Bila yang lama add di FB…

ni ada isu semasa, very light lah, tak yah lah masuk BMM, kita borak2 santai je kat sini. a fren of mine ni memang suka kawan sana sini, ngan kawan lama, ngan musuh yang nak kembali menjadi kawan. bla bla bla lah. but satu hari tu, adalah pulak ex bf dia add dia dalam FB.

so dia serba salah lah

nak diapprove jadi fren FB, kang apa pulak kata suaminya

boleh ke suami dia tak kisah je kalau dapat tau nampak ada ex bf dalam list of frens dia. kalo dia x approve kang, memang nampak lah dia x nak looking the past. but berkawan je lah kan. ntah2 takkan bertegur sapa langsung kot, sekadar add jer. dedua pun dah beranak pinak, dia siap tengok lg gambo mamat tuh nya bini n mamat tu sendiri, lawa lagi dia lah tau jaga badan ahhahaa, sempat lg tuh. so there s nothing to be worried lar, cuma tang suami di luar2 sana, korang sentap ke kalau ex bf bini korang add depa lam list.

serupa gak situasi yang mana ex gf laki korang add laki korang dalam fb depa. maghah dak? terluka ke or terasa cabaran ke or what?

i was playing chess at nite when a fren asking for my advise. hemm…..nanti aku tanya sirman ek, dia bagi idak ex bf aku add aku. tapi sementara menunggu munasabah2 yang akan sirman mencecehkan, kita dengo korang nya fakta dulu yek.

anw for my case, i know my ex bfs and sirman’s ex gfs ada baca RM, diam2 follow our families stories, diam2 korek sume cite Red Family, dok sorok diam2. takper…dok je diam2 yek, tak yahlah in touch ke ngan saya ke ngan sirman ke. ai x suka you la u. so far those yang add saya dalam personal RM nya FB, hanya real frens sahaja aku added, selebihnya aku send korang to my fanpage. real frens means real yek, if u r my readers pls harap sangat add yourself in my fanpage, not sending notification to my personal one, itu mmg so far 100 orang je kawan reality aku yang ada which means from my schoolmate dulu, ITM, kerja, kawan2 secemolot, family, bloggers tertentu yang can be trusted. itu sahaja.

so your call…bolehkah yang lama datang add add you all lam FB ek?

Comment: 23

Black coffee break…

IMG21240

dulu tumbler black coffee aku kaler merah or yang hok tupperware kaler biru, every morning bring to office. but tak puas minum, tak cukup. so aku upgrade to the silver size, memang air kopi panas kaw2 dok dalam tu. i m black coffee lover. bila kira2, aku minum kopi lagi banyak dari minum air suam. for the red tumbler yg isi plain water tuh, 2 hari baru abih….

at least skang aku dah boleh gak minum air suam yek, dulu sblm ngandung lagi susah nak minum. kadang2 pas makan pun tak minum lsg…punya tak suka air suam. but sejak pregnant n till now, air suam adalah sangat nikmat and lazat….

black coffee’s entry is a break for today…katanya hari ni cuti satu malaysia hohooooooooo!

Comment: 14

Limpahan taik burung…

IMG_5061

pertama kali dalam sejarah aku tengok taik burung baik punya landing bersepah2 satu keter depan belakang atap kiri kanan, bawah keter je takdak. keter tu tak lain x bukan keter aku sendiri plak tuh. ni lah bahananya parking bawah pokok, tak covered. pastinya 3 jam setengah, sungguh waktu malam yelah waktu yang sesuai untuk burung2 membuang hangin dan memberak sesado.

i was at 1 event n had no choice to park here, padanlah parking ni kosong, rupanya local ppl kat situ dah tau, tpt tuh sangat coi di waktu malam! ni keje ko ek burung…

balik umah aku carik2 lah indian yang sokmo cuci keter aku tapi takdak plak, so nak tak nak, tanpa rela esoknya Sirman terpaksa bawak ke car wash dengan penuh muka yang tebal.

dasyat2….dahlah ada sticker I Read Redmummy.com kat situ, sah orang tau…gile menternak taik burung ke si RM nih…tapi pasnih kalo ada event kat situ lagi, aku serik lah yer parking kat situ, dibuatnya esok kerja, mana nak kubasuh keter plak heii….

Comment: 32

Salam Santai…

IMG21242

saya suka gambar ni taken by RedGlow, coz of the Spanx! best siottt!! aku tak dapat pun commission ek promo2 Spanx nih, but coz aku beli dr kak PP, u can get yours from her site too.

but kalau nak tengok the best view on Spanx, pi kat Spanx sendiri, dengonya celebrities US UK memang ramai pakai nih, siap kuor Oprah hek, ni budak2 lam FB aku cakap ek…

love it so much….tak rasa sakit langsung, rasa macam pakai panty hose sepanjang hari, aku amik hok Higher Power. (RM190) mantap kooo! ok ok kak long kak yah, leh lah boli. lelaki tidak termasuk dalam package nih but u can buy for your mom or wife or gf.  btw, RM190 is not a pricey at all lah, korang nak bape inggit kalo murah for the best result, nak yang 10 inggit? iskk….kalo mahal gak RM190 for Spanx nih, amik cap ayam lain lah, dont take this one. kang pakai yang 10 inggit nya tersembul koyak kang, ha jangan  blogkan pulak yerk.

Anw, it s also a public holiday in Malaysia for Friday 26th,  Salam Maulidur Rasul. Selamat berehat, bersama family or apa saja project mega yang korang buat.

Comment: 24

RM’s readers di merata pelusuk dunia…

IMG21227

ini kari kepala ikan, aku dah bape lama nak merasa makan nih. biasanya RedGlow makan berdua, coz ni pun utk 2 orangnya makan. kalau sorang mmg tak leh abih, set for 2. so tiap kali aku nak merasa nih mesti berteman. but i dont make this an issue mengidam ke apa sangat coz aku pun diet nasi kan. but saya ada special guest on the house, berbulannnnnnnn lama sudah tak jumpa Abang Fesyen. wiwiitttttttttttt!! makanya for a special fren aku redah makan nasi and ordered this for us.

this is at Aseana yer, kalao datang makan sini ngah diet aku belasah keropok or pisang goreng jer. senang. teh tarik Aseana pun dah makin sedap, kalo tidak bancau pahit sokmo.

IMG21226

rerepanya member kita pi Kino beli buku and bawak pamphlet Paris youuuu!! someone is going to Paghis….yeyeyeee! nak ikut nak ikut nak ikut….

Do i have any readers in Paris?

Do I have any readers in London?

Do I have any readers dari mana saja negara kamu berada.  Seriously from the tracker aku ada readers merata dunia, i know u are reading my blog quietly, psl pls contact me. Urgent tau!

Comment: 11