Lancome – 1 rahsia RM!

48hours sponsored post, pls scroll down for new entries

IMG_0661

Make up and RM?
Memang sangat kuah dan langkawi!
Hahahahaha

I got a chance to review and study and try the new miracle product of Lancome. Punyalah arituh jerit2 kat twitter nak sangat pakai product nih, ahah! My wish comes true. But thing is, bukanlah tak pernah pun aku pakai product Lancome, memang ada make up set depa yang aku pakai cuma tak pernah beli lagi set miracle Lancome.

IMG_0737

The next day after I ve been briefed by Lancome, as you see from my twitter page, aku pergi serang Lancome counter di KLCC. Bertapa dok situ sejam and abih aku sapu balik pakai and study on the product. It comes with the foundation, compact powder etcs. Cuma aku lebih tumpukan pada foundation compact powder atau nama glamournya Lancôme Maqui Blanc Miracle Natural Brightening Creator compact foundation.

Either with or without foundation, masih lagi tidak mengapa untuk memakai the slim compact. Macam yang hangpa tengok, I was so so busy, menyiapkan luggage sampai ada barang tertinggal jugak, nak make up bebenor memang tak sempat so pakai je the Lancôme Maqui Blanc Miracle Natural Brightening Creator compact foundation dalam flight.

IMG_0758

Cuma aku tak kesemptan untuk membeli the concealer, which comes from the family of Lancôme Maqui Blanc Miracle jugak. Tu pasal my eyebag masih nampak, orang tak cukup tidur ko ginilah romannya….

But not to worry, kalau dah rasa confident dengan penggunaan asas Lancôme Maqui Blanc Miracle Natural Brightening Creator compact foundation, cukup sahaja untuk kita terbang dan pergi bekerja. Eyebag nih masalahnya tu lah, tidur tak pernah cukup.

My next item yang saya akan beli dah tentu the concealer from Lancome Maqui Miracle!

IMG_0768

Biarpun anak sulongku tidur di pangkuan, tidak membataskan penjagaaan wajah ibunya sendiri

 

IMG_9284

Pulang ke hotel, setelah berehat, pun saya hanya perlu touch up. Lasting can go up to 12hours but takkanlah muka kita ni tak berpeluh wpun tak menitik2 but saya suka nampak fresh dan glowing sepanjang hari.

IMG_9281

Lancome yang memang bukan aje menampakkan saya segar bugar tetapi terasa sungguh muda? Ok muda mungkin agak tidak IN. Mungkin orang akan tertanya-tanya, dia ni pakai apa ek, muka nampak natural jer.

Saya punya pendapat, aku tak sukalah nak nampakkan muka aku ni ngan tebal 2 inci or 20 depa punya bedak nau, biar je nampak natural, kalaupun pakai kira orang tak tau dia ni sebenarnya ada calit apa2 ke idak. Hah tu konsepnya.

Meaning bila dah pakai tuh, looks tak pakai apa2, biarpun orang kata kita tak pakai apa2, itulah rahsianya, looks natural. But if event waktu malam yang biasanya lampu2 kat venue tuh malap ya halahai, aku tebalkan sikit, coz nanti texture gambar untuk keluar blog tak berapa cantik, itu kalau malamlah.

But for daily usage, pi kerja hari2, pi pasar pi main ngan anak2 kat luar rumah, enaf with the  Lancôme Maqui Blanc Miracle Natural Brightening Creator compact foundation

Sample-Card-3b

So for the new product of Lancôme Maqui Blanc Miracle , get yours now di mana-mana counter Lancome. Harganya reasonable, tak macam ada 123 brand yang very halahai, berkira2 betul aku nak membayau. Soon, I m going to buy their mousturizer jugak, nampak macam bergetah pulak heh hahahaha….well my mousturizer dah habis ko!

Pandai lak masa Lancome datang dia habis. So gonna get that too. Being a member of Lancome for any purchase of RM250, so better invest kat Lancôme Maqui Blanc Miracle , 2 products depa jer dah boleh jadi member.

One of the killer product of Lancome Maqui Blanc Miracle is the Natural Brightening Creator Fluid Foundation, oil free formulation dengan SPF26PA++. Eh korang nih kalau beli apa2 foundation ada ke tengok SPF nya yek? Ke main lebur jer??

Test shows that ramai wanita mendapati kulit mereka nampak brighter, more natural, tak macam plastik, no cucuk2 one, complexion rasa healthy, kulit juga rasa smooth, pores juga berkurangan. Untuk ini, ada di market dengan 8 jenis shades, mengikut jenis kesesuaian kulit memasing.

