ko buat after shopping spree pulak kat KL hah. Ko memang gila ler.

Ok aku tak gila, cuma aku rasa shopping lebih baik daripada aku mencarik pasal dengan orang. daripada aku sibukkan hal rumahtangga orang, dari aku sibukkan orang tu nikah dalam syariat Islam dan dah ada anak halal pun, yang nak digaduhkan sampai korek dia punya ex tunang ler, sampai korek dia punya main nikah kahwin segala. Reporters pun…sesikit dahlah mengorek tu, tak simpati ke kat anak, kat baby tu.

Kita bukak aib orang, sok sok orang bukak singkap aib kita. Aku pun dok diam kan je banyak aib orang, coz aku pun ada sedara mara, ada anak2, kadang2 nak zass sangat but macam berbalik pada asal….sok sok jangan nanti kena kat muka kita sendiri, kita kan ada family.

Balik dari HK baru ni aku tengok ada a few tu menebeng je kat blog aku, entah apa le yang depa nakkan lagik, bila dedepan diam jer and i wanted to shout about it cuma dihalang sangat oleh sang suami.  Let them do to you, jangan awak balas lelebih coz dia mungkin dah dapat balasan dia, dan mungkin akan datang balasannya lagi tak tentu hala. So you are so lucky, laki aku memang tak nak tambahkan api marak menyala nih. But jangan happy sangat yah….ingat entry aku mengamuk last week?

ok tu dah citer lain, so let s not go there. Hari ni kan citer happy2 al shopping al habiskan pulus.

 

photo 3

ini merah, ada macam love ke dot2…

merah lagi?

habis tu dah dia takde hijau coklat putih oren jingga!

kalau ada dah amik pung.

biru takde size, no stock marrrrrr

 

photo 1

putih ni kalau hangpa pakai, tolong le pakai inner dalamnya, tube ke hapa yeah unless ko memang sengaja nak jadi model baju dalam baju putih tuh LOL

photo 2

biru ni kancing belakangnya unik, gold2 and new style, aku sebat ler merah ngan biru gak pasalnya hitam takde size dah.

Seronoknya bila jadi regular customer kat memana kedai, depa akan displaykan ko agak2 ko punya selera jugaklah…

thanks to most of SAs in KLCC ler pasai bertahun2 punya pasal jadi customer sampai kenal each other pung

photo

hah rahsianya aku ni kalau make up yang nak lasting lelama tapi takde masa but macam nak dia jangan smudge ke hapa aku suka pakai 1 colour, the black only. dark brown pun ok. so sepanjang trip kat HK aku bawak Dior make up case ni, hadiah lama dah dari Diva Darling, but aku kan penjimat, make up banyak benau kekdahnya. hah yang sepanjang kat HK tu aku pakai satu eyeshadow tu je lah, the dark brown. Dah nak ke hitam. satu tone je sudah.

have i told you months ago Diva Darling just delivered a baby girl? eh no? dah? ok takpe, re-announcement again ler.

photo

yang ni pun penyelamat jugak but the black is not that dark and the silvery dia tuh pun tak berapa kuat. Baik pakai dark purple plum colour nih, pun waktu2 kritikal dalam kereta rasa macam nak kurangkan nampak mata tak cukup tidur tu kan. hah macam tu lah….ini Sephora, beli tak ingat bila, korang ingat kot. ada rasanya aku blogkan. ye kot. abaikan.

ada lagi blacks eyeshadow lain aku merata-rata, for my travel, dok kat rumah pun ada, dok lam kereta. but yang kat rumah tu alahai….anak aku yang kecik tu dok selongkar maje make up aku, banyak yang dah dibuangnya, banyak jugak yang dia dah sorokkan, tak tau le mana heh.

photo

ok hok nih, seketul hitam. Namanya Legendary Black, very the legend kau kan. mahal gak, but i have MAC Pro card, so ada ler sket discounts from the RM88 harga asal dia. seketui je pong. dok ngaper, benda pakai sokmo boleh balun habis. ini senang bawak kulu kilir seketui jer, specially masa travel tu memang senang sangat ler or kalau nak handy pakai lagi masa on the move kan.

Rahsianya aku memang pakai seketul colour hitam buat eyeshadow. tidaklah nampak macam smoking eyes sangat but 1 colour and blend it over, cukup. Eyeliner and mascara. itupun mascara pun kengkadang jer…eyelashes bagai memang tak de le kan, tu dah kenapa, nak pi kerja ke pi big events pung?

hok hitam kat MAC tu ada satu yang small size but dia x keras la hitamnya, macam nak kena campur ngan colour2 lain baru naik hitamnya so forget it. ini nama pun pro longwear hah kau kan….

Aku punya blusher, yang soft pink, untuk pakai dari rumah dah hilang kat 2 weeks. Mana si kecik tu sorokkan. Hari tu jumpa eyeliners aku ngan sikat, perfumes bapak dia dalam printer. Pandai sorok dalam tuh. Esok2 ada yang aku jumpa make up aku gak dalam dustbin (the dry dustbin yang khas for room usage). Dalam tu duduknya yeah. Kengkadang dia letak baju dia dalam dustbin gak, insetad of letak lam bakul baju dia. Zeeshan nih, selamba kodok koooooooooooo jer….

koman2 MAC tuh mak kalau kumpul 6 ketoi dapat gak lipstick percuma, mana le ko sorokkan nak oi! Adakalanya dia dok kat cecelah katil, cecelah almari, tengok senang le mana dia nak campakkan barang2 aku…tu tak termasuk make up yang dah pecah berderai. Meja make up tu memang dia punya target le coz banyak benda2 atas tu yang dia tak pernah jumpa, benda2 yang kita cakap NO NO tu le dia kerjakan.

so tu yang lagi aku kena tambah modal beli lagi make up kan….alasan le sangat heh.

Comment: 14