GBM

cute 🙂

**credit to ayu the sun, dia yang buat itu gambo ….

Comment: 21

Abang domam!

di hari selasa yang panas, plan nak kemana2 haghammmm x menjadik. nak pi kindy gegirl for her orientation pun cancel…

aku cakap awal sangat, ingatkan abang dah leh kebah mlm tadi, kol 3,4 pagi dia meracau, demam2 panas, sejuk panas sejuk. so aku berjaga la jeram pala dia..

tu yang nak pi kindy gegirl pun hemm nan adonya.

boleh gegirl bangun ‘mom jomlah pi skul adik’

hah kol bape yang ko nak pi skul?

so kitorg pi brunch terus kat klinik

mengendap klinik!

sirman dah register awal2 sekali masa kita pi makan klinik tutup tp sirman cakap budak tu kata nanti dia bukakkan pintu coz doctor nak abihkan yang appt before lunch tu lah. sib baik lah..kalo idak kena tunggu kol 3 haiyoooo

memang abang demam, panas kan…so amik ubat blah

pi hukm plak..masa ni abang nye engine dah lain macam, dia kan ada pangai2 sket kan, apatah lagi bila ngah demam…kat sini kami melawat anak buah Amirachaos, sesapa nak melawat, kat tingkat 4 yer. makpak nya sentiasa ada sama ngan Yana.

little yana x de gambo, masa aku sampai dia ngah meraung x hengat kat dalam, sampai kat luor ni ha leh dengo suaranya, dia ngah lawan ubat bius, x nak tidur langsung, pastu kena bawak pi xray room, so memang takdak gambo, lgpun aku cam rasa nak lempang je muka aku kalo aku amik gambo dia yang ngah mengamuk sakan kat situ. serious dia bad mood, dahlah sakit, kena dok spital for the next few months, maknya aku tengok dah makin kering..sabar lah leen.

pastuh sirman anto aku ngan abang balik, coz banyak lagi tpt project kitorg nak pi tapi anak bujang aku ni tak nak tinggal umah neneknya, nak berkepit je ngan mak nye, so aku suh sirman n gegirl pi settlekan apa yang patut. sirman tu kalo boleh nak heret je aku pi ke mana2 tp dah anak demam, x kan aku nak pi gak…so aku balik dulu ngan abang..

pas bagi ubat, dia mandi plus muntah2 ubat eiii..terus dia tidur. aku grounded big no tv kartun, bagi brain dia rehat, asik berkartun jer, ngah demam pun nak berkartun.

ramai yang tanya aku kat YM kat email kat potluck apesal abang nya pangai buat tawaf pusing badan mak nya masa potluck arituh, siap dia dok tepi longkang, dok atas bukit sorang2, dok melepek cam bengang jer..sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa:

kan masa aku bagi2 adiah kat korang tuh, dia pun nak adiah gak. tp dia x nak lah adiah yang aku dah wrapped, yang dari kitorg sendiri coz dah tentu dia tau apa adiahnya kan, dia nak adiah yang orang lain sponsor, dia tengok ada budak lain dpt. aternyer…..lam hal ni wpun majlis aku kan, tp aku bagi kat anak2 orang dulu lah baru bagi kat anak aku, so tu yang dia bengangg!

gambo ni aku amik dari blog amirachaos, hah ko tengok dia nya mandom dok tepi longkang! bukan bapaknya…tengok 2 gambo si abang tuh.

tu yang dia dok protest kat aku, aku nak bercakap ngan orang, sanggup dia pusing badan aku, tunjuk marah dia.tp pastuh dia ok bila kak latifah and abang shah spore ada bagi adiah, kira senyap sket lah mulut dia.

abang tu pantang dia banyak, dia x suka pi soping, tpt2 soping mak nya beli kasut ke baju ke dia x suka. dia x suka pi memakan pastu dok lelama, macam kalo aku pi jumpa korang memakan sesama nak dok 2,3 jam dia x suka, dia mesti leh tahan sejam je pastu kang dia mulalah memekak2 ‘nak balik nak baliikkkkkkkkkkk’. dia benci pi wedding, dia dengo je kena pi wedding, muka dia sentap gila. kalo kat wedding tu makan kena suap, and nanti dia akan merengek2 nak balik nak balikkkkkkkkkkkkk.

