IKEA kita moh!

IMG_7707

Setahun bape kali kudatang sini, IKEA, 2 kali? entahlah, tak berapa suka nak datang sini coz ada je kubeliiiiiii….I brought my kids and my helper here, lakiku memang tak ikut, he kerja lor…

we went out for a movie, abih movie gegas pi IKEA but depa nak duduk kat tempat kids main dalam IKEA tuh. tu le kerjanya, asal datang mau lepak situ.

Anak2 Wardina pun ada sama registered masa me kat situ but diorg dibawak dek ayah Wardina.

IMG_7714

me nak carik study table yang proper for Gegirl…Dah laki aku spend on their school fees, uniform set, mailah me tolong belikan meja study ke apa2 yang molek….

payahnya aku tak jumpa pulak kertas and pencel nak ditulis, so keje aku dok main snap je gambar and code setiap meja yang aku agak2 mau beli.

Nak beli satu jer, but nak memilih tu lah…ada sejam je masa yang ada coz kutinggalkan budak2 tu kat tempat permenan tu kan…

IMG_7715

kena amik putih, coz bilik gegirl memang sumer in white set…tak adil kalau dia tak dapat meja study yang proper bila abangnya ada sebijik. ada TV besau bilik abang tu pun aku  nak get rid. memula nak bagi makpak aku tapi depa pun dah takde ruang nak letak tv, dah ado 3 bijik. umah mertua aku pung. so bagi jelah kat my bro…abih cito.

IMG03960-20101228-1528

ini menda aku nak beli, terlupaaaaaa! bila dah tengok gambar, dah kuor cashier baru pasan. eiii! bengang tol. malaslah nak patah balik. ko paham2 je lah IKEA tu besau… nak amik set nih kat tempatnya pun malas…

IMG03969-20101228-1531

tak amik pun meja nih….kecik nau!

IMG_7709

meja ni pun aku tak amik…sebab mahal sangat kot..

IMG03973-20101228-1537

aku rasa aku amik meja nih….RM379, kakinya 2 tu jer, sebelahnya ada menda drawer set tuh…

IMG03967-20101228-1531

kerusi study merah for Gegirl jugak…cantikkan. merah murah sket than hitam…

kerusi PC aku pun dari dulu aku blogkan, tak jugak aku beli baru. dah usang kusam sangat tau. biar ler anak2 pakai kerusi cantik, mak nya nanti2 lah…malas tol aku nak shopping barang sendiri apatah lagi kerusi hahahaha. kalau bags ke kain baju sedap sket.

anw, semua barang2 masih lagi dalam box, dah bape hari beli tak jugak dibukak dipasang-pasang. aku tak bagi helper aku bukakkan biar bapaknya buat coz till now aku masih lagi lom ada masa nak kemaskan bilik anak2 aku tuh…..lagipun si sirman tu hari2 balik lambat, dah malam sangat lewat baru balik, bila nak diselongkarnya.

ada banyak lagi benda aku beli, pup pap pup sampai over 1k. waaaa spending betul. punyalah nak beli kerusi meja jer kooo! tu lah aku cakap, datang IKEA ni berhantu, benda tak nak jadi nak…!

Anw, Happy New Year since kita akan bercuti esokkan….

Comment: 15

Musim orang kahwin…

IMG_7619

my parents and abang

mak ajah and pak aji, insyallah beransur sihat. cuma tu lah, my dad terpaksa batalkan pemergiannya ke haji tahun nih arituh coz kesihatan dia melarat. but now dah boleh senyum, dah boleh berjalan…dah leh kuangkut bawak ke rumah orang kawin sedara mara…

IMG_7621

tok aji and cucus…

IMG_7622

pastuh ai pun nak datang menebeng sama gak…

IMG_7624

took our parents to the sedaras wedding…

dah berjimba sakan kat Anugerah Skrin, takkan bawak makpak pun nak ngelat. itupun dah sejam lebih makpak aku tunggu, kes mak merah lambat bersiap. camne ko…nak siapkan anak2 lagi, kejut depa lagik, kemas umah sket2 lagik. ko ingat aku nya maid 7 hari seminggu ado?