IMG_0927

Ko ingat aku dok tepi beach tuh, muka aku kosong je ke, I applied the Lancôme Maqui Blanc Miracle!

Harga untuk  Lancome Maqui Blanc Miracle is the Natural Brightening Creator Fluid Foundation ialah RM130 dan untuk Lancôme Maqui Blanc Miracle Natural Brightening Creator compact foundation pula harganya adalah RM185. Get yours one at the nearest counter, tu hah kat concourse KLCC tu ngah happening Lancome event!

Khidmat pesanan masyarakat Lancome is brought by Redmummy.com

 

Comment: 47

Pontianak bertenggek!!

Salam Kak Red.

Heh, ni cerita hantu time raya tahun lepas. Masa tu hari jumaat, saya pegi open house kat umah kawan. Then petang tu one of my friend nk datang and tidur kat rumah sebab sabtu esoknya ada open house kat rumah kawan lagi satu.

Actually kejadian ni jenis kejadian berantai. Start from nenek yang kena ganggu, makcik, ibu sampai lah turn saya kena kacau dengan makhluk halus ni. Tapi makhluk ni dari species yang bebrbeza. Maksudnya, nenek saya jiran yang buad, makcik orang gajinya yang buad, ibu 3 orang jiran yang buad. And me KAWAN sendiri yang buad.

Tapi ni nk cite sal saya sendiri, pasal nenek, makcik gan ibu tu biarlah rahsia. Ni semua sebab sifat dengki orang Melayu kita yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit.

So masa jumaat malam tu, saya dengan kawan saya ni keluar lah kononya nak pegi downtown Cheras tu, at last tak jadi sebab cam jauh sangat even naik motor je pun. Then kita ronda2 je sampai jam 12 lebih gitu lah. Then balik rumah cam biasa lah. Time tu ayah takde, dia g kerja sebab dia taxi driver kan, so dia amik shift malam. And ibu pula kat kampung sebab teman nenek berubat skali dengan dia.

So jumaat malam tu lepas jenjalan kat luar, balik rumah tengok tv sampai la tertidur. Masa ni takde pape terjadi lagi. Masih elok macam biasa, then esoknya saya nampak kawan saya tu pandang saya macam nk marah je. Padahal saya takde buad salah apa-apa pun. So saya biarkan dia. Masa ni dah hari sabtu, bersiap-siap nak pergi open house. Time kat open house tu saya dah rasa macam nak demam. Tiba-tiba je rasa cam nak muntah-muntah. Badan rasa sengal-sengal ubi. Rasa mengantuk-sangat sampai takleh nk ride motorsikal tu.

Then i wish nk balik rumah sebab dah tak tahan, lepas hantar kawan tu kat LRT Bandar Tasik Selatan, saya balik rumah and terbongkang dalam bilik dengan badan menggigil macam orang nak demam. Then saya sms ayah suruh beli panadol, pandaol pun tak jalan juga unuk redakan demam ni. Lepastuuuuuuuuuuu kan kak. Ibu SMS saya, dia tulis macam ni “Ko kenapa keluar malam tadi? Ko tahu tak ada benda ikut ko balik rumah. And now ada kat badan ko tu. Dengan tak sembahnyang nya”. So i was shocoked, macam mana dia tahu aku keluar rumah malam tu. huhu. So demam ni hampir dua minggu, lepastu baru pegi berubat.

So masa pergi berubat tu, saya guna perubatan cara Islam je. Takde main bomoh-bomoh ni. takut jadi lain. Then pengamal perubatan tu pun bagi lah tahu apa yang dah jadi, dia kata kat badan saya ni ada pontianak bertenggek. Tu sebab jadi macam tu, demam sampai dua minggu. Orang tu cakap lagi, yang buad kat saya ni kawan sendiri, dia jeles sebab saya ni ramai kawan rapat, ramai perempuan minat kat saya. So dia dengki lah dengan saya. So saya syak ada dua orang je yang buad ni.

Kalau akak nak tahu, sampai sekarang ni family saya kena ganggu dengan makhluk halus ni. Ada yang depa letakkan dalam van ibu nak ambil budak sekolah. Letak dalam teksi ayah. Letak depan rumah. Tapi yang lain-lain dah settle, tinggal ibu sorang je. Sebab dia selalu tolong orang, tapi orang dengki kat dia. Hmmm doakan lah keselamatan kami ye.

P/S: Kenapalah orang Melayu ni ada sifat dengki sesama sendiri. Hurmmm.

Wasalam.

Sender: Nazim

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.


Comment: 37

Suamiku Pemalas (bukan suami RM kay)

Salam Kak Red and redmummy readers..