hah tu lah abang….

smlm depan makcik pakcik spore tu, dah kena tempik ngan maknya, ater aku ngah bercakap dia sibuk menyampuk ‘nak balik nak balik’. bape kali dah cakap time makpak ko bercakap jangan menyampuk, jangan menyampukkkkkkkkkkkkkk, kan dah kena.

ah ok…aku pun nak tarik simut tidur sblh abang 🙂

Comment: 25

Potluck – 100 guests!!

saya sudah mendapat maklumbalas terkini dari gang GBM

bas merahnya kowang x nampak masa potluck, depa parking kat Pudu Raya 😛

anw….

jumlah kehadiran tetamu bersama family and frens melebih 100 orang.

satu jumlah yang melebihi sasaran

padanlah lauk pauk makanan membuak-buak…

terima kasih sekalung budi sekali lagi pada yang hadhir…

tak tau camne nak balas jasa bebudak GBM nih

Thanks again all 🙂

Comment: 25

Taman Tasik Permaisuri…

usai majlis kat wedding tuh, either kami balik terus, turun balik selepas stgh jam…aku kalo dah naik umah, hah siaplah kang bercinta nak kuor umah balikkan..kompem katil tu ajak aku tidur jer.. so suggest kita pi playground kat tasik

abang yang tak berapa active, badan dia dah mula suam2 panas lah pulak

kalo kat playground pun dia dah x de mood napsu,adalah sebabnya tuh…

gegirl lak sakan melonjak main sana sini

told ya, abang memang tak sihat…dia cuba nak menidakkan kata dia baik sihat tak demam, tp kalo dah berkepit ngan maknya, haruslah nak naik demam

well anw, kami tunggu kat tasik permaisuri ni, sebab ni ha, ada janji ngan gang spore 🙂

had our roti canai break kat Q bistro ngan kak latifah and abang shah, the sporean yang aku jumpa masa aku kat sana, and depa juga turned up masa potluck ari sabtu tuh. sebab depa dah nak balik spore lagi sehari 2, tu yang aku ajak jumpa kejap….

selamat pulang ke spore ye kak and abang…ada masa lain taun kita jumpa lagik.

kat sini gak abang muntah 2 kali, kat sini gak dia melepek….

as of now, dia dah sihat mengelinjang engine turbo dia, so korang jangan risau. dah bedal ubat, dah pusing main kejar2 ngan adik dia satu umah malam tadi.

Comment: 15

Pembuka dan Penutup Wedding..

kenapa aku kata pembuka dan penutup wedding…

satu kerana wedding ni was on the first day of Awal Muharram, keduanya kerana ia adalah penutup wedding di tahun 2008 yang aku hadhiri. the last final wedding untuk ini tahun.

wedding kali ni kat Dewan MBSA, Shah alam…sirman’s side.

my in laws

ngan mak mertua and ipar/biras ku

abang ni ala2 x sihat sket…tapi sebab ada gang, so dia seronok main psp wt cousins

lepas dah makan tu kitorg melepak lah jap kat lobby luor, amik2 gambo sket…

n mak n anak kecik pun nak merendek gambo berdua….

posing sini

posing sana

bergambo lagik…

ha ada pun pengantin kuor….itu pengantin lelaki adalah anak 2 pupu sirman lah gitu..

aku suka baju aku tu lah hikss..

baju tu beli murah kat JJ, dah lama…masa bulan puasa aritu tapi baru pakai. kainnya, bukan kain yer, suor palazo beso tuh, tp nampak ala2 kain, beli kat isetan, it looks like one pair kaler dah dekat2..sangat sesuai dipakai di wedding gini

sempat sket gambo berempat

smlm je cuti blog, arini blog dah kembali semula bersoka ria

aku sedang cuti2 merendek dok umah lah, tidak ada project bercuti luor kl, just melepak hang out ngan bebudak nih…

tak tau nak ke mana, sirman nak bawak depa pi zoo, aku x nakkkkkkkkkkkkkkkkk…bosan ngan muka zoo tu. sunway lagoon pun aku x nakkkkkkkkkkkkkkkkk….kang anak2 aku rendam badan lam air lama benar memasing dahlah jap baik jap demam.

ado idea?

Comment: 17