1 Ramadhan…

The fasting month sudah bermula…

nothing new but tahun nih gegirl ikut sama bangun sahur. as i m typing this entry pun selepas sahur jugak, aku tekad tidur awal and cuba untuk berjaga dari sahur sampai waktu pi keje lah, which is like 2 hours stay up. oh nak bangun pun bercintaaaaaaa! tapi tertidur jugak…but bising coz alarm and radio berlawan2 suh bangun…

mana ngan abangnya jerit suh bapaknya cepat bangun, lambat kalu bapak siap, lambat ler plak dia pi skul.

aku nak cite pasal hot2 stories pun tersangkut2 lagik, nak citer shopping pun, tak turun ke mall udah few days jugak. nak citer contest pun tak boleh up yet. nak citer event pun tak dapat pelepasan, kena tunggu highlight, tak tau lah nak borak apa ngan korang.

yg benornya aku ngah takde mood…oh sedih!

dok carik sites online jer nih, wpun tak nak beli, tapi boleh gak jadikan puasa mata sikit. maknanya kita test mata ni leh tahan tak ngan  napsu membeli dr site online tuh. so far pun berjaya jer

image

badan aku ngah lembik pening pala segala, korang ada jokes tak? mai sini share reramai….

aku tak update RM ni kang, sume datang dok gegar nak kan citer…

aku update pun korang tengoklah napsu aku nak update pun lari cirit2….

logik tak sume blogs ditutup pada bulan Ramadhan?

hahahaha….berpiket lah korang kompem! ok get ready, soon ada promo Puasa Raya!

Comment: 27

Mozel nak mengawan pulok!

seks adalah tuntutan wajib bagi manusia yang berakal mahupun binatang. hari tuh Slash dok memekak nak mengawan so the previous owner took her back. i tot masa untuk Mozel belum masanya….sekali dang! aku nampak dia peluk2 anak2 si Reddy, jilat2 usap badan. ok lah, dah berkawan kan…wpun depan mata maknya si Reddy. tapi bila aku dengau si kenit dok mengiau semacam, wah, melompat aku terus angkat si kenit yang baru 2 bulan lebih tuh. Mozel nak taram dia kooo!

then mbe tergigit kuat ke waktu memain, aku observed lagi. udah aku laki bini keje memerhati si Mozel coz nak ensure dia ni nak mengawan ke hapa, mulut tak bising but bila sekali lagi dia cuba bertenggek atas salah sekor kenit, oh my god! ko nak rogol anak Reddy ke Mozel! ngeng2….apesal ko tak ngorat si Reddy, anak2 nya yang putih suci bersih dan mendara tu gak ko nak taram.

So i had no choice, to split them. waktu anak2 Reddy dok sakan main kat balkoni, aku kena lockkan Mozel dalam cage. waktu anak2nya masuk cage, Mozel pulak kena dok kat balkoni.

IMG01767-20100810-0924

Sebenarnya aku plan nak anto ke empat2 ekor nih nanti pergi potong. Well, aku dah tanya kat hospital kerajaan even kat signboard depan spital kerajaan yang untuk pet tuh pun ada cakap, dalam Islam pun digalakkan kalau dah terlampau banyak sangat….kang jadi buang anak merata2 pulak kucing2 nih. macam tak sampai hati lah. cuma masalahnya kalau aku tak buat gitu, setiap tahun aku akan dapat berpuluh2 ekor anak kucing! mak tak larat dik. I think 4 ekor ni cukuplah sudah, lagipun the triplets tu adik beradik, kang diorg ngawan sesama sendiri pulak lagi bahaya. but dari sebelum Ramadhan sampai nak masuk bulan puasa tak jugak bawak Mozel and Reddy pergi vet.

Kalau ada fakta korang yang boleh menguatkan lagi hati aku pi bawak depa pi vet untuk proses pemotongan ehem2, do let me know lah. I have to do it lar, takkan nak hantar Mozel pi kawin plak, pastu baru amik dia balik, pastu amik kawin amik kawin, huh satu keje jer, orang kalo dah amik tak nak pulangkan….

Wanie – Abang rindu Kemek! Sha – Abang pun rindu Slash!

how arr? korang aku tau suh je depa beranak pastu anak2 nya bagi kat korang, isk nak memisahkan anak dari ibunya pun aku dah tak sampai hati, pastu comel2 tu nak bagi kat orang, kang dah sayang mayang, lagilah nangis2 nak bagi korang. oh tak nak lah. so camne yek?

tolongggggggggggggggggggggg!! pi anto potong le kan?

