Shy to announce…

IMG01509-20100801-1829

tv rumah aku off terus sehari suntuk Ahad, sebab semua kena mengadap computer…. well technically nya aku tidur petang Ahad tuh, sambil2 monitor Abang yang dok buat Score A. dah late petang baru aku ngadap RM and buat apa2 yang patut….

IMG01505-20100801-1407

musim exam datang kembali, tapi kali ni ada break lama, tak tau lah ngapa selepas 3 hari exam ada break like almost 2 weeks jugak, mungkin sekolah nak budak2 adopt with Ramadhan gamaknya kot. Belajar ngan Score A ni senang coz syllabus dalam tu sebijik sejibon gak apa yang diorg belajar kat sekolah. first few hours abang belajar dari buku lepas tuh baru mula ngan Score A.

IMG01507-20100801-1408

Sebab Gegirl belum exam yet and dia pun kanak2 riang ria, she s spending ngan main Barney Games lah, Dora and so on. budak ni memang pencinta games, abangnya pun sama but coz abang tu korang jangan lupa dia kan kena grounded lagi still for 2 weeks. aku rasa dah 2 minggu dah tapi sebab exam, dia punya grounded session disambung secara automatic hehehehehe. bapaknya punya rules šŸ™‚

kami bertafakur bertiga coz Sirman sibuk di rumah CV for the final reno on the house. together with the contractors and our new tenant, diorg pasang lampu kipas aircond and segala mak neknya lah. This week too the final touch up on the grill.

This week too…emm

shy to say

but have to say

eh shy

eh ok lah….

heheheheheheh…..

hari ini saya menyambut tetamu istimewa. 3 orang sekali datang! appointment dah sebulan dibuat dan juga kerna mereka sangat istimewa, saya dan suami pun cuti bersama.

Ini tetamu hanya orang tertentu je dapat lawatan dari diorang yer…ni sumpah aku cakap kalau aku blogkan sapa tetamu nih, mesti korang melopong punya lah. Betul! nanti aku buat live update via twitter aku yek and post it here the day after.

Comment: 21

Patutnya si celaka tu direjam jer!

IMG01516-20100802-0755

i hate to have the feeling ‘anak aku akan tidak selamat di tangan orang’ aduh, tak sangguplah share cite2 yang buat mak pak cam kita ni rasa tak senang kerja, tak sedap hati sungguh. pagi2 haritu aku pi kerja, aku sendiri nganto Gegirl pi skul dia. coz ada satu berita yang buat aku tak enak, wpun not happening to around our area, tapi malangnya kejadian itu terpapar di muka akhbar.

tapi korang, nak cite kat sini kejadian tu pun aku tak sanggup, baca pun aku lagi menahan tutup mata, aku cuma dengo citer tu dari Sirman, u all pun ada baca kan dalam newspapers. apalah malangnya si anak itu. zalim cilaka lah ko manusia yang berhati syaitan buat anak2 kecil macam tu! memang patut saranan hukum mati je dibagi kat diorang tuh!! sebelum tuh rejam ke sula segala! eiiiiiiiiiii!

baru2 ni lagi pulak keluar citer pemandu van yang mak pak caya ko untuk anto bawak anak2 orang pi kindy pi sekolah, ko cabul budak tuh. aku kalau tengok Gegirl nya kawan2 takde dalam van, aku tak bagi dia naik, baik pergi or baik waktu nak balik. aku dah pakat ngan helper and cikgu sekolah anak aku, kalau orang lain cuti or mmg takde ramai orang dalam van, aku rela suh family members aku pi jemput, kalau aku or laki aku pagi tu sempat ado lagi, memang kitorg yg akan anto.

ni aku cite bukan sebab van pemandu anak2 aku dah buat hal tapi aku memang tak percaya kat sesapa pun, mana2 jenis lelaki ngan anak2 aku baik gegirl baik abang sume dedua aku dah tarbiahkan. noone can touch them, even pegang pipiĀ  usap pala diorang pun aku memang dah cakap tak boleh. aoone can touch them! NOONE!!

cite2 macam nih yang buat macam aku nak benti keje je biar aku je jadi supir anak-anak!

seluruh manusia dan malaikan menyumpah ko lahanad! eii alfundek alvavi lah betullah korang yang jadikan budak2 kecik bahan napsu korang. eii sorry kay bahasa memang kena kurang ajar sebab aku memang marah betul bila talk bout this people.