IMG_7629

anak2 makan semeja with my big sis, coz ada small cousin depa makanya mau happening makanlah kan…

IMG_7638

pas abih makan, me and Sirman dok melanguk tepi dinding, taktau nak mingle ngan sapa, coz yang kenal rapat ramai dah balik….abih peluk cium bagai, salam kaup and terus balikkkkkkkk!

IMG_7676

both kids muka masam mencuka coz aku membebellllllllllll dari datang sampai ke pulang. berteleku depa dok diam kena tarbiah ngan  maknya. hah isi bebel tu kalau rajin wa shout2 lah…

IMG_7657

simple make up of the day…

IMG_7633

gegirl’s tocang lekat/tocang lipan, me yang buatkan….wa rasa bangga coz ramai orang masa wedding dok jeles ngan rambutnya. buat rambut ni senang jer ko, lipat2 jer, then budak2 macam nih baya2 depa dok berlari jer and rambut dia lembut licin, asiklah senang bersepah. so ikat tocang nih, senang jaga….

helper aku pun tak pandai buat rambut gaya gini, dia dok suh aku ajar dia senang dia nak ngikatkan gegirl…pun aku malas hahahah..

ko sekolah potong rambut pendek je lah Gegirl!

btw kita balik bila dah Zohor, so pengantin masih lagi belum berarak, bila nak balik tu Gegirl dok tanya mana pengantin? inikan wedding..

haisay…pengantin ko pukul baper lah nak berarak, moh je lah kita balikkkkkkkk

tau tak aiskrim batang? zaman2 kita kekecik sokmo makan aiskrim tuh, or ada orang panggil aiskrim malaysia, so kat wedding ni ada served lah the icecream, budak2 menjakun makan, tak geti nak ketuk2 kat dinding tang nak lembutkan aiskrimnya, makku terus cakap hah mak korang masa kekecik dulu kalo melantak aiskrim ni sampai batuk2! ahhahaha me so gilakan aiskrim ni wei, specially kalo flavour milo or asam boy!

Comment: 14

Project 2 beradiks..

IMG_7785

nampak tak gegirl terbang tuh? tengok betul-betullah…kan terbang macam Khairul Fahmi youuuu!

bukan me or RD yang amik gambo nih, si abangnya. dia suh adik yang suka jadi model nih terbang, and terus dia zass…ada banyakkk gambar lagi abang amik.

IMG_7784

pun terbang jugak…

hahahaha…aku dok tengok je apa depa buat, abang bosan ngan adiknya, dia amik gambo kucing2…tang tu wa tak tahan, dia suh Reddy, smile lah….

Mozel, jump jump pls…

hahahahah ko ngan kucing pun leh buat jadi kawanlah bang…

dah nak masuk 2011, so entry ku kembali pendek pulak hahahaha….me so happy Malaysia menang YEY!

Comment: 14

Bukan masalah mata…

IMG_7678

serasa aku ada yang komplen mengatakan napa aku pakai spek mata lately nih. most of my entries memang tak lekang ngan spek mata. specially sejak 2 bulan nih betul tak?? hahahaha…

pergi Thailand pakai spek

pergi Bali pakai spek

pi keje pakai spek

pi event pakai spek

nak amik gambar je baru cabut spek tuh

ada komen yang aku jawab, aku bukan sesuka pakai spek, knowing me, aku memang tak suka pakai spek. me tak suka ada menda sangkut2 kat hidung ni hah. rimassssssssss….

but what to do lor, dah namanya kena pantang dari pakai contact lens.

IMG_7682

so orang ingat, mesti sebab sakit mata…

idok ler..me tak sakit mata, but i have sakit lain yang salah satunya aku dipantangkan dari pakai lens, or menyumbat apa2 di badan kecuali ubat. hah gitu paham dok. nak main cucuk2 ke susuk2  pun kena pantang lagik. muahahahaha….!

sampai spek hilang lepas diving kat Bali pun, sanggup gak malam tu carik kedai buat spek baru. I m on long medical leave, very longgggggggggggg leave. ada yang suspect aku miscarriage lah, astaga. But me tak tunjuklah napa sebab sakitnya ke hapa, tak yah nak sharing menda yang kita tak suka nak share.

Antaranya jugak, doctor suh aku stop diet ke hapa, makan kasi balun jer, ubat tuh pun memang asik buat aku melantak and menaikkan berat badan. Digalakkan. takde choice. Lepas nih baru boleh start diet ke hapa nak kempiskan pipi yang dah gelembung..and lemak2 yang menternak.

