Volkswagen

Lancar dan Selesa dengan Jetta!

.

IMG_9406

 

Patut la kereta aku tu last week tak nak start, “merajuk” rupanya hiks. Apa taknya, tuan dia ni bawak balik kereta baru yang lebih mantap :)

IMG_9400.jpg

It’s Volkswagen Jetta!

IMG_9702

My first impression was wow, tekan minyak sket trus memecut lajuuu. Memang syok pick up speed dia, Akak pulak boleh dikatakan drive cam lipas kudung gak hiks, so suka la Akak dapat kereta memancut laju cam ni :)

IMG_9415

But honestly kita orang perempuan mana la tau sangat pasal technical parts pasal kereta ni especially part enjin, horse power la, berapa cc, top speed la bagai semua tu. Orang lelaki ye lah, semua criteria tu penting. Yang Akak tau ialah start enjin, masuk gear, tekan minyak dan jalannn :)

IMG_9726

Tapi at least in term of keselesaan dan kelancaran pemanduan, performance ataupun pick up power or speed dan aspek keselamatan, boleh la Akak judge sket-sket.

So biasa orang perempuan macam Akak kalau nak pilih kereta lebih pentingkan elemen-elemen keselesaan pemandu dan penumpang, kelancaran kereta dan keluasan tempat duduk dan bonet sebab nak isi barang-barang dan rekabentuk dan warna, tak gitu?

IMG_9342

So first kita pergi jalan-jalan cari makan yey. As I said, sekali tekan minyak memang berdesup dia pergi. Don’t worry sebabnya dari aspek keselamatan, dia ada total 6 airbags. Dan juga adanya Electronic Stability Control with hill-hold support menambahkan lagi confident Akak ataupun RD bila drive kereta ni.

IMG_9854

Lagi satu for me yang penting is the back seats have ample room untuk keselesaan anak-anak aku. At least if long journey they can lie down sleeping comfortably.

IMG_9652

Good thing is all of these I can find in Jetta! Really superior comfort and space with its 510 litres boot space and its quite spacious interior. Boleh tengok sendiri betapa selesanya anak-anak Akak duduk kat belakang nun. Dan Akak memang suka dengan keluasan bonet Jetta ni, its more than enough to sumbat our monthly grocery shopping and barang-barang aku especially kasut-kasut aku yg sentiasa penuh dalam bonet. Senang mak nak tukar-tukar kasut :)

IMG_5576

“Eh Shan pun boleh masuk dalam bonet ni la mummy” Zeeshan ni memang, benda bukan-bukan dia nak try!

IMG_5582

Untuk design dalamannya pula, Jetta mempunyai ‘Black Pyramid’ decorative inserts for dashboard and door trim panel. Terdapat 3 12v socket iaitu di centre console, front and rear dan dalam luggage compartment, ha senang tak berebut-rebut kalau nak charge handphone masing-masing :)

Jetta juga mempunyai adjustable multi-function leather steering wheel yang membolehkan kita mengawal pelbagai fungsi seperti to control the Multi-function Display and Radio plus to answer phone calls via Bluetooth.

IMG_9915

Ditambah pula armrest dan tempat duduk hadapan yang boleh diadjust tinggi rendahnya so Akak yang kecil molek ni makin selesa la bila nak memandu Jetta ni. Leather gearshift knob yang looks really sporty menjadikan hiasan dalamannya menarik. Juga dengan adanya ‘Climatronic’ air conditioning system with 2-zone temperature control di bahagian depan dan belakang sudah semestinya menjadikan keselesaan untuk kesemua penumpang.

Personally, Akak dapat rasakan kelancaran dan keselesaan pemanduan yang tinggi bila bawak Jetta ni. Tambah pula dengan konsep design luarannya yang dinamik dan design dalaman yang exceptionally berkualiti tinggi memang sangat bertepatan dengan citarasa Akak. Quite sporty with its own unique style and characteristics, I must say. Dan bermacam-macam lagi advance and cool features ada kat kereta ni, nanti panjang sangat pulak entry ni kalau nak cerita semua :P

Tapi kita kalau sebagai first time buyer, Akak rasa criteria utama bila nak beli kereta of cos la bajet kan. So somehow bila bajet limited, kita terpaksa la carik secondhand car dok. Bukanlah semua kereta secondhand tu tak elok, ada yang elok, tapi tu lah ikut nasib la.