Comment: 20

Contest is coming soon!

sblm cite contest…. Abang ngah tak sihat lah. hari ahad arituh dia macam lelembik, so demand nak pizza, oklah dah bagi pizza, aku rasa dia ni ngah mood malas coz banyak nau homework, pressure betullah budak sekolah zaman2 skang nih. hwork dia melampau2 sangat aku tengok cikgu bagi. kita dulu tak seteruk hwork yang dapat, pastuh boleh hari isnin pi sekolah, dia termuntahhhhh..perut masuk angin! dah breakfast sume but melembik gak, so no school for him at all on monday, sirman hantar bawak dia balik…dedua sek dia tak pergi.

ubatnya: cartoon and pi swimming pool!

dia cakap ubat dia tu 2 jer, amboi ko bang. so aku bagilah dia tengok cartoon for 1 1/2 jam and sambung score a studynya and break lagi utk mandi kat swimming pool….itupun masa dia ngah down2 tu dia demand 10 bijik kapal terbang ketapi keter control, 10 bijik kay! ko hingat mak kooooooooooooooo…..!??

aku insist memang tak nak berentikan sekolah agamanya wpun orang ramailah kata pagi sekolah dah cukup, sek agama tak yah, oh nehi nehi muai, coz nak kata perit, aku pun sama siang pi dedua sekolah dulu. ok nanti cite pasal anak2 ni sampai bila tak habis…to be continued…

Vavavaaa!

kita dah ada contest untuk korang! dah ada final touch uhuuu….tapi sebab esok ramadhan insyallah, and ada negeri yang cuti and ada jugak korang yang nak balik kampung berpuasa bersama family so aku up kan lusa or tulat. busuk2 pun next week yek…

oh best! meletup2 lah korang nak pikiaq apa ke mendenya. ada 2 types of contests, cun cun!

ready yek! get setttttttttttt gooooooooooooo ale ale ale!

tapi kena rajin sket lah, so bila ngah2 muka nak muncung tidur atas meja, bolehlah pikir jawab contest RM yek, momantai jer, senang kot. kotlah senang, audit negara ngah checking lagi. wahh kelas. hangguk kelas, kalo korang hangin kata susah, aku tak leh nak nolong dor…aku rasa senang, maunya tak senang coz aku tau jawapan dia kan!

alah tak susah pun, very the classic gitu soalan. wahahhah, start start study RM nya backdated entries yek, itu hint!

pastuh oh memandangkan Ramadhan jugak, aku slow downkan entry kaw2 yek, coz almaklumlah jadual tidur dah kompem lari mencirit2 skang nih. either aku tidur awal and bangun sahur terus blogging and pi kerja or aku berjaga macam biasa pastuh sahur pastu aku menganga ngantuk kaw2…ni memang akan aku rombaklah. tak bolehlah happening sangat but janji entries memang up. but takleh gak kot kalau ada hot stories berderet2 tu memang aku akan post up dalam RM tak kira waktu.

teringat soalan abang lhdn…

…eh tak yah tulislah (Sirman dah cabut soalan tuh!) ehehhehe.

Comment: 18

Final story of our CV..at least for now lah!

IMG_4046

sunyi tenang je kan kiri kanan….

IMG_4061

it s guarded area…security pun dah kenal the owner..

IMG_4064

makkkkkk! lawa makkkkkkkkkkk! grill merah!! kerawang penuh!!

IMG_4067

tapi sebenarnya bukanlah merah, but tengok dari jauh nampak merah. aku asalnya amik design lain, tapi pastu aku pusing2 tengok rumah orang, ada satu rumah tu dia buat kerawang bunga penuh gini, cantik pulak. but that house lagi minor than mine. so patutnya pilih design grill nih buat sekali ngan sirman, but he was stranded with work, so bila contractor datang rumah VA aku n suh pilih, main kuasa veto lah gua. aku main send gambar via bbm jer tengok dia ok idak…

arghh…ko ok ke idak ke, aku dah ada pilihan sendiri!

IMG_4071

gambar dari dalam rumah

IMG_4094

IMG_4109

close up sket, grill ni solid wrought iron

IMG_4089

waa bilik atas pun…..ai love it so much! kalau korang lalu depan rumah memang wajib berenti and tengok ukiran kerawang grill nih!

