Guest Writer – Husband I mmg tak guna!

Sorry, tajuk tu bkn referring to my husband ya!

Dalam hidup ni kita selalu melihat kekurangan pada org lain. Kekurangan pada pasangan kita, boss kita, staf kita, kawan2 atau mungkin keluarga… Kita selalu ckp, husband I tak bagi I duit… boss I tu teruk… mak ngah tu kaki kikis duit laki…blaa blaa blaa…

Kat sini I hanya nak share sikit pendapat I ttg cara hidup berpasangan. I pun still baru lagi dalam alam perkahwinan. Baru nk masuk 2 tahun. Tapi I ada ramai kawan yg ada byk mslh dalam perkahwinan mereka.

Case 1: My fren baru berusia 22 tahun dan nikah pada usia 21 dan di kurniakan rezeki  bunting pelamin. Mmg I disagree bila dia nk nikah terlalu muda. Time seusia dia I masih terkinja2  seronok n study. Tapi dia memilih utk berkahwin.  Suaminya lebih berusia lebih 15 tahun beza dari dia. Pada I mungkin husband akan guide dia dlm menempuh alam perkahwinan.  Tapi belum pun usia perkahwinan sampai setahun suaminya punya girlfriend di luar. Alangkah sedih hati isteri. I rasa mcm nk cincang2 je suami dia. Bila figure out n Tanya, suami dia ckp isteri tak tahu melayan suami n tak tau masak. Kekurangan isteri satu2 di hujahnya. What do u expect from a girl early 20 yang baru berkahwin? I rasa husband spatutnya lebih berpengalaman krn berusia . Lagi pun sblm nikah dah kenal  isteri. Mmg sudah tau isteri tak pandai masak, ada pembantu di rumah. Selepas nikah terus pregnant dan terpaksa berhenti kerja kerana morning sickness yg teruk.

So, mcm mane? I mmg kesian kn my fren. Bg I tak kira la husband or wife ke, kita kena la hargai pasangn kita. Jgn hanya pandang yg buruk2 saja. Byk lagi kebaikan yg ada yg kita terlepas pandang. Kita pun cermin diri kita.

Case 2: She is among the bestest fren of mine. Dia businesswoman n so do with the husband. Cuma dia lebih Berjaya dari husband. Suami punya bisnes cukup2 mkn n cukup bayar kete n brg2 sdiri. Baju anak pun beli time hari raya. Barangan dapur, maid,baju anak n rumah semua isteri yg tanggung. I pun close jugak dgn si husband.  Baru2 ni I jadi org tgh sbb both of them bergaduh.  Bagi I, dua2 ni beruntung punyai satu sama lain Cuma tak tau menghargai sesame sendiri.

The husband told me yg dia tidak dpt layanan yg baik dari isteri n isteri tidak respect dia (ye la mcm mane nk respect kalo husband didn’t  act like one kan?). Tapi wife pulak bg tau I husband tak pernah bg nafkah malah tak pernah bertanggungjawab pada anak, mkn pakai anak.Dan yang paling menyedihkan minggu lepas husband sudah fail kan cerai. Mcm2 hal kalau nk cerita hal rumahtangga. Bila I suruh si isteri bersabar, ye la kan…Tuhan dah bg u rezeki hidup mewah u kena sabar ngn kewangan suami. Tak semua kehidupan perfect. Dia pun ckp pada I, u senang la ckp…u ada duit sendiri n husband u pun bg u duit. L L L Then I told her, Tapi Tuhan belum bagi I anak. Bukankah hidup tu berbeza2.

I aint a counselor  nak bg kaunselling kat dorang2 ni tp kebanyakan my fren suka mengadu pada I. Kadang2 bila tgk keadaan rumahtangga mmg rasa trauma kan? Cuma bg I, apa pun kita kena lihat pada diri kita sendiri sblm melihat org lain. Kita kena sedar kekurangan diri baru menghakimi org lain. Hidup berumahtangga mmg ada pasang surut tapi bercerai bukan keputusan yang baik.  Bukanlah I nak suruh kita menanggung seksa dan menahan  sakit  perit dgn pasangan sehingga lupa pada hak kita. Cuma divorce is ugly no matter how u looks at it! I rase kecewa dgn keadaan my fren ketika menemani dia ke mahkamah . Pity her. Bila nk bercerai mcm2 cerita busuk keluar sedangkan malam sebelumnya mereka tidur sekatil…

Ini semua buat peringatan pada anda n me myself. Berkomunikasi lah secara berkesan dengan psangan. Biar kedua2nya memahami antara satu sama lain. To me, ths is the best quotes!

“You don’t need to be on the save wavelength to succeed in marriage. You just need to be able to ride each other’s waves.”

Jadi, janganlah diimpikan Siti Khadijah andai diri bukanlah Muhammad SAW.

arlinarosli.blogspot.com

ina is from redglow, happy belated birthday from redmummy.com!