IMG_9775

Tapi yang paling penting sekali dalam pembelian kereta pada Akak ialah test drive. Korang pergi sendiri test drive dan tengok sendiri kereta tu. Jangan nak dengar cakap orang pulak. Kita ada selera masing-masing kan. Tak sedap kat orang, mungkin sedap kat kita. Tak cantik di mata orang, tapi cantik di mata kita. Betul tak?

IMG_0022

Akak ni pun macam dah berkenan dengan si Jetta ni, Tengah dok kenen-kenen en Hubby ni hiks

IMG_9385

Tengoklah betapa sleek dan sexynya design dia, berkarisma sungguh. So apa tunggu lagi, test drive di sini :)

Comment: 23

Volkswagen. Das Auto. Show 2011

48hrs sponsored post :)

image

Kalau Batman ada Bat-Signal, Volkswagen juga ada VW signal :)

Well of cos la the VW signal is not calling for Batman, but it is actually calling you guys untuk datang ke Volkswagen Das Auto Show 2011 yang sedang berlangsung sekarang 10-11 September 2011 di perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, tersergam megah The Dome untuk pameran Volkswagen Das Auto Show 2011 yang mempamerkan kesemua model-model kereta Volkswagen.

image

Saya berpeluang menghadiri preview sidang media Volkswagen Das Auto Show 2011 few nights ago. Ianya juga dihadiri oleh VIPs dan orang-orang kuat dari Volkswagen dari serata dunia untuk berkongsi visi, objektif dan juga pencapaian yang telah dikecapi oleh Volkswagen Group especially. Baru saya tau rupa-rupanya Audi, Lamborghini, Bentley, Bugatti, Skoda dan Porsche semuanya adalah di bawah Volkswagen Group. You can imagine how big this group is!

Impressive! Memang mengkagumkan showcase Volkswagen Das Auto Show 2011 ini. Mana tidaknya, dengan melihat The Dome sahaja sudah cukup teruja, inikan pula berpeluang untuk memasuki dan melihat sendiri showcase kereta-kereta hebat dari Volkswagen ini. Satu persatu kereta-kereta Volkswagen dipandu 360 darjah mengelilingi penonton di dalam The Dome itu. Memang one of a kind car show. Juga setiap model diperkenalkan satu persatu kepada semua. Ye lah, aku bukannya tau semua model-model kereta Volkswagen ni. Korang boleh saksikan sendiri bagaimana gahnya The Dome ini serta melihat kesemua model-model Volkswagen dipandu mengelilingi The Dome dalam video di bawah. Memang showcase yang terbaik dan berada dalam kelasnya tersendiri.

image

Orang-orang kuat Volkswagen Group dan VIPs yang hadir memberi sokongan.

image

Ini pula antara model-model kereta Volkswagen yang dapat korang saksikan nanti di Volkswagen Das Auto Show 2011. Antaranya Eos, Tiguan, Scirocco, Golf GTI, Touareg, Passat CC, Polo GTI, Golf R dan lain-lain lagi. Juga terdapat model-model lain termasuklah jenis SUV, MPV even pick-up truck yang turut dipamerkan.

image

While RD day dreaming about the high-performance, super fast and the elegance Golf R, me on the other hand sudah jatuh cinta with this sexy love bug, the 21st Century Volkswagen Beetle. Dengan warna merahnya yang menusuk kalbu dan design dia yang comel lote hiks, sesapa pun pasti tertawan.

image

RM: Waa all cars so naissss…. Which model you like? I like The Beetle.
Aud: Hmm I like the scooter. Its cute!
RM: Ha Volkswagen also got scooter meh?
Aud: Got la, see down there :) cute right?

image

ala comelnya Volkswagen scooter ni hiks

So korang jangan lepaskan peluang untuk datang dan melihat sendiri the advance technology and the latest innovation dari Volkswagen ini and of cos la mencuci mata melihat kereta-kereta Volkswagen yang hebat-hebat design dan kuasanya serta menambat hati. The Volkswagen Das Auto Show 2011 terbuka untuk semua dan masuk adalah percuma. Berlangsung hari Sabtu & Ahad ini 10 & 11 September, bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil. Dari jauh dah boleh nampak dah The Dome yang putih tersergam tu.

Jom tengok video yang sempat saya rakamkan pada malam tu. Probably you all can guess the model of all the Volkswagen cars in this video. Ella pun ada nyanyi jugak :)

Khidmat pesanan masyarakat Volkswagen is brought by Redmummy.com

Comment: 15