Comment: 27

Rumah sendiri untuk orang…

IMG00296

i got these photos from Sirman’s bb. aku memang tak de di tempat kejadian but would love to share the development of our CV house. NOTE: We are not staying here, tapi kami sewakan…so it s a very2 new house, wpun dah hampir 8 bulan dapat kunci, only recently je kita decided nak sewakan coz permintaan untuk menyewa kat rumah aku ni memang tinggi….

IMG00290

Ini anak2 tenant saya…besar2 sudah..malu nak bergambar…

IMG00299

Project diorang di hari itu adalah memasang lampu n kipas jer. grills and aircond akan dipasang secara berperingkat by this week jugak…pemilihan lampu pulak dibuat oleh tenant aku gak, sebab dia yang nak dok sini so kita bagi dia freedom untuk pilih jenis lampu2 yang dia berkenan…

IMG00301

ada lampu putih ada lampu kuning…semua bilik semua bahagian diorang pasang lampu lah…

IMG00268

my tenant ni sangat suka ngan tanam-tanaman, belum pun duduk rumah ni lagi dia dah upah orang buatkan segala jenis tanaman kat porch. aku yang tuan rumah pun tak tentu nak ada pokok2 gini, coz aku bukan jenis ‘pokok’ punya orang…

IMG00266IMG00267

cantik sudah…ngan batu2 sungai..eii comel! kalaulah aku dok sini kan syok. tapi sebelum korang tanya lagi untuk ke sejuta kalinya, aku takleh dok sini coz pelbagai sebab….antaranya sek cina takde di daerah ini, keduanya jauh dari KLCC tempat aku bekerja, ketiga pun jauh dari makpak aku pun ye gak, sebenornya kalau pejam2 mata takde lah jauh sangat but biarlah dulu. biar kitaorng dok je atas langit dulu and sudah menjadi rezeki tenant aku untuk merasmikan rumah kami nih…

cadangan aku untuk jadikan rumah CV ni sebagai weekly house, tak mendapat persetujuan dek suami, kepala otak dia lebih pada financial, coz dia takkan percaya ngan aku punya resmi weekly house tuh kalau most of weekends kita penuh ngan event sana sini.Ā  Insyallah tengok cara dia menjaga rumah ni wpun belum duduk, my tenant nampak orangnya molek budi pekerti, insyallah.

tahniah kerna mendiami the CV house…wpun sob sob sob…aku yang kegigitan jari šŸ™ . Rezeki dia…nanti aku dah dok sini, kaw2 aku buat fully renovation.

Comment: 25

Rahsia Tangan…

IMG01462-20100731-1949

pernah tak korang dedulu masa kekecik main satu tilikan nasib ngan kawan2 kita dulu lah….tak kusangka benda yang aku belajar masa kekecik dulu jatuh juga ke tangan anak2 ku. but he learnt from his frens not from me.

mummy, come abang check your kids ada berapa

ha? ok ok checklah

emm tangan kanan mummy ada satu anak

tangan kiri mummy ada satu baby gemuk

so anak mummy ada 2, sorang gemuk sorang kurus hehehehehe

yang gemuk tu abanglah dulu abang baby abang kan gemukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

ok so anak mummy ada 2 je lah yek?

kat mana abang tengok anak mummy tuh?

kat tangan tu lah kan ada telurrrrr

ini sume tipu je lah, takde maknanya leh caya menda2 nih…tah sapa ler yang mencipta telur dari tangan nih….