Pertama sekali terima kasih kpd kak red krn sudi pilih rintihan hati saya utk dikongsikan bersama dgn redmummy readers yg lain.. Saya tak pasti samada rintihansebegini pernah disiarkan atau tidak. Jika pernah, saya minta kak red inform saya link nya. Kalau belum, bole lah dikongsi dgn readers lain..

Masalah saya adalah masalah rumah tangga. Kami baru berkahwin 3 tahun lepas atas dasar cinta sama cinta dan telah mempunyai seorang cahayamata. Bulan 10 ni insyaAllah, kami akan menimang cahayamata yg kedua.. Mula2 berkahwin, mmg indah.. Sama indah mcm masa bercinta.. Tp lately..

Utk pengetahuan semua, kami sama2 bekerja.. Cuma nya gaji saya mmg dr dulu lebih sikit dr dia.. So mengenangkan perkara itu, saya pun setuju dgn sendiri utk sama2 berkongsi segala perbelanjaan rumah tangga.. Tak dinafikan mmg saya keluarkan lebih belanja dr dia.. Mula2 kawen saya sbr lagi.. Saya fikir, bg dia masa utk berubah.. Tp smpi skang anak dah nak masuk dua, tak berubah juga.. Naik lemak agak nya.. Masih ditakuk lama dan susah sgt hendak memajukan diri.. Nak kata saya tak support,  saya support. Bantu dia beli kamera DSLR utk dia buat kerja2 photog. Tp last2 dah 3 tahun saya tunggu, ape hasil pun takde..

Yg merimaskan saya ialah, gaji dia ngam2 je smpi ujung bulan.. Kdg2 sebelum smpi hari gaji, duit utk mkn hari2 dah habis.. Tetiap bulan camni kak red.. Saya rimas..Dan menambahkan kerimasan dan kerisauan saya ialah camne nnt bila dah beranak dua? Tp dia buat kewl jer.. Kami selalu bergaduh ttg hal kewangan.. Dia lansung tidak mempunyai simpanan.. Saya ada lah sedikit simpanan yg bole lah digunakan utk kecemasan..

Kerja dia sekarang ok.. Cuma nya gaji tidak setimpal dgn beban kerja.. Saya minta dia mencari kerja shift sbb kerja shift je yg gaji nya agak masyuk (utk customer service, shift odd hours mmg masyuk). Tp dia buat alasan nnt takde masa utk anak2.. Saya takleh terima lah alasan tu.. Adik beradik dia ada je yg keje siang mlm. Siap anak2 tido ngan bibik sbb mak bapak sibuk sgt bekerja. Ok je, anak2 tidak terabai dan takde yg rosak.. Pd saya, ini alasan org malas..

Ditambah dgn satu lg masalah, peel ahli keluarga nya.. Saya rimas lah kak red.. Semua hal nak libatkan, nk minta tolong dia.. Esp adik dia yg mmg suka mengkulikan dia.. Ada ke kwn dia dtg dr oversea, dia suh laki saya amik cuti utk bwk kwn dia pusing2 kl? Sanggup plak tu laki saya amik cuti. Saya sendiri tidak pernah merungut apabila dia memilih utk kerja pd public holidays. Saya rela dia pergi bekerja dr bercuti utk lepak bersama saya dan anak. Fyi, adik dia kebetulan terpaksa ke oversea. Ok lah, dimaafkan lah dia tu. Tp rupanya laki dia ada kat malaysia ni.

Apesal tak suh laki ko je? Mana bole nak suh laki dia sbb laki dia pun sibukkkkkk keje! Nmpk tak betapa losernya laki saya pd pandangan dia smpi bole disuruh gitu2? Tp bila saya berbetah dgn laki saya ttg perkara ini, dia kata saya dengki dgn adik nya itu. Bila saya tanya, kete disediakan ke? Duit poket diberi ke? Dia kata nnt dia check. Smpi satu hari seblm hari nak cuti tu, bila saya tanya semula, kete ok diberi pinjam (dh bwk kwn2 ko, takkan nak pakai kete aku kan?) tp duit, laki saya kena advance kan dulu segala belanja. Mujur dah hari gaji tp nnt kalau tak diganti, maka short lah lagi belanja bulan ni..

Satu hal lagi, mertua saya.. Mmg lah mulia niat mrk nak belanja laki saya gi umrah, tp tgk time lah.. Diaorg nak ajak gi bln 12. Masa tu insya Allah saya dah bersalin no 2. Saya yg bekerja, dgn anak dua org nak uruskan semuanya sendiri? Ape diaorg takde akal fikiran ke? Mak mertua saya terang2an dah ckp tujuan utama nak bwk laki saya ialah utk temankan diaorg.. Takut nnt jd mcm masa umrah lepas, ayah tetiba sakit kaki sgt smpi takleh nak jln, takde org nak tolong.. Laki saya juga yg mrk pilih sedangkan diaorg ada 2 anak lelaki yg lain, yg punya bibik dan anak2 dah besar so xde masalah kalau laki diaorg gi ikut mereka gi umrah..