Comment: 12

Sonita…

IMG08545

malasnya aku nak buat entry nih, anw, aku ke ampang park bila aku ada titip kata pesanan nasihat from Kak Mar Moralle. rahsia dalaman wanita wahhahahahaha! apa korang sibuk nak tau pulak, wuii…..laju je kan.

camne nak cite ek, aku  kan masa ni…sangatlah tak selesa. dok kat kopitiam apa tah kat ampang park tuh, bulu roma naik, ngan memerut2 sakit. hiskk, aku makan 2,3 sudu laju pi toilet. member aku makan sudahnya tak berteman. gila aaaa…apa yang gila, minggu ni minggu stress, ari2 during same time kena memerut. hikss. tapi gatai jugak mau pi ampang park.

IMG08538

so itu cite memerut, yang nak cite masa kat ampang park nih, aku nak pi satu kedai ni lah, tp aku singgah2 tengok je dari jauh ye for bembarang yang depa jual, ada lah pengantin promotion, ada itu product2 lulur ke spa gitu jual. sekali kan aku lalu tengok 2 saat tetiba dia amik tangan aku tak salam tak kucup cemolot, terus sapu scrub kat tangan ai you!

ko, tak tekejut aku. agak2 lah kan ko nak jual product ko, mintak2 lah ijin nyehhh! tp tak nak kecoh aku diam je lah, pastu dia nak sapu apa pulak tah, aku suh dia sapu kat member aku, member aku plak terkedu2. pastuh dia nak ceceh2 lagik, ‘dik bagi kami makan dulu dik, lapar nih, kang dah pas makan baru kita scrub2 yer’ terus aku tarik member aku.

pastuh

dah li barang

dah makan

dah memerut

wa cabut lah

kuasa lah heh nak tadah leher balik kat sana

akak promoter, ko over tau kak, tapi wangi tangan ai. macihhhh!

IMG08534

dia jugak ada jual korset ke hapa tuh

aku pun ada gak set tuh…tp pakai sebulan jer

n ada lam gobok, aku beli kat jakarta arituh. malas nak pakai, sbb apa ek….sbb biasalah aku ni kalo benda2 sampingan nih, bukan leh pakai ari2. sama gak ngan klinik muka tuh hikss….skang pun seminggu adalah sekali 2 den pakai, eh basuh muka haruslah pakai tp yang asas je, yang mak nenek bagai kena pakai berlapis2 bagai, sangat pemalas.

n make up muka pun, tengok sampai bila bertahan ari2 nyolek.

Comment: 7

Episode Gegirl…

gambar sapa tuh?

ni gegirl lukis gambar mummy and daddy

napa rambut mommy pendek?

because, loushi drawkan, adik buat kaler jer.

IMG08506

so gegirl dah dpt uniform for her gymnastic tp aku tak puas hati baju tu cam kecik bukan size dia. tp aku x leh nak bising coz aku takdak di tpt kejadian, sirman malas nak bertekak ke tetanya lebih kat loushi gymnas dia.

thing is, gegirl will choose, either mom or dad yang akan pi kelas gimnas dia, so skang ni memang mood bapak dia lah yang dipaksa temankan dia….lgpun dia dah dpt uniform, the time yang mak nya pi temankan gimnas, maknya bising pasal uniform kan. so skang khidmat mak x yah dah, mak leh rehat kong2 tidur kat umah teman abang…

ni Episode gegirl kan…

ramai yang dah jumpa gegirl, ok kompem arif ngan pangai sentap dia kan, specially pak azuan lah hiikss ater kitorg kan serumah masa kat jakarta, so 24jam dia tau pangai diva gegirl, but one thing lagi yang korang tak tau, gegirl adalah garang!

trylah usik cuit pipi dia, kalo nak kena jerit ‘dont touch meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!’

Mamak2 kat Hajris, QB and Amal dah sokmo kena taram ngan dia. jangankan dia, aku pun hangin gak, asik nak usik2 cuit anak orang napanya ko?


Comment: 10

Guest Writer – Nusyuz Suami

Hai Kak red…info untuk di kongsi bersama..x semua perempuan yang harus dilabelkan Nusyuz ni..lelaki pun ada..wallahualam…..

Nusyuz Suami

Salam, Kita sering dengar perkataan ‘nusyuz’ selalunya diguna-pakai kepada isteri yang derhaka/tidak taat kepada suami tanpa keuzuran syarie. Kali ini saya kongsikan pula, nusyuz tidak tertakluk kepada isteri samata-mata, tetapi suami juga boleh nusyuz. Isu ini sebenarnya sudah pun diterangkan dalam entry Suami juga boleh nusyuz. Sila ikuti info tambahan yang saya titipkan dari e-grup Al-Falaah. Informasi di terima daripada Dr. Harlina Halizah Siraj (harlina.siraj@gmail.com) di NaqibNet Diskusi, berkenaan Nusyuz Suami.

Untuk rujukan semua ikhwah dan akhawat JIM, dikongsikan sedutan kertaskerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu. Insya Allah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kertaskerja ini. ~ Dr. Har Nusyuz suami وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128 “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)….” Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas. Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latar belakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam’ah dia akan diceraikan Rasulullah SAW, lantas dia berkata kepada Baginda SAW, “Janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada ‘Aisyah.” Rasulullah SAW menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri. Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini, Saidina Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya.

Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya.” (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195). Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan ‘ie’radh اعراض. 1. Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. 2. ‘ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194) Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie’radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya.

Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain. (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424) Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami. Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz.

Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad ‘Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184) Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2; 105).

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami. Bila suami dianggap nusyuz Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut’ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

Tindakan isteri jika suami nusyuz 1. Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. 2. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu’asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . 3. Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. 4. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri. Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi. Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya. Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.

Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah membubarkan perkahwinan (cerai). Dari Mu’adz r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding.” (Shahih Muslim)

Dian Sharina Ibrahim

**********************

aritu aku kena taram setaramnya dek few of you coz aku promote barang yang korang dok kata from US so kononnya aku menyokong US, hello internet google yang korang pakai tuh bukan dari US ke, korang pun ada suku sakat belajar kat US, yang penting akal tu guna pakai, bunuh orang jangan, aniya orang jangan so janganlah intellectual tu yang ko nak hancurkan pulak. kalo gitu jangan pi belajar kat US, jangan keje kat US, jangan cakap omputih lah kan! Anw, aku tak de pun suruh ko pi membunuh, we pity the palestine, ai show my concern and we did some charities work here in RM. tp bila aku buat entry macam dulu tuh…kemain ko lastik aku kan. bila last week aku promote ayu the sun punya charity work, takdak pulak ko nak bersuara. ayu bape tikets budak tu dah beli you??

asal ko rasa aku salah laju je ko nak menembak! jangan kerana ko carik setiap salah orang, kamu lupa orang tu pun ada setitik pahala.

Comment: 9

Accident and The Parking…

IMG08514

wah semalam very the bad luck day lah weii! jem tun razak toksah cakap lah kan..tetiba je over jem plak, aku leh lambai ayu kat rhb, ko tak nampak akak ko ke you?

pastuh nak masuk parking klcc, hambik!!! 2 keter bersepai. teksi ngan volvo. van tu bukan, van tu ngah control the accident. ni kompem yang dari left side ngan yang nak masuk parking. aku budget yang volvo tu either nak pi kanan or nak pi terus masuk parking klcc, yang cab pulak dari arah left nak terus ke depan or turn right.

sebab apa tau….

sebabbbbbbbbbbbbbbbbb, aku sendiri ari2 hampir nak accident camni gak. korang bayangkan yer, lane yang mengadap parking klcc tu ada like 6 lanes, 2 for the left, 2 for pi straight masuk parking klcc, 2 lak pi area ctbank/masjid klcc. so ada lah kadang2 yang rude drivers nih, ko dok lane kiri ko nak pi potong  orang yang nak masuk parking, ko nak ke kanan…wah banyak kali dah ye aku jumpa.

yang bingai dari kiri nye jalan tu plak, lampu dah merah, melaju lagik tu terus or nak turn right pi menghala tun razak /tbg aji. so kitorg yang ijau nih menderu terus nak masuk parking klcc and yang nak ke kanan ke masjid klcc/ctbank, kompem lah langgar ko yang degil nak berenti masa lampu merah.

oh saya sudah menghadapi situasi ini bertaun2 yer…so kalo aku depan sekali memang aku akan slow down a bit coz kalo aku laju cam dedulu kuor je hijau, surely aku kena buat emergency break coz ada 2 jenis manusia ganyang tak geti biadab di jalanraya.

dan hasilnya…?

IMG08515

pastuh, itu satu cite, smlm gak lam klcc parking dah ada new system of parking. so korang yang soping kat klcc nanti leh lah pakai touch n go for parking and ada lah kad parking yang baru. new system skang depa pakai. those yang kat season parking kena amik card baru before 1st april, aku pun hegeh2 last day ari selasa aritu baru nak turun amik kad baru. then pagi smlm gak adalah ramai pulak mangkuk2 yang tak renew card.

ko tak renew card satu  hal, ko janganlah gatal masuk seasons parking kan, ko pi lah parking kat memana pi settle parking pass ko dulu. boleh sorang minah myvi putih ni, dia 2 keter depan ngan aku, dia tak renew parking pass dia lagik, selambalahhhhhh jugak pi masuk the 2nd barrier for season parking.

udah jem panjang kat situ. ater, dia nak masuk tak leh, parking dia tak jalan, pasal parking pass lama kan, and nak reverse pun x leh coz keter panjang ketapi belakang dia nak masuk parking. so udah jadi party honk lam tuh. agak few min gak lah baru security datang, aku kompem guard tu marah2 dia lah, ater dah cakap suh tukar parking pass lama dah, sib ko lah kan ko tak tau ke hapa tp dah tentulah dari 1st barrier lagik kad ko tak leh jalan lagi mau gigih degil masuk 2nd barrier.

so guard tu bagilah dia masuk coz nak reverse memang ada yang kuor middle finger kan, terus orang lain masuk pecut, huh dia plak parking dekat2 ngan 2nd barrier tuh, sorang2 yang lam keter stare kat minah tu buat aniya orang pi keje tol lah kau pepagik! termasuk aku lah…

ngan ms chocho hahahahahaha, kami sesama kebtulan separking.

wuiii!

bloody wed tol lah smlm…

Comment: 7