Whatever it is, i m recovering, final check up ngan doctor is coming soon pun, n insyallah, dah molek2 nanti bolehlah sarung balik contact lens.  btw tot of doing the sunglasses with power, sakit mata aku silau matahari bila driving pakai spek nih. 10 years ago aku ada le jugak sunglasses yang siap berpower, tapi kedai haprak ni sunglasses dia sume godang2 size XL. pastuh tak leh gak buat taruk power yang ada curve. banyak hallah. It s a new shop…promo with 50% but boringlah.

So i didnt do any new sunglasses yang berpower, tahan jelah ngan panas beliang bila driving tuh…

Comment: 25

Not for sale yet..

IMG03950-20101227-1330

kentang buncitnya coz seluar aku pakai tuh, masa nak turun kancingnya terputus hahahaha….malas nak dok lam toilet jahit seluar….hari isnin arituh mood malaslah. katanya pun last day kan…tu pasal pingagang suor tu loose pasai kancingnya dah tercabut tak leh nak tutup ngehh ngehhh…

ok baju nih from donno what brand, me tak amik coz tak labuh sangat, nanti takleh tutup pungkoq. ku tak suka pakai baju yang bila bersuor kerja nampak pungkoq. memanglah cik von aku cantik, but i m more to style, not to look stupid.

aku memang berstylo dah bertok kaduk zaman sejak belum ada blog lagi, takat baru celak mata dah kepoh setahun, apa barang? i have my own level ler…tak yahlah ko nak panjat bukit tu nak beat me, muka aku tak pakai make up pun ayuuuuuuuuuuuuuuu LOL.

IMG03948-20101227-1329

ni baju sendiri, akan dijual di RM gak ….

ha lagi satu nak kasi korang paham, baju kerja means blouse jugak. ada ko nampak sangat aku pakai kemeja ke pergi kerja. wa cik hati ok ada yang tak paham konsep baju kerja aku. kata baca RM!

IMG03954-20101227-1339

ini yang aku tweet, Warehouse brand at RM293. kaler dia laawaaa but bila dia letak menatang ruffle kedut2 macam tuh kat pinggang. haisayh…dah macam nak suruh aku menari tango le pulak. lagipun harganya mahallah. not that i cant afford, but to pay for that much on a piece of top, pastuh pakai sekali 2 jer and jual at RM50-100 to a reader, tak berbaloiiiiiiiiiii!

ingat baju aku beli murah2 ker yang…

IMG03956-20101227-1341

yang ni mak suka, pakai ngan jeans pun alwa. pakai ngan baju kerja pun cantik. tapi aku tak amik. ada slip on the waist. pingagang acik kalau ramping tak pe gak….eh aku ada lagi sebulan untuk naikkan berat badan. pastuh boleh dah mula diet balik….this is from Warehouse gak yek…

IMG03953-20101227-1338

yang nih from Dorothy. ada tube kaler orange nya bagi gak, but me tak sarunglah, katapun nak nerai je kan. yang ni aku rembat sebat….selai jer. pas cuti nanti nak sambung balik beli kat Isetan. beli situ syok, satu baju ada 2,3 kalers, so leh amik semua kaler sekaliiiiiiiiiiiiiiiii….

harga yang nih almost 200, dont expect me to sell it at RM50 plak. pikir2lah yek…kira bersyukurlah ko bayau bape jer, tapi ke main banyak kain baju aku bagikkan…

ko shopping hari2 ye kak red?

tak jugak, bila turun bawah tu bila dah nampak terus bayau beli lah…

laki ko tak marah ke ko asyik shopping jer?

aku ada duit sendirilah, lagipun mek contribute for the household gak…sedangkan bag beribu2 pun aku bayau sendiri…beli baju pun tak yah mintak laki ler, sendiri bayo, bukannya tak kerja.

lagipun obviously korang baca RM pun sebab jana pendapatan RM dari blogging kan, dah tentulah aku ada side income aku yang oi…

tak perasan ke bape riban? letak lagi kang, melompat lak ko. kadang2 kena berlagak supaya yang bawah2 ni biar tengok ke atas sket specially yang baru belajar pakai celak tuh…

Comment: 37