IMG_4123

sekali ke main bersepah, satu rumah masa nih ngah sibuk pasang aircond, tapi sekarang sume dah takde lah, sume dah cantik coz tenant aku dah rasmipun duduk rumah CV kami nih…she and her family r so lucky.

IMG_4137

gegirl main tengah panas worr, depan tu memang ada playground. she s so excited to see the aircond dalam bilik dia, tapi sayang, ingat kita nak duduk, i kept saying itu bilik gegirl ada kakak lain yang duduk, sampai gegirl dah big big baru kita boleh pindah sini. So tamat dah lah kot citer CV secara rasminya coz tenant aku pun dah jadi pemastautin tetap sampai donno lah. tak kisahlah berapa lama pun dia nak duduk, coz i dont have any short term plan nak dok CV nih. at least sampai anak2 habis sekolah cina depa kot..

susahnya kat sini coz takde sekolah cina tu pasal aku remeh renyah nak pindah, ngan jauhnya dari klcc pun satu hal gak…

IMG_4073

waaa suka lah….eii bestnya tenant aku dapat rasmikan, ai tak merasalah yer…nanti dah nak pindah sini, memang kompem macam2 renovation kitorg akan buat….tahniah tahniahlah ye tenantku!

kak, nak contractor apek yang buat grill rumah ko ni boleh kak?

boleh…………Contact Red gak, nanti akak bagi no fon dia. buatan kerja dia kemas bangat!!

pendek kata, out of 5 contractors yang kita jumpa, he s the cheapest and reasonable, siap dalam package railing pun aku bedek2 mintak percumakan untuk dapur, pastu aku mintak gak diskaun, so puast hati. Full reno nanti pun kalau apek ni masih active, memang dia gak aku nak engage….

Comment: 30

Habit buruk ke wangi?

image

satu pangai buruk aku, kalau aku carik barang, tak jumpa, sumpah tidur tak lena. kalau lagi worst, dah 10min atas katil aku leh bangun and carik gak sampai kalau boleh jumpa gak lah. so malam tu aku teringat mana ke gelang emas anak aku coz dari hari tuh nak bawak tukar, la ni nak ramadhan, sure nanti ada lagi promo raya kan, so jam2 tu gak lah aku dok pikiak mana le ko gelang…

biasanya memanglah letak setempat tapi dok bawak berjalan ke kedai emas, langsung dah lupa nak simpat ke tempat asalnya…selongkar punya selongkar abih aku selawat mana le ko gelang. nangis nih kalau hilang. geghupanya fifin dah simpan molek2, wah tq ye fin. u are the best!

IMG01761-20100809-0127

kalau ko ada rezeki, ko dapatlah gelang baru yek gegirl, kalau idak ko tak yah pakai gelang, gelang nih dah putus arr…so aku nak upgrade kekdahnya. not only the gelang, ada satu bag blusher kecik aku kaler merah pun ilang gak. it s only utk simpan travel blusher sahaja and brush. 2 ketol cinonit benda tu jer aku letak. aku removed kan coz dok sakan pakai bag organizer, i remember sangat aku letak kat meja make up aku tapi sah ada tangan yang bawak berjalan…

gegirllllllllllllllll!

tapi dia cakap dia tak amik. memang dia biasa pun takkan amik usik barang2 make up mak nya, unless yang maknya bagi memang dia but harta lah.

ha tu dah 2 malam aku carik tak gak jumpa. tu gila lah kalau sampai setengah jam carik, ko nak stay up till nite jugak, memang masak lar…alang2 kepalang baiklah kong terus.

Sirman memang buat bodoh je kalau aku dah panjat katil and bangun mencarik satu rumah tu, kelengkong2 berbunyik, lantak ko ler merah ko nak buat apa pun, tau nau dia ngan pangai aku yang mesti kang rungsing…so dari dia bangun tanya apemende yang you buat bising, kang ngan dia2 sekali aku suh tolong carik barang gak…

but kepantangan aku kalau ko dah simpan barang ko, ko tanyaaa gak aku, dah tentulah barang ko kan, abih sume menda aku nak jaga, wah lemak! tu tak campur lagi ngan anak2 kalau misplaced barang…..lemak pun, aku gak kena tolong carik sama….

hah ni mana ke bag make up merah kecik nih…dah jenuh helper aku tolong selongkar, nan ado gak.

Comment: 17