Kesimpulan nya, saya 1. Rimas dgn keadaan kewangan kami yg semakin meruncing dan tiada usaha dr pihak dia.. Saya ni takleh nak tukar keje sekarang sbb mana ada org nak menggaji pompuan mengandung kan? 2. Rimas perut dgn peel ahli keluarga dia yg semua nya nak suh dia.. Itu ini semua dia.. Mcm dia tidak bekerluarga dan tidak bekerja.. Masa bujang dulu bole la.. Skang dia dah bekeluarga sendiri pun, dia jugak yg kena..

Saya runsing.. Saya ada ceritakan dgn mak saya tp mak saya setakat dgr je lah..Terdetik di hati saya utk minta berpisah sbb dah jemu dan muak dgn semua ni. Kami tak pernah dpt berbincang hal ni dgn cara baik. Mesti bertekak. Ada sekali tu saya dah marah sgt, terpacul dari mulut saya, “kalau smpi bln 6 tak berubah jugak, kita berpisah je”.. Saya nak tgk camne sementara nak sampai bulan 6 ni.. Kalau betul dia sayangkan saya dan anak2, dia akan berubah.. Kalau tiada apa2 perubahan, saya nekad..

 

Sender: Jasmine

 

 

Comment: 89

RM6 penjimatan tauladan!

IMG00004-20110324-1839

 

RD is away again…

cubaan kawan2 utk menakutkan aku dengan cerita “Misteri Malam Tanpa Suami” adalah gagal. hahahaha coz aku pun tidur ke main lena berkapit dek anak2. Sekatil ler kita dah bapaknya takde, dedua anak dalam kendonganku. Kebetulan aku dapat balik on time hari tuh and terus amik Abang bawak pi barber gunting rambut.

Geram aku, few days b4 Langkawi trip, Sirman pi potong rambut dia tapi tak nak dipotongkan rambut abang, padahal anaknya tu ikut sama meneman. Katanya  masih pendek, aku tau le rambut budak tu dah panjang. eiii…so hari2 aku berzikir, tak jugak dibawak. hah ko masa Sirman outstation, aku angkut si Abang.

Bapak ko tak leh buat, meh mak ko yang buatkan. sokmo pun macam tu hiksss

Siap aku pi uruskan postal utk barang2 dari Shop@RM, tak sempat aku blogkanlah, aku twitkan jer dah menderu orang beli. sold out ordy semua skincare tuh. Sempat jugak beli barang2 kat pet shop for my kitties.

Balik pada Abang nih, aku malas betul nak bawak ke mamak, since saloon aku sokmo pergi tu takde customers, aku ajak ler dia masuk dalam, dia tak nak kooooooooo! dia tak nak rambutnya dipotong di saloon tuh. mana2 saloon pun tak nak. dia nak rambutnya dipotong dek kedai rambut india tu jugak.

mummy and gegirl je, orang pompuan je yang potong rambut kat saloon ni lah mummy. daddy pun tak pernah potong kat sini, abang nak potong kat tempat biasa tu jer. ni tempat mahal orang pompuan je potong sini.

wah ko! ahhahahaha!

so aku pusing le keter pi sebelah Papa Rich, situ ada barber yang lagi better dari depan QB. RM6 jer…belanjawan berhemah si anak untuk rambutnya.

🙂

Comment: 27

Red Frame of Gucci!

IMG_9114

IMG_9231

IMG_9203

Dalam entries Langkawi, or entry2 biasa pun korang ada nampak ai pakai Gucci nih ye dok? Suka? tak suka? mesti suka!! Pilihannya banyak ada di Princess Victoria Stylo, cuma pandai2lah korang ikut kesesuaian muka. My spek nih ada sun protection ke hapa nama scientific nya lagik hai, pi tempat panas tuh memang terus jadi gelap ala2 sunglasses, masuk indoor dia jadi terang beliang balik. Purposely aku buat gitu…

Susah nak dapat frame merah, kebetulan je aku nampak ada kat Princess Victoria Stylo, b4 korang songlap, baik aku langsaikan dulu!

Nanti nak tengok lagi apa bags, emm jams or anything yang aku berkenan di Princess Victoria Stylo!

U dah beli apa yek?

Comment: 37