IMG01472-20100731-2127

tak tau lah korang camner, tapi laki den memang suka pegang tangan bininya. baik di mana-mana sekalipun. tapi yang aku nyampahnya…semakin meningkat naik usia perkahwinan, awal2 memanglah dia pegang cenggini. rapat melekat gitu…

genggaman erat huh!

IMG01488-20100801-0117

tapi nanti kalau dah 10min berjalan ke hapa, dia nak senang, dia masukkan tangan dia dalam poket seluar, so tangan aku dia sangkutkan je kat tangan dia, so senang keje dia tak yah pegang, heret je lah gaya gitu.

hawau btol. aku mula2 tak perasan, tapi bila dah berpuluh-puluh kali jadik gini, hamik! kan dah buat modal mencecehhhhhhhhh….

benda ni macam dia tak sengaja, agak2 lepas bape minit pegang tangan tu nanti dia terus masuk poket, gamaknya kalu boleh dia nak suh masukkan tangan aku dalam poket je dia terus so senang tak yah kerja.

pemalas betul lahai lelaki…

Comment: 23

Chef Gegirl…

IMG01490-20100801-1239

Lama aku tak buat entry memasak kan…ni special sket lah coz aku memasak with Gegirl.. untuk kita bertiga je makan, so tak yah buat pedas2 coz bapaknya bertukang di rumah CV. if takde sirman, nak masak senang, tapi kalau ada sirman kena ada yang pedas. agak2 nak lagi senang potong je cili api tu simbah kicap dalamnya, laju lah dia makan.Ā  so our menu for that day was kembung masak pindang. lain tu sayur campur and sotong goreng.

she claimed dia yang masak, no hal jer, nak bagi semangat dia masakkan, so sume lauk dia kata dia masak. padahal dia tolong kacau2 and masukkan dalam periuk and kuali jer…

IMG01494-20100801-1245

not just that, aku pun ajar dia camne nak masak nasi gak. susah gak nak ngajar budak umur 6 taun masak beras coz nak mengira jari tuh ke acuan beras tu kan, but boh je lar, janji the basic tu ada. kalau dia buat hari2 sure pandailah jugak nanti. orang2 zaman tok kaduk dulu cam mak aku tu umur kecik2 cinonit dah pandai masak so at least Gegirl tau camne asas masa kecik2 nih ok for me…

IMG01497-20100801-1304

sambil2 tuh dia ada basuh pinggan mangkuk, waktu yang sama jugak aku dok menggoreng sotong…at first malas nak goreng, cukup je lah 2 lauk tapi diorg nak ada yang bergoreng jugak. aku abihkan jer sotong2 yang ada..eii abang yang ngah belajar siap keluar ke dapur sebab tak tahan kesedapan bau sotong goreng dalam kuali nih.Ā  tapi jangan lupa, the Chef of the day was not me, kita bagi sume credit to Gegirl!

IMG01501-20100801-1322

dan makanlah kami bertiga dengan enaknya….malam tu pun lauk yang sama jugak, sebelum maghrib dah dinner bertiga jugak.

IMG01500-20100801-1305

perasan tak Gegirl yang sibuk dok basuh pinggan mangkuk tapi kat kaki dia ada lapik kain putih. 2 kali dia mengadu percikan sotong goreng nya minyak tu kena kat kaki dia. alahai princess nih. so aku amik ler kain putih buat lapik jangan bagi kena lagi kat skin dia. wuii kita yang tua ni pun kena percik myk masak pun pedih apatah lagi budak kecik. lagipun anak pompuan wor…biarpun kena belajar masak tapi jangalah sampai bertanda2 kaki nya segala…

after makan Gegirl semangat anto laporan kat bapaknya on her cooking that day,Ā  sayang bapaknya tak merasa. ada aku tinggalkan untuk Sirman and sirman pun cakap nak dinner gak kat rumah tapi malangnya bila dia tidurkan anak2 dia pun sekali tidur mati. sah penat sangatlah tuh jadi contractor kat CV!

aku ni ngah mengira ramadhan gak nih….means lagilah macam2 menu yang abang and Gegirl demand!

Comment: 23